TOKOH PILIHAN KP (KUALITI KEMAHIRAN TERUNGGUL) ‐ SI TANGAN EMAS
Tokoh pilihan KP (Kategori: Kualiti Kemahiran Terunggul) kali ini ialah En Sufian bin Hamsan.
En Sufian bin Hamsan (640204‐08‐5401) dilahirkan pada 4 Februari 1964 di alamat No. 4, Parit Haji Ali, Masjid Tinggi, Bagan Serai, Perak. Beliau merupakan anak ke‐3 daripada sembilan adik‐ beradik. Mendapat
pendidikan di Sekolah Kebangsaan Teluk Medan Bagan Serai Perak (1971– 1976) sebelum meneruskan pelajaran ke Sekolah Menengah Alang Iskandar Bagan Serai dari tahun 1977–1981. Beliau kemudian melanjutkan pengajiannya di sebuah Institut Kemahiran Mara di Sri Manjung, Lumut, Perak dari tahun 1983‐1985 dalam bidang pertukangan kayu dan tanggam. Beliau telah berumah tangga dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Gambar En. Sufian sekeluarga
En. Sufian telah mula bekerja sebagai pembuat perabot di kilang Paharudin Perabot di Langkap, Perak pada tahun 1985 hingga 1987 sebelum ditawarkan berkhidmat di FRIM mulai 1 Mac 1987. Ketika bertugas sebagai Tukang Kayu K3, beliau mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Tinggi dalam bidang kayu dan telah lulus dengan jayanya pada tahun 1993. Beliau kemudian dinaikkan pangkat secara lantikan sebagai Tukang K2 (R11) pada tahun 1993 dan Tukang K2 (R22) pada 2003.
Sumbangan Kepada Jabatan dan Negara
‐ Beliau dilantik sebagai Hakim Pertandingan Kemahiran Malaysia mulai dari tahun 2003 sehingga kini. Tugasan yang diberikan kepada beliau ialah sebagai panel penilaian dan
pemilihan peserta Malaysia di bawah umur 22 tahun yang berkelayakan untuk mewakili negara ke Asean Skill Competition sebelum bertanding di peringkat World Skill Competition.
‐ En. Sufian juga pernah dilantik sebagai Hakim MySkill pada tahun 2008 dan 2009; dengan tugasan utama sebagai panel pemilih dan penilai kemahiran tenaga pengajar bagi semua pusat‐ pusat latihan kemahiran di Malaysia agar dapat melahirkan pelajar‐pelajar berkemahiran tinggi.
‐ Selain itu, beliau diiktiraf sebagai Pakar Industri Negara dan Pegawai Pengesah Luaran sebanyak lima kali oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Kementerian Sumber Manusia dari tahun 2007 hingga 2011. Tugasan beliau adalah untuk mengawas peperiksaan dan menjadi penilai projek bagi peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia.
‐ Beliau juga dilantik sebagai Hakim Pertandingan Kemahiran Malaysia di Kementerian Kerja Raya dari
tahun 2003 hingga 2010.
‐ En Sufian ialah Shop Master dan dipertanggungjawabkan untuk mengawas, menyelenggara mesin‐mesin, menyedia peralatan dan bahan untuk pertandingan Asean Skill Competition yang diadakan di Kuala Lumpur sebagai tuan rumah pada tahun 2008.
‐ AJK Pembangunan Kemahiran Pertukangan Kayu untuk National Occupation Skill Standard NOSS di bawah
seliaan CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) bagi sesi 2009–2010.
‐ AJK Pembangunan Soalan Akreditasi bagi menilai kecekapan dan kemahiran pekerja Malaysia dan pekerja
asing dalam bidang pertukangan kayu ajuran CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) tahun 2010.
Dato’ KP sedang menemu bual sambil meneliti sijil, surat dan anugerah yang diperoleh En. Sufian
En. Sufian menunjukkan surat‐surat pelantikan dan pengiktirafan yang diperoleh
Surat‐surat pelantikan sebagai Pakar Industri Negara dan Pakar Pengesah Luaran oleh Kementerian Sumber Manusia
Sebahagian daripada sijil dan anugerah yang diterima
Pencapaian
1. Tempat ke‐3 Pertandingan Kemahiran Malaysia (1992 dan 1994).
2. Naib Johan Pertandingan Kemahiran Malaysia (1993)
3. Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri di Pertandingan Kemahiran Malaysia peringkat terbuka pada tahun 1995.
