vH KOMKSIAlKft!
m PENYELMAN
Jana pendapatan, sokong aktiviti pemuliharaan hutan
Nor Hanisah Kamaruzaman [email protected]
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berhasrat untuk lebih giat memasarkan hasil penyelidikan.
Berucap pada perhimpunan bulanan pertama, Ketua Pengarah
FRIM DatukDr Abd Latif Mohmod meminta semua kakitangan FRIM supaya lebih fokus dalam
•mengkomersialkan hasil penyelidikan mereka.
"FRIM perlu mengubah dan berhasrat untuk menjana pendapatan bagi menyokong usaha dalam
aktiviti penyelidikan serta pemuliharaan hutan.
"Usaha ini juga selari dengan penguatkuasaan Akta FRIM yang digubal dan berkuat kuasa sejak Oktober tahun lalu bagi membolehkan pengkomersialan produk lebih meluas," katanya.
Turut hadir pada perhimpunan itu adalah Timbalan Ketua Pengarah
(Penyelidikan) Dr Ismail Harun, Timbalan Ketua
Pengarah (Operasi) Datuk Dr Rahim Sudin, ahli Majlis
Pengurusan Tertinggi FRIM dan semua staf FRIM.
Pada majlis sama, Dr Abd Latif mengucapkan tahniah kepada Datuk Dr Marzalina Mansor dan Dr Nur Supardi Md Noor yang dilantik sebagai pengarah bahagian bioteknologi perhutanan dan
perancangan penyelidikan.
Dr Abd Latif turut menyampaikan sumbangan dari Masjid Jamek FRIM kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kepong, Minah Ali dan
wakil Sekolah Agama Rakyat (KAFA Integrasi) FRIM, Ustaz Syed Fadhil.
Penyampaian sijil dan cenderahati kepada tiga pesara FRIM iaitu Shah Mohd Darus, Kamaruddin Ismail dan Nor Rizan Mohamad turut
disampaikan dalam majlis
yang sama.
Semua kakitangan FRIM turut mengambil ikrar dalam mengekalkan integriti dalam tugasan dalam perhimpunan yang diadakan pada awal bulan ini.
Headline FRIM KOMERSIALKAN HASIL PENYELIDIKAN MediaTitle Harian Metro
Date 17 Jan 2017 Color Full Color
Section Agro Circulation 179,231
Page No 8 Readership 537,693
Language Malay ArticleSize 426 cm²
Journalist Nor Hanisah Kamaruzaman AdValue RM 16,718
Frequency Daily PR Value RM 50,154
DRAMLatif
Headline FRIM KOMERSIALKAN HASIL PENYELIDIKAN MediaTitle Harian Metro
Date 17 Jan 2017 Color Full Color
Section Agro Circulation 179,231
Page No 8 Readership 537,693
Language Malay ArticleSize 426 cm²
Journalist Nor Hanisah Kamaruzaman AdValue RM 16,718
Frequency Daily PR Value RM 50,154
Headline FRIM KOMERSIALKAN HASIL PENYELIDIKAN MediaTitle Harian Metro
Date 17 Jan 2017 Color Full Color
Section Agro Circulation 179,231
Page No 8 Readership 537,693
Language Malay ArticleSize 426 cm²
Journalist Nor Hanisah Kamaruzaman AdValue RM 16,718
Frequency Daily PR Value RM 50,154