• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tanam sayur tampung perbelanjaan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Tanam sayur tampung perbelanjaan"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

Mohd Azaruddin Majid mengusahakan tanaman timun, terung, lada, ubi kayu dan serai di kawasan seluas 0.4 hektar berhampiran tapak perkhemahan di Pulau Redang. - Foto NSTP/Ghazali Kori

Tanam sayur tampung perbelanjaan

Zaid Salim - Julai 13, 2021 @ 11:45am bhnews@bh.com.my

KUALA NERUS: Pengusaha tapak perkhemahan di Pulau Redang, dekat sini, terpaksa beralih ke bidang pertanian bagi menampung perbelanjaan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) biarpun tidak kemahiran dalam bidang berkenaan.

Berbekalkan sedikit pengetahuan asas daripada Jabatan Pertanian, Mohd Azaruddin Majid, 36, memulakan projek tanaman timun, terung, lada, ubi kayu dan serai di kawasan seluas 0.4 hektar berhampiran tapak perkhemahan.

(2)

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

Mohd Azaruddin yang mesra dengan panggilan Udin menggunakan kaedah tanaman fertigasi berikutan kawasan berkenaan dikelilingi air masin, malah cuaca panas tidak sesuai untuk bercucuk tanam.

"Untuk kaedah fertigasi penjagaan tanaman tidak cerewet dan hasil tanaman pun subur.

Semua hasil tanaman saya jual kepada pekerja resort di Pantai Pasir Panjang dan hasil jualan dapatlah saya menampung perbelanjaan sementara menunggu sektor pelancongan dibuka semula," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Azaruddin, dia kini dalam proses percubaan menanam sawi dan kangkung menggunakan kaedah aquaponik menggunakan air daripada kolam ikan.

Katanya, tanaman ditanam dalam kolam ikan dan secara tidak langsung tanaman berkenaan boleh dijadikan makanan ikan sekali gus dapat mengurangkan kos pembelian makanan ikan.

"Saya ada membela ikan air tawar seperti talapia dan bercadang memperkenalkan pakej baharu buat pengunjung iaitu makan sayuran dan ikan air tawar segar terus dari kolam sebaik sahaja kerajaan membenarkan sektor pelancongan beroperasi," katanya.

Bagi merealisasikan impiannya itu, dia nekad menjual satu daripada tiga kereta dengan harga RM11,000.

Azaruddin berkata, dia mengusahakan tapak perkhemahan sejak 2018 dan memiliki 25 khemah.

"Peringkat awal berniaga pada 2019, saya memperoleh pendapatan RM30,000 bagi satu musim dan tahun lalu dalam tempoh empat bulan bermula Julai hingga Oktober, saya mampu menjana pendapatan sehingga RM100,000.

"Namun PKP 3.0 ini, perniagaan saya terkesan teruk dan langsung tiada pendapatan.

Meskipun tiada pendapatan, saya tetap mengekalkan pekerja seramai sembilan orang yang kini ditugaskan menjaga kebun dan kolam ikan" katanya.

(3)

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

Katanya, tahun ini tapak perkhemahan hanya beroperasi sebulan iaitu pada Mac dan selepas itu terpaksa ditutup susulan penutupan sektor pelancongan sehingga kini.

Referensi

Dokumen terkait

Mengulas lanjut mengenai batik tanah liat, Abdul Halim berkata, produk seramik dari tanah liat yang sinonim dengan negeri ini diinovasikan penggunaan bahan tanah liat sebagai alternatif

Disclaimer: Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or