Pemenang Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2006 Winner of the Prime Minister’s Quality Award 2006
1
Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Telefon: 03-8921 5150/3193 Faksimili: 03-8925 2882 Laman web: www.ukm.my/pendaftar
Mel-e: [email protected]
UKM(S) 3.6/238/5/4 Jld. 2 28 Mei 2008 Semua Dekan Fakulti
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
Fakulti Pengajian Islam
Fakulti Pendidikan
Fakulti Undang-Undang
Fakulti Sains dan Teknologi
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
Fakulti Kejuruteraan
Fakulti Pergigian
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu
Pusat Perubatan
Semua Pengarah Institut / Pusat / Pejabat
Institut Sains Angkasa (ANGKASA)
Institut Kajian Oksidental (IKON)
Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)
Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)
Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)
Institut Sel Fuel
Institut Islam Hadhari
Institut Kajian Etnik (KITA)
Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB)
Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (UMBI)
Pusat Pengajian Umum (PPU)
YBhg. Prof. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Iklan Lantikan Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni)
Dengan hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas dan bersama-sama ini disertakan satu salinan iklan Lantikan untuk jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni) yang akan tamat tempoh perkhidmatannya untuk perhatian dan tindakan YBhg. Prof. Datuk/YBhg. Dato’/tuan/puan.
U
NIVERSITIK
EBANGSAANM
ALAYSIAN a t i o n a l U n i v e r s i t y o f M a l a y s i a
Jabatan Pendaftar ● Registrar’s Office
Pemenang Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2006 Winner of the Prime Minister’s Quality Award 2006
2
Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Telefon: 03-8921 5150/3193 Faksimili: 03-8925 2882 Laman web: www.ukm.my/pendaftar
Mel-e: [email protected]
2. Sebagaimana YBhg. Prof. Datuk/YBhg. Prof. Dato’/YBhg. Prof./tuan/puan sedia maklum bahawa tamat tempoh perkhidmatan untuk jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni) adalah pada 23 Disember 2008.
Walau bagaimanapun, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui suratnya JPT(G)1000/013/02 Jld. 4 (44) bertarikh 26 Mac 2008 memohon supaya urusan perakuan nama calon untuk pemilihan Timbalan Naib Canselor dikemukakan kepada Kementerian 4 bulan sebelum tamat tempoh pelantikan.
3. Proses pemilihan dilakukan secara terbuka seperti berikut:
3.1 Pencalonan oleh pihak Universiti (Naib Canselor).
3.2 Pencalonan oleh pihak Fakulti / Institut dengan menamakan ahli Fakulti / Institut atau ahli Fakulti / Institut lain setelah dibincangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Fakulti / Institut.
3.3 Pencalonan Individu, di mana calon-calon yang merasakan mereka layak dan ingin menyumbang kepada Universiti boleh menawarkan diri - Lihat Iklan
4. Pihak Pentadbiran akan mengaturkan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih setelah maklumat-maklumat seperti perkara 3 lengkap diperoleh dan seterusnya mengemukakan keputusan kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk pertimbangan dan persetujuan Menteri Pengajian Tinggi.
5. Untuk makluman YBhg Prof. Datuk/YBhg. Prof. Dato'/tuan/puan, tarikh tutup iklan ini ialah pada 15 Julai 2008 (Selasa). Sehubungan dengan itu, sukacita dapat YBhg. Prof. Datuk/YBhg. Dato’/tuan/puan menyampaikan iklan ini kepada semua tenaga pengajar yang berjawatan sekurang-kurangnya Profesor Gred Khas C (berjawatan tetap dan kontrak) di bawah pengawasan YBhg. Prof. Datuk/YBhg. Dato’/tuan/puan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
AB. AZIZ OTHMAN Pendaftar
s.k. - YBhg. Prof. Dato’ Naib Canselor - YBhg. Prof. Dato’ Timbalan Naib Canselor
(Hal-ehwal Pelajar & Alumni)
- YBhg. Prof. Dato’ Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi) - YBhg. Prof. Datuk Timbalan Naib Canselor
(Hal-ehwal Akademik dan Antarabangsa) - YBhg. Prof. Timbalan Naib Canselor
(Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat)
/nz:kelilingtnchepa 30052008