• Tidak ada hasil yang ditemukan

2.2 Islam Dan Cara Kerja Di Malaysia

2.3.1 Agama Islam

Islam berasal dari perkataan “aslama” yang bermaksud menyerah diri. Prinsip utama atau prinsip asas dalam Islam, seseorang itu perlu mengakui ujudnya Allah yang Esa dan Nabi Muhammad sebagai rasulnya. Ianya dimulakan dengan mengucapkan kalimah shahadah : “La illaha illa Allah, Muhammadun Rasul Allah”. Maksudnya adalah “tiada Tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad sebagai Pesuruh Allah” (Muhamad & Ghani, 2006). Islam secara asasnya adalah mengakui keesaan tuhan iaitu Allah dan kekuasaanNya di semesta alam dan Nabi Muhammad sebagai Rasul Allah. Kalimah syahadah ini merupakan perkara pertama rukun/asas dalam Islam diikuti oleh sembahyang, berpuasa, menunaikan zakat dan melakukan ibadah haji di Mekah sekiranya mampu. Antara kepercayaan utama yang lain dalam kepercayaan Islam yang dikenali sebagai rukun iman adalah percaya kepada Allah, percaya kepada Malaikat, percaya kepada Kitab-Kitab, percaya kepada Rasul, percaya kepada Hari Kiamat dan percaya kepada Qada dan Qadar (Muhamad & Ghani, 2006). Firman Allah (S.W.T) yang bermaksud:

68

“(Ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadat kepadaKu”

Surah Al-Dhariyat (51): 56

“Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerah diri kepada Allah (dengan ikhlas)…….”

Surah Al-Nisa (4):125

Terdapat dua punca asas di dalam mempelajari Islam iaitu Al Quran, merupakan kitab suci yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammah (s.a.w) dan Sunnah iaitu perbuatan dan percakapan Nabi Muhammad (s.a.w). Allah (S.W.T) berfirman, maksudnya:

“Sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasullullah itu model ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharap (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula banyak menyebut dan mengingati Allah”

Surah Al-Ahzab (33):21

Konsep agama Islam adalah tersendiri dan unik, ianya bukan hanya semata-mata terdapat pada sesekian masa dan dalam skop tertentu. Agama Islam adalah cara hidup yang menyeluruh (Ad Deen) dan nilainya dapat digunakan di mana-mana (syumul) merentasi batasan bangsa, geografi, bahasa, budaya dan mencakupi segala bidang kehidupan

69

manusia. Ini menggambarkan bahawa konsep agama Islam bukanlah hanya dari segi spiritual dan intelektual tetapi juga dari segi sosial dan ianya adalah universal (Muhamad & Ghani, 2006).

Mengikut Barhem et al. (2009), agama mengajar manusia membuat kebaikan dan melarang manusia membuat kejahatan. Agama juga mengharamkan perbuatan-perbuatan tertentu bertujuan untuk menjaga akal manusia, akhlak, jiwa, harta, kehormatan dan keturunannya. Oleh itu, kepercayaan dan keyakinan kepada Allah (S.W.T) akan menghasilkan keredhaan yang tinggi, bertolak ansur, kesanggupan dan pengorbanan untuk menjalankan kerja. Mereka yang percaya dan yakin akan menerima bekerja lebih masa, keadaan tempat kerja yang tidak selesa, masalah tugas, kesilapan komunikasi, walaupun dengan jumlah upah yang rendah jika dia percaya menjalankan kerja tersebut akan memberikan keredaan Allah. Seiring itu, Mohd Zin, Mahdi, Rahman, Abdul Latif, Sulaiman, Khalid, Ahmad, Sakat, Adi Yasran dan Mohd Nor (2012) menambah bahawa Islam bukanlah setakat agama malah merupakan suatu garis panduan untuk kehidupan. Islam mempunyai kod kehidupan yang sempurna yang berasaskan kepada kepercayaan kepada Allah (S.W.T).

70 2.3.2 Konsep Keagamaan Dalam Islam

Di dalam Islam, keagamaan adalah di definisikan sebagai komitmen kepada prinsip agama Islam secara emperikal dan teorinya melalui memenuhi tuntutan Allah (S.W.T), menjaga hak yang lain, mengikut suruhan Allah (S.W.T), mengelakkan perbuatan buruk, dan beribadat kepada Allah (S.W.T) (Al-Goaib, 2003). Perkataan keagamaan adalah berasal dari perkataan agama dan keagamaan juga bermaksud warak, soleh, alim dan bertakwa (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005). Wan Ahmad, Rahman, Ali dan Che Seman, (2008) menyatakan bahawa keagamaan mempunyai pengaruh yang kuat kepada pemilihan kehidupan seseorang yang beragama Islam dan ini termasuklah aktiviti ekonomi dan kehidupan seharian. Mereka yang mempunyai pengetahuan tentang kekuasaan Allah (S.W.T) dan tidak ada yang terselindung dariNya akan mengikut ajaran yang ditetapkan oleh Allah (S.W.T) akan wujud sifat-sifat ketakwaaan, ketakutan, menjaga akhlak, beribadah dan menurut ajaran agama (Wan Ahmad et al., 2008). Pembolehubah keagamaan di dalam Islam adalah bersifat multi dimensi (Moscis & Ong, 2011, Hassan, 2007).

