Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
Tapak pesta ria diarah tutup
Amirul Aiman Hamsuddin [email protected]
Kuala Lumpur: Tapak pesta ria (fun fair) di Cheras Selatan, Kajang diarah
menghentikan operasi dan ditutup serta-merta susulan kematian lelaki dipercayai terjatuh dari roda Ferris, kelmarin.
Arahan penutupan dibuat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.
Pengarah JKKP Selangor, Bahrudin Mamat berkata, sepasukan pegawai penyiasat diarahkan untuk melakukan pemeriksaan di lokasi.
"Siasatan awal mendapati dua mangsa terjatuh setinggi kira-kira lapan meter dari buaian berkenaan pada 11.15 malam.
"Sehubungan itu, kita mengeluarkan lima Pemberitahuan Larangan mengikut Seksyen 19 (2) Akta Kilang Dan Jentera 1967 bagi menghentikan operasi ke atas lima unit alat permainan.
"Satu Notis Larangan mengikut Seksyen 48 (2) Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 turut dikeluarkan atas kegagalan pihak operator menjalankan penaksiran risiko bagi semua aktiviti di kawasan tersebut," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
Bahrudin berkata, JKKP juga akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak bertanggungjawab sekiranya didapati berlaku pelanggaran akta yang ditetapkan.
"Kita memandang serius setiap kemalangan melibatkan pekerja dan orang awam.
"Operator mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti dan
bertanggungjawab meneliti terlebih dulu bahaya dengan membuat penilaian risiko sebelum menjalankan operasi," katanya.
Menurutnya, pihaknya turut menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden berkenaan.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki meninggal dunia manakala seorang lagi cedera selepas terjatuh dari permainan roda Ferris.