• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap Kompetensi Bahasa Arab Guru STAM (STAM teacher's Arabic Language Competency Level)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Tahap Kompetensi Bahasa Arab Guru STAM (STAM teacher's Arabic Language Competency Level)"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

International Journal of Advanced Research in Education and Society e-ISSN: 2682-8138 | Vol. 5, No. 1, 64-75, 2023 http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijares

Tahap Kompetensi Bahasa Arab Guru STAM (STAM teacher's Arabic Language Competency

Level)

Norfaezah Mohd Hamidin1*, Yaakob Hasan2, Abdul Razif Zaini2, Naqibah Mansor2

1 Pusat Pengajian Teras, Universiti Islam Selangor, Kajang, Selangor

2 Fakulti Pengajian & Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor, Kajang, Selangor

*Corresponding Author: [email protected] Accepted: 15 February 2023 | Published: 1 March 2023

DOI: https://doi.org/10.55057/ijares.2023.5.1.7

Abstrak: Penguasaan bahasa merupakan elemen penting yang menjadi asas kepada para guru yang mengajar bahasa selain daripada bahasa Melayu. Penguasaan bahasa dalam kajian ini memfokuskan penguasaan bahasa Arab guru Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Kajian ini menggunakan metodologi secara analisis ujian kompetensi bahasa Arab menggunakan instrumen set soalan ujian bahasa Arab. Set soalan ujian ini diambil daripada ANAS (Arabic for Non Arabic Speakers). Set soalan ujian ini meliputi keseluruhan aspek kemahiran bahasa kecuali aspek pertuturan menggunakan skala B1 dalam CEFR. Objektif kajian ini adalah untuk mengukur tahap bahasa Arab guru STAM, di samping mengenalpasti penambahbaikan pengetahuan bahasa Arab guru STAM dan seterusnya mencadangkan strategi peningkatan tahap bahasa Arab guru STAM. Antara faktor permasalahan kompetensi bahasa Arab guru STAM adalah dari aspek demografi guru, aspek penulisan, aspek pertuturan dan minat serta sikap pelajar. Manakala, aspek kekuatan bahasa Arab guru STAM ialah pengetahuan dan kemahiran guru, pedagogi, persekitaran dan keperibadian guru. Strategi yang boleh dicadangkan dalam kajian ini adalah kursus peningkatan kompetensi kemahiran berbahasa dan kursus peningkatan profesionalime guru. Implikasi dan cadangan yang dikemukakan memberi gambaran yang bermanfaat kepada kementerian, sekolah dan guru.

Kata kunci: kompetensi, bahasa Arab, guru STAM

Abstract: Language proficiency is an important element that is fundamental for teachers who teach languages other than Malay. The language proficiency in this study focuses on the Arabic language proficiency of the teachers of Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). The study used a methodology by analysis of the Arabic language competency test using an Arabic language test question set instrument. This set of test questions is taken from ANAS (Arabic for Non Arabic Speakers). This set of test questions covers the entire aspect of language proficiency except for the speech aspect using the B1 scale in CEFR. The objective of this study is to measure the level of Arabic language proficiency of STAM teachers, as well as to identify improvements in the Arabic language proficiency of STAM teachers and further propose strategies to improve the level of Arabic language proficiency of STAM teachers. Among the factors of the problem of the Arabic language competency of STAM teachers are in terms of the demographics of teachers, aspects of writing, aspects of speech and interest as well as the attitude of the students. Meanwhile, the strength aspect of the Arabic language of the STAM teacher is the teacher's knowledge and skills, pedagogy, environment and personality of the teacher. The strategies that can be proposed in this study are the language skills competency improvement course and the teacher's professional improvement course. The implications and recommendations presented provide a beneficial picture to the ministry, schools and teachers.

