Engkromong
Gong kecil diperbuat daripada perenggu berbentuk periuk. Berbusut di tengah permukaannya. Lapan buah gong bagi satu set diatur berbaris di atas para yang panjang. Semua alat-alat muzik ini dimainkan oleh kaum lelaki. Walaubagaimanapun ada sebahagian kecil alat-alat muzik ini dimainkan serta dipratikkan oleh kaum wanita khususnya warga tua masyarakat Iban. Selain daripada dimainkan untuk hari perayaan mereka, iaitu “Hari Gawai” ia juga dipamerkan kepada orang ramai terutama para pelancong yang ingin mengetahui kebudayaan seni muzik masyarakat Iban khususnya di negara ini.
Tawak
Dibuat dari perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut di tengah-tengah bahagian permukaannya. Ia juga berpasangan (ibu dan anak). Bagi tetawak ibu bunyinya rendah dan bergema manakala tetawak anak, nada bunyinya nyaring. Alat muzik ini dapat menghasilkan bunyi seperti 'chak, dong, peng'.
9.0 Penutup
Secara keseluruhannya, masyarakat Iban di Sarawak adalah masyarakat yang mempunyai cara hidup dan tradisi yang agak istimewa. Cara hidup mereka adalah amat menarik sekali untuk diungkapkan dan diceritakan. Kehidupan masyarakat Iban jika dilihat dari aspek sosial, ekonomi dan politik sesungguhnya amatlah berbeza dengan kaum-kaum lain di Malaysia ini. Hal ini digambarkan dengan memetik pendapat Vinson H. Sutlive dalam bukunya yang berjudul The Iban Of Sarawak yang berbunyi begini: “The Ibans have built thier world out of natural, social and metasocial order to which they have perceived themselves as belonging. Plants, animals, hills,sun moon, stars , ancestral spirits and other groups have been brought together in the ethnoscience and
25 mythology by which the Iban have developed and manipulated the symbols which have helped them understand thier world the rationalize thier behaviour.”
Walaubagaimanapun, pada masa kini, adat dan tradisi masyarakat Iban banyak juga yang telah ditinggalkan. Antaranya adat-adat yang menjurus kepada animisme, kepercayaan karut, dan adat-adat yang difikirkan tidak logik untuk diamalkan pada masa sekarang. Hal ini memandangkan masyarakat pada zaman sekarang sudah maju dan pemikiran masyarakat pun berubah ke arah yang lebih moden. Tambahan pula, sudah ramai golongan cerdik pandai dalam kalangan masyarakat Iban yang membawa budaya dan cara hidup masyarakat bandar dan menerapkannya dalam kalangan masyarakat Iban .
26
TUGASAN 2
27 Cara masyarakat Iban mempengaruhi keperibadian dan pencapaian akademik anak-anak mereka di sekolah.
Dalam menghuraikan kenyataaan di atas, saya telah menggunakan kaedah borang soal selidik dalam mendapatkan maklumat. Borang soal selidik tersebut telah diedarkan di rumah panjang Sap, Batu Lintang Undop yang terletak di daerah Sri Aman di mana rumah panjang tersebut mempunyai 20 bilik. Setiap bilik akan diedarkan satu borang sola selidik dan responden perlulah samada ketua keluarga atau isteri kepada ketua keluarga tersebut. Setiap perkataan yang terdapat dalam borang soal selidik (rujuk lampiran 1) tersebut telah diterjemahkan dalam bahasa Iban bagi memudahkan para responden untuk memahami setiap perkataan yang terdapat pada borang tersebut.
Berdasarkan hasil dapatan (rujuk lampiran 2), untuk kenyataan yang pertama responden langsung tidak menandakan pada skala 1 dan juga skala dua. Sebanyak 3 orang responden tanda pada skala 3 dan sebanyak 17 orang responden tanda pada skala 4. Untuk kenyataan kedua, sebanyak 12 orang reponden tanda pada skala 2, 3 orang responden tanda pada skala 3, 2 orang responden tanda pada skala 4 dan tiada satu pun responden tanda pada skala 1. Untuk kenyataan 7, seorang responden tanda pada skala 3, 19 orang responden tanda pada skala 4 dan tiada yang tanda pada skala 1 dan 2. Manakala, untuk skala 3, 4, 5, 6, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14 dan 15 kesemua 20 orang responden tanda pada skala 4.
