• Tidak ada hasil yang ditemukan

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Jadual Ketiga jadual yang berikut:

Dalam dokumen RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a (Halaman 45-53)

“Jadual Keempat [Subseksyen 33c (1)]

STANDARD BAGI PEMERAKUAN BAHAN BINAAN

No. Jenis bahan binaan Standard yang diluluskan oleh Lembaga

1. Peralatan kebersihan (seramik):

Singki (a)

Mangkuk tandas tanpa (b) tangki pam

Mangkuk tandas dengan (c) tangki pam

Bidet dan tempat buang (d) air kecil

Tangki pam dilengkapi (e) dengan mekanisme

Tangki pam tidak dilengkapi (f) dengan mekanisme

Tangki pam plastik (g)

MS 147: 2001 : Spesifikasi bagi Kualiti Perkakas Kebersihan Tembikar Berkaca China

MS 147:2001 dan MS 1522: 2007 Spesifikasi bagi Mangkuk Tandas

3. Perancah bingkai keluli MS 1462:1999 4. Paip lempung berkaca dan

pemasangan dan siku paip bagi saliran dan pembetung

MS 1061:Bahagian 2:2008

No. Jenis bahan binaan Standard yang diluluskan oleh Lembaga

5. Wayar keluli lembut diturunkan

sejuk bagi pengukuhan konkrit MS 144:2006 6. Serat kimpalan keluli bagi

pengukuhan konkrit MS 145:2006

7. Simen Portland:

Simen Portland putih (a)

Simen Portland mengeras (b) biasa dan cepat

Simen Portland tahan (c) sulfat

Simen Portland relau abu (d) bahan api hancur

Simen Portland relau (e) bagas

MS 888:1991

MS 522:Bahagian 1:2007 MS 1037:1986

MS 1227:2003

MS 1389:1995

8. Simen hidraulik:

(a) Simen abu bahan api hancur pozzolana

(b) Simen relau bagas sanga tinggi

(c) Simen batu

MS 1520:2001 MS 1388:1995

MS 794:2010 9. Bar keluli tergelek panas bagi

pengukuhan konkrit MS 146:2006 10. Sistem kekuda bumbung kayu

siap dulu CIS 5

11. Keratan keluli berstruktur bukan

aloi tergelek panas MS 1490:2001

No. Jenis bahan binaan Standard yang diluluskan oleh Lembaga

12. Cerucuk konkrit pra-tuang bagi

tapak MS 1314:Bahagian 1-6:2004

13. Tali wayar keluli bagi lif MS ISO 4344:2004 14. Spesifikasi bagi perancah bingkai

keluli MS 1462:1999

15. Produk besi dan keluli:

Spesifikasi bagi batang (a) wayar keluli berkarbon

rendah

Spesifikasi bagi batang (b) wayar keluli berkarbon

tinggi

Spesifikasi bagi wayar (c) keluli berkarbon rendah

Spesifikasi bagi lembar (d) tegasan terlega wayar tujuh tak bersalut bagi konkrit prategasan

Spesifikasi bagi wayar (e) keluli berkarbon rendah yang tergalvani bagi menyalut kabel

MS 1092:1987 MS 1093:1987

MS 1137:2009

MS 1138:Bahagian 1-4:2007

MS 1239-1:2009

16. Bahan penebatan:

Spesifikasi bagi bahan (a) penebatan terma gentian

mineral

MS 1020:2010

17. Kaca apung:

(a) Spesifikasi bagi kaca apung dan kaca apung plat digilap

MS 1138:Bahagian 1-4:2007

No. Jenis bahan binaan Standard yang diluluskan oleh Lembaga

18. MS 1064 : 2001 GARIS PANDUAN B A G I P E N Y E L A R A S A N

33. (1) Mana-mana personel binaan yang, sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, telah terlibat atau diambil atau mengaku janji untuk terlibat atau diambil sebagai personel binaan termasuk mana-mana penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir, boleh terus berbuat demikian selama tempoh dua belas bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

(2) Semasa tempoh yang disebut dalam subseksyen (1), personel binaan termasuk penyelia tapak binaan dan pekerja binaan mahir itu hendaklah, dengan seberapa cepat yang dapat dilaksanakan membuat permohonan bagi pendaftaran, akreditasi atau pemerakuan, mengikut mana-mana yang terpakai baginya, mengikut Akta ini.