(2)

International Journal of Advanced Research in Education and Society e-ISSN: 2682-8138 | Vol. 5, No. 1, 64-75, 2023 http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijares

Keywords: competency, Arabic Language, STAM teacher

1. Pendahuluan

Penguasaan bahasa merupakan elemen penting yang menjadi asas kepada para guru yang mengajar bahasa selain daripada bahasa Melayu. Penguasaan bahasa dalam kajian ini memfokuskan penguasaan bahasa Arab guru Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). STAM mula dilaksanakan pada tahun 2000. STAM merupakan hasil kerjasama antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Universiti al-Azhar, Mesir. Mata pelajaran STAM merupakan peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan KPM dengan kerjasama pihak al-Azhar as-Syarif Mesir. Mata pelajaran STAM adalah berasaskan kepada kurikulum dan buku teks al-Bu'uth al-Islamiyyah al-Azhar as-Syarif yang diterima pakai oleh KPM sebagai pensijilan agama peringkat tertinggi di Malaysia yang diiktiraf oleh universiti awam dan universiti Timur Tengah terutama al-Azhar, Mesir. (Lembaga Peperiksaan, KPM).

Di Malaysia, terdapat lima jenis calon yang layak mendaftar dan menduduki peperiksaan STAM. Lima jenis calon tersebut ialah calon daripada Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), Sekolah Menengah Swasta, Sekolah Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) (Lembaga Peperiksaan, 2017).

Menurut Nor Raudah, Azrin dan Siti Jamiaah (2013) dalam Hazrul Affendi, Zamri, Hakim, Mohd Nizho dan Shuhairimi (2016) menyatakan bahawa SMAN adalah institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa agama negeri sama ada Jabatan Agama Islam, Majlis Agama Islam atau Yayasan Islam. Manakala SMAR pula adalah institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh masyarakat setempat atau individu yang didaftarkan di bawah Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama. SABK pula adalah SMAN dan SMAR yang berdaftar di bawah KPM dan ditadbir secara bersama-sama oleh Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) dan KPM berdasarkan memorandum persefahaman yang telah dipersetujui bersama (Hazrul Affendi et al., 2016, ms 184).

Kurikulum Maahad al-Bu'uth al-Islamiyyah al-Azhar berteraskan bahasa Arab. Semua mata pelajaran serta buku yang menjadi rujukan utama guru yang mengajar mata pelajaran STAM adalah dalam bahasa Arab (Hazrul Affendi, et. al, 2016; Zainur Rijal, Rosni, Mohammad Fauzi,

& Mohd Shahriman, 2016).

Mata pelajaran STAM yang diajar merangkumi 10 subjek iaitu:

1. S101 – Hifz Al-Qur’an dan Tajwid (Cara bacaan dalam Al Quran) 2. S102 – Fiqh

3. S103 – Tauhid dan Mantiq (ilmu akal logik)

4. S104 – Tafsir dan Ulumuhu (Ilmu Ulum Al-Quran) 5. S105 – Hadith dan Mustolah

6. S106 – Nahu (tatabahasa) dan Sarf 7. S107 – Insya’ dan Mutalaah

8. S108 – Adab (Sastera Arab) dan Nusus (Nas-Nas Syair Arab) 9. S109 – ‘Arudh dan Qafiyah

10. S110 – Balaghah (kesusateraan)

(3)

International Journal of Advanced Research in Education and Society e-ISSN: 2682-8138 | Vol. 5, No. 1, 64-75, 2023 http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijares

10 subjek mata pelajaran STAM ini dikategorikan kepada tiga bidang iaitu bidang Bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah. Pengkelasan mata pelajaran berdasarkan tiga bidang ini seperti di bawah:

Bidang Bahasa Arab Bidang Usuluddin Bidang Syariah (S106) Nahu dan Sarf (S101) Hifz Al-Qur’an dan Tajwid (S102) Fiqh (S107) Insya’ dan Mutalaah (S103) Tauhid dan Mantiq

(S105) Hadith dan Mustolah (S108) Adab dan Nusus

(S104) Tafsir dan Ulumuhu (S109) ‘Arudh dan Qafiyah

(S110) Balaghah

Sumber: Lembaga Peperiksaan, 2017

Guru memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan. Bagi kemahiran berbahasa, guru mempunyai keutamaan untuk meningkatkan dan membangunkan pengetahuan dan kemahiran berbahasanya. Pengetahuan guru yang mendalam terhadap bahasa perlulah diseimbangkan dengan kemahiran mengaplikasikannya dalam empat kemahiran berbahasa iaitu membaca, menulis, mendengar dan bertutur (Abdul Razif et al., 2017). Hakikatnya, guru secara tidak langsung memberikan kesan dan impak yang besar terhadap kejayaan dan prestasi pelajar.

