Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu beralih kepada negara berpendapatan tinggi seperti klasifikasi Bank Dunia, dalam tempoh lima tahun akan datang.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata peralihan itu wajar dilaksanakan selepas mengambil kira kedudukan negara dalam kelompok berpendapatan pertengahan, sejak lebih dua dekad lalu.
Sehubungan itu, katanya, ini memerlukan anjakan paradigma yang berterusan dengan sektor swasta sebagai peneraju utama pertumbuhan negara.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah antara lain berkata, kerajaan komited mewujudkan persekitaran ekonomi yang mampu memenuhi potensi setiap lapisan masyarakat
"Kerajaan akan terus mengurangkan kerenah birokrasi yang menghalang perniagaan dan usahawan kerana menjana keuntungan, membayar cukai yang saksama dan mewujudkan pekerjaan berkualiti adalah perkara yang baik.
"Justeru, ia perlu dipermudah di semua peringkat kerajaan sama ada Persekutuan, negeri atau tempatan," katanya berucap merasmikan seminar Pemasaran
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
Keusahawanan: Kaedah Mengembangkan Perniagaan selepas Pandemik di sini, hari ini.
Seminar anjuran Institut MarkPlus ASEAN itu turut dihadiri Pengasas dan Pengerusi MarkPlus Inc, Hermawan Kartajaya dan Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, bagi mengurangkan kesan pandemik COVID- 19, teknologi kekal menjadi aspek penting yang mengubah sosioekonomi serta mempengaruhi pilihan pengguna, selain didorong faktor modal insan.
Beliau mengakui, banyak perniagaan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (IKS) di negara ini berdepan pelbagai cabaran global susulan pandemik COVID-19, sejak tiga tahun lalu.
"Teknologi masih perlu bergantung kepada faktor modal insan. Penggunaan teknologi pada tahap tertentu akan membantu perkembangan perniagaan, tetapi ia mempunyai had kerana analisis akhir perlu dilakukan manusia.
"Manusia dan teknologi perlu saling digabungkan dengan lebih cekap dan lancar untuk mencapai hasil optimum," katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang beralih daripada dunia korporat ke arena politik sempat berkongsi nasihat mengenai keusahawanan dan pemasaran yang meninggalkan kesan mendalam kepada dirinya, antaranya sentiasa merebut peluang.
Selain itu, katanya, tegas dalam memberi asuhan serta setiap individu perlu yakin untuk mencipta dan memupuk rangkaian masing-masing.