• Tidak ada hasil yang ditemukan

UiTM, Kementerian Pengangkutan Indonesia jalin kerjasama penyelidikan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "UiTM, Kementerian Pengangkutan Indonesia jalin kerjasama penyelidikan "

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Roziah (atas kiri) dan Hermono (tengah bawah) pada majlis MoU dan MoA secara maya itu, baru-baru ini.

UiTM, Kementerian Pengangkutan Indonesia jalin kerjasama penyelidikan

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED 6 Disember 2021, 3:39 pm

SHAH ALAM- Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Kementerian Pengangkutan Indonesia (HRDA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi mencapai kecemerlangan tahap tinggi dalam bidang pengangkutan dan logistik.

Headline UiTM, Kementerian Pengangkutan Indonesia jalin kerjasama penyelidikan

Language Melayu

Media Title Kosmo Section/Page No Negara

Date 6 Disember 2021 Journalist Iskandar Shah Mohamed

Source https://www.kosmo.com.my/2021/12/06/uitm- kementerian-pengangkutan-indonesia-jalin- kerjasama-penyelidikan/

Remarks Kejuruteraan Pengangkutan

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

MoU selama tiga tahun itu memperkukuh dan mengembangkan kolaborasi antarabangsa dalam penyelidikan, akademik serta inovasi.

Naib Canselor UiTM, Prof. Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, kerjasama itu memberi nilai tambah kepada semua pihak terlibat dalam menonjolkan kepakaran masing-masing di peringkat global.

“MoU berkenaan membuka prospek penting untuk jalinan kerjasama dengan 24 buah Sekolah Tinggi di bawah naungan HRDA.

“Ia merangkumi pengangkutan darat, laut dan udara yang memfokuskan kecemerlangan dalam bidang pengangkutan dan logistik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MoU yang dimeterai antara Roziah dan wakil HRDA disaksikan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono secara maya pada 25 November lalu.

Pada majlis itu, UiTM menerusi Pejabat Jaringan Industri, Alumni dan Komuniti (ICAN), Kolej Pengajian Kejuruteraan dan Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) turut memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Agensi Pembangunan Sumber Manusia dan Universitas Indonesia.

Selain itu, MoA turut dimeterai dengan Universitas Bakrie, Institut Teknologi Sepuluh Nopember, Universitas Jember dan Universitas Jayabaya.

Tambah Roziah, kerjasama antara kedua-dua negara itu turut akan memberi manfaat kepada komuniti akademik dalam pelbagai bidang.

Sementara itu, Hermano berkata, pihaknya menyokong sepenuhnya kolaborasi antara UiTM, MITRANS dan HRDA berkenaan.

“Ia merupakan inisiatif padu perkongsian ilmu pengetahuan dan merapatkan jalinan akademik selain kepakaran hal ehwal pengangkutan antara Malaysia dan Indonesia.

“Aktiviti penyelidikan yang akan dihasilkan juga lebih berkualiti dan dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi,” katanya. -K! ONLINE

Referensi

Dokumen terkait

2018 Academic curriculum vitae Reena Abd Rashid Lecturer Faculty of Applied Sciences Universiti Teknologi MARA, Shah Alam Malaysia Masters: Master of Science in Forensic