• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tak salah buka kesalahan Tun M - Universiti Utara Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Tak salah buka kesalahan Tun M - Universiti Utara Malaysia"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Tak salah buka kesalahan Tun M

KOTA BHARU - Tidak salah untuk pemimpin atau bekas pemimpin Umno dan kerajaan membuka aib Tun Dr Mahathir Mohamad selama beliau menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Malah, mereka wajar memper- timbangkan untuk mengklasifikasi- kan dokumen sulit parti dan keraja- an supaya segala kesilapan Mahathir sewaktu berkuasa terdedah kepada rakyat.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, pembukaan rahsia ini pen- ting supaya penilaian rakyat terhadap Mahathir menjadi lebih objektif.

“Saya menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, un- tuk membuka rahsia Mahathir se- bab selama ini rakyat lebih banyak disogokkan maklumat positif me- ngenai beliau.

“Budaya menghormati pe- mimpin atau bekas pemimpin secara keterlaluan sehingga menyembunyi- kan kesilapan atau kezaliman yang mereka lakukan sewaktu memerin- tah perlu dikikis dari masyarakat Malaysia.

“Bukan rakyat tidak tahu kesilap- an dan kezaliman Mahathir sewaktu berkuasa ini kerana ia telah banyak

didedahkan sama ada oleh pihak yang menjadi mangsa penganiaya- an beliau atau oleh badan bebas se- perti ahli akademik.

“Begitu pun, pendedahan ini akan menjadi lebih konklusif dan definitif jika ia dibuat secara rasmi oleh pihak parti dan kerajaan, sekali gus mengimbangi segala maklumat positif mengenai jasa beliau yang se- dia diketahui umum,” katanya ke- pada Sinar Harian di sini.

Kamarul Zaman diminta meng- ulas kenyataan Ahmad Zahid di Bagan Datuk semalam untuk mem- buka aib Mahathir jika beliau tidak jaga mulut dan berkelakuan baik.

Kamarul Zaman, yang juga Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam

Malaysia (IKSIM), berkata, dalam Islam sekalipun perbuatan mem- buka aib pemimpin atau bekas pe- mimpin dibenarkan demi menjaga kemaslahatan umum.

“Bila Mahathir bergerak aktif un- tuk gulingkan pemimpin sedia ada dan menawarkan diri untuk meng- ambil alih tampuk pemerintahan negara, rakyat perlu diberi maklumat jelas dan tepat mengenai rekod be- liau supaya mereka tidak buat pilih- an yang salah.

“Sehubungan ini, kerajaan juga perlu mempertimbangkan untuk merombak semula kandungan ku- rikulum mana-mana mata pelajaran di sekolah, kolej dan universiti yang menyentuh peranan Mahathir supa- ya lebih menepati rekod sebenar.

“Saya harap pemimpin Umno dan kerajaan akan benar-benar se- rius dengan cadangan ini kerana ia bukan pertama kali diutarakan dan turut pernah disebut oleh pemimpin seperti Tan Sri Dr Rais Yatim dan Tan Sri Annuar Musa.

“Malah, kerajaan juga tak per- lu takut untuk menghadapkan Tun Mahathir ke mahkamah jika apa-apa pendedahan tersebut mempunyai implikasi perundangan ke atas be- liau kerana, selain selaras tuntut- an agama, ia juga akan mendapat sokongan rakyat,” katanya.

KAMARUL ZAMAN Headline Tak salah buka kesalahan Tun M

MediaTitle Sinar Harian (Kelantan)

Date 10 Jul 2017 Language Malay

Circulation 160,000 Readership 509,000

Section News Color Full Color

Page No 35 ArticleSize 206 cm²

AdValue RM 1,633 PR Value RM 4,899

Referensi

Dokumen terkait