4. Pergerakan gaji melintang (1996) 5. Anugerah Khidmat Cemerlang (2003).
6. Pengiktirafan sebagai Pakar Industri Negara untuk kakitangan kerajaan bukan pengajar oleh Kementerian Sumber Manusia (2006).
7. Anjakan Gaji (2007).
8. Anugerah Pekerja Terbaik Kumpulan Sokongan (2008).
Bersama Anugerah Tangan Emas
Perdana Menteri yang diterima pada 1995
Kenangan Pahit Manis dan Pesanan Buat Warga FRIM
Kenangan manis yang tidak dapat dilupakan oleh beliau ialah ketika diberikan peluang untuk
mengikuti program nilai murni ke negara Syria, Jordan dan Turki pada 2008. Semasa berada di negara Jordan beliau berpeluang pergi melihat sebatang pokok di tengah‐tengah padang pasir yang tandus dan kering. Sejarahnya pokok itu tumbuh subur sehingga sekarang sebab di situlah tempat
berteduhnya Nabi Muhamad saw (ketika kecil) semasa berulang alik berniaga dari Mekah ke Syam.
Di negara Syria pula beliau telah memanjat bukit dalam cuaca pagi yang dingin untuk melihat kesan‐kesan pembunuhan manusia pertama di dunia (kisah Qabil dan Habil).
Kenangan pahit beliau ialah saat‐saat pedih, pilu dan hiba ketika menghadap dan menatapi wajah saat‐saat akhir kembalinya ke alam barzah kedua‐dua ibu dan bapanya.
Pesanan Beliau Untuk Warga FRIM
Setiap kerja yang kita buat haruslah dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan nikmatilah kerja itu dengan penuh rasa keseronokan. Insya‐Allah kita akan menghasilkan kerja yang berkualiti.
Kesimpulan
Semua anugerah dan pengiktirafan yang diterima ialah kerana minat yang mendalam dalam seni pertukangan kayu dan ini merupakan suatu kepuasan dan kebanggaan bagi beliau untuk melihat sendiri hasil tangan yang terpamer tegak di khalayak ramai.
Pegangan Hidup
Membuat sesuatu kerja itu hendaklah dengan penuh minat dan keikhlasan hati.
Pandangan Ulasan KP
Saudara Sufian ialah individu luar biasa yang belum ada penggantinya sejak kewujudan FRI dan FRIM.
Minat dan dedikasi beliau dalam menghasilkan sesuatu yang terbaik merupakan testimoni bahawa warga FRIM boleh berjaya dan cemerlang di persada negara. Kecemerlangan pencapaian dan sumbangan beliau juga nyata sekali mampu mempertingkatkan imej FRIM sebagai agensi terunggul dalam bidang pertukangan berasaskan kayu dan hasilan hutan. Secara peribadi, saya merasakan bahawa rekod pencapaian beliau mungkin terlalu sukar untuk dicabar dan situasi ini mengekalkan status beliau sebagai antara aset yang perlu dijaga, dihormati dan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh warga FRIM, generasi baharu mahupun oleh teman seangkatan. Sesungguhnya, tabik hormat saya buat Sdra Sufian yang layak dinobatkan sebagai TOKOH PILIHAN KP (KUALITI KEMAHIRAN TERUNGGUL)‐ SI TANGAN EMAS.
Seperti Sdra Dr Omar Khaidzir, Sdra Puad Elham dan Sdr Khairudin; semangat, iltizam dan mutu kerja yang juga ditunjukkan oleh Sdra Sufian merupakan bukti keunggulan mutu kerja mereka yang perlu diteladani oleh semua.
Salam takzim, salam kualiti dan salam keunggulan dari saya‐ Latif
Hakcipta Terpelihara ‐ Rosmadi Salim, Abdul Molok Ghani (Unit Kecemasan dan Keselamatan) & Abd Latif Mohmod (Pejabat Ketua Pengarah FRIM)