• Tidak ada hasil yang ditemukan

water.gov.my

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "water.gov.my"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

ANUGERAH INOVASI PERINGKAT

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA 2008 (AIJPS)

INOVASI : SEMAKAN PENGIRAAN HIDRAULIK BERDASARKAN MSMA DENGAN KAEDAH RATIONAL METHOD UNTUK SEMAKAN ‘DESIGN RAIN FALL’ DAN ‘ON SITE DETENTION’ DALAM PROSES PERMOHONAN PEMBANGUNAN TANAH

AGENSI : JPS BENTONG PAHANG

INOVASI YANG DIHASILKAN

Salah satu bidang tugas yang dilaksanakan oleh Juruteknik di JPS Bentong adalah menerima dan menyemak Permohonan Pembangunan Tanah daripada PBT dan seterusnya membuat ulasan Seterusnya, Design Rainfall dan On-Site Detention bagi pembangunan tersebut hendaklah disemak menggunakan kaedah Rational Method yang terdapat di dalam MaSMA

JPS Bentong menerima ±7 permohonan pembangunan tanah sebulan daripada MPB dan Jurutera Perunding Maklumbalas yang disyaratkan oleh MPB adalah empat belas (14) hari

Semakan mengikut kaedah manual mengambil masa yang lama, perlu diteliti dan perlu dikira dengan ‘calculator’ satu persatu. Kini, semakan dibuat menggunakan lembaran (spreadsheet) yang dibangunkan menggunakan program Microsoft Excel. Program ini mula dibangunkan pada tahun 2006 dan ditambahbaik dari semasa ke semasa

SEBELUM INOVASI

 Masa yang panjang untuk penyemakan

 Pembaziran kos tenaga kerja

 Kemungkinan kesilapan dalam pengiraan

 Cara penyemakan sukar dan membosankan

(2)

 Menerima aduan kelewatan

 Sukar untuk membuat post mortem

SELEPAS INOVASI

 Mengurangkan Kos Operasi

o kaedah penyemakan paling cepat, mudah, efektif dan kreatif

 Penjimatan Masa

o Penggunaan formula yang telah sedia diprogram memudahkan pegawai menyemak dengan masa yang singkat

 Peningkatan Hasil Kerja

o Setelah penyemakan dijalankan selesai, dapat pula memulakan penyemakan untuk cadangan pembangunan seterusnya

 Peningkatan Tahap Kepuasan Pelanggan

o Jimat masa & ringkas, pelanggan akan merasa permohonan mereka diproses dengan cara yang efektif

(3)

o Meningkatkan imej perkhidmatan jabatan di mata masyarakat, PBT dan pemaju

o Penyemakan secara cepat dan tepat serta proses tempoh maklum balas singkat

o Meminimakan banjir hasil daripada pengiraan dan semakan yang tepat o Meningkatkan daya pemahaman mengenai MaSMA

o Masa kerja kakitangan dapat dijimatkan dan boleh melaksanakan kerja- kerja lain

o Semakan pengiraan hidraulik bagi setiap permohonan pembangunan tanah boleh di ‘Save As’ bagi tujuan semakan semula

FAEDAH-FAEDAH DARI INOVASI YANG DILAKSANAKAN Kreativiti

Dengan kaedah semakan pengiraan dalam bentuk ‘spread sheet’, semakan terhadap laporan pengiraan hidraulik yang dikemukakan oleh Jurutera Perunding boleh dibuat dengan amat mudah.

Tahap Perlaksanaan

Bermula daripada Januari 2007 sehingga hari ini, program semakan laporan pengiraan hidraulik ini telah berkembang dan diguna pakai oleh JPS Ibu Pejabat dan setiap pejabat JPS Daerah di Negeri Pahang.

Replicability

Dapat mempercepatkan proses pengiraan dan seterusnya meningkatkan hasil produktiviti.

(4)

Efisien

Tiada sebarang kos yang dikeluarkan untuk membangunkan program pengiraan hidraulik ini. Hanya sedikit kefahaman mengenai konsep-konsep MSMA (setelah merujuk kepada manual MSMA) dan penyusunan tatakerja pengiraan kadaralir yang betul untuk dimasukkan ke dalam program ‘spread sheet’.

Signifikan

Selain daripada memudahkan urusan kerja ia juga telah menigkatkan imej perkhidmatan jabatan di mata masyarakat dan pemaju.

Komitmen Pengurusan Atasan

Inovasi ini telah mendapat sokongan dari pihak atasan iaitu pengurusan atasan peringkat negeri, Jurutera Daerah serta rakan sekerja.

Referensi

Dokumen terkait