• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengenalan

Bab ini mengandungi analisis data dan dapatan mengenai pemahaman murid Tahun Lima tentang akhlak. Dapatan ini diperoleh dari lapan orang subjek melalui perbincangan dalam kajian kes yang dijalankan sebelumnya. Perincian mengenai dapatan ini dibahagikan kepada tiga tema utama, iaitu dapatan tentang makna akhlak, dapatan tentang hubungan akhlak, dan seterusnya ialah dapatan tentang pembentukan akhlak.

Ahmad

Ahmad berumur 11 tahun 3 bulan semasa temu duga dijalankan. Beliau adalah murid Tahun Lima dan merupakan murid yang mempunyai pencapaian akademik yang sederhana dalam Peperiksaan Semester Satu tahun 2009. Ketika sesi temu duga, beliau memberi kerjasama yang baik dalam menjawab semua soalan yang dikemukakan.

Makna Akhlak

Makna akhlak dianalisis daripada soalan tentang makna akhlak, akhlak baik, akhlak buruk, jenis akhlak, perkara yang berkaitan dengan akhlak, dan cara untuk menentukan baik buruk sesuatu akhlak dalam konteks tertentu.

Ahmad menyatakan bahawa perkataan akhlak adalah merujuk perbuatan melakukan perkara baik yang disukai masyarakat. Dalam hal ini, nampaknya beliau menggunakan asas cita rasa masyarakat secara tidak langsung sebagai kriteria bagi menentukan baik buruk sesuatu perkara. Selanjutnya, beliau menyatakan bahawa akhlak yang baik ialah akhlak yang ada pada orang yang baik dan disukai oleh masyarakat.

Dalam hal ini, Ahmad menggunakan kriteria cita rasa masyarakat secara tidak langsung dalam menentukan perbuatan yang ada kaitan dengan akhlak yang baik.

Dalam membincangkan hal mengenai akhlak yang buruk, Ahmad mengaitkan akhlak yang buruk dengan orang yang tidak beradab dan berakhlak. Walau bagaimanapun, beliau tidak pula menyatakan sebarang kriteria secara tidak langsung bagi menentukan perbuatan yang mempunyai kaitan dengan akhlak yang buruk. Tingkah laku Ahmad ketika menjelaskan tentang orang yang berakhlak dan orang yang tidak berakhlak dipaparkan dalam Petikan MA2.

Petikan MA2

P: S:

Boleh kamu bezakan orang yang berakhlak dan orang yang tidak berakhlak?

Orang yang berakhlak ni seorang yang baik, orang yang tidak berakhlak, dia tidak tahu tentang akhlak. Orang yang berakhlak akan disayangi oleh masyarakat, orang tidak berakhlak akan menjadi sampah masyarakat.

Dalam petikan di atas, saya bertanya Ahmad sama ada beliau boleh membezakan antara orang yang berakhlak dengan orang yang tidak berakhlak. Beliau berpendapat orang yang berakhlak adalah seorang yang baik dan disayangi masyarakat, manakala orang yang tidak berakhlak pula tidak tahu tentang apa yang dikatakan sebagai akhlak dan mereka menjadi sampah masyarakat.

Seterusnya, Ahmad menjelaskan tentang perkara yang berkaitan dengan jenis akhlak. Secara khususnya, akhlak boleh dikategorikan kepada dua jenis yang berbeza, iaitu akhlak yang mulia dan akhlak yang buruk. Pada umumnya, Ahmad mengaitkan akhlak yang mulia dengan perbuatan seperti memberi salam ketika bertemu dengan kawan atau guru dan bersopan santun dengan tetamu. Dalam hal ini, beliau menggunakan kriteria tingkah laku secara tidak langsung dalam konteks interaksi sosial bagi menentukan perbuatan yang dikaitkan dengan akhlak yang mulia. Selanjutnya,

lemah lembut dan bersopan. Dalam konteks ini, beliau menggunakan kriteria sahsiah secara tidak langsung bagi menentukan perbuatan yang dikaitkan dengan akhlak yang mulia. Seterusnya, Ahmad mengaitkan akhlak yang mulia dengan melakukan perkara kebajikan, contohnya menolong guru. Dalam hal ini, beliau menggunakan kriteria kebajikan sosial secara tidak langsung bagi menentukan perbuatan yang dikaitkan dengan akhlak yang mulia.

