• Tidak ada hasil yang ditemukan

Talking Point Naib Canselor Sempena Perjumpaan Mingguan Bersama Pengurusan Tertinggi Universiti

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Talking Point Naib Canselor Sempena Perjumpaan Mingguan Bersama Pengurusan Tertinggi Universiti"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Info Kesihatan Adlina PKU - Bahagian Media UKK – aini

TALKING POINT

DATO’ PROF. DR. ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA

PERJUMPAAN MINGGUAN BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI UNIVERSITI 11 APRIL 2018

DI KOMPLEKS SUKAN UniMAP, PAUH PUTRA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Negaraku Malaysia

Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP SALUTASI

Yang Berbahagia Timbalan – timbalan Naib Canselor UniMAP Yang Berusaha Pegawai –Pegawai Utama Universiti

Dekan-dekan dan Ketua-ketua Jabatan,

Seterusnya staf Universiti Malaysia Perlis yang saya kasihi sekalian.

KATA ALU-ALUAN

1. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Azza Wajjala kerana pada hari ini diberi kesempatan dan ruang untuk berkumpul menjayakan program mingguan kita iaitu perjumpaan bersama pengurusan tertinggi sambil melakukan aktiviti senamrobik bagi menyihatkan badan.

2. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua warga UniMAP yang sanggup memberikan komitmen pada pagi yang indah ini. Berikan tepukan yang gemuruh buat diri saudara saudari.

(2)

Info Kesihatan Adlina PKU - Bahagian Media UKK – aini

INFO KESIHATAN

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)

3. Pada minggu ini saya ingin berkongsi berkenaan penyakit tangan, kaki dan mulut yang disediakan oleh Pusat Kesihatan UniMAP.

4. Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

• Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak.

• Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan

pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit.

• Kebanyakan kes penyakit ini tidak serius. Namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung.

• Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan.

5. TANDA DAN GEJALA PENYAKIT

• Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin

• Ulser di tekak dan mulut

• Demam

• Sakit kepala

• Hilang selera makan

6. LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN

• Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.

• Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk.

(3)

Info Kesihatan Adlina PKU - Bahagian Media UKK – aini

• Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu.

• Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil.

• Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak.

• Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak

seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesyen bas.

7. Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:

• Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran.

• Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah.

• Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu.

PROGRAM TELAH BERLANGSUNG

Warga UniMAP yang saya kasihi ,

PELANCARAN SYARIKAT TERBITAN UNIVERSITI DI BAWAH INISIATIF PENGKOMERSILAN UniMAP

8. Alhamdulillah dan tahniah kepada rakan saya Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Prof Dr Uda Hashim dan Pengarah Pusat Pengkomersialan Harta Intelek UniMAP (CIPC), Prof Dr Rosni Bakar serta pasukan mereka di atas pelancaran Syarikat Terbitan Universiti di bawah inisiatif pengkomersilan UniMAP yang

(4)

Info Kesihatan Adlina PKU - Bahagian Media UKK – aini

berlangsung semalam di Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra.

9. Lebih manis, Menteri Pendidikan Tinggi yang kita sanjungi, Dato’

Seri Idris Jusoh hadir bagi melancarkan syarikat terbitan ini. Untuk makluman,empat syarikat terbitan ini adalah milik staf UniMAP dan satu syarikat luar dibangunkan, iaitu Manggo Lestari Consult Sdn Bhd,E Prolink Sdn Bhd, HAAS Solution Sdn Bhd, SWZ Engineering Consultant Sdn Bhd manakala syarikat luar pula ialah IC-EZ Sdn Bhd.

10. Dengan kejayaan perlesenan 4 harta intelek (IP)universiti kepada syarikat-syarikat ini , UniMAP telah berjaya mendapat nilai perlesenan sebanyak RM410 ,000.

11. Apakah objektif mengkomersialkan harta intelek UniMAP ini?

Untuk pengetahuan semua, ia dapat meningkatkan nilai keusahawanan di kalangan staf UniMAP di samping menjadi salah satu inisiatif penjanaan kewangan universiti melalui perlesenan dan jualan hak IP.

Hadirin sekalian,

PROGRAM BAKAL BERLANGSUNG

INTERNATIONAL ENGINEERING INVENTION & INNOVATION EXHIBITION (I- ENVEX) 2018

12. Pada 13 hingga 15 April ini akan berlangsung International Engineering Invention and Innovation Exhibition (i-ENVEX) di Dewan

(5)

Info Kesihatan Adlina PKU - Bahagian Media UKK – aini

Ilmu UniMAP. Sehingga semalam, saya difahamkan sebanyak 16 buah negara bakal menyertai pameran tahunan ini bagi tahun ini.

13. Selain itu, i-ENVEX turut menerima penyertaan daripada pelajar- pelajar sekolah rendah mahupun menengah dengan matlamat lebih ramai penyelidik muda dilahirkan.

14. Saya mendoakan agar pameran berkenaan berjalan lancar dan mencapai objektifnya. Kepada yang berkelapangan, semua dijemput hadir memeriahkan i-ENVEX bagi melihat sendiri produk-produk yang dipertandingkan dari dalam dan luar negara termasuk memberi sokongan kepada pasukan UniMAP.

Hadirin hadirat sekalian,

PENUTUP

15. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya berharap di mana jua kita berada semoga kita sentiasa didalam perlindungan Allah Azza Wajjalla. InsyaALLAH.

16. Semoga perkongsian pada hari ini memberikan manfaat kepada kita semua. Saya sudahi dengan Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA PROGRAM KAYUHAN LIMPAHAN KASIH UniMAP DI KAMPUNG BALIK GUAR, CHUPING 21HB JANUARI 2018 AHAD Assalamualaikum Warahmatullahi

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA PERASMIAN PENUTUP FESTIVAL KEBUDAYAAN ANTARA KOLEJ KEDIAMANFESTKOL 22 APRIL 2018 DI DEWAN KECEMERLANGAN,

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS BERBUKA PUASA UniMAP BERSAMA MENTERI PENGAJIAN TINGGI DI DEWAN 2020 PADA 7 SEPTEMBER 2009

KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA SENAMROBIK DAN PERJUMPAAN MINGGUAN PADA 20 JUN 2014 DI GELANGGANG SERBAGUNA KAMPUS KUBANG GAJAH

Info Kesihatan Puan Adlina - Bahagian Media UKK – Basri Basir diperlukan dalam melawan stres manakala Vitamin E berkesan dalam menghalang penyakit yang disebabkan oleh stres seperti

Info Psikologi Puan Wan Saniah - Bahagian Media UKK – AidaOthman 2 Sentiasa memberikan senyuman Sentiasa mulakan hari anda dengan memberikan senyuman kepada semua orang yang kita

 Tips yang Ketiga ialah ‘take five’… pergilah bersiar-bersiar & menikmati keindahan alam ciptaan tuhan… Kita pasti akan bersyukur Apabila kita berada dalam keadaan tertekan,

ZUL AZHAR ZAHID JAMAL NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SEMPENA MAJLIS SERI GEMILANG UniMAP 2017 29 MAC 2018 DI HOTEL SERI MALAYSIA KANGAR, JAM 9.00 MALAM Raja Berdaulat,