• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian Systematic Literature Review (SLR) Kebersihan Diri Kalangan Pelajar Sekolah (Systematic Literature Review (SLR) of Personal Hygiene School Students)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Kajian Systematic Literature Review (SLR) Kebersihan Diri Kalangan Pelajar Sekolah (Systematic Literature Review (SLR) of Personal Hygiene School Students)"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Kajian Systematic Literature Review (SLR) Kebersihan Diri Kalangan Pelajar Sekolah

(Systematic Literature Review (SLR) of Personal Hygiene School Students)

Anuar Abu Hassan1*, Hapsah Md Yusof2

1 Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

2Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

*Pengarang Koresponden: Anuar@[email protected]

Received: 15 April 2023 | Accepted: 10 June 2023 | Published: 30 June 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.2.9

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian systematic Literature Review (SLR) kebersihan diri ini dijalankan mengunakan artikel bermula daripada tahun 2015 hingga 2021 daripada dua pengkalan data google search engine dan Google Scholar. Artikel yang telah dikumpul kemudian diteliti bagi memastikan artikel yang dipilih menepati fokus kajian. Sebanyak 6 artikel telah dipilih untuk dibincangkan dalam kajian ini. Secara keseluruhannya kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan tindakan segera dapat diambil bagi mengatasi permasalah yang terjadi.

Hasil analisis enam artikel/jurnal berkaitan dengan pengetahuan kebersihan diri menunjukkan tahap yang memuaskan iaitu 78.1%. Bagi sikap pelajar berkaitan dengan kebersihan diri majoriti keputusan kajian menunjukkan berada pada tahap sederhana. Bagi tahap amalan kebersihan diri pula melalui Analisis Literatur Sistematik didapati peratusan tertinggi hanya 69.1 %. Ini menunjukkan sikap dan tahap amalan kebersihan diri masih lagi ditahap yang sederhana dan perlu ditingkatkan lagi. Oleh itu ibu bapa, guru dan pihak yang bertanggungjawab perlu meningkatkan lagi usaha supaya penjagaan kebersihan diri dalam kalangan pelajar mencapai tahap yang cemerlang. Ini bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pelajar terjamin serta bebas dari penyakit.

Kata kunci: Literatur; Pengetahuan; Sikap; Amalan; Kebersihan Diri

Abstract: This Systematic Literature Review (SLR) study of personal hygiene was conducted using articles from 2015 to 2021 from two databases, Google Search Engine and Google Scholar. The articles that have been collected are then examined to ensure that the selected articles meet the focus of the study. A total of 6 articles were selected to be discussed in this study. Overall, this study aims to identify and immediate action can be taken to overcome the problems that occur. The results of the analysis of six articles/journals related to personal hygiene knowledge show a satisfactory level of 78.1%. For students attitudes related to personal hygiene, the majority of the results of the study show that they are at a moderate level.

As for the level of personal hygiene practices, through Systematic Literature Analysis, there is the highest percentage of only 69.1%. This attitude and the level of personal hygiene practices are still at a moderate level and need to be improved further. Therefore, parents, teachers and those in charge need to increase efforts to maintain personal hygiene among students to achieve an excellent level. This is to ensure the health and safety of students is guaranteed and free from disease.

(2)

Keywords: Knowledge; Attitude; Practice; Personal Hygiene ___________________________________________________________________________

1. Pendahuluan

Kebersihan diri merangkumi kebersihan seluruh bahagian anggota badan seperti muka, rambut, badan, kaki dan tangan. Oleh itu, kebersihan diri yang baik dapat mengelakkan diri daripada mudah dijangkiti penyakit yang tidak diingini. kebersihan diri adalah amalan menjaga kebersihan tubuh badan sendiri. Penjagaan kebersihan yang baik serta amalan dari segi kebersihan diri menyumbang sebahagian besarnya kepada faktor yang berkaitan dengan amalan literasi kesihatan dalam menjalani kehidupan sihat dan pencegahan bahaya dari penyakit. Faktor risiko kesihatan ini secara langsung berkaitan dengan beberapa aktiviti harian penting yang terlibat dengan tindakan operasional yang layak dan tanggungjawab wajib, seperti mencuci tangan sebelum dan selepas makan dengan sabun, memberus gigi sekurang- kurangnya dua kali dalam sehari, mandi dengan mengunakan sabun setiap hari, menjaga kuku pendek dan melakukan senaman. Oleh yang demikian amalan penjaga kebersihan diri adalah faktor literasi kesihatan yang dapat mencegah seseorang itu daripada penyakit. Kajian ini bertujuan untuk melihat dan berbincang berkaitan isu KAP (Knowledge, Attitude and Practice) dalam kalangan murid berkaitan kebersihan diri.

