• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap Gaya Pembelajaran Pelajar Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Tahap Gaya Pembelajaran Pelajar Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

© Universiti Malaysia Sabah

Tahap Gaya Pembelajaran Pelajar Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah

1Limi Chong & 2 Crispina Gregory K Han

1Politeknik Kota Kinabalu (PKK), 88450, Kota Kinabalu, Sabah

2Fakulti Psikologi Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

Corresponding author: limi@polikk.edu.my

Dihantar: 1 Julai 2022/Penambahbaikan: 3 September 2022/ Diterima 23 Oktober/ Terbit 28 Februari 2023 DOI: https://doi.org/10.51200/jpp.v11i1.4281

Abstrak

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap gaya pembelajaran pelajar di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Kinabalu. Seramai 214 daripada 477 populasi pelajar dipilih sebagai responden kajian. Teknik persampelan rawak berstrata tidak berkadaran digunakan dalam menentukan sampel kajian. Proses pengumpulan data adalah menggunakan borang soal selidik. Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data menggunakan perisian The Statistical Package for The Social Science (SPSS) versi 28. Nilai Alpha Cronbach bagi soal selidik gaya pembelajaran ialah .788. Hasil kajian mendapati bahawa gaya pembelajaran pelajar adalah pada tahap yang tinggi iaitu dengan skor min 3.63 (SP=.397) . Kesimpulannya, apabila pelajar mempunyai pengetahuan tentang pilihan gaya pembelajaran dan memanfaatkan pelbagai gaya pembelajaran, ia dapat membantu untuk meningkatkan prestasi akademik mereka.

Kata kunci: Gaya Pembelajaran, Pengajaran dan Pembelajaran, Model Dunn dan Dunn

Pengenalan

Politeknik merupakan salah satu institusi TVET di Malaysia yang menyediakan pendidikan dan latihan yang berkualiti dan bertaraf dunia di peringkat separa profesional bagi memenuhi keperluan pembangunan modal insan negara (Pelan Strategik Politeknik Dan Kolej Komuniti 2018-2025). Umumnya, pelajar yang memasuki politeknik bukanlah pelajar yang memperolehi prestasi cemerlang di dalam peperiksaan SPM. Kebanyakannya adalah pelajar yang mendapat keputusan sederhana dan terdiri daripada pelbagai aliran. Walau bagaimanapun, masih terdapat pelajar yang cemerlang memilih untuk memasuki Politeknik dan kebiasaannya pelajar inilah yang lebih menonjol di dalam kelas masing-masing. Namun begitu, tidak dinafikan masih banyak pelajar yang mempunyai keputusan sederhana semasa SPM tetap memberikan saingan yang sengit dan memperolehi keputusan yang cemerlang semasa mengikuti pengajian di Politeknik. Sebaliknya, pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang semasa SPM pula yang mempunyai keputusan peperiksaaan yang kurang memuaskan. Mengapakah perkara ini berlaku? Hal ini disebabkan oleh pelbagai faktor. Salah satu faktor adalah gaya pembelajaran pelajar tersebut.

Menurut Romanelli et al. (2009) gaya pembelajaran dianggap sebagai salah satu faktor

(2)

kejayaan dalam pengajian tinggi. Pelbagai faktor diketahui mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar seperti usia, jantina, budaya, pemikiran kreatif dan pencapaian akademik. Gaya pembelajaran yang bertepatan dapat membantu pelajar untuk meningkatkan prestasi akademik.

Menurut Uk Raai Chen et al. (2014) sebilangan pelajar masih menghadapi masalah untuk menyesuaikan gaya pembelajaran yang sesuai dengan keupayaan diri. Tambahan pula, kebanyakan pelajar suka mengikuti atau meniru gaya pembelajaran rakan-rakan sekeliling. Aziz Nordin dan Nur Hifzan Husin (2011) pula menerangkan bahawa faktor prestasi akademik menurun dalam kalangan pelajar adalah disebabkan pelajar tidak tahu gaya pembelajaran yang mana satu perlu digunakan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap gaya pembelajaran pelajar di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PKK.

