• Tidak ada hasil yang ditemukan

Terap nilai keagamaan, kekeluargaan jaga warga emas

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Terap nilai keagamaan, kekeluargaan jaga warga emas"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Provided for client's internal research purposes only. May not be further copied, distributed, sold or published in any form without the prior consent of the copyright owner.

Oleh Dr Norazmi Anas dan Shahril Nizam Zulkipli [email protected]

Trendpenuaan Malaysia menunjuk- kan kita bakal mencapai status negara tua menjelang 2040 berikutan 15 pera- tus rakyat adalah dalam kalangan go- longan warga emas akibat peralihan demografi kerana kemerosotan fertili- ti, penurunan kadar mortaliti dan pe- ningkatan jangkaan hayat.

Situasi ini memperlihatkan peningka- tan kes pengabaian warga emas disebab- kan faktor seperti tidak menerapkan ni- lai keagamaan dalam kekeluargaan, anak terlalu mengejar kemewahan, ma- salah kewangan serta ketiadaan waris mampu menjaga mereka.

Oleh itu, penjagaan warga emas perlu berteraskan elemen keagamaan dengan menjadikan Nabi Muhammad SAW se- bagai teladan.

Abdullah ‘Amr RA meriwayatkan Ra- sulullah SAW bersabda: “Allah reda de- ngan sebab reda ibu bapa dan Allah mur- ka dengan sebab murka ibu bapa.” (Ha- dis Riwayat Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Hakim).

Terdapat lima elemen utama penjagaan warga emas berdasarkan sunnah Nabawi seperti dalam kitab al-Qiyam al-Hadariyyah Li Ri’ayah al-Muslimin fi al-Sunnah al-Nabawiyyah karangan Dr Irhabi Muhammad Irhab, iaitu sikap, ibadat, pema- kanan, penjagaan kesihatan dan keselamatan.

Pertama, sikap dengan melihat hadis diriwayat- kan Mush’ab Sa’ad RA bahawa Nabi SAW bersabda:

“Tidaklah kalian ditolong dan diberi rezeki me- lainkan kerana adanya (doa) orang lemah (antara) kalian.” (HR Bukhari).

Imam al-Manawi menegaskan hadis ini menun- jukkan keperluan mendekati, mengambil tahu, me- nyantuni hak dan bersikap lemah lembut dalam perkataan serta perbuatan kepada orang lemah agar tidak melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan mereka berkecil hati hingga menarik pertolongan Allah SWT.

Ini kerana doa dan ibadat mereka lebih ikhlas

serta khusyuk kerana hati mereka tidak lagi terikat dengan keseronokan duniawi.

Individu yang masih mempunyai orang tua perlu mengambil peluang memohon doa daripada mereka yang mudah dimakbulkan Allah SWT terutama ibu, manakala bagi yang ibu bapanya sudah meninggal dunia, anak atau waris perlu sentiasa mendoakan mereka agar tenang di alam sana serta digolongkan dalam kalangan orang beriman.

Kedua, ibadat. Abu Hurairah RA meriwayatkan Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya agama itu mu- dah dan tidaklah seseorang menyukarkan urusan agama kecuali dia akan dikalahkan (semakin berat dan sulit).” (HR Bukhari)

Hadis ini menunjukkan dalil rukhsah (keringa- nan) dalam hukum syarak kepada warga emas. Ia menjadi prinsip ibadat perlu diambil perhatian da- lam memastikan pemeliharaan dan keutamaan iba- dat mereka seperti keharusan duduk ketika solat, bertayamum, jamak, puasa ganti dan keringanan berkaitan aurat.

Peningkatan usia menuju usia emas bukan ber- makna urusan ibadat dipandang enteng. Selari de- ngan peningkatan usia, masa perlu digunakan un- tuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ketiga, pemakanan. Sahl Sa’d RA meriwayatkan Rasulullah SAW pernah diberi minuman, lalu me-

minumnya, sementara di sebelah kanan Baginda ter- dapat anak muda dan sebelah kiri pula orang tua.