(3) Mana-mana orang yang sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, telah berurusan atau mengaku janji untuk diambil dalam berurusan dengan bahan binaan yang dinyatakan di bawah Jadual Keempat tanpa pemerakuan oleh Lembaga, boleh terus berbuat demikian selama tempoh enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

HURAIAN

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (“Akta 520”).

2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan tentang permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan.

3. Fasal 2 bertujuan untuk menggantikan seksyen 2 Akta 520 yang sedia ada dengan beberapa takrif baru dimasukkan, antara lain—

(a) berhubung dengan takrif “kontraktor”, untuk membenarkan mana-mana orang yang hanya mengaku janji untuk menjalankan dan menyiapkan kerja pembinaan dianggap juga sebagai “kontraktor” dan oleh itu dikehendaki untuk didaftarkan;

(b) berhubung dengan takrif “industri pembinaan”, untuk memasukkan reka bentuk, teknologi, bahan dan mutu kerja binaan, dengan mengambil kira perkembangan semasa industri;

(c) berhubung dengan takrif “kerja pembinaan”, untuk memasukkan pemerolehan bahan binaan, kelengkapan atau pekerja, sebagaimana yang perlu bagi merealisasikan mana-mana jenis kerja pembinaan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta 520 yang sedia ada;

(d) untuk membuat peruntukan bagi takrif “personel binaan” untuk memasukkan pekerja binaan am, pekerja binaan separa-mahir, pekerja binaan mahir, penyelia tapak binaan, pengurus projek binaan dan mana-mana pekerja atau golongan pekerja sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, dan termasuklah mana-mana orang yang terlibat atau mengaku janji untuk terlibat dalam mana-mana aktiviti yang berhubungan dengan kerja pembinaan;

(e) untuk mengadakan peruntukan bagi takrif “pengurus projek binaan”, untuk membenarkan mana-mana orang diiktiraf dan didaftarkan sebagai

“pengurus projek binaan” mengikut budi bicara Lembaga jika orang itu memenuhi kelayakan, kemahiran, pengalaman dan pengetahuan yang dikehendaki oleh Lembaga;

(f) untuk mengadakan peruntukan bagi takrif “berurusan”, yang bermaksud mengilangkan, menggunakan, membekalkan, memasarkan, menjual atau membeli sama ada secara borong atau runcit, mengimport atau mengeksport supaya dapat mengawal kualiti dan pematuhan standard di peringkat sumber;

(g) untuk mengadakan takrif “Sistem Binaan Berindustri atau SBB”;

(h) untuk mengadakan takrif “latihan”.

4. Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 3 Akta 520 untuk mengadakan asas undang-undang bagi penggunaan nama Construction Industry Development Board of Malaysia dalam bahasa Inggeris dengan akronim CIDB.

5. Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 4 Akta 520 berkenaan dengan fungsi Lembaga, yang termasuk, antara lain—

(a) mengawal selia pematuhan standard bagi mutu kerja binaan dan bahan binaan;

(b) mendaftarkan, mengakredit dan memperakukan personel binaan dan untuk membatalkan, menggantung atau mengembalikan semula pendaftaran, akreditasi dan pemerakuan personel binaan itu; dan (c) mengawal selia pelaksanaan Sistem Binaan Berindustri dalam industri

pembinaan.

Fasal ini juga bertujuan untuk meminda subseksyen 4(2) Akta 520. Dengan pindaan ini Lembaga boleh menjalankan fungsinya untuk menubuhkan perbadanan, membuat usaha sama, dsb., hanya dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan.

6. Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 11 Akta 520 untuk meminda nama “Ketua Pegawai Eksekutif” kepada “Ketua Eksekutif”.

7. Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 15 Akta 520 untuk menjelaskan bahawa pendapatan Lembaga yang sekarang ini hendaklah juga termasuk wang yang dipungut melalui kompaun.

8. Fasal 7, 8 dan 9 bertujuan untuk meminda seksyen 20, 21 dan 22 Akta 520, dengan beberapa pindaan berkenaan dengan kuasa Lembaga untuk meminjam, memberi pinjaman dan melabur, yang hendaklah juga termasuk mendapatkan kebenaran Menteri Kewangan terlebih dahulu.

9. Fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 23 Akta 520 untuk menambahkan kuasa untuk melantik ejen, penasihat teknikal, dsb..

10. Fasal 11 bertujuan untuk menggantikan seksyen 24 Akta 520 untuk membolehkan Lembaga untuk mewakilkan mana-mana fungsi dan kuasanya kecuali jika diperuntukkan sebaliknya, kepada mana-mana anggotanya, pegawainya atau pekhidmatnya.

11. Fasal 12 dan 13 bertujuan untuk meminda kepala Bahagian VI dan seksyen 25 Akta 520, yang berbangkit daripada pindaan kepada takrif “kontraktor”.

Dengan pindaan ini seseorang yang menjalankan atau menyiapkan atau mengaku janji untuk menjalankan atau menyiapkan mana-mana kerja pembinaan adalah dikehendaki untuk didaftarkan di bawah Akta ini.

12. Fasal 14 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 25a ke dalam Akta 520 untuk mengadakan peruntukan bagi akreditasi kontraktor.

13. Fasal 15 bertujuan untuk meminda seksyen 26 Akta 520 berkenaan penyimpanan dan penyenggaraan suatu Daftar kontraktor yang berdaftar dan diakreditkan.

14. Fasal 16 bertujuan untuk meminda seksyen 27 Akta 520 untuk meluaskan ruang lingkup berkenaan dengan kuasa Lembaga untuk memperoleh maklumat yang relevan melalui pengeluaran notis.

15. Fasal 17 bertujuan untuk meminda seksyen 29 Akta 520 terutamanya untuk menaikkan penalti yang boleh dikenakan terhadap kontraktor tidak berdaftar apabila disabitkan.

16. Fasal 18 bertujuan untuk meminda seksyen 30 Akta 520 untuk meluaskan ruang lingkup notis untuk memberhentikan kerja pembinaan dan menaikkan penalti kerana tidak mematuhi notis itu.

17. Fasal 19 bertujuan untuk meminda seksyen 31 Akta 520 untuk menegaskan bahawa kuasa Lembaga di bawah Akta ini hendaklah terpakai bagi kedua-dua kontraktor berdaftar dan tidak berdaftar.

18. Fasal 20 bertujuan untuk meminda Bahagian VII Akta 520—

(a) untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, akreditasi dan pemerakuan personel binaan;

(b) untuk memberi Lembaga kuasa untuk menubuhkan, memajukan dan mengakredit institusi latihan bagi maksud melatih personel binaan;

dan

(c) untuk mengadakan peruntukan bagi penalti dalam hal ketidakpatuhan.

19. Fasal 21 bertujuan untuk memperkenalkan Bahagian baru VIIa ke dalam Akta 520, yang mengadakan peruntukan bagi—

(a) pemerakuan bahan binaan oleh Lembaga yang memberi Lembaga kuasa untuk menetapkan bahan binaan tertentu untuk digunakan dalam industri pembinaan; dan

(b) kesan berurusan dengan bahan binaan yang tidak diperakukan.

Fasal ini juga bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 33f tentang “kod amalan” bagi industri pembinaan untuk memberi kefleksibelan kepada Lembaga untuk membangunkan, meluluskan, merumuskan atau mereka bentuk apa-apa kod amalan yang sesuai dan perlu bagi industri.

