• Tidak ada hasil yang ditemukan

'Teruskan dasar bekerja dari rumah'

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "'Teruskan dasar bekerja dari rumah'"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

'Teruskan dasar bekerja dari rumah'

Oleh Rafidah Mat Ruzki - Februari 7, 2022 @ 8:43pm [email protected]

https://youtu.be/-A2GgF3dzHs

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sangat menggalakkan majikan di negara ini untuk meneruskan dasar bekerja dari rumah (BDR) bagi memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat untuk pekerja.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata kementerian juga menggalakkan sistem penggiliran kehadiran ke pejabat ketika kes COVID-19 semakin meningkat berikutan jangkitan varian Omicron.

Beliau berkata, perkara itu sudah dibincangkan dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pagi tadi.

"Pagi tadi saya bincang dengan Menteri Kewangan dan bersetuju bahawa buat masa ini kerajaan sangat menggalakkannya bagi mengimbangi kesihatan awam dan pemulihan ekonomi," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Khairy berkata, majikan juga dinasihati membantu pekerja melaksanakan ujian saringan COVID-19 terutama kakitangan yang bergejala selain menyedia kit ujian saringan kepada pekerja yang sukar mendapatkannya serta memberikan pelitup muka berkualiti.

Beliau berkata, mana-mana majikan yang ingin melakukan pengubahsuaian sistem pengudaraan di pejabat dan tempat kerja, boleh mendapatkan insentif daripada Kementerian Kewangan.

"Ada insentif kerajaan kepada majikan," katanya.

Sementara itu, Khairy berkata, KKM masih merancang mengenai kebenaran untuk merapatkan saf jemaah di masjid.

Beliau berkata, ketika ini, pihaknya memberi tumpuan terhadap penularan jangkitan COVID-19 varian Omicron.

"Apa-apa pun perancangan KKM untuk ke arah keterbukaan yang lebih besar masih lagi dalam perancangan.

"Cuma kita 'hold' sekejap nak tengok gelombang ini selesai, selepas itu kita sedia,"

katanya.

(2)

Beliau berkata, ketika ini sudah ada prosedur operasi standard (SOP) di tempat ibadah, pintu masuk antarabangsa dan kawalan sempadan sudah tersedia.

Gambar hiasan

Referensi

Dokumen terkait

AHOURAI Summary.-Clinical and pathological findings are reported in a case ofepidermal cyst in the spinal cord of an eight-month-old lamb.. Introduction The occurrence of epidermal

When financial statements are prepared by Company A at the end of December 2018, the taxable temporary difference originating in 2017 reverses, resulting in an increase to income taxes