2. Pengenalan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kebersihan kesihatan merujuk kepada keadaan dan amalan yang membantu mengekalkan kesihatan dan mencegah penyebaran penyakit. Menurut United Nations Children’s Fund [UNICEF] (2016) kebersihan diri melibatkan penjagaan kebersihan seluruh bahagian anggota badan seperti muka, rambut, badan, kaki dan tangan.

Bashir dan Masih (2018) pula, berpendapat kebersihan adalah satu bahagian penting dalam kehidupan bagi menjalani gaya hidup sihat. Oleh itu mengamalkan cara hidup sihat dengan penjagaan kebersihan diri yang baik dapat mengelakkan diri daripada mudah dijangkiti penyakit yang tidak diingini.

Rajbhandari, A. K., Dhaubanjar, R., G. C, K. B., & Dahal, M. (2018) menjalankan kajian terhadap pelajar berumur 13 hingga 18 tahun di bagi mengetahui tahap pengetahuan dan amalan kebersihan diri pelajar di daerah Bhaktapur, Nepal. Sampel kajian ini terdiri daripada 339 pelajar dari empat buah sekolah. Keputusan menunjukkan 59.9% dan 31.8% majoriti pelajar berada pada tahap sederhana dan lemah dari segi amalan kebersihan diri.

Seterusnya Parveen, F., Afzal, M., Hussain, M., & Gilani, S. A. (2018) mengkaji pengetahuan, sikap dan amalan kebersihan diri dalam kalangan kanak-kanak berumur lima hingga 10 tahun di kawasan pedalaman Hussain Abad, Lahore, Pakistan. Seramai 119 orang kanak-kanak yang terlibat dalam kajian tersebut. Hasil kajian menunjukkan pegetahuan, sikap dan amalan kebersihan diri kanak-kanak ditahap yang lemah.

Di Malaysia kajian mengenai penjagaan kebersihan diri jarang dilakukan oleh pengkaji terdahulu. Kajian Nurul A Mohamed, Nur N Zulkifli Amin, Shalinawati Ramli, Ilina Isahak, dan Nooriah Mohamed Salleh (2016) untuk menentukan pengetahuan, sikap dan amalan ibu bapa tentang kebersihan tangan. Seramai 240 ibu bapa yang menyertai kajian ini. Dapatan menunjukkan pengetahuan, sikap dan amalan kebersihan tangan yang baik.

(3)

Kajian Mohd Moktar, F. A., & Osman, Z. (2020) bekenaan pengetahuan, sikap dan amalan kebersihan diri dalam kalangan kanak kanak prasekolah mengikut perspektif ibu bapa. Seramai 333 orang yang terdiri daripada ibu bapa kanak-kanak prasekolah yang menyertai dalam kajian ini melibatkan lima buah sekolah di daerah Klang. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan amalan kebersihan diri ialah tahap bagus, manakala sikap terhadap kebersihan diri ialah tahap sederhana. Secara keseluruhannya, kajian ini memberi pengetahuan dan kesedaran kepada ibu bapa dan penjaga dalam amalan kebersihan diri supaya kanak-kanak terhindar daripada penyakit dan kanak-kanak lebih sihat dan bersih.

3. Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah systematic literature review (SLR). Menurut Higgins (2011) systematic literature review (SLR) merupakan kajian yang bertujuan mencari dan menganalisis secara komprehensif, berstruktur, tiada keraguan dan boleh diulang pada proses seterusnya.

Dalam kajian ini, pengkaji fokuskan aktiviti kajian berkaitan pengetahuan, sikap dan amalan kebersihan diri. Kajian ini menggunakan dua jenis pengkalan data (database) iaitu google search engine dan google scholar. Pengkalan data ini cukup memenuhi syarat bagi bidang kajian ini. Menurut Xiao, dan Watson (2019) tidak ada satu pun database yang lengkap. Oleh yang demikian mereka cadangkan untuk guna lebih dari satu database. Shaffril, H. A. M., Samah, A. A., Samsuddin, S. F., & Ali, Z. (2019), berpendapat tiada pengkhusus jenis pengkalan data perlu digunakan bagi analisis literatur sistematik yang penting adalah cara data tersebut digunakan adalah betul dan tepat. Ini turut disokong oleh Younger (2010) bagi mengatasi kekurangan database yang lain perlu guna lebih dari satu.

