• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEBESARAN DAN SENJATA)

4.2 Adat Resam Perkahwinan Tradisional Kedah

Orang-orang Melayu sememangnya merupakan satu bangsa yang tinggi martabatnya, yang kaya dengan budi bahasa yang halus, sopan santun dan peradaban yang tinggi. Sebelum istiadat ijab qabul antara pasangan yang bakal berkahwin ini ditermeterai, satu adat yang sangat bererti lagi halus serta berbahasa yang teratur rapi dan mengikut tertib dirancangkan untuk mendapat sesuatu hajat yang besar dan sempurna kerana mereka mengahwinkan anak-anak mereka mengikut adat resam perkahwinan orang-orang Melayu.240

Masyarakat Tradisional Kedah juga mempunyai adat resam perkahwinannya yang tersendiri. Hal ini ada dibincangkan secara tuntas di dalam UUKVKDKM dalam fasal ke 16 dengan judul “adat pada menyatakan perintah orang hendak berkahwin”. Penerangan mengenai urusan nikah kahwin ini lengkap dibincangkan dari peringkat awal perkahwinan hingga peringkat akhirnya. Antara adat peringkat awal nikah kahwin yang diperjelaskan adalah mengenai adat merisik atau meninjau, penetapan mahar, meminang, bertunang dan mengadakan jamuan sebagai tanda kesyukuran atas perkahwinan.

240 Nabihah Mohammad (1986), Istiadat perkahwinan dan Perbidanan di Kedah, dalam Intisari Kebudayaan Melayu Kedah, bab 6, Majlis Kebudayaan Negeri Kedah, h. 58.

148 i) Merisik atau meninjau

Adat merisik atau meninjau241 ini pada hakikatnya merupakan suatu perkara yang cukup mustahak dalam proses perkahwinan. Ini kerana melalui proses inilah pihak lelaki akan mengetahui mengenai latar diri wanita yang dipinang. Dengan merujuk UUKVKDM, didapati terdapat maklumat yang memberi galakan kepada pasangan yang ingin berumah tangga supaya merisik terlebih dahulu dengan mewakilkan urusan ini kepada orang yang baik-baik untuk merisik wanita yang harus dikahwini sahaja242. Sebutannya seperti tersebut:

“Bermula syarat orang hendak berkahwin itu awalnya maulah disuruh orang baik-baik pergi bertanya ke rumah waris perempuan” (UUKVKDKM: 16/46/9-10).

Maklumat mengenai wanita yang harus dikahwini juga digariskan dalam UUKVKDKM sebagai panduan memilih isteri. Sebutannya:

“Syahadan adalah tersebut di dalam kitab Allah Taala haram bernikah dengan empat belas orang pertama ibu keduanya saudara ibunya ketiganya saudara bapanya keempatnya isteri bapa kelimanya ibu isteri yakni mentuha keenamnya ibu susu ketujuhnya saudara kedelapannya anak saudara laki-laki kesembilannya anak saudara perempuan kesepuluhnya saudara susu kesebelasnya anak isteri iaitu anak tiri kedua belasnya saudara isteri yakni ipar

241Terlebih dahulu, proses ini dilakukan dengan pihak lelaki menghantar wakil tertua serta orang baik-baik bagi meninjau serta mengambil tahu tentang latar belakang keluarga sebelah wanita tersebut khususnya tentang sikap serta gerak gerinya seperti adakah wanita tersebut pandai menguruskan rumah tangga serta rupa wajahnya. Selain itu dapat diketahui juga sama ada dia sudah dipinang orang atau telah bertunang dan sebaliknya. Setelah itu segala butiran dikhabarkan kepada orang tua pihak lelaki untuk proses seterusnya.

242 Mengenai wanita yang harus dikahwini ini, al-Quran menjelaskan bahawa mereka ini bukanlah salah seorang daripada yang disebutkan ini: “ Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu, anak-anak perempuan, saudara-saudara bapamu yang perempuan, saudara-saudara ibumu yang perempuan, ibu-ibumu yang menyusui kamu, saudara perempuan sepersusuan, ibu-ibu isterimu (mertua), anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri-isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengahwininya, dan diharamkan bagimu isteri-isteri anak kandungmu (menantu), dan menghimpunkan Idalam satu perkahwinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Rujuk: Terjemahan Surah al-Nisa (4):23.

