• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teks Ucapan Menjunjung Kasih oleh Brig. Jeneral Dato’ Prof Dr. Kamarudin Hussin, Naib Canselor UniMAP sempena Majlis Makan Malam Bersama DYTM Tuanku Canselor

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Teks Ucapan Menjunjung Kasih oleh Brig. Jeneral Dato’ Prof Dr. Kamarudin Hussin, Naib Canselor UniMAP sempena Majlis Makan Malam Bersama DYTM Tuanku Canselor"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

UCAPAN MENJUNJUNG KASIH

OLEH BRIG GENERAL DATO’ PROF DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP

SEMPENA

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA DYTM TUANKU CANSELOR PADA 6 JANUARI 2009 DI PARK ROYAL HOTEL PULAU

PINANG.

Bismillah Hirrahman Nirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera

Mengadap Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Tuanku Canselor UniMAP dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.

(2)

Ampun Tuanku, sembah patik mohon diampun,

Patik dengan penuh hormat dan takzim merafakkan sembah menjunjung kasih Ke Bawah Duli Tuanku berdua, berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis makan malam yang dianjurkan pada malam yang berbahagia ini.

Sesungguhnya kehadiran Duli Tuanku berdua pada malam ini menjadikan sambutan yang diraikan lebih bermakna dan dihargai.

Patik juga yakin keberangkatan Tuanku berdua akan membawa limpah berkat kepada Universiti Malaysia Perlis, dan kepada patik sekalian amnya.

Dikesempatan ini, patik selaku Naib Canselor UniMAP mewakili keseluruhan warga kerja UniMAP ingin mengucapkan selamat ulang tahun keputeraan buat Tuanku Canselor, Tuanku Syed Faizzudin Putra.

Patik sekalian berdoa semoga Allah SWT akan memanjangkan usia dan melimpahkan rahmatNya serta rezeki yang tidak terhingga buat Tuanku Canselor dan seluruh ahli keluarga Duli Tuanku. Doa patik sekalian juga agar Tuanku sekeluarga akan sentiasa disinari cahaya kebahagiaan hingga ke denyutan nadi terakhir.

(3)

Patik sekalian juga mengharapkan jalinan hubungan yang terjalin antara Tuanku Canselor dengan UniMAP akan terus mekar dan membungakan lebih banyak kejayaan dan kegemilangan untuk Universiti yang Tuanku naungi ini.

Sesungguhnya, patik sekalian berasa amat bertuah dan beruntung kerana dianugerahkan seorang Canselor yang begitu komited dan sentiasa memberikan sokongan padu dalam setiap aktiviti dan program yang dianjurkan oleh UniMAP.

Perhatian berat yang diberikan oleh Duli Tuanku terhadap UniMAP selama ini sangat-sangat dihargai dan disanjung tinggi oleh patik dan seluruh warga universiti keseluruhannya.

Ampun tuanku,

Sekian sahaja ucapan patik. Akhir kata, patik mewakili seluruh warga UniMAP ingin merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga sekali lagi kepada ke bawah Duli Tuanku berdua kerana telah sudi bercemar duli berangkat ke Majlis Makan Malam pada malam ini.

(4)

Patik sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

Ampun tuanku Patik juga ingin merafak sembah, menjunjung penuh kasih kepada Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin

Terlebih dahulu, patik bagi seluruh warga Universiti Malaysia Perlis UniMAP merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga, atas perkenan Duli Tuanku berdua bercemar duli

Patik juga merafak sembah menjunjung penuh kasih kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Canselor UniMAP, Dan Duli Yang Teramat Mulia

Patik sekalian merafak sembah, menjunjung setinggi - tinggi kasih yang tidak terhingga, atas limpah perkenan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku bercemar duli berangkat hadir seterusnya

Bagi mengakhiri ucapan patik ini, patik bagi pihak Universiti Malaysia Perlis sekali lagi merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan Duli-duli Tuanku bercemar duli

Terlebih dahulu patik bagi seluruh warga kerja Universiti Malaysia Perlis ingin menyembah takzim, merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga di atas perkenan Tuanku berdua

Ampun tuanku, sembah patik mohon di ampun, Patik dan seluruh warga Universiti Malaysia Perlis merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga, di atas perkenan Duli Tuanku

Ampun Tuanku, Sembah Patik Mohon Diampun, Patik dan seluruh warga Universiti Malaysia Perlis merafak sembah, menjunjung kasih yang tidak terhingga, di atas perkenan Duli Tuanku berdua