Sorotan Kajian

Gaya pembelajaran adalah kaedah pembelajaran yang bertindak dengan persekitarannya agar dapat memproses, mentafsir dan memperoleh maklumat, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diingini (Andang Andaiyani & Abdul Said, 2020). Gaya pembelajaran juga adalah cara bagaimana seseorang individu memberi reaksi terhadap sistem maklumat dan rangsangan.

Seterusnya akan memproses dan menganalisis maklumat tersebut di dalam otak untuk dijadikan sebagai ilmu pengetahuan (Zubaidah Begam, 2007). Terdapat pelbagai model gaya pembelajaran yang diperkenalkan oleh para ahli akademik yang boleh dijadikan panduan dan amalan oleh setiap pelajar. Dalam konteks kajian ini, gaya pembelajaran adalah gaya pembelajaran berdasarkan kepada gaya pembelajaran Model Dunn dan Dunn. Model Dunn dan Dunn mengkategorikan gaya pembelajaran kepada lima aspek rangsangan gaya pembelajaran iaitu aspek persekitaran, aspek emosi, aspek fizikal, aspek sosial dan aspek psikologi yang terdiri daripada 20 elemen seperti dalam Rajah 1 berikut (Dunn & Burke, 2006):

Rajah 1 Elemen Model Gaya Pembelajaran oleh Dunn dan Dunn

Elemen persekitaran merujuk kepada bunyi, cahaya, reka bentuk dan suhu. Menurut Dunn dan Dunn (1979), individu berbeza mendapatkan kesan yang berbeza daripada cahaya.

Sebilangan pelajar gemar akan cahaya terang disebabkan cahaya yang samar menyebabkan mata cepat letih dan mengantuk (Baharin Abu et al., 2007). Elemen bunyi memberi rangsangan kepada pelajar yang memerlukan bunyi seperti muzik di persekitaran mereka untuk fokus belajar.

Elemen reka bentuk memberi pengaruh kepada pelajar yang suka belajar dalam keadaan formal.

Para pelajar ini memerlukan satu tempat yang khusus untuk belajar seperti kerusi dan meja.

Elemen suhu merujuk kepada suhu persekitaran semasa proses pembelajaran berlangsung (Dunn

& Dunn, 1979). Pelajar dapat lebih fokus dan menumpukan perhatian sekiranya belajar dalam suasana keadaan yang kondusif dan berhawa dingin. Walau bagaimanapun, terdapat juga pelajar yang tidak fokus di tempat yang berhawa dingin kerana kesejukan (Alifah Saring, 2012).

Elemen Persekitaran:

- Bunyi - Cahaya

- Suhu - Rekabentuk

Elemen Emosi:

- Motivasi - Tanggungjawab

- Kegigihan/

Kecekalan -Struktur

Elemen Sosial:

- Sendiri - Berpasangan - Rakan Sebaya

- Kumpulan - Orang dewasa

- Pelbagai

Elemen psikologi:

- Analitik - Global - Otak kiri/kanan

- Refleksi diri - Desakan

Elemen Fizikal:

- Persepsi Indera - Makan Minum

- Masa - Pergerakan

(3)

Elemen kedua adalah elemen emosi. Elemen emosi merujuk kepada motivasi, kecekalan, tanggungjawab dan struktur seseorang pelajar (Dunn & Dunn, 1979). Motivasi adalah pendorong utama yang menjamin kejayaan seseorang dengan kecenderungan holistik untuk bertindak pada waktu tertentu. Apabila seseorang bermotivasi, dia akan mempunyai keinginan yang kuat untuk bertindak mencapai tujuan. Dari aspek ketabahan, tumpuan yang tinggi dapat membantu pelajar belajar dalam jangka masa yang panjang. Tahap ketekunan yang berbeza antara individu menyebabkan mereka memerlukan masa dan tempoh rehat yang berbeza. Dari segi tanggungjawab, pelajar yang mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka akan sentiasa melaksanakan tugas dengan inisiatif mereka sendiri. Struktur sebagai peraturan khusus yang digunakan untuk melaksanakan kerja dan menyelesaikan tugas. Pelbagai jenis struktur yang diamalkan oleh pelajar bergantung pada bagaimana setiap individu belajar dan kemampuan membuat keputusan.