Dalam membincangkan hal mengenai akhlak yang buruk, Ahmad mengaitkannya dengan perbuatan seperti merempit, meludah merata-rata, membuang masa, dan tidak menghormati guru. Dalam hal ini, beliau menggunakan kriteria tingkah laku secara tidak langsung dalam konteks interaksi sosial bagi menentukan perbuatan yang dikaitkan dengan akhlak yang buruk. Seterusnya, beliau juga mengaitkan akhlak yang buruk dengan tingkah laku seperti mengumpat. Dalam hal ini, beliau menggunakan kriteria sahsiah secara tidak langsung bagi menentukan perbuatan yang dikaitkan dengan akhlak yang buruk.

Sementara itu, Ahmad juga mengaitkan akhlak yang buruk dengan perbuatan seperti mencuri. Dalam hal ini, beliau menggunakan kriteria tingkah laku secara tidak langsung dalam konteks salah laku sosial bagi menentukan perbuatan yang berkaitan dengan akhlak yang buruk. Tingkah laku Ahmad ketika menjelaskan tentang akhlak yang mulia dan akhlak yang buruk dipaparkan dalam Petikan MA3.

Petikan MA3

P: S:

P:

S:

Senaraikan seberapa banyak kamu tahu tentang perkara yang menunjukkan akhlak yang mulia.

Menolong cikgu angkat barang, memberi salam, bercakap dengan lemah lembut, tidak membuat bising semasa tetamu datang, berjalan hendaklah tunduk bila tetamu berada di hadapan.

Senaraikan seberapa banyak yang kamu tahu tentang perkara yang menunjukkan akhlak yang buruk.

Menjadi mat rempit, meludah merata-rata, membuang sampah, tidak hormat kepada guru, mengumpat, mencuri, mengugut, mencederakan murid lain.

Dalam petikan di atas, saya meminta Ahmad menyenaraikan perkara yang beliau anggap berkaitan dengan akhlak yang mulia dan akhlak yang buruk. Menurut beliau, akhlak yang mulia adalah seperti menolong guru mengangkat barang di sekolah, memberi salam apabila bertemu atau berselisih dengan saudara sesama Islam, bercakap dengan lemah lembut dan beradab sopan, tidak membuat bising dan berkelakuan kurang sopan semasa tetamu datang ke rumah, dan menundukkan kepala sebagai tanda hormat kepada tetamu yang datang ke rumah.

Ahmad turut menyenaraikan perkara yang menunjukkan akhlak yang buruk, yang antara lainnya ialah merempit, iaitu penunggang motosikal yang menunggang secara berbahaya di jalan raya, dan suka menyertai lumba haram, orang yang suka meludah merata-rata terutamanya di tempat awam, orang yang suka membuang sampah, dan mengotorkan kawasan persekitarannya, murid yang tidak menghormati guru di sekolah, menceritakan keburukan orang lain iaitu mengumpat, mencuri, mengugut, dan mencederakan murid lain dengan sengaja sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.

Ahmad juga menjelaskan tentang perkara yang dianggap berkaitan dengan akhlak. Beliau menyatakan bahawa perkara yang dikaitkan dengan akhlak ialah membaca al-Quran. Dalam menjelaskan hal ini, beliau menggunakan kriteria kepercayaan agama secara tidak langsung dalam menentukan perkara yang dikaitkan dengan akhlak. Petikan MA5 memaparkan tingkah laku Ahmad ketika menjelaskan tentang perkara tersebut.

Petikan MA5

P: S:

Sila jelaskan mengapa perkara yang tidak bertanda, tidak ada kaitan dengan bukan akhlak (lihat kerja seperti di bawah).

Perkara yang tidak bertanda, mempunyai akhlak, kalau membaca al-Quran, akhlaknya adalah rajin.

Dalam Petikan MA5, Ahmad memberikan penjelasan tentang mengapa perkara yang beliau tidak tandakan dalam pernyataan yang diberikan sebagai suatu yang dianggap tidak ada kaitan dengan bukan akhlak. Misalnya, beliau menyatakan dalam perkara yang beliau tidak tandakan itu adalah pernyataan berunsur akhlak, contohnya orang yang selalu membaca al-Quran boleh dianggap sebagai orang yang rajin dari segi akhlaknya.

Dalam hal ini, Ahmad berpendapat bahawa cara untuk menentukan baik buruk sesuatu akhlak ialah dengan meneliti tingkah laku dan perangai seseorang terlebih dahulu. Namun begitu, beliau tidak menggunakan sebarang kriteria yang spesifik secara tidak langsung dalam menentukan baik atau buruknya sesuatu akhlak.