71 Rajah 2.3 : Model Religiositi Muslim ( MRPI)

Sumber : Krauss et al. (2006). Exploring Regional Differences In Religiosity Among Muslim Youth In Malaysia. Review of Religious Research, 47(3), ms. 240

Religiositi Islam

1.Pandangan Dunia Islam Tauhid ( doktrin keesaan Allah) terdapat dalam akidah iaitu pengetahuan asas, kepercayaan dan kefahaman terhadap rukun Iman

Personaliti Agama Akhlak Islamiyah Ibadah – Umum dan Khas

Allah

Malaikat

Rasul-rasul

Kitab-Kitab

Hari Akhirat

Qada dan Qadar

Ibadah Umum

Rukun Islam dan tingkah laku berkaitan, hubungan terus dengan Allah

Ibadah Khas

Hubungan dgn Pencipta

Dua kalimah shahadah

Sembahyang Berpuasa Zakat Menunaikan haji Hubungan dgn manusia Hubungan dgn lain-lain

72

Model Religiositi Muslim pada Rajah 2.3, menerangkan keunikkan pandangan tauhid iaitu Doktrin Kekuasaan Keesaan Allah dalam kepercayaan Islam. Menurut Krauss et al. (2006), konsep agama Islam adalah berlainan dengan konsep agama lain.. Model tersebut terbahagi kepada dua dimensi utama, dimensi pertama dikenali sebagai pandangan dunia Islam iaitu berkisar tentang paradigm tauhid yang berasaskan dari pengetahuan tentang aqidah iaitu pengetahuan sebagai seseorang Muslim, kepercayaan tentang Allah dan agama berdasarkan Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad (s.a.w). Dimensi kedua iaitu personaliti agama terbahagi kepada dua dimensi iaitu ibadah yang formal dan ibadah khas. Antara perkara yang penting di dalam personaliti agama adalah akhlak Islam iaitu manifestasi tauhid di dalam kehidupan harian iaitu meletakkan Allah (S.W.T) sebagai pencipta, beribadah kepadaNya dan menurut perintahnya.

Rajah 2.4 : Tahap Keagamaan Dan Keputusan Pelaburan

Sumber: Muhamad dan Devi (2006). Religiosity And The Malay Muslim Investors In Malaysia: An Analysis On Some Aspects Of Ethical Investment Decision. The International Conference On Business And Information 12-14 Julai. ms. 6

Keagamaan Tinggi Keagamaan giositi keagamaan Rendah Keagamaan Pelaburan menurut Syariah Pelaburan tanpa menurut Syariah I S L A M

73

Merujuk kepada Rajah 2.4, Muhamad dan Devi (2006) mendapati bahawa keagamaan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap keputusan pelaburan untuk pelabur beragama Islam. Dapatan kajian menunjukkan, seseorang yang tinggi keagamaan memilih untuk membuat pelaburan berasaskan syariah, manakala individu yang mempunyai rendah keagamaan memilih pelaburan tanpa menurut syariah.

Hasil kajian Wan Ahmad et al. (2008) menyokong dapatan kajian Muhamad dan Devi (2006) di mana mereka yang mempunyai keagamaan tinggi memilih perbankan Islam dibandingkan dengan yang rendah keagamaannya. Hasil dari kajian Wan Ahmad et al. (2008), juga mendapati hubungan yang positif antara umur dan keagamaan serta pendidikan Islam yang formal terhadap keagamaan. Manakala Kamarudin dan Kamarudin (2009) mendapati mereka yang tinggi penghayatan agamanya lebih mengutamakan barangan yang bermutu tinggi, mengutamakan barangan yang memberi nilai kepada wang, menjaga perbelanjaan dan menetapkan tahap yang tinggi dalam piawaian. Di samping itu, Krauss et al. (2006) pula mendapati remaja luar bandar mempunyai tahap keagamaan yang lebih tinggi dibandingkan dengan remaja yang berada di bandar. Menurut Hassan (2007), aktivis-aktivis beragama Islam seperti Sayyid Abul A’la Maududi dan Sayyid Qutb sentiasa membahaskan tentang kurangnya keagamaan, ini membuatkan penganut beragama Islam berfikir secara barat walaupun ingin hidup secara Islam. Menurut Hassan (2007) lagi, walaupun kebanyakkan negara yang majoriti penduduknya beragama Islam berada terkebelakang dari segi ekonomi dan teknologi, ini tidak bermaksud agama menghalang kemajuan. Sebaliknya antara perkara

74

yang dikenalpasti menghalang kemajuan adalah kerana polisi fiskal yang lemah dan rasuah yang berleluasa.