Elemen sosiologi pula terdiri daripada elemen seperti kendiri, berpasangan, berkumpulan atau orang dewasa. Kendiri merujuk kepada individu yang suka belajar secara bersendirian dan tidak suka akan gangguan ketika sedang belajar. Pasangan pula belajar secara berpasangan dan mempunyai interaksi dua hala ketika belajar bersama. Pembelajaran berkumpulan terdiri daripada kumpulan kecil atau kumpulan besar yang melibatkan perbincangan, percambahan fikiran dan perkongsian idea. Di samping itu, ada pelajar yang kurang selesa belajar dengan rakan sebaya, tetapi lebih selesa belajar dengan guru atau orang dewasa. Orang dewasa menjadi tempat untuk mereka bertanyakan soalan ketika mereka mempunyai masalah pembelajaran (Dunn & Dunn, 1979; Dunn & Burke, 2006).

Elemen fizikal terdiri daripada elemen makan dan minum, masa dan pergerakan serta persepsi indera. Persepsi indera merujuk kepada penggunaan lima pancaindera iaitu telinga, mulut, mata, hidung dan kulit semasa memproses dan mengingat maklumat oleh setiap individu (Dunn & Dunn, 1979).

Elemen kelima iaitu elemen psikologi merujuk kepada pemikiran secara analitik ataupun global, reflektif atau implusif dan dominan otak kanan dan otak kiri. Pelajar analitik boleh dicirikan sebagai orang yang dapat belajar mudah apabila maklumat disampaikan selangkah demi selangkah dalam corak kumulatif dan berurutan yang membina ke arah pemahaman konsep. Pelajar global, sebaliknya, belajar dengan lebih mudah apabila mereka memahami konsep terlebih dahulu dan kemudian dapat menumpukan perhatian pada perincian, atau diperkenalkan dengan maklumat melalui cerita atau anekdot yang penuh dengan contoh visual (Dunn & Burke, 2006). Pelajar reflektif akan berfikir sebelum bertindak manakala pelajar impulsif akan bertindak secara spontan dan membuat keputusan dengan cepat. Pelajar otak kanan cenderung untuk belajar secara holistik, melukis, mensintesis, mencipta sesuatu dan membuat gerakan. Pelajar otak kiri pula cenderung untuk memproses maklumat, belajar bahagian demi bahagian serta suka membuat pengiraan dan analisis.

Walau bagaimanapun, dalam konteks kajian ini, hanya tiga kategori yang diselidiki iaitu kategori persekitaran, fizikal dan psikologi.

(4)

Tahap Gaya Pembelajaran

Kajian oleh Nasirah Ismail et al. (2010) mendapati bahawa tahap gaya pembelajaran bagi 226 orang pelajar semester enam yang mengambil matapelajaran Matematik Kejuruteraan dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrik adalah sederhana sahaja. Manakala hasil penemuan oleh Donald Michael Obih dan Azizi Yahaya (2010) yang mengkaji hubungan antara motivasi, gaya pembelajaran dan iklim bilik darjah terhadap pencapaian akademik, mendapati bahawa tahap gaya pembelajaran pelajar tingkatan empat adalah di tahap yang tinggi. Data yang diperolehi adalah melalui kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Kajian oleh Nurul Farhana Mazian, (2012) mengenai kecenderungan gaya pembelajaran pelajar Ijazah Sarjana Muda Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) di UTHM menggunakan Model Dunn dan Dunn serta Model Honey dan Mumford mendapati bahawa kategori persekitaran adalah gaya pembelajaran yang paling dominan diamalkan oleh pelajar. Manakala kajian oleh Baharin Abu et al. (2007) tentang kepelbagaian gaya pembelajaran dan kemahiran belajar pelajar universiti di Fakulti Pendidikan, UTM Johor menunjukkan bahawa gaya pembelajaran kategori emosional lebih dominan berbanding dengan kategori yang lain. Ini diikuti oleh kategori psikologikal berada ditempat kedua, kategori fizikal, kategori persekitaran dan yang terendah ialah kategori sosiologikal.