Keupayaan guru khususnya di Malaysia sehingga kini masih tidak dapat dipastikan secara tepat. Menurut Abdul Razif et al. (2017), masih tiada lagi instrumen yang dapat menjadi kayu ukur terhadap tahap bahasa guru. Namun, telah banyak kajian-kajian yang dilakukan sebelum ini menunjukkan bahawa keupayaan dan guru bahasa Arab adalah terhad dan terbatas (Kamarul Shukri & Mohd Hazli, 2008).

2. Sorotan Literatur

STAM merupakan kurikulum yang dibangunkan dengan subjek dan rujukannya dalam bahasa Arab. Oleh sebab itu, guru yang mengajar subjek STAM perlu menguasai bahasa Arab sepenuhnya dalam melaksanakan sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) ke atas pelajar. Namun, apa yang berlaku adalah para guru didapati sering kali menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dalam mengajar subjek STAM.

Guru didapati sering menterjemah teks bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu untuk memahamkan para pelajar (Azhar Muhammad, 2006; Rosni & Muhammad Marwan, 2006;

Rosni & Arnida, 2008). Sebahagian besar guru-guru tidak menggunakan bahasa Arab secara menyeluruh semasa proses PdPc berlangsung (Muhammad Haron et al., 2018). Hal ini demikian kerana, pengajaran bahasa Arab diajar oleh guru yang bukan opsyen dan kurang berpengalaman. Tambahan pula, menurut M. Amarudin Shuheb (2016) tidak semua guru yang mengajar bahasa Arab mempunyai latar belakang pendidikan bahasa yang khusus (Abdul Razif et al., 2017).

Pengetahuan guru STAM terhadap aspek pedagogi dan penyampaian subjek masih berada pada tahap lemah (Zainora Daud et. al., 2012). Malah, kajian Mansor Daud dan Kamarudin Kamel (2003) dalam Muhammad Haron et al. (2018) menyatakan bahawa 55% guru di Yayasan Islam Kelantan tidak faham sepenuhnya kurikulum al-Azhar yang diajar berikutan tiada pendedahan terhadap kurikulum ini. Tambahan pula, menurut Ab. Halim Tamuri (2010) dalam Muhammad Haron et al. (2018) menyatakan ada beberapa pihak memberi tanggapan bahawa guru-guru yang mengajar di Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Menengah Agama Swasta tidak terlatih disebabkan para guru tidak menerima latihan secara berterusan oleh pihak KPM.

(4)

International Journal of Advanced Research in Education and Society e-ISSN: 2682-8138 | Vol. 5, No. 1, 64-75, 2023 http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijares

Hazrul Affendi et al. (2016) menyatakan guru merupakan antara faktor yang mempengaruhi prestasi dan pencapaian seseorang pelajar. Menurut Ab. Halim Tamuri (2010) dalam Muhammad Haron et al. (2018) peratus pencapaian pelajar yang memperoleh cemerlang akan meningkat sekiranya pelajar-pelajar STAM diajar oleh guru yang berkualiti dan terlatih.

Melalui kajian literatur Ab. Aziz Mat (2006), Ab. Razak Ab. Karim dan Muhammad Saiful Haq Hussin (2011) dan Azhar Muhammad et al. (2006) yang dilakukan oleh Hazrul Affendi et al. (2016) sememangnya mendapati pengaruh penguasaan bahasa kedua dalam kalangan guru mempengaruhi pencapaian pelajar.

Pengaruh guru merangkumi beberapa aspek antaranya adalah pengetahuan, sikap, motivasi dan pendekatan yang digunakan (Hazrul Affendi et al., 2016). Guru perlu diberikan latihan yang cukup dalam aspek penguasaan bahasa supaya guru dapat membantu para pelajar mengembangkan potensi sebenar mereka. Hal ini demikian kerana, guru bahasa yang tidak cekap, tiada modul dan tiada bahan bantu mengajar yang cukup dilihat menjadi punca para pelajar menghadapi masalah dalam aspek kemahiran berbahasa (Ismail, Hazwan, & Azman, 2014). Di samping itu, para guru STAM juga dilihat tidak menggunakan bahan bantu mengajar untuk kurikulum ini secara meluas. Kajian Maimun Aqsha et. al., (2014) dan Zainora Daud et.

al, (2012) mendapati tahap penggunaan bahan bantu mengajar guru-guru kurikulum al-Azhar masih berada pada tahap rendah.