Berdasarkan hasil analisis saya pada borang soal selidik yang telah diedarkan di rumah panjang Sap, Batu Lintang Undop yang terletak di daerah Sri Aman, rata-rata penduduk di rumah panjang tersebut sangat mengambil peduli akan pendidikan anak-anak mereka. Buktinya dapat kita lihat pada hasil daripada analisis borang soal selidik yang telah dilakukan. Majoriti daripada responden tanda pada skala 4 untuk kesemua kenyataan kecuali kenyataan nombor 2. Kenyataan nombor 2 yang berbunyi “masalah kewangan sering menjadi punca kepada saya untuk tidak menyekolahkan anak-anak”, rata-rata responden kurang setuju dengan kenyataan tersebut. Namun demikian terdapat 2 orang responden telah tanda pada skala 4 iaitu sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut. Hasil daripada itu, dapat saya menyimpulkan bahawa masalah
28 kewangan masih lagi menjadi punca kepada beberapa ketua rumah keluarga untuk melengkapkan pendidikan anak-anak mereka. Rata-rata mereka yang tanda pada skala 4 adalah golongan yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan anak yang ramai. Berbeza pula dengan responden-responden yang lain, walaupun hampir kesemua mereka mempunyai pekerjaan yang sama iaitu sebagai petani, namun mempunyai hasil pendapatan yang berbeza. Selaras dengan penerangan sebelum ini, menurut Sultive (1978), masyarakat Iban pernah dianggap sebagai salah satu masyarakat yang terkenal dengan penanaman padi bukit dan barangsiapa yang mendapat hasil tuaian yang banyak akan dianggap kaya, pintar, dipandang tinggi dan rajin. Maka dengan itu, boleh saya katakan bahawa kebanyakan responden adalah dari golongan yang mempunyai keluasan tempat pertanian yang luas dan hanya segelintir sahaja yang mempunyai masalah kewangan kemungkinan hasil tuaian yang tidak mencukupi atau tanggungan isi rumah yang begitu ramai. Walaupun demikian, rata-rata mereka sangat mementingkan aspek pendidikan anak-anak mereka.
Sekarang ingin saya perjelaskan bagaimana kebudayaan masyarakat ini mempengaruhi keperibadian dan pencapaian anak-anak mereka di sekolah. Pertama sekali ialah kita mesti ingat bahawa masyarakat ini sangat berpegang kuat pada sesuatu amalan, pantang larang mahupun sesuatu ritual. Dipetik dari buku Henry (1998), Jensen menyatakan bahawa salah satu aspek yang paling ketara dalam masyarakat Iban adalah mereka sinonim dengan pelbagai ritual dalam kebanyakan kegitan harian. Perkara ini dapat saya simpulkan bahawa masyarakat Iban merupakan golongan yang sangat berdisiplin. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:356), berdisiplin bermaksud patuh pada sesuatu peraturan.
Dalam setiap aktiviti harian masyarakat Iban, dapat saya gambarkan bagaimana budaya disiplin tersebut berlaku. Contohnya, ketika ingin meneroka tanah, semasa sedang mengandung dan sebagainya pasti ada sahaja ritual yang akan dilakukan bagi mengelakkan sesuatu perkara buruk daipada berlaku. Di samping ritual, mereka begitu berdisiplin dalam mematuhi segala pantang larang contohnya ketika sedang berjalan di dalam hutan. Mereka berbuat demikian agar setiap aktiviti mereka berjalan lancar tanpa diganggu oleh roh jahat. Budaya disiplin ini telah diperturunkan sampai kini
29 sehinggakan dalam hal pendidikan juga mereka sangat prihatin. Golongan ibu bapa berusaha mendisiplinkan anak mereka untuk bersekolah. Buktinya dapat kita lihat pada hasil dapatan kajian borang soal selidik yang saya telah lakukan. Contohnya pada kenyataan 6 yang berbunyi “ saya tidak menggalakkan anak saya ponteng sekolah‟ dan kenyataan 11 yang berbunyi “saya memarahi anak saya sekiranya tidak mengambil berat akan pelajaran”, secara majoriti para responden amat bersetuju dengan kenyataan tersebut dengan menandakan skala 4. Kita boleh lihat betapa seriusnya golongan ibu bapa dalam aspek persekolahan anak mereka dan berusaha menerapkan budaya disiplin dalam diri anak mereka dalam usaha memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang.
