• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab III : Produk Simpanan, Pembiayaan dan Perkidmatan

3.3. Produk-Produk Perbankan Syariah di Bank Syariah Mandiri

3.3.1. Akuan Simpanan/Deposit

3.3.1.2. Akuan Pelaburan Am Berkonsepkan Mudarabah

Di antara produk-produk akaun pelaburan di BSM yang berasakan prinsip

Mudarabah 158 dalam jenis akaun peribadi dan badan usaha (bukan peribadi), iaitu: 1. Tabungan BSM

Ialah simpanan dalam mata wang rupiah yang pengeluaran dan penyimpanan dananya boleh dilakukan pada bila-bila masa selama masa buka jabatan di kaunter BSM atau menggunakan ATM. Jenis akaun ini, iaitu : akaun peribadi, akaun bagi Badan Berkanun dan akaun bukan Badan Berkanun. Akaun ini Berasaskan akad mudarabah

mutlaqah yang mempunyai Bagi hasil yang menarik,159 punya kemudahan Online di seluruh outlet BSM, juga kemudahan kad BSM ATM dan debit160 dan kad diskaun harga di merchant yang telah bekerjasama dengan BSM, selain itu mempunyai kemudahan

BSM Mobile Banking dan BSM Net Banking. Akaun ini boleh dilanggani dengan deposit

permulaan minimum sebanyak Rp80.000 (bagi akaun peribadi) dan Rp1.000.000 ( akaun bukan peribadi).

Akaun ini mempunyai Syarat kelayakan bagi akaun peribadi, iaitu: bagi warga negara Indonesia mestilah mempunyai IC/ Lisen/Paspor dan bagi warga negara asing ialah : Paspor dan Kad Izin Menetap Sementara (KIM/KITAS), manakala syarat bagi membuka akaun bukan peribadi, iaitu : jika Badan Berkanun mestilah mengajukan salinan kad IC/KITAS/Paspor semua Pengerusi sesuai dengan tatacara dan tataurus organisasi tersebut, sijil Penumbuhan, Perubahan dan Pengesahan Instansi/Syarikat.

156

Syariah Mandiri, Laman sesawang Bank Syariah Mandiri Sdn. Bhd, dicapai 18 May 2013, http://www.syariahmandiri.co.id/category/consumer-banking/produkdana-consumer/syariah-mandiri-giro/giro-bsm-singapore-dollar/

157

Syariah Mandiri, Laman sesawang Bank Syariah Mandiri Sdn. Bhd, dicapai 18 May 2013, http://www.syariahmandiri.co.id/category/consumer-banking/produkdana-consumer/syariah-mandiri-giro/giro-bsm-euro/

158

Rafiq al-Misri, Masraf al-Tanmiyah al-Islami Au Muhawalatun Jadidatun Fi al-Riba Wa al-Faedah Wa al-Bank, ed-3. (Beirut: Muasasah al-Risalah, 1987), 241; Lihat juga Muhammad Syafi’i Antonio, Bank Syariah: Wacana Ulama dan Cendikiawan, ed-1 (Indonesia: Tazkia Institute, 1999),171-172.

159 Ibid, 243-251.

160

Ciri-ciri kemudahan ATM ialah pengeluaran wang tunai, tertakluk kepada hada maksimum, pemindahan wang ke akaun-akaun sesama BSM dan bukan BSM dalam Negara dan luar Negara, pertukaran nomor Pin, pembayaran pembiayaan dan bil-bil, mencetak penyata akaun, pertanyaan baki dan juga pemberian sedekah melalui ATM.

64

Juga salinan sijil tatacara dan tataurus syarikat, Sijil Ijin usaha dari pejabat yang berwenang, NPWP (Bukti pembayaran cukai), Sijil Pengesahan premis Syarikat/instansi dan Surat penunjukkan khusus sebagai Kepala Cawangan atau Kepala Bagian Kewangan dari suatu Syarikat/Instansi (jika ada). Manakala Syarat kelayakan bagi akaun bukan badan Berkanun ialah sama dengan akaun Badan berkanun ditambah dengan Surat Keterangan susunan pengurus perkumpulan dan surat penunjukan bagi pihak-pihak yang berwenang mewakili perkumpulan dalam melakukan hubungan dengan bank.