Kesimpulan

Ahmad menganggap akhlak sebagai perbuatan melakukan perkara baik yang disukai masyarakat. Di sini, beliau menggunakan cita rasa masyarakat secara tidak langsung sebagai kriteria penentuan baik buruk sesuatu perkara itu. Selanjutnya, beliau mengaitkan akhlak baik dengan orang yang baik dan disukai masyarakat. Dalam hal ini, beliau juga menggunakan cita rasa masyarakat secara tidak langsung dalam menentukan akhlak yang baik.

Seterusnya, Ahmad mengaitkan akhlak yang buruk dengan orang yang tidak berakhlak. Walau bagaimanapun, beliau tidak menyatakan sebarang kriteria secara tidak langsung bagi menentukan perkara tersebut. Secara khususnya, akhlak boleh dikategorikan kepada dua jenis yang berbeza, iaitu akhlak yang mulia dan akhlak yang buruk. Dalam hal ini, Ahmad mengaitkan akhlak yang mulia dengan perbuatan seperti memberi salam ketika bertemu dengan kawan atau guru dan bersopan santun dengan tetamu. Nampaknya, beliau menggunakan kriteria tingkah laku secara tidak langsung

dalam konteks interaksi sosial bagi menentukan perbuatan yang dikaitkan dengan akhlak yang mulia.

Berhubung dengan akhlak yang mulia, Ahmad mengaitkannya dengan perbuatan seperti bercakap dengan lemah lembut dan bersopan. Dalam hal ini, beliau menggunakan kriteria sahsiah secara tidak langsung bagi menentukan perkara yang dikaitkan dengan akhlak yang mulia. Selanjutnya, beliau juga mengaitkan akhlak yang mulia dengan melakukan kebajikan seperti menolong guru. Secara khususnya, beliau turut menggunakan kriteria kebajikan sosial secara tidak langsung bagi menentukan perkara yang dikaitkan dengan akhlak yang mulia.

Pada umumnya, Ahmad mengaitkan akhlak yang buruk dengan perbuatan seperti merempit, meludah merata-rata, membuang masa, dan tidak menghormati guru. Dalam hal ini, beliau menggunakan kriteria tingkah laku secara tidak langsung dalam konteks interaksi sosial bagi menentukan perbuatan yang dikaitkan dengan akhlak yang buruk. Seterusnya, beliau juga mengaitkan akhlak yang buruk dengan tingkah laku seperti mengumpat. Dalam hal ini, beliau menggunakan kriteria sahsiah secara tidak langsung bagi menentukan perkara yang dikaitkan dengan akhlak buruk. Sehubungan itu, akhlak yang buruk juga beliau kaitkan dengan perbuatan seperti mencuri. Nampaknya, beliau menggunakan kriteria tingkah laku secara tidak langsung dalam konteks salah laku sosial bagi menentukan perbuatan yang berkaitan dengan akhlak yang buruk.

Seterusnya, Ahmad menyatakan perkara yang dikaitkan dengan akhlak ialah membaca al-Quran. Dalam hal ini, beliau menggunakan kriteria kepercayaan agama secara tidak langsung bagi menentukan perkara yang berkaitan dengan akhlak. Bagi Ahmad, cara untuk menentukan baik buruk sesuatu akhlak ialah dengan meneliti tingkah laku dan perangai seseorang terlebih dahulu. Namun begitu, beliau tidak

menyatakan sebarang kriteria secara tidak langsung dalam menentukan baik buruk sesuatu akhlak.

Hubungan Akhlak

Hubungan akhlak dianalisis daripada soalan tentang hubungan akhlak dengan kepercayaan, hubungan akhlak dengan perasaan, hubungan akhlak dengan pemikiran, hubungan akhlak dengan sikap, hubungan akhlak dengan perbuatan, hubungan akhlak dengan motivasi, bagaimana sesuatu akhlak boleh menjadi buruk, dan cara untuk membentuk akhlak yang baik dalam konteks tertentu.