Rizk (2008) menyatakan Al Quran menerangkan tentang peraturan, tentang adab, perdagangan, hubungan sesama manusia, syariah dan undang-undang Islam. Oleh itu, agama Islam memberi kesan yang tinggi kepada pengikutnya. Muhamad (2009) mendapati keagamaan mempunyai pengaruh yang kuat dan negatif terhadap tahap toleransi ke atas tiadanya etika dalam perniagaan. Keagamaan juga mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kesedaran mengenai etika. Dalam kajian beliau, mendedahkan bahawa pelajar jurusan pengajian agama adalah lebih tinggi keagamaannya jika dibandingkan dengan pelajar aliran sekular dan kurang bertolak ansur terhadap perniagaan yang tidak beretika di bandingkan dengan pelajar beraliran sekular. Dapatan Mohamad (2009) ini disokong oleh dapatan kajian Saat, Porter dan Woodbine (2009) di mana pegangan agama, latarbelakang pelajaran agama dan institusi pengajian mempengaruhi tahap keagamaan. Pelajar yang mengikuti pengajian agama di peringkat menengah dan universiti adalah lebih tinggi tahap keagamaannya dan juga lebih sensitif terhadap etika. Muhamad dan Ghani (2006) juga membuat kajian tentang keagamaan dan kesannya terhadap persepsi etika dan penilaian moral terhadap penduduk Islam di Malaysia. Hasil kajian mendapati terdapat pengaruh yang kuat antara keagamaan dan persepsi tiada etika dalam menjalankan perniagaan.

75

Sesungguhnya agama memainkan peranan yang penting kehidupan seorang Muslim sebagaimana firman Allah (S.W.T), maksudnya:

“Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusan”

Surah Al-Talaq (65):4

Dan firman Allah (S.W.T.) yang bermaksud:

“Sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu rezeki) yang melimpah-ruah keberkatannya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab disebabkan apa yang mereka telah usahakan”

Surah Al-Araf (7):96

Terdapat juga faktor-faktor yang menghalang responden beragama Islam memberitahu perkara sebenar tentang keagamaan, terutama faktor-faktor yang bersifat terlalu peribadi dan melibatkan maruah. Menurut Muhamad dan Ghani (2006), antara perkara yang menjadi masalah di dalam kajian yang melibatkan mereka yang beragama Islam di Malaysia adalah mereka lebih mengutamakan kehormatan dan menjaga air muka. Mereka tidak rela memberitahu dan mengakui bahawa mereka bukanlah penganut agama yang

76

kuat dan tidak melakukan amalan wajib seorang Islam seperti bersembahyang lima waktu, berpuasa dan berzakat. Kebanyakkan responden beragama Islam di pertengahan umur, masih tertanam sistem dari Kolonial British dan sistem pelajaran sekular di mana ianya memisahkan di antara keduniaan dan keagamaan. Salah satu contoh yang utama adalah faedah yang dikenakan oleh bank menjadi seperti suatu kebiasaan di kalangan masyarakat perniagaan Muslim. Islam juga tidak mempengaruhi semua aspek orang Melayu beragama Islam di Malaysia, ianya lebih kepada skop pemakanan di mana syarat halal lebih dipentingkan dan jika dibandingkan dengan dari segi lain seperti halalnya pendapatan di sisi Islam.

Keagamaan adalah penting dan menjadi keperluan terhadap pekerja perbankan kerana keagamaan dapat mempengaruhi tingkah laku dan sikap pekerja perbankan. Keagamaan akan menjadikan seorang pekerja perbankan itu lebih beramanah, bertanggungjawab terhadap kerjanya, berdisiplin di dalam tugasnya, berfikiran positif dan komited terhadap kerja. Kajian lepas mendapati, mereka yang tinggi keagamaannya adalah mempunyai komitmen yang tinggi, lebih produktiviti dan lebih mendapat kepuasan kerja (Muhamad dan Ghani, 2006). Pekerja yang mempunyai penghayatan agama yang tinggi mempunyai keredhaan yang tinggi, bertolak ansur dan sanggup berkorban di dalam menjalankan pekerjaannya (Barhem et al., 2009). Selain dari itu, menurut Kurpis et al. (2008), mereka yang mempunyai keagamaan yang tinggi lebih mementingkan etika dan moral yang baik dan mereka yang tinggi keagamaan juga mempunyai kurang toleransi terhadap persesepsi tiada etika (Muhamad, 2009). Keagamaan akan dapat meningkatkan prestasi dan produktiviti di kalangan pekerja perbankan, menjadikan mereka positif dan komited

77

seterusnya meningkatkan niat untuk kekal di dalam organisasi. Di masa yang sama, mengurangkan kejadian gelagat menyimpang di sektor perbankan yang mudah terdedah kepada penyelewengan terutama yang melibatkan kewangan.