Metodologi

Kajian ini adalah kajian berbentuk tinjauan keratan rentas yang menggunakan data kuantitatif dan menggunakan set borang soal selidik sebagai instrumen dalam kajian. Instrumen soal selidik diedarkan secara dalam talian menggunakan google form kepada para responden. Soalan bahagian A iaitu maklumat demografi terdiri daripada jantina, semester semasa, program akademik, dan HPNM yang diperolehi. Soalan pada bahagian B iaitu soal selidik tentang gaya pembelajaran menggunakan pengukuran skala likert lima mata. Pengukuran skala likert adalah seperti berikut:

1 – Sangat tidak setuju 2 – Tidak setuju 3 – Tidak Pasti 4 – Setuju 5 – Sangat setuju

Soal selidik yang digunakan diadaptasi daripada penyelidikan oleh Abu Baharin dan rakan-rakan (2007) yang mengandungi 23 item soalan mengikut domain dalam konteks kajian ini seperti dalam Jadual 1. Berdasarkan Jadual 1, bilangan soalan untuk domain persekitaran adalah 9 soalan, domain fizikal 9 dan domain psikologikal 5 soalan.

Jadual 1 Domain Gaya Pembelajaran dan Nombor Item

Domain Gaya Pembelajaran

No item Skala Menilai Gaya Pembelajaran

Bilangan Item

1 Persekitaran 1, 2, 3, 4, 5, 9, 10, 17 dan 18 9

4 Fizikal 8, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 19 dan 20 9

5 Psikologikal 6, 7, 21, 22 dan 23 5

Jumlah Item 23

(5)

Dapatan Kajian

Seramai 128 (59.8%) responden adalah pelajar lelaki manakala selebihnya iaitu 86 (40.2%) orang merupakan pelajar perempuan. Bagi nilai HPNM pelajar pula, seramai 36 (16.8%) responden memperolehi HPNM dalam julat 3.75 sehingga 4.00, 146 (68.2%) responden memperolehi HPNM dari 3.00 sehingga 3.74, dan 32 (15%) orang responden memperolehi HPNM 2.00 sehingga 2.99. Selain itu, tidak ada responden yang memperolehi HPNM di bawah 2.00.

Jadual 2 menunjukkan skor min dan sisihan piawai item gaya pembelajaran. Daripada 23 item, terdapat lima item yang berada pada tahap sangat tinggi, 14 item pada tahap tinggi, dua item pada tahap sederhana dan masing-masing satu item pada tahap rendah dan sangat rendah.