Selain itu, saya juga boleh mengatakan bahawa kebudayaan masyarakat Iban juga sangat menekankan budaya hormat-menghormati. Masyarakat ini bukan sahaja hormat kepada amalan ritual dan pantang larang, mereka juga sangat menghormati orang yang lebih berpengalaman daripada mereka. Contohnya individu yang bergelar „tuai rumah‟ dan „manang‟(pawang). „Tuai rumah‟ merupakan individu yang telah dipersetujui oleh kesemua isi rumah panjang untuk menjadi ketua rumah. Apa-apa keputusan, perayaan, perkahwinan dan sebagainya sudah pasti mereka akan merujuk kepada tua rumah terlebih dahulu untuk mendapatkan persetujuan.
Begitu juga dengan individu yang bergelar „manang‟. Masyarakat Iban sangat menghormati individu ini kerana „manang‟ merupakan orang yang mempunyai keupayaan atau kemahiran dalam mengubati sesuatu atau memulihkan sesuatu musibah yang datang menimpa. Segala arahan yang disampaikan oleh manang akan dhormati oleh masyarakat iban yang lain kerana khuatir akan ditimpa musibah sekali lagi. Seterusnya kita lihat pada institusi sesebuah keluarga, ibu bapa menghormati anak dan anak menghormati ibu bapa. Dalam hal pendidikan, ibu bapa masyarakat Iban amat menekankan pendidikan anak-anak mereka. Sebagai seorang anak, sudah pasti mereka amat menghormati teguran atau nasihat yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Disebabkan budaya hormat-menghormati ini sudah menjadi suatu kebiasaan dalam komuniti mereka, maka bukan alasan bagi anak-anak muda untuk tidak menghormati kata-kata ibu bapa mereka. Boleh saya katakan bahawa dari kecil mereka sudah dididik
30 untuk menghormati ibu bapa, maka apabila berada di sekolah nanti mereka tidak akan mengalami sebarang masalah menghormati guru-guru, kakitangan sekolah dan rakan-rakan. Kita kena tahu bahawa, hubungan sosial yang bail dalam kelas merupakan salah satu punca kepada pembelajaran yang berkesan di samping itu, saya percaya bahawa dalam pemikiran anak-anak muda masyarakat Iban, sekiranya mereka tidak menghormati kata-kata ibu bapa, ianya sama juga seperti mereka tidak menghormati kata-kata seorang manang atau tuai rumah di mana akhirnya akan mendatangkan musibah pada diri sendiri.
Dalam masa yang sama juga, budaya yang telah diamalkan sejak dulu kala juga secara tidak langsung dapat membentuk keperibadian yang utuh dalam kalangan anak-anak muda. Amalan kehidupan yang penuh dengan pantang larang, ritual dan sebagainya saya percaya telah mempengaruhi pemikiran anak-anak muda untuk menjadi seorang insan yang berguna dalam komuniti masyarakat mereka. Seperti yang telah saya terangkan di atas, budaya disiplin dan hormat-menghormati amat ditekankan oleh ibu bapa dan sedaya upaya untuk disemaikan dalam diri anak-anak mereka melalui amalan tradisional. Contohnya, melalui penceritaan cerita-cerita dongeng seperti cerita Timbunan Si Penipu yang dipetik dari buku Cerita Rakyat Orang Iban (2007) merupakan cerita tradisonal masyarakat iban sejak dulu kala lagi. Cerita tersebut menceritakan seorang lelaki Iban bernama Minggi yang selalu membuat gurauan yang menyakitkan hati orang lain di mana akhirnya telah mendatangkan musibah kepada dirinya sendiri. Dari cerita rakyat sebegini, saya percaya golongan tua orang Iban sering menceritakan cerita sebegini yang penuh dengan pengajaran. Masa-masa yang terluang saya percaya dalam mana-mana kaum pun pasti golongan tua akan meluangkan masa bersama dengan golongan muda dan sudah tentu cerita purba kala ada diselitkan bersama sebagai bahan perbualan. Budaya sebegini secara tidak langsung dapat menyampaikan pengajaran kepada golongan muda melalui medium yang sangat menarik iaitu melalui penceritaan cerita-cerita rakyat yang diperturunkan dari zaman ke zaman.
