• Tidak ada hasil yang ditemukan

UiTMCS bersama beberapa IPT tempatan anjur webinar kerjaya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "UiTMCS bersama beberapa IPT tempatan anjur webinar kerjaya"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for study or research.

UiTMCS bersama beberapa IPT tempatan anjur webinar kerjaya

by suaraswk May 24, 2021

KUCHING: Program MyCareer @ MOHE, Zon Borneo (Sarawak) 2021 yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 24 hingga 25 Mei ini mendapat sambutan dengan menerima kira-kira 1,000 pendaftaran peserta.

Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Profesor Datuk Dr Jamil Hamali berkata, objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan di Malaysia secara amnya dan Sarawak khasnya.

Menurut beliau, ia juga membantu menyediakan para graduan untuk menempuh alam pekerjaan yang semakin mencabar.

“Seperti kita semua sedia maklum, seluruh dunia sedang bergelut dengan wabak pandemik Covid-19, keadaan ini juga telah memberikan kesan yang mendalam kepada bakal siswazah dan pencari kerja.

“Mereka perlu mengadaptasi situasi semasa dengan mengenal pasti

kompetensi yang diperlukan oleh pihak industri dan majikan,” katanya ketika

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for study or research.

berucap dalam Program MyCareer @ MOHE, Zone Borneo (Sarawak) 2021 menerusi siaran langsung di Facebook rasmi Universiti Teknologi Mara Cawangan Sarawak, hari ini.

Tambahnya, program karnival kerjaya yang diadakan secara dalam talian kali ini juga menjadi platform kepada majikan untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka.

“Saya difahamkan sebanyak 322 peluang pekerjaan dari pelbagai bidang ditawarkan yang melibatkan 17 majikan dan agensi.

“Sepanjang dua hari program ini berlangsung, sebanyak sembilan siri webinar dijalankan untuk berkongsi tips meningkatkan kebolehpasaran graduan

dalam norma baharu ini,” ujarnya.

Sebagai rekod, program ini merupakan anjuran UiTM Cawangan Sarawak dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti College of Technology Sarawak (UCTS), Swinburne University, Sarawak, Centre of

Technical Excellence Sarawak (Centexs), i-CAT University College, Kolej Komuniti Kuching dan Politeknik Kuching sebagai penganjur bersama-sama serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebagai Rakan Strategik Program.

Referensi

Dokumen terkait