Antara aspek yang diketengahkan oleh Hazrul Affendi et al. (2016) dalam kajiannya adalah dari aspek penguasaan ilmu nahu. Dapatan kajian tersebut mendapati tahap penguasaan ilmu nahu dalam kalangan guru-guru STAM berada pada tahap memuaskan. Malah, kajian yang dijalankan oleh Hashim Mat Zin (2008), Munirah Jaafar (2011) dan Normila Norudin et al.

(2014) menunjukkan tiada perbezaan tahap penguasaan ilmu nahu antara pelajar dan guru.

Kemampuan guru dari aspek menterjemah dan memahami teks bahasa Arab yang diajar juga boleh dipertikaikan (Hazrul Affendi et al., 2016). Kajian yang dijalankan oleh Awatif, Mohd Shafie, Muhammad dan Naqibah (2019), menunjukkan tahap pengetahuan guru bahasa Arab di SABK dalam aspek sintaksis berada pada tahap baik, namun guru didapati menghadapi masalah dalam aspek Mansubat.

Dari sudut ilmu Balaghah pula, para pelajar didapati tidak dapat memahami apa yang diajar guru dan menyebabkan guru cenderung berbahasa Melayu untuk memastikan objektif pelajaran dapat dicapai (Azhar Muhammad et al., 2006). Subjek Balaghah hakikatnya memerlukan guru untuk berusaha lebih gigih bagi menjamin keberkesanan PdPc. Hal ini demikian kerana, subjek Balaghah mengandungi pelbagai topik yang memerlukan tahap kefahaman dan penguasaan yang tinggi (Azhar et al., 2003).

Kajian Kamarulzaman et al. (2014) dalam Muhammad Haron et al. (2018) mendapati para guru yang mengajar mata pelajaran Fiqh bagi kurikulum al-Azhar tidak menitikberatkan aspek bahasa dalam pengajaran. Guru lebih mementingkan aspek kandungan dan bersifat sehala.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Hazrul Affendi et al. (2016), dari aspek penulisan bahasa, hanya 26.9% sahaja guru yang mempunyai kemahiran penulisan bahasa Arab yang baik. Baki 73.1% guru hanya berada pada tahap sederhana. Manakala dari aspek pertuturan pula, 23.1% guru sahaja berada pada tahap baik dan selebihnya berada pada tahap sederhana.

Menurut Hazrul Affendi et al. (2016), tahap sederhana adalah dalam lingkungan 60-69 markah dengan gred C dan tahap baik berada dalam lingkungan 70-84 markah dengan gred B.

(5)

International Journal of Advanced Research in Education and Society e-ISSN: 2682-8138 | Vol. 5, No. 1, 64-75, 2023 http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijares

Kajian Mat dan Goh (2010) dalam Ismail et al. (2014) menyatakan bahawa aspek sintaksis Arab merupakan masalah utama pelajar kerana pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru melampaui tahap penguasaan bahasa pelajar. Guru seharusnya perlu peka terhadap kemampuan latar belakang pelajar yang berbeza ketika mengajar sintaksis bahasa dan tidak seharusnya bergantung semata-mata dengan kurikulum yang terdapat di dalam buku teks agar pelajar dapat memahami subjek tersebut dengan lebih berkesan (Ismail et al., 2014). Oleh sebab itu, guru bahasa kedua perlu mempunyai tahap yang tinggi agar pelajar-pelajar yang kurang laras bahasa dapat turut serta dan tidak ketinggalan.

3. Metodologi

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap bahasa Arab para guru STAM di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan set soalan ujian bahasa Arab. Data yang dikumpulkan akan ditadbir menggunakan program Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 25.