Selain daripada itu, kita juga boleh lihat budaya masyarakat ini yang mengamalkan amalan bekerjasama. Contohnya ketika musim menamam padi
31 (menugal). Amalan bekerjasama ini dikenali sebagai „beduruk‟ dalam masyarakat Iban. Untuk lebih jelas lagi, menurut Henry (1998), „beduruk‟ bermaksud membalas jasa baik seseorang itu dengan memberikan bantuan dari segi tenaga, wang atau sebagainya. Contohnya, pada hari ini individu A membantu individu B „menugal‟, kemudian pada keesokan harinya pula tiba masanya individu B pula yang membantu individu A sama-sama „menugal‟ padi. Amalan sebegini yang telah diperturunkan dari nenek moyang telah membentuk satu komuniti yang saling memerlukan antara satu sama lain tanpa mementingkan kepentingan sendiri. Justeru itu, anak-anak muda pasti akan terpengaruh dengan amalan sebegini kerana setiap hari di dalam kehidupan mereka penuh dengan aktiviti sedemikian memandangkan pertanian merupakan punca ekonomi mereka yang utama. Pada pendapat saya, secara perlahan-lahan golongan muda akan belajar betapa pentingnya amalan budaya seperti ini dalam usaha mewujudkan masyarakat yang bersatu padu iaitu perlu bermula dari dalam diri masing-masing terlebih dahulu. Ibarat, jika ingin orang lain menghormati kita, terlebih dahulu kita harus menghormati orang tersebut.
Kesimpulannya, masyarakat Iban sangat menitikberatkan aspek keperibadian dan pencapaian akademik anak-anak mereka di sekolah. Ibu bapa atau ketua keluarga merupakan penggerak utama dalam memastikan kedua-dua perkara ini wujud dalam kalangan anak-anak mereka. Sebagai bukti, dapatan kajian saya menunjukkan rata-rata responden bersetuju dengan kenyataan 1 hingga 15 yang terdapat dalam borang soal selidik yang telah mereka jawab. Di samping itu, mereka juga percaya bahawa pendidikan merupakan medium untuk memajukan taraf sosioekonomi mereka. Maka di sini, pada pendapat saya tidak hairanlah suatu hari nanti bilangan masyarakat Iban yang terlibat dalam sektor awam bahkan juga sektor swasta akan meningkat. Dalam pada itu, masyarakat ini juga sangat mementingkan keperibadian anak-anak mereka. Contohnya, apabila bayi baru lahir, bakul rotan akan digoncang dengan kuat untuk menghasilkan bunyi bising agar bayi tadi mengeluarkan suara tangisan. Menurut kepercayaan mereka, apabila besar kelak bayi tersebut akan menjadi seorang yang berani. Perkara sebegini menunjukkan kepada kita bahawa betapa prihatinnya golongan ibu bapa untuk membentuk keperibadian yang utuh dalam kalangan anak-anak mereka iaitu bermula sejak dari bayi lagi.
