Oleh Amir Abd Hamid Oleh Amir Abd Hamid a m i r_ h a m i d @ m e d i a pr i m a .c om . m y Kuala Lumpur
P
ertubuhan Perkumpu- lan Perempuan (WI) Pahang bakal menjadi tuan rumah Persidangan Persatuan Wanita Desa Se- dunia (ACWW) ke-30 di Ma- laysia, tahun depan.Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Mai- munah Iskandariah yang ju- ga Pengerusi WI Pahang ber- titah, persidangan itu akan bermula dari 17 Mei hingga 25 Mei 2023 di Hotel Marriot di Putrajaya yang dijangka dihadiri 500 ahli ACWW dari seluruh dunia.
“Persidangan sepatutnya berlangsung di Pahang, te- tapi oleh kerana saya di sini (ibu negara) maka ia dibawa ke sini dan akan diadakan di Putrajaya Marriot Hotel,” ti -
tah baginda dalam sidang media bersama rakan stra- tegik persidangan itu di Ru- mah Kelab, Istana Negara, di sini, semalam.
Untuk rekod, ACWW ada- lah pertubuhan antarabang- sa beribu pejabat d London, United Kingdom yang ditu- buhkan pada 1929.
Tunku Azizah bertitah, se- bagai syarat pengendalian, tuan rumah dimestikan un- tuk mengutamakan seba- nyak mungkin kebudayaan Malaysia dalam program s a m pi n g a n .
“Bagi memenuhi keteta- pan menganjurkan lawatan sehari, WI Pahang meran- cang empat pakej yang su- dah dikemukakan dan diper- setujui oleh Lembaga Peme- gang Amanah ACWW.
“Lawatan tapak juga su- dah dilakukan pada Januari 2022 oleh Presiden Dunia, Magdie De Kock; Timbalan Presiden Dunia, Alison Bur-
nett; Pengarah Eksekutif ACWW, Tish Collins dan Pengarah Advokasi dan Ko- munikasinya, Nick Ne- wland.
“Tempat lawatan sehari adalah Kompleks Jabatan Kemajuan Orang Asli Ma- laysia di Gombak, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia di Kepong, Institut Kraf Negara, Rawang dan Universiti Multimedia, C y b er j ay a ,” titahnya.
Titah baginda lagi, Pe- mangku Raja Pahang, Teng- ku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah R i’ayatuddin Al-Mustafa Bil- lah Shah dijangka menyam- paikan ucaptama pada per- sidangan itu.
Pada 5 Julai lalu, Tunku Azizah berkenan merasmi- kan Persidangan Persatuan Wanita Desa Sedunia ke-13 bagi kawasan Asia Tenggara dan Timur Jauh, di sebuah hotel di Sarawak.
PERSIDANGAN PERSATUAN WANITA DESA SEDUNIA KE-30
WI Pahang bakal tuan rumah
RAJA Permaisuri Agong bertitah pada sidang media bersama rakan strategik sempena Persidangan Persatuan Wanita Desa Sedunia (ACWW) ke-30 di Rumah Kelab Istana Negara, semalam.