20. Fasal 22 bertujuan untuk memasukkan seksyen 34 yang baru ke dalam Akta 520 berkenaan dengan pengenaan levi, yang termasuklah—

(a) untuk mengadakan peruntukan bagi hal keadaan yang akan menimbulkan liabiliti untuk membayar;

(b) untuk mengadakan peruntukan bagi kewajipan kontraktor untuk mengemukakan dengan benar kepada Lembaga semua fakta yang menyentuh liabilitinya untuk membayar levi;

(c) untuk memberi Lembaga kuasa untuk memberitahu amaun levi yang kena dibayar oleh kontraktor dan pemberitahuan itu adalah muktamad;

dan

(d) untuk memberi Lembaga kuasa untuk membuat penyelarasan ke atas amaun jumlah kontrak yang diisytiharkan oleh kontraktor sebagaimana yang difikirkannya patut.

21. Fasal 23 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 34a ke dalam Akta 520 untuk membolehkan Lembaga mendapatkan amaun levi yang kena dibayar sebagai suatu hutang sivil.

22. Fasal 24 bertujuan untuk memasukkan Bahagian baru vIIIa ke dalam Akta 520 yang memperuntukkan kewajipan kontraktor.

23. Fasal 25 bertujuan untuk menggantikan Bahagian IX Akta 520 dengan bahagian baru untuk meluaskan kuasa penguatkuasaan dan penyiasatan yang berhubung kait dengan kuasa dan fungsi yang terletak hak pada Lembaga.

24. Fasal 26 bertujuan untuk meminda seksyen 37 Akta 520 berkenaan dengan kuasa Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan, yang termasuk antara lain—

(a) mengawal selia dan menguatkuasakan kualiti dan standard dalam industri pembinaan termasuk cara, bentuk dan tatacara;

(b) menetapkan cara, bentuk, jenis dan gred bagi pemerakuan mengikut mana-mana yang berkenaan bagi bahan binaan dan mutu kerja binaan;

dan

(c) menetapkan syarat dan kehendak bagi pelaksanaan Sistem Binaan Berindustri dalam industri pembinaan.

25. Fasal 27 bertujuan untuk meminda subseksyen 38(2) Akta 520 untuk menyatakan bahawa Pendakwa Raya dan bukannya Pengerusi Lembaga yang boleh memberi kuasa mana-mana pegawai Lembaga untuk menjalankan pendakwaan.

26. Fasal 28 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 38a, 38B dan 38c masing-masing ke dalam Akta 520 untuk membolehkan mana-mana orang yang dinyatakan di bawah seksyen itu untuk hadir dan menjalankan prosiding sivil, untuk melindungi anggota, pegawai, pekhidmat dan ejen Lembaga bagi apa-apa benda yang dilakukan atau yang ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dengan suci hati tanpa kecuaian dan dalam menjalankan mana-mana kuasa atau pelaksanaan di bawah Akta dan untuk membolehkan Lembaga mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai kesalahan boleh kompaun.

27. Fasal 29 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 39a ke dalam Akta 520 untuk menyifatkan mana-mana pengarah, pengurus atau pegawai yang seumpamanya yang lain bagi mana-mana syarikat, firma, persatuan atau kumpulan orang lain bersalah atas apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh syarikat, firma, persatuan atau kumpulan orang lain tersebut.

28. Fasal 30 bertujuan untuk meminda seksyen 40 Akta 520 tentang kuasa untuk mengecualikan oleh Menteri.

29. Fasal 31 bertujuan untuk membetulkan rujukan seksyen dalam Jadual Ketiga.

30. Fasal 32 bertujuan untuk memasukkan Jadual baru Keempat ke dalam Akta 520.

31. Fasal 33 bertujuan untuk mengadakan peruntukan peralihan.

32. Pindaan lain yang tidak diperkatakan dengan khusus dalam Huraian ini merupakan pindaan yang kecil atau berbangkit.

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.

[PN(U2) 2115]

Dalam dokumen RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a (Halaman 45-53)

Dokumen terkait