• Tidak ada hasil yang ditemukan

Usahawan diminta memainkan peranan dengan membantu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Usahawan diminta memainkan peranan dengan membantu"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

KUALA LUMPUR: Usahawan diminta memainkan peranan dengan membantu kerajaan dalam memerangi penularan COVID-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang sedang berjalan sekarang.

Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon, berkata langkah kerajaan itu dapat melindungi ekonomi negara dan juga mata pencarian rakyat.

"DPMM menyeru rakyat Malaysia termasuk usahawan untuk mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan. Kita tidak mahu menjadi penyumbang kepada peningkatan kes COVID-19.

"Apabila kes semakin bertambah dan pada masa yang sama, ia turut menjejaskan ekonomi, ramai akan kehilangan pekerjaan," katanya kepada Bernama.

Norsyhahrin berkata, DPMM menyambut baik langkah kerajaan dalam melaksanakan PKP 3.0 bagi memutuskan penularan COVID-19 di negara ini, walaupun ia berpendapat bahawa pelaksanaan PKP sepenuhnya seperti tahun lalu lebih berkesan.

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Justeru, DPMM turut berpendapat wujud keperluan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan kilang dan semua pekerja dipindahkan daripada asrama ke hotel dalam tempoh ditetapkan.

Beliau berkata, mengikut statistik Kementerian Kesihatan, sebanyak 48 peratus kes penularan COVID-19 adalah berpunca daripada sektor perkilangan.

Kerajaan juga disaran menyediakan insentif bagi membantu usahawan dan rakyat dalam mengharungi kesan daripada pelaksanaan PKP 3.0, katanya.

Beliau berkata, kira-kira 800,000 rakyat masih menganggur akibat pandemik COVID- 19.

-BERNAMA

Referensi

Dokumen terkait

Oleh karena itu, selepas kita melaksanakan shalat Iedul Fithri ini, marilah kita kembali ke rumah masing-masing dengan suasana gembira untuk saling memaafkan. Bersimpuhlah kita

[r]