Bagi Ahmad, akhlak dan kepercayaan berkaitan antara satu sama lain sebab kepercayaan dianggap boleh meresap ke dalam diri seseorang. Dalam hal ini, beliau nampaknya menggunakan kriteria sahsiah secara tidak langsung dalam menentukan perkara yang dikaitkan dengan hubungan antara akhlak dan kepercayaan. Seterusnya, Ahmad menyatakan bahawa akhlak berkaitan dengan perasaan sebab akhlak dianggap sebagai suatu alat yang boleh mengawal diri dari sifat marah dan panas baran. Namun begitu, beliau tidak menyatakan sebarang kriteria secara tidak langsung bagi menentukan perkara yang dikaitkan dengan hubungan antara akhlak dan perasaan.

Sementara itu, Ahmad juga menjelaskan hubungan antara akhlak dan pemikiran. Misalnya, beliau menyatakan bahawa akhlak dan pemikiran berkaitan antara satu sama lain sebab jenis pemikiran positif seperti pemikiran logik, rasional, berguna, dan waras memberi sumbangan kepada pembentukan akhlak yang baik. Dalam hal ini, beliau juga menganggap jenis pemikiran negatif seperti pemikiran yang cetek, tidak rasional, tidak berguna, dan tidak wajar memberi sumbangan kepada pembentukan akhlak yang tidak baik. Nampaknya, beliau menggunakan kriteria pemikiran waras secara tidak langsung dalam menentukan perkara yang dikaitkan dengan hubungan antara akhlak dan pemikiran.

Dalam konteks ini, Ahmad juga menjelaskan hubungan antara akhlak dengan sikap. Misalnya, beliau menyatakan bahawa akhlak dan sikap berkaitan antara satu sama lain sebab sikap lahir dari tindakan seseorang. Nampaknya, beliau menggunakan kriteria sahsiah secara tidak langsung dalam menentukan perkara yang dikaitkan dengan hubungan antara akhlak dan sikap. Dalam hal berkaitan, Ahmad juga menjelaskan hubungan antara akhlak dan perbuatan. Misalnya, beliau menyatakan bahawa akhlak dan perbuatan berkaitan antara satu sama lain dalam menjelaskan tingkah laku seseorang samada melakukan perkara baik atau perkara buruk. Jelas di sini, beliau menggunakan kriteria sahsiah secara tidak langsung bagi menentukan perkara yang dikaitkan dengan hubungan antara akhlak dan perbuatan.

Sementara itu, Ahmad turut menjelaskan hubungan antara akhlak dan motivasi. Misalnya, beliau menyatakan bahawa akhlak dan motivasi berkaitan antara satu sama lain sebab motivasi dianggap sebagai cabang penambahan ilmu di sekolah dan boleh dijadikan teladan dalam menjalani kehidupan seharian. Dalam hal ini, beliau menggunakan kriteria sahsiah secara tidak langsung dalam menentukan perkara yang dikaitkan dengan hubungan antara akhlak dan motivasi. Sebagai tambahan, petikan di bawah memaparkan tingkah laku Ahmad ketika menjelaskan tentang perkara tersebut.

Petikan HA10

P: Jelaskan mengapa perkara yang ditulis sebagai kepercayaan di atas berkaitan dengan kepercayaan.

S: Sebab kepercayaan ini datang secara tiba-tiba, contoh terkejut melihat keputusan mendapat 5A.

P: Jelaskan mengapa perkara yang ditulis sebagai sikap di atas berkaitan dengan sikap.

S: Sebab sikap ini terdiri daripada tindakan diri sendiri. Contoh berlaku kasar terhadap ibu bapa dan tindakan itu tidak berfikir dahulu.

P: Jelaskan mengapa perkara yang ditulis sebagai emosi di atas berkaitan dengan emosi.

S: Emosi ni mengawal diri daripada kemarahan, panas baran dan suka marah-marah orang. Tidak dapat mengawal perasaan diri kita sendiri.

S: Motivasi ni berkaitan dengan pelajaran, motivasi ni untuk menambah ilmu dalam pelajaran, dan ia juga boleh menjadi contoh atau teladan.

P: Jelaskan mengapa perkara yang ditulis sebagai perbuatan di atas berkaitan dengan perbuatan.

S: Perbuatannya untuk menunjukkan baik atau buruk kepada seseorang, contohnya perbuatan menconteng papan hitam adalah perbuatan yang salah.(lihat kerja seperti di bawah)

P: Adakah orang yang sentiasa menghormati ibu bapa dan guru boleh dipercayai? S: Boleh dipercayai.

P: Jikalau boleh dipercayai, mengapa?

S: Ia menunjukkan sikap menghormati ibu bapa dan guru itu, jadi ia boleh dipercayai.

