• Tidak ada hasil yang ditemukan

Wartawan Borneo Post menang Anugerah Kewartawanan MICE

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Wartawan Borneo Post menang Anugerah Kewartawanan MICE"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Surat khabar: Utusan Borneo Hari/Tarikh: 26/11/2012

Muka surat: 1

Tajuk : Wartawan Borneo Post menang Anugerah Kewartawanan MICE

Wartawan Borneo Post menang Anugerah Kewartawanan MICE

KUCHING: Penulis berita ruangan perniagaan Borneo Post, Justin Yeo muncul pemenang Anugerah Ke- wartawanan MICE Malaysia (MMJA) Kategori Sarawak 2012 sempena Anugerah Penghargaan Anak Sarawak

Ke-6 malam kelmarin.

Artikel bertajuk `MICE:

Showcasing Sarawak Stride into the Future' berjaya memenangi hadiah keselu- ruhan RM12,000 termasuk RM10,000 untuk pakej kon- vensyen dan RM2,000 wang tunai.

Finalis lain untuk kategori Sarawak termasuk Cerenna

Manickam (Astro Awani) dan Vatsala Devi Kupusamy.

Pengarah Urusan Biro Kon- vensyen Sarawak Mike Can- non pada masa sama turut mengumumkan pemenang

Anugerah Biasiswa Persatuan Konvensyen Antarabangsa yang telah masuk tahun keempatnya.

"Sasaran kita untuk anuge-

rah ini adalah menggalakkan peserta aktif menghadiri konvensyen antarabangsa yang pada masa sama akan memberi manfaat kepada mereka, " katanya.

Hadir sama Timbalan Menteri Penerangan, Komu- nikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum dan

Pengerusi Biro Konvensyen Sarawak Dato Sri Muhammad Leo Michael Toyad.

Lima anugerah biasiswa bernilai RM10,000 itu mer- angkumi penerbangan, tem- pat tinggal, keahlian persatuan dan bayaran pendaftaran kon-

vensyen yang membölehkan pemenang menyertai konven- syen antarabangsa mengikut pilihan.

Pemenang untuk tahun ini termasuk Dr Ong Puay Hoon daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang juga presiden Persatuan Disleksia Sarawak.

Dr Ong akan menyertai Rendez-Vous 2012: Commu-

nity Participation in Educa- tion, Research and Service.

Profesor Madya Dr Ting Choo Yee daripada Multime- dia University Cyberjaya akan menggunakan kemenangan- nya untuk menghadiri IEEE International Conference on Systems, Man and Cybernet- ics.

Kang Chia Yang (Polite- knik Mukah) memilih untuk menyertai Conference on

Computer, Electrical and Sys- tem Sciences and Engoneering

(ICCESSE).

Sementara itu Joseph Rama- nair daripada UiTM Sarawak akan menghadiri 61st Interna- tional Congress of the Society for Medicianal Plants and Natural Products Research

(GA) 2013.

Untuk keterangan lanjut mengenai Anugerah Bia- siswa sila kunjungi laman web http: //sarawakcb. com/

speacial-programmes/inter- national-association-conven-

tion-scholarship-award.

Referensi

Dokumen terkait

Auch wurde beschloβen das wier den Deutsch Amerikanischen Lehrer Seminar von Milwauky 25 Thlr schenken wollen.. Die Einahmen des Vereins waren an beitrag 32 an Intres von Jakob Ott 3

[Appendix] Informed Consent Form ver 1.5 Study Title: Exploring the Efficacy and Safety of Herbal Medicine on Korean Obese Women with or without Metabolic Syndrome Risk Factors – A