Jadual 2 Skor Min Dan Sisihan Piawai Item Gaya Pembelajaran

Item Pernyataan Min SP Interpretasi

B1 Saya dapat belajar dengan baik dalam suasana

yang sunyi. 4.29 .835 Sangat Tinggi

B2 Saya dapat belajar dengan baik dalam keadaan

yang bising. 2.22 1.152 Rendah

B3 Saya tidak boleh belajar dalam persekitaran

cahaya samar. 3.47 1.077 Tinggi

B4 Saya suka belajar dengan menggunakan kerusi

dan meja. 4.50 .710 Sangat Tinggi

B5 Saya lebih suka memilih tempat yang terang

untuk belajar. 4.37 .699 Sangat Tinggi

B6 Saya lebih suka mata pelajaran yang melibatkan

pengiraan. 3.74 1.019 Tinggi

B7 Saya lebih suka mata pelajaran yang melibatkan

lukisan. 3.45 1.140 Tinggi

B8 Saya suka mempelajari sesuatu yang baru

melalui permainan. 4.21 .843 Sangat Tinggi

B9 Saya suka belajar dengan berbaring di atas katil

atau lantai. 3.04 1.190 Sederhana

B10 Saya tidak berasa mengantuk jika duduk di atas

kerusi semasa belajar. 3.62 1.063 Tinggi

B11 Saya dapat mengingat dengan baik mengenai apa

yang saya baca. 3.51 .821 Tinggi

B12 Saya dapat mengingat dengan baik mengenai apa

yang saya tulis. 3.80 .850 Tinggi

B13 Saya dapat mengingat dengan baik mengenai apa

yang saya dengar. 3.63 .828 Tinggi

B14 Saya dapat mengingat dengan baik jika saya

belajar pada waktu pagi. 3.86 .857 Tinggi

B15 Saya dapat mengingat dengan baik jika saya

belajar pada waktu petang. 3.21 .923 Tinggi

B16 Saya dapat mengingat dengan baik jika saya

belajar pada waktu malam. 3.73 .970 Tinggi

B17 Saya berasa lebih selesa untuk belajar pada

persekitaran suhu yang panas. 1.97 .916 Sangat Rendah

(6)

B18 Saya berasa lebih selesa untuk belajar pada

persekitaran suhu yang dingin. 4.10 .802 Tinggi

B19 Saya boleh duduk belajar di satu tempat untuk

jangka masa yang lama. 3.36 1.078 Tinggi

B20 Saya dapat belajar dengan lebih baik jika saya

belajar sambil makan/minum. 3.79 .988 Tinggi

B21 Saya lebih suka ujian berbentuk objektif yang

tidak memerlukan pemikiran yang mendalam. 4.15 .922 Tinggi B22 Saya perlu mengetahui sesuatu tugasan secara

keseluruhan sebelum saya menyelesaikannya. 4.37 .725 Sangat Tinggi B23

Saya lebih suka ujian berbentuk esei yang memerlukan penulisan penjelasan termasuk

alasan jawapan. 2.99 1.107 Sederhana

Jadual 3 Skor Min Dan Sisihan Piawai Domain Gaya Pembelajaran

Domain Min SP Interpretasi

Persekitaran 3.51 .413 Tinggi

Fizikal 3.65 .552 Tinggi

Psikologi 3.74 .503 Tinggi

Purata Keseluruhan 3.63 .397 Tinggi

Manakala berdasarkan Jadual 3 iaitu skor min dan sisihan piawai mengikut domain gaya pembelajaran, menunjukkan ketiga-tiga domain gaya pembelajaran iaitu persekitaran, fizikal dan psikologikal berada pada tahap tinggi. Domain psikologi memperolehi skor min yang paling tinggi iaitu 3.74 (SP = .503). Ini diikuti oleh domain fizikal (min = 3.65, SP =.552) dan domain persekitaran (min = 3.51, SP = .413). Secara keseluruhannya, purata skor min bagi pemboleh ubah gaya pembelajaran ialah 3.63 (SP = .397) iaitu berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan tahap gaya pembelajaran pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PKK adalah tinggi.

Perbincangan

Kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa secara keseluruhannya gaya pembelajaran pelajar kejuruteraan mekanikal di PKK adalah pada tahap yang tinggi. Tahap gaya pembelajaran mengikut domain juga menunjukkan kesemua domain yang diukur iaitu domain persekitaran, fizikal dan psikologi berada pada tahap tinggi. Ini bermakna pelajar kejuruteraan mekanikal di PKK cenderung mengamalkan gaya pembelajaran yang pelbagai iaitu ketiga-ketiga jenis gaya pembelajaran tersebut.