Pelanggan akan menperolehi keamanan dana, Kemudahan bertransaksi di seluruh

outlet BSM dengan menggunakan e-banking BSM dan kemudahan dalam pengagihan

zakat, infaq dan sedekah.161

2. BSM Akaun Tabungan Mabrur

Ialah simpanan untuk membantu masyarakat merancang perjalanan haji dan umrah. Akaun ini berasaskan prinsip mudarabah mutlaqah, Dana Tidak dapat dicairkan kecuali untuk melunasi Kos Penyelenggaraan Ibadah Haji/ Umrah (BPIH), Deposit permulaan minimum Rp500.000 (RM 167), deposit sesudahnya minimum Rp100.000 (RM 34), Baki akaun minimum untuk didaftarkan ke SISKOHAT (Sistem pentadbiran Haji Indonesia) ialah sebanyak Rp25.500.000 (RM 8500) atau sesuai ketentuan dari Departemen Agama dan kos penutupan akaun kerena batal ialah Rp25.000 (RM8.3). Manakala Syarat kelayakannya ialah Kad IC/Lisen/Paspor pelanggan.

Manfaat akaun ini iaitu : pelanggan akan mendapat jaminan keamanan dana, kemudahan dana pinjaman haji untuk kemudahan mendapatkan porsi haji dan Online dengan SISKOHAT Departemen Agama untuk kemudahan pendaftaran haji.162

161

Syariah Mandiri, Laman sesawang Bank Syariah Mandiri Sdn. Bhd, dicapai 18 May 2013, http://www.syariahmandiri.co.id/category/consumer-banking/produkdana-consumer/syariah-mandiri-tabungan/tabungan-bsm/

162

Syariah Mandiri, laman sesawang Bank Syariah Mandiri Sdn. Bhd, dicapai 18 May 2013, http://www.syariahmandiri.co.id/category/consumer-banking/produkdana-consumer/syariah-mandiri-tabungan/tabungan-mabrur-bsm/

65

3. BSM Tabungan Persaraan

Ianya akaun dalam mata wang rupiah berdasarkan prinsip mudarabah mutlaqah, yang penarikannya boleh bila-bila masa sesuai syarat-syarat dan ketentuan yang disepakati. Produk ini merupakan hasil kerjasama BSM dengan Taspen Sdn. Bhd yang diperuntukkan bagi pesara kaki tangan kerajaan Indonesia.

Syarat kelayakannya ialah bahawa akaun ini disediakan untuk Pensiunan (pesara) dan calon pensiunan (pesara) Kakitangan Awam, Pejabat Kerajaan, Hakim, Askar dan Polis. Juga Penerima persaraan yang dibayari oleh Taspen Sdn. Bhd, iaitu: pesara PKRI (perintis Kemerdekaan Republik Indonesia) dan KNIP (Komite Nasional Pemuda Indonesia) juga menunjukkan salinan IC/Lisen. Akaun ini membantu pengurusan kewangan pelanggan dengan bagi hasil yang menarik, kos perkhidmatan yang ringan dan Pembukaan akaun boleh dilakukan di semua cawangan BSM.163

4. BSM Deposito (Akaun berjangka)

Ialah Produk pelaburan berjangka dalam wang rupiah yang penarikannya hanya boleh setelah pada masa jatuh tempoh tertentu sesuai kesepakatan. Ianya berdasarkan prinsip mudarabah mutlaqah untuk jenis akaun peribadi dan Syarikat dengan tempoh masa yang fleksibel : 1, 3, 6 dan 12 bulan yang deposit permulaannya minimum Rp2.000.000 (RM667), kos Materai Rp6.000 (RM2) dan kos Penarikan: Rp30.000(RM10)/Akaun. Syarat kelayakan bagi akaun peribadi ialah kad IC/lisen atau paspor, manakala syarat bagi akaun syarikat ialah kad IC/Lisen/Paspor Pengerusi atau pegawai yang bertanggungjawab, sijil Penumbuhan, Perubahan dan Pengesahan syarikat. Juga tatacara dan tataurus syarikat, Sijil Ijin usaha dari pejabat yang berwenang, NPWP (Bukti pembayaran cukai) dan Sijil Pengesahan premis Syarikat.