Sampel bagi kajian ini melibatkan guru-guru yang mengajar STAM seramai 183 orang dan jumlah yang dapat menyelesaikan ujian kompetensi ini adalah seramai 149 orang. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan instrumen set soalan ujian bahasa Arab. Set soalan ujian ini diambil daripada ANAS (Arabic for Non Arabic Speakers). Set soalan ujian ini meliputi keseluruhan aspek kemahiran bahasa kecuali aspek pertuturan. Ujian adalah suatu kaedah untuk mengukur pencapaian dan kemampuan seseorang dalam sesuatu bidang.

Tempoh masa ujian adalah selama 60 minit dengan 50 soalan. Soalan-soalan merangkumi dan mencakupi enam perkara utama iaitu membaca, kefahaman, perbendaharaan kata, ejaan, tatabahasa dan konjugasi. Guru diberikan pautan secara atas talian untuk menjawab soalan.

Soalan ujian yang diberikan akan menilai dengan tepat tahap bahasa Arab guru.

Setelah keputusan ujian dikumpulkan, keputusan tersebut dikodkan berserta maklumat demografi para guru. Setelah itu, data-data tersebut ditadbir menggunakan program SPSS versi 25 untuk dianalisis. Data-data kajian ini kemudiannya dihurai dan dianalisis secara deskriptif bagi menghuraikan tahap bahasa Arab guru dalam bahasa Arab. Selain itu, data-data ini juga akan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan ilustrasi agar perbincangan dapat dipersembahkan dengan lebih jelas.

Bagi menentukan tahap bahasa Arab guru, penyelidik menggunakan skala Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) iaitu dari skala A1 hingga B1. Jadual berikut merupakan keterangan bagi setiap skala:

Skala Keterangan

A1

1. Boleh memahami dan menggunakan ungkapan harian yang biasa dan frasa yang sangat asas yang bertujuan untuk memenuhi keperluan jenis konkrit.

2. Boleh memperkenalkan diri sendiri dan orang lain dan dalam masa yang sama boleh bertanya dan menjawab soalan mengenai perincian peribadi seperti tempat tinggal, orang yang mereka kenal dan apa yang mereka ada.

3. Boleh berinteraksi dengan cara yang sederhana dengan syarat orang lain bercakap dengan perlahan dan jelas serta bersedia untuk menolong.

A2

1. Boleh memahami ayat dan ungkapan yang sering digunakan berkaitan dengan bidang yang paling relevan (seperti maklumat peribadi dan keluarga yang sangat asas, membeli-belah, geografi tempatan, pekerjaan).

(6)

International Journal of Advanced Research in Education and Society e-ISSN: 2682-8138 | Vol. 5, No. 1, 64-75, 2023 http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijares

2. Boleh berkomunikasi dengan cara yang sederhana dan rutin yang memerlukan pertukaran maklumat yang bersahaja dan langsung mengenai perkara biasa dan rutin.

3. Boleh menerangkan secara ringkas aspek latar belakang mereka, persekitaran dan perkara-perkara yang berkaitan dengan keperluan segera.

B1

1. Boleh memahami perkara utama input standard yang jelas mengenai perkara- perkara biasa yang selalu dihadapi di tempat kerja, sekolah, waktu lapang, dan lain-lain.

2. Boleh menangani kebanyakan situasi yang mungkin timbul semasa melancong di tempat bahasa itu dituturkan.

3. Boleh menghasilkan teks bersambung yang mudah pada topik yang biasa atau menarik minat peribadi.

4. Boleh menggambarkan pengalaman dan peristiwa, impian, harapan dan cita- cita serta memberikan alasan dan penjelasan secara ringkas untuk pendapat dan rancangan.

Sumber: Diadaptasi daripada Zuraidah & Mardziah, 2019

4. Dapatan Kajian

Kajian ini telah melibatkan seramai 183 orang guru STAM di seluruh Malaysia. Namun demikian, hanya 149 orang guru sahaja yang berjaya menghantar jawapan mereka dalam tempoh masa yang diberikan. Data mengenai taburan para responden adalah seperti berikut.

