• Tidak ada hasil yang ditemukan

Daya Tahan dan Konsep Kendiri Remaja dalam Paradigma Dunia Kaunseling di Rumah Anak Yatim Amalia Madihie

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Daya Tahan dan Konsep Kendiri Remaja dalam Paradigma Dunia Kaunseling di Rumah Anak Yatim Amalia Madihie"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Daya Tahan dan Konsep Kendiri Remaja dalam Paradigma Dunia Kaunseling di Rumah Anak Yatim

Amalia Madihie& Sidek Mohd Noah Universiti Putra Malaysia

Abstrak

Memfokuskan kepada pengenalpastian daya tahan dan konsep kendiri anak yatim merupakan satu paradigma dalam bidang kaunseling yang penting. Pendekatan- pendekatan tradisional dalam menjalani sesi kaunseling remaja adalah merujuk kepada konsep-konsep atau peringkat-peringkat perkembangan manusia, yang selalunya dijalankan secara individu dan berkelompok. Satu pendekatan alternatif kaunseling, yang berasaskan kepada teori daya tahan yang mengutamakan perkembangan konsep kendiri anak yatim diperkenalkan. Objektif kertas kerja ini adalah untuk meneroka keperluan kaunseling yang sesuai di rumah anak yatim. Ini termasuklah strategi-strategi dan teknik-teknik kaunseling ketika bekerja dengan anak remaja. Satu temubual tidak berstruktur telah dijalankan di rumah anak yatim di Pahang. Sesi temubual adalah selama dua jam. Data telah dirakan secara audio dan ditranskrip. Hasil temubual didapati bahawa terdapat pandangan yang berlawanan daripada ketiga-tiga penjaga di rumah anak yatim ini. Artikel ini juga membahaskan pembinaan dan perlaksanaan kaedah-kaedah untuk mencabar anak remaja ini dari segi perspektif negatif, sebenarnya memberi ruang kepada kaunselor untuk membina perhubungan yang lebih bermakna dengan klien remaja ini dari dua perspektif iaitu berstruktur dan secara praktikal di rumah anak yatim. Akhir sekali, cadangan dan implikasi analisis model daya tahan dan konsep kendiri dibincangkan.

Kata Kunci: Paradigma Kaunseling, Teori Daya Tahan, Konsep Kendiri, Anak Remaja/Anak Yatim, Penjaga

Referensi

Dokumen terkait