Uji alga untuk penternakan udang komersial
by NICK FLETCHER | August 27, 2019
KUCHING: Sarawak Biodiversity Council, Mitsubishi Corporation dan kumpulan CHITOSE menjalin kerjasama dengan Sea Horse Corporation Sdn. Bhd. untuk menguji alga pada akuakultur udang komersil.
Kerjasama ini dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditangani sempena upacara pelancaran rasmi Kemudahan Penanaman Mikroalga Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) di sini, hari ini.
Menandatangani MoU bagi Sarawak Biodiversity Council adalah pengerusinya, Tan Sri Datuk Amar Wilson Baya Dandot, Mitsubishi Corporation oleh Pengurus Besar Mitsubishi Corporation Kuala Lumpur Genichi Ichikawa, Chitose Group oleh pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Tomohiro Fujita dan Sea Horse Corporation Sdn. Bhd. oleh Pengarah Eksekutifnya Lee Choon Kheng.
Upacara turut disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Naib Presiden Kanan merangkap Pengurus Besar Mitsubishi Corporation, Tokyo Kenji Ota.
MOU ini bertujuan menyelidik penggunaan alga tertentu dalam kaedah yang membawa kepada pencegahan atau pengurangan penyakit dalam akuakultur.
Selain itu adalah untuk berkongsi maklumat dan data yang dikumpulkan dari penyelidikan bagi menubuhkan protokol untuk pengeluaran stok akuakultur.
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
Pada masa sama, ia untuk bekerjasama dalam penyelidikan mengenai penggunaan alga bagi meningkatkan pengeluaran akuakultur dan pengkomersilan.
MOU ini sah dari 27 Ogos 2019 sehingga 31 Mei 2020.
Abang Johari (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen MoU yang ditandatangani antara Sarawak Biodiversity Council, Mitsubishi Corporation, kumpulan CHITOSE dan Sea Horse Corporation Sdn. Bhd sempena
pelancaran rasmi Kemudahan Penanaman Mikroalga Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) di Kuching hari ini.
Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.