• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ucapan Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin sempena Majlis Penutup Sayembara Puisi 2013

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Ucapan Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin sempena Majlis Penutup Sayembara Puisi 2013"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

1

TEKS UCAPAN

NAIB CANSELOR UniMAP

Y.BHG. BRIG. JEN. DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN,

DIBACAKAN TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI, PROF. MADYA DR. MOHD

FOAD’ SAKDAN SEMPENA

MAJLIS PENUTUPAN SAYEMBARA PUISI 2013 16 NOVEMBER 2013

DEWAN KAPITOL, KANGAR.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh

Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

SALUTASI

Yang Berusaha, Prof. Dr. Harshita Aini Haroon, Pengarah Pusat Bahasa Antarabangsa

Yang Berusaha Tuan Abdul Nasir Mohd Razali

Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara

(2)

2

Pegawai-pegawai utama Universiti,

Dekan-dekan dan Ketua-Ketua Jabatan UniMAP,

Hadirin dan hadirat sekalian.

KATA-KATA ALUAN

1. Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi atas nikmat yang diberikan untuk kita bersama-sama pada petang ini dalam majlis yang begitu sinonim dengan para pecinta khazanah kesusasteraan Melayu iaitu Sayembara Puisi.

2. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pusat Bahasa Antarabangsa yang diterajui oleh Prof Dr. Harshita Aini Haroon atas komitmen yang diberikan dalam memastikan majlis pada hari ini dapat direalisasikan dengan jayanya. Tahniah juga buat semua sekretariat yang terlibat.

3. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana kesudian memberi kerjasama dalam menjayakan program

(3)

3

Sayembara Puisi pada tahun ini. Kerjasama ini merupakan kerjasama kali ketiga antara DBP dengan Pusat Bahasa Antarabangsa, UniMAP sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2013. Mudah- mudahan kerjasama erat ini akan berterusan pada masa akan datang sebagai satu wadah perjuangan menegakkan kesusasteraan yang sewajarnya menjadi kebanggaan dalam mempamerkan jati diri bangsa dan negara kita.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

SAYEMBARA PUISI 2013

4. Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) yang pada awalnya diperkenalkan sejak tahun 1960-an telah mengalami pelbagai perubahan dan cabaran.

Evolusi yang berlaku dalam Bulan Bahasa kebangsaan ini menggambarkan usaha dan cabaran yang dihadapi oleh pihak DBP untuk meningkatkan taraf Bahasa Melayu. Bulan Bahasa Kebangsaan bermatlamat untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia di samping untuk menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.

(4)

4

5. Bulan Bahasa Kebangsaan juga bertujuan untuk mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan serta menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.

6. Untuk menyemarakkan lagi Bulan Bahasa Kebangsaan pada kali ini, UniMAP dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara telah menganjurkan program Sayembara Puisi yang diadakan dalam konsep pertandingan.

Pertandingan ini merupakan satu inisiatif yang agak praktikal untuk memastikan puisi terus mendapat tempat dalam masyarakat di Malaysia.

7. Melalui pertandingan ini, semua pihak yang mengambil bahagian dapat bertukar-tukar pengalaman dan mengukuhkan ukhuwah antara mereka. Di samping itu, pelbagai genre puisi turut diperdengarkan oleh peserta dan dideklamasi mengikut kreativiti para peserta. Di sini dapat dilihat minat dan kesungguhan mereka dalam menjadikan puisi ini sebagai salah satu khazanah bahasa yang tidak dilupakan.

(5)

5

Hadirin dan hadhirat sekalian,

PUISI KHAZANAH BUDAYA

8. Oleh itu, kita tidak sepatutnya membiarkan khazanah budaya ini termasuk puisi lenyap ditelan zaman kerana warisan tersebut adalah khazanah dunia yang begitu tinggi nilainya. Walaupun Malaysia sedang mengorak langkah ke arah negara maju pada tahun 2020, kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita. Kita amat berharap pelbagai pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini. Oleh itu, setiap anak watan di bumi tercinta ini perlu menyahut cabaran dan mempunyai semangat “habis kapak berganti beliung” untuk merealisasikan impian tersebut.

9. Oleh itu, penganjuran program ini diharapkan mampu mencungkil bakat, kreativiti dan nilai cinta akan khazanah Melayu dalam kalangan peserta.

Bukan itu sahaja, program ini juga dapat melahirkan masyarakat yang menghayati dan menghargai karya puisi dan secara tidak langsung

(6)

6

meningkatkan martabat khazanah bahasa dan budaya kita.

Hadirin sekalian,

PENUTUP

10. Sebelum mengundurkan diri saya ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada para penaja terutama sekali kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (DBPWU) dan Artisan I Sdn. Bhd. yang memberikan sumbangan untuk melancarkan majlis kita pada hari ini. Terima kasih dan sekalung tahniah kepada para sekreteriat majlis dan Pusat Bahasa Antarabangsa yang bertungkus lumus bagi menjayakan majlis ini.

11. Akhir lidah berbicara, semoga segala usaha yang kita titipkan ini akan memberikan wahana yang baik dalam mencorak kegemilangan universiti kita. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, izinkan saya melafazkan bait-bait sajak yang bertajuk Bahasa hasil Nukilan Norlila Abdul Ghani, ini:

(7)

7

Bahasa Menunjuk Ajar Boleh Juga Kepalang Ajar

Bahasa Boleh Menunjuk Boleh Juga Merajuk Ada Juga Dibuat Pujuk

Bahasa Adalah Indah Terbina Dalam Sekata Terhurai Dalam Fikiran Terjelma Dalam Ucapan

Hingga Membentuk Tamadun Bangsa

Tapi Sayang

Tatkala Bahasa Disalah Guna Oleh Lidah Bercabang Dua Segala Yang Indah Menjadi Nista Binasalah Badan Seluruh Anggota

Bagai Bunga Kembang Tak Jadi

Dengan Lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya dengan ini Merasmikan Majlis Penutupan Sayembara Puisi 2013.

Sekian,

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

Zainai bin Mohamed Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti LPU UniMAP dan ahli- ahli LPU yang lain kerana sudi melapangkan masa untuk bersama- sama kita pada Majlis Tautan Mesra LPU

Kemungkinan pada masa hadapan, kita akan memanfaatkan semua prasarana yang telah disediakan untuk membangunkan Perpustakaan Perniagaan atau Business Library pertama di Negeri Perlis

Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail merangkap Tuanku Canselor UniMAP dan Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul

Zaliman Sauli, Pengarah Pusat Kokurikulum merangkap Pengerusi Hari Kokurikulum 2013 Ketua-Ketua Dan Wakil-Wakil Jabatan Serta Agensi-Agensi Badan Beruniform Negeri Perlis Dekan-dekan

Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan besar kepada UniMAP di atas kerja keras kita semua selama ini untuk menempatkan UniMAP di arena global dan saya sebagai Naib Canselor amat

Prepared by Unit Media : Shafinaz – Input by Hasrul Nizam & Prof Syed Alwee Aljunid Page 1 TEKS UCAPAN BRIG JEN DATUK PROF DR KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP PADA MAJLIS

Unit Media UniMAP – AidaOthman Page 1 TEKS UCAPAN BRIG JEN DATUK PROF DR KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP PADA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PECIPTA 2013 DI KLCC PADA 10

Alhamdulillah, selesai sudah Kejohanan Woodball Universiti Asia AUWC 2013 anjuran bersama UniMAP dengan kerjasama Majlis Sukan Universiti Asean AUSC dan Majlis Sukan Universiti Malaysia