Lalu, Baginda bersabda kepada anak muda: “Apa- kah kamu mengizinkan aku untuk memberi sisanya kepada mereka?” Anak muda menjawab: “Demi Al- lah wahai Rasulullah, aku tidak akan memberikan bahagianku daripada sisamu kepada seorangpun.”

Sahl berkata: “Lantas Rasulullah SAW memberi- kan pada tangannya.” (HR Bukhari).

Menurut Imam Nawawi, perbuatan mengutama- kan makan minum orang tua adalah untuk me- lembutkan hati mereka ke atas orang muda dan sebagai petunjuk sunah dalam memuliakan mereka.

Keperluan pemakanan warga emas perlu cukup dengan mengamalkan diet seimbang. Oleh itu, ke- perluan pemakanan mereka perlu dijaga.

Keempat, penjagaan kesihatan. Ibnu Abbas RA menceritakan beliau pernah berada di belakang Ra- sulullah SAW. Baginda bersabda: “Wahai anak, se- sungguhnya aku akan mengajarimu beberapa ka- limat: Jagalah Allah nescaya Dia menjagamu, ja- galah Allah nescaya kamu menemui-Nya di hada- panmu, apabila kamu meminta, mintalah pada Al- lah dan apabila kamu meminta pertolongan, min- talah kepada Allah” (HR Tirmizi).

Hadis ini menunjukkan kebergantungan kepada Allah SWT dalam penjagaan kesihatan rohani atau dalaman.

Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Mukmin kuat lebih baik dan lebih di- cintai Allah SWT daripada mukmin lemah.” (HR Muslim).

Kelima, keselamatan. Anas Ibnu Malik RA me- riwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Pergilah de- ngan nama Allah, di atas agama Rasulullah dan janganlah membunuh orang tua, anak kecil dan wanita.” (HR Abu Daud).

Banyak hadis menunjukkan larangan membunuh orang tua dalam peperangan untuk menunjukkan Islam sebagai agama rahmat kepada semua ma- nusia, lebih-lebih warga emas.

Sempena Hari Warga Emas Sedunia disambut pada hari ini setiap tahun, mari kita bulatkan tekad dan menanamkan azam agar menjaga kebajikan orang tua atau warga emas lebih-lebih lagi ibu bapa sendiri.

Ini kerana ia tuntutan dalam Islam dan patuh sunnah Nabawi. Ingatlah reda Allah SWT bergan- tung keredaan ibu bapa.

Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Tapah

Terap nilai keagamaan,

kekeluargaan jaga warga emas

Individu yang masih mempunyai orang tua terutama ibu perlu mengambil peluang memohon doa daripada mereka yang mudah dimakbulkan Allah SWT.

(Foto hiasan)

AUTHOR: Oleh Dr Norazmi Anas dan Shahril Nizam Zulkipli SECTION: NASIONAL PAGE: 36

PRINTED SIZE: 577.00cm² REGION: KL MARKET: Malaysia PHOTO: Full Color ASR: MYR 19,106.00 ITEM ID: MY0045444907

Page 1 of 2 01 OCT, 2021

Terap nilai keagamaan, kekeluargaan jaga warga emas

Berita Harian, Malaysia

(2)

Provided for client's internal research purposes only. May not be further copied, distributed, sold or published in any form without the prior consent of the copyright owner.

SUMMARIES

Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Tapah

Trend penuaan Malaysia menunjukkan kita bakal mencapai status negara tua menjelang 2040 berikutan 15 peratus rakyat adalah dalam kalangan golongan warga emas akibat peralihan demografi kerana kemerosotan fertiliti, penurunan kadar mortaliti dan peningkatan jangkaan hayat.

AUTHOR: Oleh Dr Norazmi Anas dan Shahril Nizam Zulkipli SECTION: NASIONAL PAGE: 36

PRINTED SIZE: 577.00cm² REGION: KL MARKET: Malaysia PHOTO: Full Color ASR: MYR 19,106.00 ITEM ID: MY0045444907

Page 2 of 2 01 OCT, 2021

Terap nilai keagamaan, kekeluargaan jaga warga emas

Berita Harian, Malaysia

Referensi

Dokumen terkait

This study applied the Table 2: List of keywords used to search and retrieve data from the Scopus database Knowledge Management Information Management Knowledge Sharing Artificial