P: Senaraikan kebaikan yang diperolehi jika orang yakin kepada kamu. S: Dapat disayangi oleh rakan, dan tidak dicaci oleh masyarakat.

P: Senaraikan keburukan yang diperolehi jika orang tidak yakin kepada kamu. S: Akan dicaci, orang bersangka buruk terhadap kita, kita akan mendapat malu. P: Apakah faedah jika kita yakin pada diri sendiri?

S: Supaya rakan mempercayai kita, rakan kita tidak selisih faham terhadap kita, dan ibu bapa kita percaya terhadap kita.

P: Apa akan berlaku jika kita tidak yakin pada diri sendiri?

S: Kita tidak faham dalam pelajaran, dan guru tidak yakin bahawa kita akan mendapat keputusan yang cemerlang.

P: Adakah kepercayaan yang kukuh kepada Allah dapat bantu kamu membina sikap yang baik?

S: Dapat membantu.

P: Jika dapat membantu kamu, mengapa?

S: Sebab dapat mengambil iktibar daripada kepercayaan yang kukuh kepada Allah, seperti yang buruk dijadikan kebaikan, dapat membantu diri ke arah kebaikan.

Pernyataan Respons

Ali tidak ambil peduli keadaan ibunya yang sakit di kampung. Perbuatan Ali kecewa kerana mendapat keputusan yang kurang memuaskan

dalam peperiksaan. Emosi

Ali bersyukur kepada Allah kerana mendapat 5A dalam peperiksaan

UPSR. Kepercayaan

Ali sentiasa menjadikan nasihat ibu bapa sebagai panduan hidupnya. Sikap Ali menolong ayahnya membasuh kereta. Perbuatan Ali membasuh tangan sebelum makan nasi. Perbuatan Ali belajar bersungguh-sungguh untuk mengikuti jejak langkah adik

beradiknya yang melanjutkan pelajaran ke universiti. Motivasi Ali merasa putus asa apabila melihat keputusan peperiksaannya sebentar

tadi. Sikap

Ali masih leka bersembang dengan kawan-kawannya di luar rumah

walau pun telah masuk waktu solat Maghrib. Motivasi

Ali beristigfar kepada Allah agar diampunkan dosanya Kepercayaan

Dalam Petikan HA10, Ahmad menjelaskan mengapa perkara yang beliau tulis sebagai kepercayaan dianggap sebagai suatu yang berkaitan dengan kepercayaan. Menurut beliau, kepercayaan datang secara tiba-tiba dan meresap ke dalam diri individu. Contohnya, apabila terdapat kejutan dalam keputusan peperiksan UPSR di mana seseorang yang tidak cemerlang memperoleh keputusan memberangsangkan, iaitu mendapat A dalam semua mata pelajaran.

Kemudiannya, apabila saya bertanya Ahmad tentang mengapa perkara yang beliau tulis sebagai sikap dianggap sebagai suatu yang berkaitan dengan sikap, beliau menyatakan sikap berasal daripada tindakan yang dilakukan oleh individu itu sendiri sambil memberikan contoh seperti berlaku kasar terhadap ibu bapa, dan semua tindakan yang negatif berpunca dari tindakan yang dilakukan oleh seseorang tanpa menggunakan fikirannya yang waras. Dalam menjelaskan mengapa perkara yang beliau tulis sebagai emosi dianggap sebagai suatu yang berkaitan dengan emosi, beliau menjelaskan emosi adalah elemen pengawalan diri daripada sifat marah, panas baran, dan suka memarahi orang lain sebab seseorang itu tidak dapat mengawal tindakan dan perasaan diri sendiri.

Sehubungan itu, Ahmad menyatakan perkara yang beliau tulis sebagai motivasi dianggap sebagai suatu yang berkaitan dengan motivasi sebab motivasi sering dikaitkan dengan pembelajaran, pencapaian akademik, serta penambahan ilmu dalam pelajaran dan berkait dengan contoh atau teladan yang baik. Seterusnya, beliau menjelaskan perkara yang beliau tulis sebagai perbuatan dianggap sebagai suatu yang berkaitan dengan perbuatan sebab dari perbuatan yang dilakukan oleh individu tersebut dapat digambarkan sama ada seseorang itu mempunyai akhlak yang baik atau buruk, contohnya bagi beliau perbuatan menconteng papan hitam adalah perbuatan yang salah dan mencerminkan akhlak atau peribadi seseorang yang buruk di mata masyarakat.