Dapatan kajian ini bertentangan dengan kajian oleh Nasirah Ismail et al. (2010) yang mendapati bahawa gaya pembelajaran yang diamalkan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrik di Politeknik berada pada tahap yang sederhana. Dapatan yang berbeza ini adalah kerana kajian ini hanya melibatkan pelajar kejuruteraan mekanikal manakala kajian oleh Nasirah Ismail et al. (2010) melibatkan responden daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Selain itu, dengan peredaran masa, pelajar-pelajar juga semakin diberi pendedahan dan mempunyai

(7)

meningkat.

Selain itu, kajian ini turut disokong oleh penemuan yang dijalankan oleh Cecilia et al.

(2019) serta Karimi, Adib dan Mahmoudi (2020) yang mendedahkan bahawa pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang pelbagai. Apabila pelajar mempunyai pengetahuan tentang pilihan gaya pembelajaran mereka dan memanfaatkan pelbagai gaya pembelajaran, hasilnya dapat membantu pelajar untuk meningkatkan prestasi akademik mereka. Di samping itu, guru juga perlu mempelbagaikan pendekatan pembelajaran dan penilaian untuk disesuaikan dengan kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar. Hal ini kerana jika hanya satu jenis pembelajaran dan penilaian yang dilaksanakan akan merugikan sebilangan pelajar berbanding yang lain.

Sebagai tambahan, Dunn dan Burke, (2006) juga menjelaskan gaya pembelajaran perlu diketahui supaya para pelajar dapat menentukan gaya mana yang dapat mencetuskan perhatian dan fokus mereka, cara mengekalkannya, dan cara bertindak balas terhadap gaya pemprosesan semula jadi untuk menghasilkan ingatan dan memori jangka panjang. Dengan itu, apabila para pelajar memahami gaya pembelajaran masing-masing, mereka dapat merangka strategi untuk menyesuaikan gaya pembelajaran mereka dalam pelbagai kursus yang mereka belajar supaya dapat memudahkan pembelajaran mereka seterusnya meningkatkan pencapaian dalam kursus yang diambil.

Kesimpulan

Kesimpulannya, pelajar yang mempunyai pengetahuan tentang gaya pembelajaran mereka membolehkan para pelajar menyusun strategi yang berkesan dalam proses pembelajaran dan seterusnya dapat membantu memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang. Selain itu, di dalam pengajaran dan pembelajaran, para pendidik bukan sahaja harus mempelajari tentang teknik dan cara mengajar dengan baik, tetapi juga harus mengkaji bagaimana pelajar boleh belajar dengan baik. Dengan demikian, pendidik dapat merancang dan menyusun strategi bagi meningkatkan kemahiran dan tahap pencapaian pelajar.

Rujukan

Abu Baharin, Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq Syed Mansor, & Jaafar, H. (2007).

Kepelbagaian Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Belajar Pelajar Universiti Di Fakulti Pendidikan, UTM Johor.

Alifah Saring. (2012). Hubungan Kecerdasan Emosi Dan Gaya Pembelajaran Dengan Prestasi Akademik Pelajar UTHM. (Tesis Sarjana) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Andang Andaiyani Ahmad, & Abdul Sain Ambotang. (2020). Gaya Pembelajaran dan Persekitaran Sekolah serta Perkaitannya Dengan Kecerdasan Emosi Pelajar Sekolah Menengah Luar Bandar. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(5), 141–148. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i5.406

Aziz Nordin, & Nur Hifzan Husin. (2011). Gaya Pembelajaran Pelajar tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi malaysia Berdasarkan Model Gaya Pembelajaran Bernice McCarthy.

Cecilia, O. N., Cornelius-Ukpepi, B. U., Edoho, E. A., & Richard, E. O. (2019). The influence of learning styles on academic performance among science education undergraduates at the University of Calabar. Educational Research and Reviews, 14(17), 618–624.