149

ketiga belas bini orang keempat belas anak diri sendiri. Inilah yang ditegah tuhan Rabbul Alamin.”(UUKVKDKM:16/49/7-9).

Berbalik kepada maklumat di atas, dapat disimpulkan bahawa adat merisik yang diamalkan oleh masyarakat Melayu lampau khususnya masyarakat Kedah adalah bertepatan serta selaras dengan ajaran Islam. Rasulullah S.A.W juga menyarankan sebelum perkahwinan dilangsungkan, seharusnya dimulai dengan proses merisik. Daripada al-Mughirah bin Syu‟bah, sabda Rasulullah S.A.W:243

نکٌيثْمدؤيْىاْيرداْبهيلاْرظًا )دوادْبثاْلااْخسوخلاٍْاورْْ(

Maksudnya: hendaklah kamu melihat kepadanya calon isteri, kerana sesungguhnya ia akan lebih menjamin keberkekalan antara kamu berdua.

ii) Meminang dan Bertunang

Adat peminangan adalah merupakan upacara bagi menyatakan lamaran seseorang lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isterinya dalam masyarakat Melayu. Walaupun menurut Islam adat ini bukanlah suatu kewajipan, namun perkara tersebut perlu diambil berat untuk menjaga hubungan harmoni antara pasangan, kekeluargaan, hubungan kedua-dua pihak dan kehidupan bermasyarakat.244

Manakala adat bertunang pula adalah upacara mengikat janji bagi menjadi suami isteri. Adat ini dilangsungkan sebaik sahaja proses peminangan selesai. Setelah itu ditetapkan maskahwin serta hari yang bersesuaian untuk dilangsungkan majlis keramaian.

243 Ibrahim al-Jamal (1981), Fiqh al Mar‟ah : Ibadat –Muamalat, Maktabah al-Quran: Kaherah, h. 273.

244 Ali Mohammad (2009), Realiti Pengaruh Islam Dalam Adat Perkahwinan Orang Melayu: Suatu Tinjauan, dalam Kertas Kerja

150

Selalunya adat ini akan disertakan dengan sebentuk cincin sebagai tanda perempuan sudah dipinang.

Maklumat mengenai kedua-dua adat ini terakam dalam UUKVKDKM yang mana contohnya:

“jika sudah keredhaannya dibawaklah belanjanya turut keredhaan kedua pihak dipertunangkan serta menentukan haribulan berkahwin sampai hari bulan itu dikahwinkanlah keduanya” (UUKVKDKM:16/46/10-12).

Selain itu terdapat juga maklumat mengenai larangan meminang wanita yang sudah dipinang lelaki lain. Sebutannya:

“maulah segala imam khatib yang hendak menikah halusi periksa habis-habis jangan terkena segala perkara ini karena segala imam khatib menjadi wakil raja, jika kurang cermat halusi, kena hokum yang berat-berat keatasnya. Jika kena kepada bini orang atau tunangan orang dinikahkan pada orang lain atau dinikahkan perempuan yang belum lepas iddahnya-sekalian itu memberi keberatan diatas imam khatib dan saksi walinya karena perempuan yang sudah bertunang itu haram pada orang lain meminang dia, diserupakan dengan bini orang dan yang didalam iddah, itupun dibilangkan bini orang juga. Jadilah diberati oleh segala raja-raja dan menteri pegawai. Jika berlaku demikian itu kena hokum denda sepuluh tahil sepaha”(UUKVKDKM:16/49/22-23 dan 16/50/1-6).