Bagi Ahmad, pernyataan yang dianggap sebagai suatu yang berkaitan dengan dengan perbuatan ialah: Ali tidak ambil peduli keadaan ibunya yang sakit di kampung, Ali menolong ayahnya membasuh kereta, dan Ali membasuh tangan sebelum makan nasi. Seterusnya, pernyataan yang dianggap sebagai suatu yang berkaitan dengan emosi ialah: Ali kecewa kerana mendapat keputusan yang kurang memuaskan dalam peperiksaan. Berikut adalah pernyataan yang dianggap sebagai suatu yang berkaitan dengan kepercayaan ialah: Ali bersyukur kepada Allah kerana mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR dan Ali beristigfar kepada Allah agar diampunkan dosanya. Sementara itu, pernyataan yang dianggap sebagai suatu yang berkaitan dengan sikap ialah: Ali sentiasa menjadikan nasihat ibu bapa sebagai panduan hidupnya dan Ali merasa putus asa apabila melihat keputusan peperiksaannya sebentar tadi.

Akhir sekali, pernyataan yang dianggap sebagai suatu yang berkaitan dengan motivasi ialah: Ali belajar bersungguh-sungguh untuk mengikuti jejak langkah adik beradiknya yang melanjutkan pelajaran ke universiti dan Ali masih leka bersembang dengan kawan-kawannya di luar rumah walau pun telah masuk waktu solat Maghrib.

Pada umumnya, Ahmad menjelaskan bahawa orang yang sentiasa menghormati ibu bapa dan guru adalah orang yang baik akhlaknya dan boleh dipercayai sebab mereka sentiasa menunjukkan sikap yang beradab sopan terhadap ibu bapa dan guru di sekolah. Apabila saya bertanya tentang kebaikan yang diperolehi jikalau orang yakin kepada kamu, penjelasan beliau mengenai perkara tersebut ialah rakan-rakan akan menghormati, menyayangi kita serta dipandang baik di mata masyarakat, tidak akan dicaci, dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling.

Seterusnya, beliau menjelaskan keburukan yang diperolehi jikalau orang tidak yakin kepada kamu yang antara lainnya ialah kita akan dicaci oleh masyarakat dan jiran sekeliling kita, orang berpandangan negatif terhadap diri kita, orang bersangka buruk

terhadap semua tindakan yang kita lakukan, dan kita akan mendapat malu akibat dari maruah diri yang tercalar.

Kemudiannya, beliau menjelaskan tentang faedah jikalau kita yakin kepada diri sendiri di antaranya rakan kita akan mempercayai semua tindakan yang kita lakukan, pergaduhan dapat dielakkan, dapat menghilangkan perselisihan faham, dan ibu bapa sentiasa meletakkan kepercayaannya terhadap diri kita. Apabila saya bertanya apa akan berlaku jikalau kita tidak yakin kepada diri sendiri, beliau menjelaskan kita akan menghadapi kesukaran dalam memahami pelajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas dan kesannya guru juga tidak meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada kita untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Secara umumnya, beliau mengakui bahawa kepercayaan yang kukuh kepada Allah dapat membantu membina sahsiah dan sikap yang baik sebab beliau dapat mengambil pengajaran, nasihat, dan iktibar daripada kepercayaan yang kukuh kepada Allah, di antaranya jikalau akhlak yang buruk boleh diubah menjadi baik, ini dapat membantu membentuk peribadi ke arah kebaikan.

Sementara itu, Ahmad juga menjelaskan bagaimana sesuatu akhlak menjadi buruk. Misalnya, beliau menyatakan bahawa sesuatu akhlak boleh menjadi buruk apabila seseorang melakukan perbuatan keji seperti mencuri. Jelas di sini, beliau menggunakan kriteria tingkah laku secara tidak langsung dalam konteks salah laku sosial dalam menentukan perkara yang dikaitkan dengan bagaimana sesuatu akhlak boleh menjadi buruk. Seterusnya, Ahmad menjelaskan cara untuk membentuk akhlak yang baik. Misalnya, beliau menyatakan bahawa cara untuk membentuk akhlak yang baik ialah dengan rajin membantu guru dan sentiasa mengerjakan solat berjemaah di masjid atau surau. Jelas di sini, beliau menggunakan kriteria kepercayaan agama dan

Dokumen terkait