32 Selain itu, kanak-kanak juga banyak mempelajari pelbagai perkara dari apa yang dilihat, dilihat, didengar, dihidu dan dirasa di sekitar mereka. Selaras dengan teori yang Albert Bandura telah kemukakan, iaitu manusia secara semula jadi belajar melalui proses peniruan atau pemerhatian, iaitu dengan cara melihat orang lain melakukan, mendapat ganjaran daripada perlakuan atau melihat orang menerima hukuman daripada perlakuan. Daripada ini dapat saya simpulkan bahawa, segala tradisi, upacara dan ritual yang diamalkan dalam kehidupan seharian telah memberikan mereka pengalaman sebenar dan akhirnya dapat membentuk ciri-ciri keperibadian yang utuh dan secara tidak langsung mempengaruhi cara pemikiran mereka terhadap aspek pendidikan.
33
TUGASAN 3
34 Cadangan meningkatkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra
budaya di sekolah
Persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya sememangnya satu perkara yang sangat penting untuk memastikan murid-murid dapat belajar dalam suasana yang menarik serta kondusif. Seperti yang kita ketahui, kanak-kanak belajar melalui interaksi dengan persekitarannya. Dipetik dari buku Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku (2009), pembelajaran ini berkesan sekiranya persekitarannya, iaitu bilik darjah, makmal, bengkel atau padang permainan diurus dengan baik agar murid-murid boleh bekerjasama, berkomunikasi dan berkongsi dengan teratur dan selesa. Oleh yang demikian, guru perlu berusaha ke arah pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi memastikan hasrat tersebut tercapai. Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran.
Terlebih dahulu, guru perlu memahami apakah yang dimaksudkan dengan persekitaran pembelajaran. Menurut Najeemah Md. Yusof (2006), pembelajaran merujuk kepada perubahan tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Pembelajaran ini pula dipengaruhi oleh persekitaran yang positif, atau disebut persekitaran pembelajaran kondusif iaitu merupakan komponen yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Dalam konteks pendidikan, Choong Lean Keow (2008) mendefinisikan persekitaran pembelajaran yang merangkumi beberapa aspek seperti pola komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur ruang fizikal dan kebolehan guru mengurus murid-murid dalam bilik darjah.
Dipetik dari buku Budaya & Pembelajaran (2011), terdapat beberapa elemen yang perlu diberi perhatian untuk mewujudkan persekitaran PdP yang mesra budaya. Antaranya ialah seperti berikut:
35 i. Kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan perbezaan
budaya murid.
ii. Pemupukan nilai dan budaya Malaysia.
iii. Pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran mesra budaya. iv. Susun atur bilik darjah.
v. Kemudahan dan peralatan pengajaran dan pembelajaran. vi. Penaksiran dan penilaian prestasi pelajar
Elemen-elemen di atas merupakan panduan bagi guru untuk memikirkan cadangan yang sesuai bgai mewujudkan persekitaran PdP yang mesra budaya. Untuk elemen yang pertama, guru perlu memilih murid daripada pelbagai etnik untuk aktiviti berkumpulan dan tindakan ini menggalakkan perkongsian idea, pandangan dan pendapat antara mereka. Guru perlu tahu bahawa, dalam kalangan murid tidak dapat lari daripada unsur klik. Oleh itu, semasa aktivti berpasangan atau berkumpulan, seharusnya guru tidak memberikan peluang sepenuhnya kepada murid untuk memilih ahli kumpulan sendiri. Di samping itu, guru juga perlu melayan karenah murid dengan adil tanpa membeza-bezakan etnik dan keturunan murid. Walaupun murid tersebut nakal atau sukar mendengar kata, guru perlu besabar dan bersikap profesioanl dalam menghadapi situasi sedemikian. Guru juga perlu memupuk nilai menghargai budaya etnik lain dengan menonjolkannya melalui aktiviti pembelajaran. Contohnya, menghasilkan kad ucapan untuk sesuatu perayaan, aktivti tarian tradisional dan sebagainya. Selain itu, guru juga boleh mengadakan lawatan ke destinasi untuk menyingkap sejarah dan budaya yang dimiliki oleh sesuatu etnik misalnya ke muzium, perkampungan orang Asli, Kampung Budaya dan sebagainya. Murid juga boleh dipertontonkan dengan filem atau dokumentari yang mengisarkan negara yang musnah akibat daripada persengketaan dan perpecahan etnik supaya wujud semangat perpaduan dalam diri mereka.