Jadual 1: Analisis Literatur Sistematik

Bil Kajian Journal Latar

Belakang Isu/Gap Metod Dapatan

Kajian 1. Nur Asikin

Aziz @ Abd Aziz1, Faizah Sahbudin, Mohd Ghadafi Shari

Jurnal Kejuruteraan, Teknologi dan Sains Sosial Vol. 7

Issue 2

(Special Issue- NASCO (2021)

Tahap Amalan Penjagaan Kebersihan Dan Gaya Hidup Sihat Dalam

Kalangan Pelajar Politeknik Metro Johor Bahru

kajian dijalankan dengan tujuan mengenal pasti aspek penjagaan kebersihan dan gaya hidup sihat dari sudut pengetahuan dan amalan dalam kalangan pelajar Politeknik METrO Johor Bahru

Kajian Kuantitatif

amalan penjagaan kebersihan dan gaya hidup sihat mencatatkan nilai min tinggi dan melebihi 4.50 iaitu pada tahap yang baik

Amalan penjagaan kebersihan j pada nilai min 4.18 juga pada tahap yang baik

Amalan gaya hidup sihat mendapat bacaan

min 4.51

menunjukkan pelajar mempunyai amalan gaya hidup sihat yang baik 2. Fathen

Aishah Mohd Moktar,

Jurnal Pendidikan Awal Kanak- kanak

Untuk Meninjau Pengetahuan, Sikap Dan

Kajian berkaitan kebersihan diri kurang

Kajian Kuantitatif

1.Pengetahuan kebersihan diri dalam kalangan kanak-kanak

(4)

Zaharah Osman

Kebangsaan (2020)

Amalan Kebersihan Diri Dalam Kalangan Kanakkanak Prasekolah Mengikut Perspektif Ibu Bapa

dijalankan di Malaysia.

Oleh itu, kajian berkaitan kebersihan diri kanak-kanak perlu dijalankan.

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap

pengetahuan, sikap dan amalan kebersihan diri dalam kalangan kanak-kanak prasekolah berdasarkan perspektif ibu bapa.

prasekolah menunjukkan peratus tertinggi iaitu 78.1%.

2. Sikap

kebersihan diri dalam kalangan kanak-kanak prasekolah berada pada tahap sederhana, iaitu 71.2%.

3. Bagi tahap amalan terhadap kebersihan diri dalam kalangan kanak-kanak prasekolah iaitu 69.1%

3. Nitin Khanduri, Namrata Singhal1, Malay Mitra, Sankalp Rohatgi

International Journal of Pedodontic Rehabilitation (2018)

Knowledge, Attitude, and Practices of Parents toward Their

Children’s Oral Health

Untuk menilai pengetahuan, sikap, dan amalan ibu bapa terhadap

kesihatan gigi dan mulut anak dan juga untuk membandingkan pengetahuan, sikap, dan amalan mengikut usia, tahap pendidikan dan status sosial ekonomi

Kajian Kuantitatif

70% Ibu bapa bersetujuan tentang mengosok gigi dapat cegah kerosakan gigi dan penyakit gusi.

60% ibu bapa bersetuju gigi susu yang sihat dan menguyah makanan dengan baik.

95% ibu bapa membawa anak berjumpa doktor gigi ketika ada masalah. 16% ibu bapa

Berjumpa doktor selepas 6 bulan kelahiran dan 20%

ibu bapa

mengosok gigi anak dua kali sehari.

4. Tengku Zetty Maztura, Nurul Azmawati, Mohd Dzulkhairi Zarini Ismail, Shalinawati Ramli, Habibah Faroque,

Article Global Pediatric Health (2020)

Assessment on Hand Hygiene Knowledge and Practices Among Pre- school

Children in Klang Valley

Kajian berkaitan kebersihan diri kurang

dijalankan di Malaysia.

