Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
Tembikai bawa keceriaan kepada penduduk Kampung Ubai
Oleh Mohd Rafi Mamat - April 23, 2023 @ 11:42am [email protected]
Pekebun, Khaidir Ibrahim mampu menjual antara 200 hingga 800 biji tembikai sehari di tepi Jalan Kuantan-Pekan dekat Kampung Ubai.
KUANTAN: Pekebun tembikai dari Kampung Ubai di sini, menyambut Aidilfitri kali ini dalam suasana ceria apabila tanaman mereka mengeluarkan hasil yang banyak.
Tembikai jenis Boci yang berkualiti tinggi keluaran kampung berkenaan menjadi kelebihan kepada petani untuk memasarkan produk itu terus kepada pengguna.
Pekebun, Khaidir Ibrahim, 43, yang mengusahakan tanaman tembikai jenis boci merah dan kuning seluas kira-kira 1.6 hektar, menyifatkan musim pengeluaran ketika ini berada di kemuncak.
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
Katanya, pada musim kali ini beliau mampu mengeluarkan lebih 18 tan buah tembikai, pasaran terus kepada pemborong, selain menjual di tepi Jalan Kuantan-Pekan dekat Kampung Ubai sejak pertengahan Ramadan.
"Ada lebih 15 pekebun terdiri daripada penduduk setempat yang mengusahakan tanaman tembikai di Kampung Ubai yang terkenal dengan tembikai jenis boci sejak berpuluh tahun lalu.
"Selepas menanggung kerugian akibat dua kali banjir melanda kebun tahun lalu, rezeki bertambah pada musim kali ini apabila pengeluaran kini meningkat lebih sekali ganda,"
katanya di sini, semalam.
Beliau yang berpengalaman lapan tahun menanam tembikai, berkata walaupun tuaian buah dibuat pada Ramadan kali ini, namun pasaran masih tetap berjalan lancar.
Khaidir berkata, di tepi Jalan Kuantan-Pekan dekat Kampung Ubai kini, ada kira-kira 13 gerai jualan tembikai yang diusahakan pekebun dan penduduk setempat bagi menambah pendapatan menyambut Aidilfitri.
Tambahnya lagi, tembikai Kampung Ubai mendapat permintaan menggalakkan kerana buahnya yang manis dan dijadikan juadah untuk berbuka puasa.
"Saya menjual pada harga RM3 sekilogram dan jualan setiap hari antara 200 hingga 800 biji.
Permintaan tinggi buah berlaku setiap Sabtu dan Ahad apabila pengguna Jalan Kuantan- Pekan bertambah tiga hingga empat kali ganda.
"Saya bersyukur apabila pengeluaran buah musim ini bertambah, selain pasaran yang berjalan lancar," katanya yang tidak dapat memenuhi permintaan tembikai madu.
Tinjauan mendapati tembikai keluaran Kampung Ubai sentiasa mendapat permintaan menggalakkan, walaupun harganya sedikit tinggi berbanding buah yang dibawa masuk dari negeri jiran.
Rata-rata pekebun mendakwa mereka tidak terlalu bimbang kemasukan tembikai luar kerana percaya tembikai Kampung Ubai mempunyai tarikan yang tersendiri.