(8)

https://doi.org/10.5897/err2019.3806

Creswell, J. W. (2009). Research Design Qualitative, Quantitative, and Mixed Method Approaches (Third Edit). SAGE Publications. Inc.

Donald Michael Obih. (2010). Hubungan Antara Motivasi, Gaya Pembelajaran Dan Iklim Bilik Darjah Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Tingkatan Empat. (Tesis Ijazah Sarjana Muda) Universiti Teknologi Malaysia.

Dunn, R., & Burke, K. (2006). Learning Style: The Clue To You. In LSCY: Research and Implementation Manual. www.cluetoyou.com

Dunn, R., & Dunn, K. (1979). Learning Styles/Teaching Styles: Should They ... Can They ... Be

Matched?. Educational Leadership, 36(4), 238–244.

http://www.ascd.org/ASCD/pdf/journals/ed_lead/el_197901_dunn.pdf

Karimi SB, Adib Y, Mahmoudi F, B. G. R. (2020). Identifying and Comparing the Learning Styles based on Gender, Syllabus and Educational Level with Emphasis on Cluster Analysis. 7(3).

Nasirah Ismail, Norhasliza Abdullah, & Siti Zubaidah Saharudin. (2010). Hubungan Motivasi, Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik Kejuruteraan: Tinjauan Dalam Kalangan Pelajar Semester Akhir Diploma Kejuruteraan Di Politenik Sultan Azlan Shah.

https://www.slideshare.net/ummiazilla/jurnal-hubungan-motivasi-full-paper

Nurul Farhana Mazian Jamian. (2012). Kecenderungan Gaya Pembelajaran Model Dunn dan Dunn dan Model Honey dan Mumford di kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda FPTP DI UTHM. (Tesis Ijazah Sarjana) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Romanelli, F., Bird, E., & Ryan, M. (2009). Learning styles: A review of theory, application, and best practices. American Journal of Pharmaceutical Education, 73(1).

https://doi.org/10.5688/aj730109

Uk Raai Chen, Alias Masek, & Mohd Hasril Amiruddin. (2014). Kajian gaya pembelajaran dan motivasi terhadap pencapaian pelajar diploma kejuruteraan di Politeknik. Prosiding Persidangan Pendidikan (Penyelidikan Dan Inovasi) Dalam Pendidikan Dan Latihan Teknikal Dan Vokasional (CiE-TVET) Kali Ke-4, 008, 117–136.

Zubaidah Begam Mohamed Zakaria. (2007). Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik : Tinjauan Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Tahun Pertama , UTM.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan persepsi pelajar tahun tiga ijazah sarjana muda dan diploma secara statistiknya terdapat perbezaan yang bererti bagi tempoh penempatan klinikal, jumlah ideal

Persoalan kajian ketujuh iaitu “Adakah terdapat perbezaan antara perlaksanaan e- pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar di Fakulti Pendidikan dan Fakulti

Mencadangkan panduan pengendalian makmal automasi bagi kegunaan pelajar Ijazah SaIjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal supaya memastikan keIja-keIja amali beIjalan

Di atas kesedaran ini, maka penyelidik berminat untuk melihat persepsi pelajar terhadap jadual waktu kuliah yang diadakan di luar waktu rasmi pelajar Ijazah Sarjana Muda

Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenalpasti sama ada pelajar- pelajar tahun akhir Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan KUiTTHO cenderung untuk melibatkan diri dalam

11/3/2014 Tambahan Yuran Pengajian Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perkhidmatan Kewangan) dengan Kepujian Bagi Keahlian Profesional Perancang Kewangan

pelbagai program sama ada peringkat diploma atau ijazah sarjana muda. Para pelajar didedahkan kepada elemen-elemen keusahawanan yang penting untuk menjayakan sesuatu

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara beberapa aspek motivasi dengan tahap pencapaian pelajar dalam kursus Teknologi Elektrik