Elemen kedua iaitu pemupukan nilai dan budaya Malaysia. Terdapat banyak cara yang boleh digunakan oleh guru untuk merealisasikan elemen tersebut dalam kalangan murid-murid. Antaranya ialah murid perlu sentiasa diingatkan bahawa semua ajaran agama menyarankan penganutnya hidup berbaik-baik tanpa ada persengketaan
36 dan permusuhan. Di samping itu, dalam buku Budaya & Pembelajaran (2011), ada menyatakan bahawa murid hendaklah diasuh menggunakan bahasa yang santun, mengamalkan perlakuan yang tertib dan beradab, serta menjalinkan hubungan yang mesra dan sepakat. Murid juga perlu ditegur apabila memanggil kawan-kawannya dengan nama atau gelaran yang memalukan dan tidak menghina rakan-rakan daripada etnik yang berbeza dengan mereka.
Seterusnya kita beralih kepada elemen pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan sumber yang sesuai untuk aktivtii PdP sangat memainkan peranan yang penting agar murid yang berbeza latar belakang dapat belajar dalam suasana yang sewajarnya dan menyeronokkan. Bahan sumber yang pelbagai dengan berlatarbelakangkan budaya dan amalan hidup yang berbeza-beza mampu meraih minat murid untuk mengikuti pembelajaran tanpa berasa bosan. Di samping itu, murid dididik untuk melihat bukan sahaja perbezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik, sebaliknya turut mencari persamaan yang dapat dikongsi bersama-sama. Antara cadangan yang sesuai dilakukan untuk merealisasikan perkara tersebut ialah guru perlu memilih sumber pengajaran yang mengandungi ciri-ciri budaya sesuatu etnik bagi memupuk pemahaman dan perkongsian nilai budaya. Sebagai contoh, makanan pada musim perayaan, adat istiadat perkahwinan, pantang larang dan sistem penggilan berdasarkan „kinship‟.
Dipetik dari http://dictionary.reference.com/browse/kinship(2005), „kinship‟ membawa maksud hubungan kekeluargaan. Di samping itu, guru juga seharusnya menggalakkan murid mencari bahan seperti cerita-cerita dan lagu-lagu rakyat serta artifak yang berkaitan dengan sesuatu etnik untuk dikongsi dan dikaji bersama semasa sesi pembelajaran. Perkara ini adalah sangat penting agar murid-murid dapat belajar bukan sahaja menghargai kebudayaan etnik sendiri malah kebudayaan etnik yang lain-lain juga. Cadangan yang seterusnya ialah guru boleh memilih bahan atau sumber pembelajaran yang menonjolkan kepentingan hubungan kemanusiaan tanpa mengira perbezaan etnik. Guru boleh memilih sumber yang paling sesuai untuk memupuk perasaan kasih sayang antara etnik melalui pengguanan sumber yang sesuai seperti melalui cerita, lagu, klip video dan foto yang berkaitan.
37 Elemen yang keempat iaitu susun atur bilik darjah. Susun atur bilik darjah yang kondusif sangat memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana pembelajran yang bermakna di samping persekitaran pembelajaran yagn mesra budaya. Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah dirumuskan oleh Fred Steele(1973) sedemikian “ the effects of physical setting in a classroom is a setting for social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure”. Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk. Ianya dapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza. Terdapat dua kriteria fizikal umum untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Antaranya ialah kriteria fizikal dan sudut pembelajaran serta bacaan.
Untuk kriteria fizikal, ianya lebih kepada susunan kerusi meja tempat duduk murid. Persekitaran bilik darjah mesra budaya akan wujud apabila murid ditempatkan di tempat duduk yang dikelilingi oleh rakan-rakan daripada pelbagai etnik. Apabila ada perbincangan kumpulan, secara tidak langsung mereka akan berinteraksi antara satu sama lain dan belajar bergaul dengan rakan berbeza etnik dan seterusnya dapat menghakis sifat rasis dalam kalangan mereka. Oleh itu, dalam menentukan tempat