Oleh itu, kajian berkaitan kebersihan tangan kanak- kanak di Lembah Klang

Kajian Kuantitatif

Skor min untuk pengetahuan g kebersihan tangan ialah 2.72(SD 0.26) daripada sebanyak 3.00.

skor min bagi sikap dan amalan kebersihan tangan ialah 4.56(SD 0.58) daripada

(5)

Farishah Nur Abd Samad, Abdul Rasyid Ariffien, Aisyah Ar Redha Che Amir Farid dan Ilina Isahak

5.00 dan 4.36 (SD 0.65) daripada 5.00 masing- masing.

Keputusan keseluruhan menunjukkan bahawa majoriti

ibu bapa

mempunyai prestasi yang baik pemahaman tentang

kebersihan tangan.

Dua pertiga ibu bapa tidak bersetuju untuk membasuh tangan sebelum ini berinteraksi dengan anak-anak mereka.

Paling

membimbangkan, kira-kira 76% ibu bapa tidak mengetahui teknik mencuci tangan yang betul 5. Mohammed

ALBashtawy

British Journal of School Nursing (2015)

Personal hygiene in school children aged 6–12 years in Jordan

Penjagaan kebersihan diri dalam kalangan kanak-kanak dianggap sebagai langkah terbaik untuk menambah baik strategi komuniti dan amalan

intervensi untuk menangani pelbagai penyakit

berjangkit dan berjangkit.

Kajian Kuantitatif

masalah utamanya pengetahuan kebersihan diri adalah rendah

76.7% kanak- kanak mengetahui cara penjagaan kebersihan diri,

penjagaan mulut hanya 47.6%,

penjagaan kebersihan rambut ialah 44.0%

manakala tidak membasuh tangan selepas makan pula 47.1%.

6. De Buhr, E., Tannen, A

BMC Public Health (2020)

Parental health literacy and health

knoledge, behaviours and

Kajian ini bagi penyelidikan tahap literasi kesihatan di Jerman dan untuk

Kajian Kunatitatif

Keputusan kajian menunjukkan tahap literasi kesihatan ibu bapa yang rendah, status

(6)

outcomes in children

mengesahkan lagi penemuan terdahulu tentang

hubungan antara literasi kesihatan ibu bapa dan tingkah laku dan tahap kesihatan kanak-kanak.

sosioekonomi dan beberapa tingkah laku kesihatan kanak-kanak yang mungkin memberi kesan negatif kepada kesihatan dan kesejahteraan mereka termasuk pemakanan yang kurang sihat dan kurang bersenam.

4. Dapatan dan Perbincangan

Merujuk kepada jadual 1 analisis literatur sistematik yang dijalankan, kajian mendapati hasil analisis enam artikel/jurnal berkaitan dengan pengetahuan kebersihan diri menunjukkan tahap yang memuaskan, walau bagaimanapun pengetahuan ibu bapa perlu ditingkatkan lagi bagi memastikan penjagaan kesihatan kanak-kanak berada ditahap yang baik. Kajian Parveen, F., Afzal, M., Hussain, M., & Gilani, S. A. (2018) (2018) dan Elsabagh, H. M., Atlam, S. A., &

Shehab, N. S. (2016) yang turut menunjukkan sikap positif berkaitan pengetahuan kebersihan diri. Pengetahuan pelajar mengenai kebersihan mungkin diperoleh daripada pendedahan atau amalan yang ditunjukkan oleh individu yang dekat dengan pelajar seperti guru dan ibu bapa dan rakan-rakan.

Seterusnya bagi sikap pelajar berkaitan dengan kebersihan diri, hasil kajian di atas majoriti keputusan kajian menunjukkan berada pada tahap sederhana. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik dalam penjagaan kebersihan diri kepada anak-anak supaya mereka memahami kepentingan menjaga kebersihan diri terutamanya bagi menghindari dari penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.

Bagi tahap amalan kebersihan diri pula melalui Analisis Literatur Sistematik didapati peratusan tertinggi hanya 69.1 % sahaja dari 5 journal/artikel yang dirujuk. Ini menunjukkan tahap amalan kebersihan diri masih lagi ditahap yang sederhana dan perlu ditingkatkan lagi.Ibu bapa, guru-guru dan pihak yang bertanggongjawab perlu memainkan peranan supaya amalan penjagaan kebersihan diri dalam kalangan pelajar khususnya dan amnya dalam masyarakat menjadi satu perkara yang mesti dilakukan bagi memastikan kesihatan dan keselamatan terjamin.

