• Tidak ada hasil yang ditemukan

UniKL, THT bertemu di final

N/A
N/A
Nguyễn Gia Hào

Academic year: 2023

Membagikan "UniKL, THT bertemu di final"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Oleh Naqib Nor Said Oleh Naqib Nor Said [email protected]

̌Kuala Lumpur

U

niversiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Pasukan Hoki Terengganu (THT)

akan berentap dalam aksi final Piala TNB, hari ini selepas kedua- dua pasukan mencatat kemena - ngan mudah dalam aksi separuh akhir kedua semalam.

UniKL yang juga juara Liga Perdana 2019 dan juara berta- han Piala TNB mengetepikan cabaran Maybank 5-0 dalam aksi di Stadium Tun Razak, semalam untuk mara ke final dengan agregat 9-1.

Razie Abd Rahim boleh dianggap sebagai wira pasukan berstatus universiti itu apabi- la meledak dua jaringan pada minit ke-30 dan 50 dengan masing-masing satu jaringan oleh Robbert Kemperman (m-35), Marhan Mohd Jalil (m-49) dan Faridzul Afiq Mohd (m-59).

“Kami beraksi dengan rentak yang sederhana hari ini (sema- lam) tanpa perlu terkejar-kejar selepas mendahului Maybank 2-0 dan kemudiannya gol itu datang dengan sendirinya,”

kata pengendali UniKL, Arul Selvaraj.

Kali kelima

“Saya menjangkakan aksi final yang menarik walaupun kami terpaksa melupakan khidmat empat tonggak import daripa- da Eropah. Dan saya percaya pemain tahu apa jangkaan yang mereka perlu capai dalam situasi hari final nanti.”

Arul yang masih tidak sihat sepenuhnya berikutan masalah demam sebelum ini terlepas aksi separuh akhir pertama

Selasa lalu ketika UniKL men- catat kemenangan bergaya 4-1.

THT pula yang mara ke pentas final Piala TNB buat kali keenam berturut-turut berjaya mengatasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan agregat 8-3 selepas mudah menjinakkan lawannya itu 5-2 di bawah cuaca panas terik.

Semua lima gol skuad Pantai Timur itu dijaringkan pakar pukulan sudut penalti dari Korea Selatan, Jang Jonhyun untuk terus menjarakkan diri sebagai pendahulu penjaring terbanyak dengan 21 gol.

Gol TNB hasil sumbangan penyerang sedang meningkat Akhimullah Anuar Esook pada minit ke-10 dan Faiz Helmi Jali (m-34).

HOKI PIALA TNB

HOKI PIALA TNB

Kedua-dua pasukan mara selepas ketepikan cabaran

Maybank, TNB

UniKL, THT bertemu di final

Page 1 of 2 01 Mar 2019

Berita Harian, Malaysia

Author: Naqib Nor Said • Section: Sukan • Page: 77 • Printed size: 216.00cm² Region: KL • Market: Malaysia • Photo: Full Color • ASR: MYR 7,446.00 Item ID: MY0035260191

Provided for client's internal research purposes only. May not be further copied, distributed, sold or published in any form without the prior consent of the copyright owner.

(2)

SUMMARIES

HOKI PIALA TNB

Kedua-dua pasukan mara selepas ketepikan cabaran Maybank, TNB

[email protected] . Kuala Lumpur Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Pasukan Hoki Terengganu (THT)

akan berentap dalam aksi final Piala TNB, hari ini selepas keduadua pasukan mencatat kemena - ngan mudah dalam aksi separuh akhir kedua semalam.

Page 2 of 2 01 Mar 2019

Berita Harian, Malaysia

Author: Naqib Nor Said • Section: Sukan • Page: 77 • Printed size: 216.00cm² Region: KL • Market: Malaysia • Photo: Full Color • ASR: MYR 7,446.00 Item ID: MY0035260191

Provided for client's internal research purposes only. May not be further copied, distributed, sold or published in any form without the prior consent of the copyright owner.

Referensi

Dokumen terkait