163

Syariah Mandiri, Laman sesawang Bank Syariah Mandiri Sdn. Bhd, dicapai 18 May 2013, http://www.syariahmandiri.co.id/category/consumer-banking/produkdana-consumer/syariah-mandiri-tabungan/tabungan-pensiun-bsm/

66

Pelanggan juga akan mendapatkan keamanan dana, bagi hasil yang kompetitif,164 akaun ini boleh dijadikan cagaran pembiayaan dan kemudahan Automatic Roll Over (ARO).165

5. BSM Tabungan Qurban

Simpanan dalam mata wang rupiah untuk membantu pelanggan dalam merancang pelaksanaan ibadah qurban dan aqiqah.Akaun ini Berdasarkan prinsip mudarabah

mutlaqah yang boleh diambil pada saat akan melakukan ibadah qurban atau aqiqah

sahaja. Deposit permulaanya mulai Rp50.000 (RM17) dengan Minimum deposit sesudahnya Rp25.000( RM 9) dan Minimum baki akaun setelah pelaksanaan Aqiqah dan Kurban ialah Rp50.000 (RM17).

Syarat kelayakannya ialah kad pengenalan. Pelanggan akan mendapatkan kemudahan perancangan kewangan untuk pembelian haiwan qurban dan kemudahan pelaksanaan pengagihan qurban.166

Selain akaun deposit diatas, Bank Syariah Mandiri (BSM) juga masih mempunyai produk lainnya yang berasaskan mudarabah seperti BSM Tabungan Investa Cendekia

(TIC)167, BSM Tabungan Berencana,168BSM Deposito (Akaun Berjangka) Valas,169BSM Obligasi dan BSM Tabungan Perusahaan170.

164 Shah Rukh Rafi Khan, Profit and Loss Sharing : An Islamic Experiment In Finance And Banking, ed-1, (Karachi: Oxford University Press, 1987),95; Lihat juga Afzal al-Rahman, Economic Doctrines of Islam, (Lahore: Islamic Publications, 1974), 1:63.

165

Syariah Mandiri, Laman sesawang Bank Syariah Mandiri Sdn. Bhd, dicapai 18 May 2013, http://www.syariahmandiri.co.id/category/consumer-banking/produkdana-consumer/syariah-mandiri-deposito/deposito-bsm/

166

Syariah Mandiri, Laman sesawang Bank Syariah Mandiri Sdn. Bhd, dicapai 18 May 2013, http://www.syariahmandiri.co.id/category/consumer-banking/produkdana-consumer/syariah-mandiri-tabungan/tabungan-kurban/

167

Syariah Mandiri, Laman sesawang Bank Syariah Mandiri Sdn. Bhd, dicapai 18 May 2013, http://www.syariahmandiri.co.id/category/consumer-banking/produkdana-consumer/syariah-mandiri-tabungan/tabungan-bsm-investa-cendekia/

168

Syariah Mandiri, Laman sesawang Bank Syariah Mandiri Sdn. Bhd, dicapai 18 May 2013, http://www.syariahmandiri.co.id/category/consumer-banking/produkdana-consumer/syariah-mandiri-tabungan/tabungan-berencana-bsm/

169

Syariah Mandiri, laman sesawang Bank Syariah Mandiri Sdn. Bhd, dicapai 20 May 2013, http://www.syariahmandiri.co.id/category/consumer-banking/produkdana-consumer/syariah-mandiri-deposito/deposito-bsm-valas/

170

67