5. Kesimpulan

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kebersihan diri dalam kalangan pelajar dengan menilai pengetahuan, sikap, dan amalan ibu bapa yang memberi kesan pada tingkahlaku kesihatan kepada pelajar dalam tindakan dan amalan harian. Hasil kajian menunjukkan terdapat tahap pengetahuan pelajar berkaitan amalan kebersihan diri adalah baik. Walau bagaimanapun sikap dan tahap amalan kebersihan diri masih ditahap sederhana dan perlu ditingkatkan lagi.

Rujukan

ALBashtawy, Mohammed. "Personal hygiene in school children aged 6–12 years in Jordan." British Journal of School Nursing 10.8 (2015): 395-398.

(7)

Bashir, S., & Masih, S. (2018). School health services project on personal hygiene among school children of age 12–15 in underprivileged community in Karachi. Biomedical Journal, 1, 6.

De Buhr., & Tannen. (2020). Parental health literacy and health knowledge, behaviours and outcomes in children: A cross-sectional survey. Journal BMC Public Health 20, 1096.

Higgins, J. P. T., et al. (2011). The Cochrane Collaboration’s tool for assessing risk of bias in randomised trials. BMJ (Online), 343(7829), 1–9. https://doi.org/10.1136/bmj.d5928.

Mohd Moktar, F. A., & Osman, Z. (2020). Tahap pengetahuan, sikap dan amalan kebersihan diri dalam kalangan kanak-kanak prasekolah mengikut perspektif ibu bapa. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 9(2), 1-11.

https://doi.org/10.37134/jpak.vol9.2.1.2020

Nitin Khanduri, Namrata Singhal1 , Malay Mitra , Sankalp Rohatgi (2018) Knowledge, Attitude, and Practices of Parents toward Their Children’s Oral Health. International Journal of Pedodontic Rehabilitation (Serial online) 2018

https://www.ijpedor.org/text.asp?2018/3/2/59/243065

Nur Asikin Aziz @ Abd Aziz1 , Faizah Sahbudin2 , Mohd Ghadafi Shari3 (2021). Tahap Amalan Penjagaan Kebersihan Dan Gaya Hidup Sihat Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Metro. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi dan Sains Sosial Vol. 7 Issue 2 (Special Issue-NASCO 2021) 3rd National Conference in Sports & Co-Curriculum @ PMJB

Nurul A Mohamed, Nur N Zulkifli Amin, Shalinawati Ramli, Ilina Isahak & Nooriah Mohamed Salleh. (2016). Knowledge, attitudes and practices of hand hygiene among parents of preschool children. Journal of Scientific and Innovative Research, 5(1), 1- 6.

Parveen, F., Afzal, M., Hussain, M., & Gilani, S. A. (2018). Knowledge, attitude and practice towards personal hygiene among primary: School children of rural area of Lahore, Pakistan. Saudi Journal of Nursing and Health Care, 1(3), 91-97

Rajbhandari, A. K., Dhaubanjar, R., G. C, K. B., & Dahal, M. (2018). Knowledge and practice of personal hygiene among secondary school students of grade nine and ten. Journal of Patan Academy of Health Sciences, 5(2), 107-113.

Shaffril, H. A. M., Samah, A. A., Samsuddin, S. F., & Ali, Z. (2019). Mirror-mirror on the wall, what climate change adaptation strategies are practiced by the Asian's fishermen of all?. Journal of Cleaner Production, 232, 104-117.

https://doi.org/10.1016/j.jclepro.2019.05.262.

United Nations Children's Fund. (2016). School-based healthy living and hiv/aids prevention education for middle and high schools (teachers’ guide): personal hygiene: Fifth standard (501). https://www.unicef.org/lifeskills/files/5thGrade.pdf

Xiao, Y., & Watson, M. (2019). Guidance on Conducting a Systematic Literature Review.

Journal of Planning Education and Research, 39, 93-112.

https://doi.org/10.1177/0739456X17723971

Younger, P. (2010). Using Google Scholar to conduct a literature search. Nursing Standard.

24 (45), 40-46.

World Health Organization. (2017). Diarrhoeal diseases. https://www.who.int/news- room/factsheets/detail/diarrhoeal-disease

Referensi

Dokumen terkait