Larangan ini adalah selari dengan galakan Islam supaya tidak meminang tunangan lelaki lain. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya persengketaan dan pergaduhan yang akan memecahbelahkan masyarakat seterusnya membuktikan Islam agama yang sejahtera dan selamat. Larangan ini ditegaskan dengan sabda nabi:245

151

دبع نع

عيب ىلع مکضعب عيبي )معلص( بينلا ينه: لوقي ناک امهنع للها يضر رمع نبا للها

بطالخا ول ندءاي وا ولبق بطالخا کتري تىح ويخا ةبطخ ىلع لجرلا بطيخ لاو ,ضعب

هرخا(

ْ

)حاکنلا باتک في يراخبلا

ْ Maksudnya: Daripada Abdullah Ibn Umar Radiallahhuanhuma berkata: Nabi S.A.W telah melarang sebahagian dari kamu menjual diatas jualan sesetengah yang lain, dan tiada boleh seseorang lelaki itu meminang diatas pinangan saudaranya sehinggalah ianya ditinggalkan/dibatalkan oleh peminang sebelumnya atau peminang tersebut memberi keizinan kepadanya.

iii) Penetapan mahar atau mas kahwin

Pemberian mahar atau maskahwin dalam perkahwinan adalah merupakan suatu kewajiban yang harus dilaksanakan pihak lelaki. Yang dikatakan mahar itu menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili adalah harta yang wajib dibayar kepada perempuan pada masa akad nikah sebagai imbalan kenikmatan yang dikecapi oleh kedua-dua suami isteri dari akad nikah yang sah.246

Berdasarkan UUKVKDKM, penetapan mahar atau maskahwin bagi sekelian rakyat adalah dengan kadar setahil sepaha sahaja dan tidak boleh dilebihkan. Penetapan ini bertujuan untuk menghindar kesusahan dan keberatan atas segala rakyat. Namun begitu, penetapan kadar ini boleh dilebihkan bagi golongan kaya. Disebutkan:

“pada menyatakan perintah orang hendak berkahwin hukumkan atas isi negeri menjadi adat jangan berbanyak dakwa perintah membawa belanja itu ikut keredhaan kedua pihak akan isi kahwin itu, ditentukan atas segala rakyat

152

setahil sepaha, tiada boleh dilebihkan. Di dalam ini jika ada sama ijab qabul perbanyakkan isi kahwinnya. Pun jika ada perselisihan ia kedua sampai kepada hakim-diselesaikan hakim dengan isi kahwin setahil sepaha juga, tiada diberi perlebihkan memberi kesusahan dan keberatan atas segala rakyat isi negeri. Jika mereka itu daripada orang menanggung martabat dengan kurnia raja, ikut tarafnya dinaikkan.” (UUKVKDKM:16/46/4-9)

Penetapan mahar ini dilihat selaras dengan ajaran Islam yang juga menganjurkan penganutnya meletakkan mahar dengan kadar yang rendah seterusnya menganugerahkan keberkatan kepada wanita yang rendah maharnya. Hal ini sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis baginda:247

)يقهيبلاو دحما هاور ( اقادص نى رسيا ةکرب ءاسنلا مظعا نا: اعوفرم وشئاع نع

Maksudnya: Daripada Aishah, marfu‟: sesungguhnya perempuan-perempuan yang paling besar keberkatan ialah mereka yang paling mudah mas kahwin mereka.

iv) Kenduri Kahwin

Kenduri kahwin adalah majlis jamuan yang diadakan untuk meraikan sesuatu perkahwinan dan sebagai tanda kesyukuran di atas kelancaran urusan nikah kahwin. Hakikatnya, menganjurkan majlis ini adalah sunat muakkad hukumnya yakni sunat yang

247 Muhammad Othman al-Khasyt (1994), al-Maqasid al-Hasanah Fi Bayan Khatirin Min al-Ahadith al-Musytahirah „Ala al-Alsinah, Dar al-Kitab al-„Arabiy: Beirut, h.244.

153

sangat dituntut dilakukan walaupun secara sederhana. 248 Galakannya sebagaimana sabda Nabi S.A.W:249

لموا...:فوع نب نحمرلا دبعل بينلا لاق ,کلام نبا سنا نع

)ناخيشلا هاور( ةاشب ولو

Maksudnya: Dari Anas bin Malik, Nabi S.A.W bersabda kepada Abdul Rahman bin Auf: Allah S.W.T memberkati engkau, maka berkendurilah walaupun dengan seekor kambing.

Berdasarkan penelitian, hampir keseluruhan adat resam nikah kahwin yang dibicarakan dalam UUKVKDKM mengutamakan pandangan Islam kecuali sedikit

pandangan adat masyarakat setempat dimasukkan bagi mengukuhkan pelaksanaannya.250