Jantina

Jadual 1. 1: Jantina

Kekerapan Peratusan

Valid Lelaki 54 36.2

Perempuan 95 63.8

Total 149 100.0

Rajah 1. 1: Jantina

Dalam kajian ini, hanya 149 orang guru STAM telah berjaya menghantar jawapan mereka iaitu 54 orang (36.2%) adalah guru lelaki dan 95 orang (63.8%) adalah guru perempuan.

(7)

International Journal of Advanced Research in Education and Society e-ISSN: 2682-8138 | Vol. 5, No. 1, 64-75, 2023 http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijares

Zon Sekolah

Jadual 1. 2: Zon Sekolah

Kekerapan Peratusan

Valid Utara 66 44.3

Tengah 30 20.1

Selatan 41 27.5

Timur 10 6.7

SQL 2 1.3

Total 149 100.0

Rajah 1. 2: Zon Sekolah

Taburan responden berdasarkan zon sekolah pula menunjukkan seramai 66 orang guru (44.3%) dari Utara, 41 orang guru (27.5%) dari Selatan, 30 orang guru (20.1%) dari Tengah, 10 orang guru (6.7%) dari Timur dan 2 orang guru (1.3%) dari zon SQL.

Opsyen Guru

Jadual 1. 3: Opsyen Guru

Kekerapan Peratusan

Valid Pendidikan Islam 76 51.0

Bahasa Arab 66 44.3

Lain-lain 7 4.7

Total 149 100.0

(8)

International Journal of Advanced Research in Education and Society e-ISSN: 2682-8138 | Vol. 5, No. 1, 64-75, 2023 http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijares

Rajah 1. 3: Opsyen Guru

Berdasarkan kepada dapatan opsyen guru, majoriti guru yang terlibat berlatarbelakangkan opsyen Pendidikan Islam seramai 76 orang guru (51.0%). Manakala 66 orang guru (44.3%) berlatarbelakangkan opsyen Bahasa Arab dan opsyen lain-lain seramai tujuh orang guru (4.7%).

Opsyen lain-lain ialah mereka yang berlatarbelakangkan opsyen Bahasa Melayu, Pendidikan (Pengurusan Pendidikan), Pendidikan (Sastera), Qiraat dan Taranum, Usuluddin dan al-Quran.

Pengalaman Mengajar

Jadual 1. 4: Pengalaman Mengajar

Kekerapan Peratusan

Valid 1-5 tahun 57 38.3

6-10 tahun 43 28.9

11-15 tahun 31 20.8

16-20 tahun 16 10.7

21 tahun ke atas 2 1.3

Total 149 100.0

Rajah 1. 4: Pengalaman Mengajar

(9)

International Journal of Advanced Research in Education and Society e-ISSN: 2682-8138 | Vol. 5, No. 1, 64-75, 2023 http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijares

Taburan responden dari aspek pengalaman mengajar pula menunjukkan seramai 57 orang guru (38.3%) mempunyai pengalaman mengajar selama 1-5 tahun, 43 orang guru (28.9%) mempunyai pengalaman mengajar selama 6-10 tahun, 31 orang guru (20.8%) mempunyai pengalaman mengajar selama 11-15 tahun, 16 orang guru (10.7%) mempunyai pengalaman mengajar selama 16-20 tahun dan 2 orang guru (1.3%) mempunyai pengalaman mengajar selama 21 tahun ke atas.

Tempat Pendidikan

Jadual 1.5: Tempat Pendidikan

Kekerapan Peratusan

Valid Universiti Dalam Negara 35 23.5

Universiti Luar Negara 113 75.8

Tiada 1 0.7

Total 149 100.0

Rajah 1.5: Tempat Pendidikan

Taburan di atas berdasarkan tempat pendidikan bagi guru-guru STAM ketika menuntut Ijazah Sarjana Muda. Jadual dan rajah di atas menunjukkan seramai 113 orang guru STAM (75.8%) berkelulusan pendidikan dari Universiti Luar Negara, diikuti 35 orang guru (23.5%) dari Universiti Dalam Negara dan hanya seorang guru (0.7%) yang tidak memiliki Ijazah Sarjana Muda.

