Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.
TI-Malaysia komited lindungi pengamal media
KUALA LUMPUR: Transparency International Malaysia (TI-Malaysia) akan memperjuangkan inisiatif memperluaskan perlindungan ke atas pemberi maklumat bagi melindungi pengamal media dan sumber mereka.
Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.
Presidennya, Dr Muhammad Mohan, berkata ketika ini Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (2010) tidak melindungi pemberi maklumat yang secara langsung membekalkan maklumat kepada media.
"Ini adalah bagi mengambil kira aspek umum dalam pelaporan penyiasatan dan atas dasar itu TI-Malaysia memperjuangkan inisiatif untuk memperluaskan perlindungan melalui akta terbabit,"
katanya melalui Bengkel Kewartawanan Penyiasatan yang diadakan secara maya, di sini.
Pada masa sama, Muhammad berkata, pengisian bengkel itu juga memberi gambaran secara mendalam kepada pengamal media mengenai akta berkenaan.
Beliau berkata, bengkel itu juga bagi memperjuangkan penggubalan undang -undang lebih baik dalam memerangi rasuah untuk membolehkan pengamal media membongkar salah gun a amanah rakyat.
"Pengamal media juga berpeluang melengkapkan kemahiran yang relevan dengan mendalam dan meningkatkan pembabitan bersama media dalam melaporkan perbuatan rasuah.
"Wartawan penyiasatan profesional yang melaporkan dengan fakta yang tepat dan
berpengetahuan mendalam mengenai ketelusan, tadbir urus baik, dan integriti adalah barisan hadapan dalam memerangi rasuah," katanya.
Seramai 33 pengamal media menyertai bengkel berkenaan yang menampilkan lima
penceramah iaitu Pengurus Projek Khas Sistem Televisyen Malaysia Berhad, Kumpulan Media Prima, Farrah Naz Abdul Karim; Pengarang Urusan The Vibes, Terence Fernandez; Ahli akademik, Datuk Dr Ahmad Murad Merican, Kolumnis dan bekas pengarang The Sun Daily, R Nadeswaran dan pengamal undang-undang, Chew Phye Keat.
Bengkel kali pertama diadakan dengan sokongan The US Agency for International Development (USAID) dan Malaysia Reform Initiative (MARI).