• Tidak ada hasil yang ditemukan

Talking Point Brig. Jen. Dato' Prof. Dr. Kamaruddin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis sempena Senamrobik dan Perjumpaan Mingguan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Talking Point Brig. Jen. Dato' Prof. Dr. Kamaruddin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis sempena Senamrobik dan Perjumpaan Mingguan"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Bahagian Media PNC – Mohd Basri Basir 1

TALKING POINT

BRIG. JEN. DATO’ PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

SEMPENA SENAMROBIK DAN PERJUMPAAN MINGGUAN PADA 23 FEBRUARI 2011

DI MULTIPURPOSE COURT KUBANG GAJAH

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Yang Berbahagia Prof. Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UniMAP

Yang Berusaha Encik Zuber Bin Haji Mohamad, Pemangku Pendaftar UniMAP,

Yang Berusaha Puan Saodah Hassan, Bendahari UniMAP,

(2)

Bahagian Media PNC – Mohd Basri Basir 2

Yang Berusaha Puan Mazmin Mat Akhir, Pustakawan Kanan,

Dekan-dekan dan Ketua-ketua Jabatan, serta kakitangan Universiti Malaysia Perlis yang saya dikasihi sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia

Selamat Pagi, Good Morning, Kalai Vannakam, Zao Shang Hao.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadhrat Allah SWT kerana diberi keizinan olehNya untuk sama-sama kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini untuk merapatkan lagi hubungan sesama kita warga kerja UniMAP.

Ladies and gentleman

(3)

Bahagian Media PNC – Mohd Basri Basir 3

Hadirin dan hadirat sekalian,

Minggu ini merupakan minggu yang amat sibuk buat kita semua kerana berbagai program yang akan dijalankan, dan program yang paling penting merupakan dua pertandingan besar iaitu Kejohanan Tenis Jemputan Universiti Asean 2011 yang akan diadakan pada 23 hingga 27 Februari dan Malaysia University Robot Competition (MUROC) 2011 pada 26 hingga 27 Februari ini.

Sebagai penganjur, semua warga UniMAP haruslah memberi komitmen dan menyokong bagi menjamin acara ini berjalan lancar. Saya berharap agar anda semua dapat mengamalkan budi bahasa dan sikap terpuji dalam melayani tetamu-tetamu kita dari universiti-universiti yang mengambil bahagian nanti.

Sesungguhnya sikap anda akan mencerminkan imej UniMAP di mata mereka.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Pada pagi ini juga, saya ingin berkongsi berita gembira bersama anda semua, baru-baru ini UniMAP telah mengambil bahagian dalam Malaysia Teknologi Ekspo (MTE) yang ke – 10, yang diadakan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre dan saya amat berbangga kerana para penyelidik UniMAP berjaya membawa pulang 4 emas, 7 perak dan 16 gangsa

(4)

Bahagian Media PNC – Mohd Basri Basir 4

daripada 36 produk yang dipertandingkan, ini menunjukkan peningkatan yang baik berbanding tahun lalu dimana kita memperoleh 2 emas, 8 perak dan 12 gangsa pada pertandingan yang sama.

Emas diperolehi melalui produk Nano-Biochip By Size Expansion Technique For Label Free Detection oleh Prof. Dr.

Uda Hashim dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Microelektronik, Dried Chili Seed Separating Machine, (Shayfull Zamree Abd. Rahim, PPK Pembuatan), Modified Double Weight (Mdw) Code For Ocdma Ftth Network Using FPGA Based(Prof Dr Syed Alwee Aljunid Syed Junid, PPK Komputer dan Perhubungan) dan Switched Parasitic Patch Antenna Array For Smart Antenna Aplication dihasilkan kumpulan penyelidik Dr. Mohd Fareq Abd Malek, Mohd Hafizuddin Mat, Suzanna Harun Ronald, Ismahayati Adam, dan Satea Hikmat dari PPK Komputer dan Perhubungan.

Syabas dan tahniah saya ucapkan. Untuk yang tidak berjaya, cuba lagi di pertandingan yang akan datang.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Untuk pengetahuan anda semua, pada 24 Februari ini, akan diadakan Pilihanraya Kampus UniMAP bagi memilih Majlis Perwakilan Pelajar untuk sesi 2011/2012 dan buat pertama

(5)

Bahagian Media PNC – Mohd Basri Basir 5

kalinya dalam sejarah pilihanraya kampus UniMAP wujud pertandingan untuk merebut jawatan sebagai MPP dan para mahasiswa akan menggunakan komputer untuk mengundi atau dinamakan kaedah E-Voting.

Jadi di sini saya ingin mengambil kesempatan menyeru kepada para pensyarah untuk memberikan kerjasama yang jitu sepanjang sepanjang kempen sehinggalah pilihanraya berakhir bagi memastikan ianya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Sebelum mengakhiri ucapan izinkan saya menyampaikan serangkap pantun:

Sekian,

Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….

Referensi

Dokumen terkait

Hadirin sekalian, Sebenarnya, cabaran tahun baru kita telahpun bermula pada minggu lepas dengan penganjuran MURoC yang bermaksud Malaysia University Robot Competitions ataupun

Hadirin sekalian, Perkara yang paling menarik perhatian saya dalam amanat Menteri ialah berkenaan “janji” YB Menteri yang bersedia untuk mengembalikan peranan asal keempat-empat

Hadirin sekalian, Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi satu berita baik bersama anda semua iaitu, Persatuan Badan Berkanun Malaysia telah sebulat suara memilih

Hadirin dan hadirat sekalian Kita teruskan dengan berita gembira mengenai pencapaian, pada 13 hingga 15 September 2011 lalu UniMAP telah menyertai Persidangan dan Ekspo Ciptaan

Tahniah saya ucapkan kepada semua penerima, saya secara peribadi amat berbangga dengan pencapaian yang telah anda perolehi sekaligus mengharumkan nama UniMAP di persada antarabangsa..

Hadirin sekalian, Bercakap soal ‘perkara yang perlu kita lakukan’, kita telahpun melakukan perkara yang sepatutnya dengan tertubuhnya Anjung UniMAP yang ke – 2 di Kulim.. Malah kita

Hadirin sekalian, • Pada 3 dan 4 April yang lepas UniMAP telah menganjurkan Engineering Invention and Innovation Exhibiton ENVEX 2010 di Dewan SRJK C Khoon Aik.. Program berkenaan

• Saya juga amat berbangga kerana majlis tersebut diiktiraf sebagai penganjuran terbaik oleh MASUM dan ini membuktikan kita mampu menjadi penganjur hebat bagi sebarang acara walaupun