Keputusan Penilaian CEFR

Jadual 1. 6: Keputusan Penilaian CEFR

Kekerapan Peratusan

Valid < A1 9 6.0

A1 29 19.5

A2 104 69.8

B1 7 4.7

Total 149 100.0

(10)

International Journal of Advanced Research in Education and Society e-ISSN: 2682-8138 | Vol. 5, No. 1, 64-75, 2023 http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijares

Rajah 1. 5: Keputusan Penilaian CEFR

Taburan di atas berdasarkan keputusan CEFR bagi guru-guru STAM. Jadual dan rajah di atas menunjukkan seramai 104 orang guru STAM (69.8%) memperoleh keputusan CEFR A2, diikuti 29 orang guru (19.5%) memperoleh A1, 9 orang guru (6.0%) memperoleh < A1 dan hanya 7 orang guru (4.7%) memperoleh B1.

5. Perbincangan

Data ini menunjukkan hanya 7 orang guru daripada 149 yang terlibat melepasi ujian kompetensi ini yang mencapai markah 40 ke atas daripada markah keseluruhan 50 markah. Hal ini bermakna penguasaan guru terhadap kemahiran bahasa Arab masih rendah untuk mencapai tahap B1. Demikian kerana majoriti guru STAM iaitu seramai 104 orang memperoleh keputusan A2. Set ujian yang digunakan untuk menilai aspek kemahiran berbahasa telah mendedahkan kekerapan kesalahan yang tinggi dari pelbagai aspek kemahiran berbahasa guru terutama penulisan dan penguasaan kosa kata bahasa Arab. Penguasaan dalam tatabahasa Arab juga perlu dipertingkatkan dan juga kemahiran mendengar perlu ditambahbaik melalui kursus peningkatan kompetensi kemahiran berbahasa dan kursus peningkatan profesionalisme guru.

Dapatan kajian ini menjawab kelemahan guru STAM dari aspek kemahiran berbahasa sebagaimana dalam kajian-kajian lepas sebelum ini. Pengukuran tahap kompetensi guru melalui instrumen ini dapat mengenalpasti aspek kelemahan guru yang perlu ditambahbaik. Oleh itu, strategi yang dicadangkan harus dirangka untuk meningkatkan tahap kompetensi guru melalui ujian kecekapan bahasa Arab pada masa akan datang.

6. Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan di atas, adalah menjadi satu keperluan untuk mengkaji tahap bahasa Arab guru-guru yang mengajar subjek STAM. Hal ini menjadi keperluan kerana guru berbahasa Arab memberi kesan dan pengaruh terhadap pencapaian pelajar STAM. Para guru perlu bijak dalam menyampaikan PdPc terhadap pelajar. Pendekatan yang digunakan haruslah selari dengan laras pelajar. Guru perlu berusaha lebih untuk menjamin keberkesanan PdPc terutamanya dalam memastikan penyampaian tidak menggunakan pengantaraan bahasa Melayu. Guru yang bijak dapat menangani masalah dalam menyampaikan ilmu serta dapat memupuk minat para pelajar. Seharusnya, para guru menambah usaha untuk memperbaiki dan menguasai berbahasa Arab demi menghasilkan para pelajar yang bukan sahaja lulus untuk peperiksaan namun dapat mengaplikasikannya di peringkat pengajian yang akan datang (Azhar

(11)

International Journal of Advanced Research in Education and Society e-ISSN: 2682-8138 | Vol. 5, No. 1, 64-75, 2023 http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijares

et al., 2003). Sememangnya, faktor latihan guru memberi kesan yang besar terhadap pencapaian pelajar. Oleh sebab itu, guru perlu sentiasa meningkatkan tahap bahasa mereka untuk memastikan pelajar-pelajar yang menduduki STAM dapat menguasai kurikulum tersebut dengan baik.

Rujukan

Ab. Aziz Mat. (2006). Kajian kes peranan bahasa Melayu dalam pengajaran Sains dalam bahasa Inggeris. Disertasi Sarjana, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ab. Razak Ab. Karim & Muhammad Saiful Haq Hussin. (2011). Tahap penguasaan bahasa Melayu pelajar di Islamic Santitham Foundation School (ISFS). Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 22: 18-44.

Awatif, A. R., Mohd Shafie, Z., Muhammad, H., & Naqibah, M. (2019). Tahap Pengetahuan Guru Melayu Dalam Pengajaran Tatabahasa Bahasa Arab. Jurnal Melayu, 18(2), 231–242.

Azhar Muhammad (2006). Pembelajaran Balaghah Arab di Peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia : Satu Kajian Kes. Tesis Ijazah Sarjana, Universiti Malaya.

Azhar Muhammad, Abdul Hafiz Abdullah, Bushrah Basiron, Kamarul Azmi Jasmi & Sulaiman Shakib Mohd Noor. (2006). Penguasaan pelajar sekolah menengah Aliran Agama terhadap pengajian ilmu Retorik Arab. Laporan penyelidikan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia.

Azhar, M., Ahmad Kilani, M., & Kamarul Azmi, J. (2003). Sudut Perbezaan Mata Pelajaran al-Balaghah Peringkat SPM dan STPM Mempengaruhi Perkaedahan dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran. Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan (Siri Ketiga).

Hashim Mat Zin. (2008). Penguasaan kata kerja bahasa Arab di kalangan pelajar sekolah menengah: satu kajian kes. Disertasi Sarjana, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.

Hazrul Affendi, M. R., Zamri, A., Hakim, Z., Mohd Nizho, A. R., & Shuhairimi, A. (2016).

Lima Tahap Penguasaan Ilmu Nahu dalam Kalangan Guru- Guru Sijil Tinggi Agama Malaysia ( STAM ). Journal of Human Development and Communication, 5, 179–

208.

Ismail, M., Hazwan, A. R., & Azman, C. M. (2014). The Arabic Language Level of Candidates for Malaysia Religion High Certificate (MRHC): Reading and Grammar. Asian Social Science, 10(22), 156–164. https://doi.org/10.5539/ass.v10n22p156

Lembaga Peperiksaan (2017). Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Kementerian Pendidikan Malaysia.

Muhammad Haron, H., Abdul Manan, Y., Adnan, M. A., Mohd Izzuddin, M. P., Ahmad Shafiq, M. R., Diyak Ulrahman, M. S., … Jamaliah, R. (2018). Kurikulum Bersepadu Dini : Pelaksanaan Dan Cabaran. 4th International Conference on Islamiyyat Studies 2018, 913–921.

Munirah Jaafar. (2011). Penguasaan kata kerja bahasa Arab dalam kalangan pelajar kelas Aliran Agama. Disertasi Sarjana, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Normila Norudin, Nik Murshidah Nik Din, Raja Hazirah Raja Sulaiman & Zaiton Mustafa.

(2014). Pengaruh bahasa ibunda terhadap pembinaan struktur ayat bahasa Arab dalam kalangan pelajar UNISZA. Prosiding Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 2014, hlm. 34-43.

(12)

International Journal of Advanced Research in Education and Society e-ISSN: 2682-8138 | Vol. 5, No. 1, 64-75, 2023 http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijares

Rosni, S. & Arnida, A.B. (2008). Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran Subjek Nahu di Peringkat STAM dan Tahap Penguasaan Pelajar: Kajian di Sekolah-Sekolah Agama Kerajaan Negeri. Laporan Penyelidikan Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia.

Rosni, S. & Muhammad Marwan, I. (2006). Penguasaan “al-Balaghah” dan Permasalahannya di Kalangan Pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (Kajian di Sekolah- Sekolah Agama Negeri Selangor). Laporan Penyelidikan Kolej Universiti Islam Malaysia.

Zainur Rijal, A. R., Rosni, S., Mohammad Fauzi, J., & Mohd Shahriman, A. B. (2016).

Kebolehan Menguasai Kosa Kata Bahasa Arab dalam Buku Teks di Kalangan Pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL), 05, 33–43. Retrieved from http://ijleal.ump.edu.my/

Zuraidah, M.D & Mardziah, H.A. (2019, Mei 27). What The CEFR Is and Isn’t – Free Malaysia

Today, 27 Mei 2019. Diakses daripada

https://www.moe.gov.my/en/menumedia/printed-media/newspaper-clippings/what- the-cefr-is-and-isn-t-free-malaysia-today-27-mei-2019

Referensi

Dokumen terkait