Analisis Teknikal banyak menekankan kepada penilaian prestasi mata wang sebelum ini bagi menentukan prestasi mata wang pada masa hadapan. Seandainya anda tidak begitu memahami bagaimana analisis teknikal ini dijalankan, berikut adalah contoh mudah untuk membantu anda memahaminya.
Indikator Teknikal adalah indikator yang hanya memberi petunjuk kepada seseorang trader tentang arah pergerakan harga, berdasarkan patern(corak) pergerakan harga. Ia tidak mempunyai kuasa untuk menjangka apa yang akan berlaku terhadap setiap mata wang yang diperdagangkan. Ada beberapa indicator yang perlu anda ketahui bagi menyokong keputusan anda semasa trade nanti.
23 6.2.1 Stochastic
Garisan Stochastic bersilang — menunjukkan perubahan trend berlaku. Bacaan Stochastic melebihi level 80 — pair mata wang telah overbought, Stochastic berada di level 80 — trend menaik yang kuat. Stochastic keluar dari level 80 dan menurun – mungkin hanya akan retrace sedikit ataupun mula menukar trend kepada menurun.
Bacaan Stochastic di bawah level 20 — pair mata wang telah oversold, Stochastic berada di level 20 — downtrend yang kuat, Garisan Stochastic telah keluar dari level 20 — mungkin hanya akan retrace sedikit atau menukar arah kepada Uptrend.
24 Contoh di atas adalah contoh stochastic yang paling mudah -hanya perlu buka/tutup trade apabila dua garisan telah bertemu di hujung atas atau di hujung bawah garisan (overbought/oversold).
25 6.2.2 Moving average (MA)
Moving Average adalah indikator untuk menunjukkan trend pair mata wang. Ia dapat menentukan: Hala tuju harga - menaik, menurun, atau tetap (sideways).
Lokasi harga – kalau atas dari MA –BUY, bawah MA - SELL. Masa sesuai untuk buka post atau tutup post.
26 Jenis-jenis Moving Averages
SMA - Simple Moving Average – menunjukkan purata harga pada sesuatu masa.
EMA - Exponential Moving average – memberi keutamaan pada data-data terkini, oleh itu harga bertindak lebih laju dari SMA.
WMA - Weighted Moving Average – memberi keutamaan pada data-data terkini dan bukannya data-data yang lama.
Setting-setting yang selalu digunakan dalam Forex 200 EMA dan 200 SMA
100 SMA 50 SMA 34 SMA
20 EMA dan 20 SMA 10 EMA dan 10 SMA
6.2.3 Zig zag
Zigzag boleh digunakan untuk meramal naik/turun untuk jangka masa akan datang. Ia dibentuk dengan menyambungkan harga terendah kepada harga tertinggi untuk tempoh tertentu. Apabila harga mencecah harga ramalan tertinggi, harga akan turun sehingga harga terendah untuk tempoh
27 berkenaan. Post dibuka apabila garisan zigzag mencecah harga terendah (beli) dan harga tertinggi (jual). Perbezaan harga untuk M5 adalah lebih kecil, jadi untuk frame ini, TP perlulah lebih kecil ataupun gunakan teknik scalping.
Jika anda lihat pada frame M30, segitiga yang terbentuk adalah lebih besar dan untuk jangkamasa lebih panjang. Jika anda set TP untuk post anda, 10-20 pip masih boleh dipungut. Bagi setiap penurunan harga pada frame M15 atau M5, zigzag pada frame M30 akan menunjukkan candle (lilin) turun harga tetapi harga akan kembali naik sehingga mencecah harga tertinggi (resistance) untuk tempoh frame itu. Begitu juga sebaliknya.
Walau bagaimanapun, bucu atas atau bawah segitiga yang terbentuk mempunyai hadnya. Ia mungkin berulang sebanyak tiga kali dan kemudian memecahkan harga support atau resistance dan kemudian akan membentuk segitiga-segitiga yang baru, iaitu dengan harga-harga tertinggi dan terendah yang baru. Peluang untuk anda mengumpul pip ialah apabila harga semasa menjadi harga resistance atau support (bucu bawah atau bucu atas segitiga).
Kebiasaannya apabila tiga segi terbentuk yang mempunyai ‘double top’ atau ‘double bottom’ (dua high atau dua low), peningkatan atau penurunan pada mata wang akan menjadi lebih besar.
28 Untuk menggunakan MACD sebagai indicator, signal-signal berikut harus ada:
Garisan MACD bersilang— trend bertukar
MACD histogram di atas garisan ‘0' — market sedang BULLISH/ UPTREND , jika di bawah, market BEARISH (DOWNTREND).
MACD histogram melepasi garisan ‘0’ — mengesahkan trend semasa yang kuat.
Semakin banyak bar-bar histogram itu, maka semakin kuat trend pada masa itu. Default value pada MACD iaitu 12,26, 9 adalah bersesuaian untuk MACD kerana ia selalunya tidak banyak ‘false signal’ yang terjadi pada default ini.
MACD adalah perbezaan antara Moving Average yang Perlahan (slow) dan Laju (fast) iaitu 12EMA dan 26EMA. Contoh seperti diagram di bawah.
Cara membaca MACD dan kedua-dua EMA di atas:
Apabila dua garisan EMA bersilang, berlaku perubahan trend
Apabila MACD telah melepasi garisan ‘0’ ia menguatkan teori EMA bahawa trend sedang berubah
29 Apabila kedua-dua indicator telah menunjukkan trend, bolehlah membuka post atau
menutup post yang masih ada.
6.2.5 RSI (Relative Strength Index)
Untuk menggunakan RSI sebagai indicator, signal-signal berikut harus ada:
RSI bergerak melebihi level 50 — trend menaik (Uptrend), bawah 50 trend turun— downtrend.
RSI berada di atas level 70 — pasaran telah overbought. RSI berada seketika di level 70 — uptrend yang makin kuat.
RSI keluar dari level 70 — akan berlaku downtrend , atau sekurangkurangnya berlaku retracement.
Sama seperti RSI di bawah 30: bawah 30 — pasaran telah oversold,
berada seketika di level 30 — downtrend masih kuat,
keluar ke atas dari level 30 — akan berlaku uptrend, atau sekurangkurangnya berlaku retracement.
30 6.2.6 Fibonacci retracement
Konsep teknik Fibonacci digunakan untuk menganggarkan tahap Support/Resistance pergerakan harga. Mengikut pengiraan Fibo, terdapat nisbahnisbah khas yang terbentuk mengikut lumrah alam, yang boleh digunakan untuk membantu menganggar point-point support dan resistance. Nombor-nombor Fibonacci ialah 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, dan seterusnya. Turutan ini dihasilkan dengan mencampurkan dua nombor dalam turutan tersebut untuk mendapatkan nombor berikutnya (1+ 1, 1+2, 2+3, ...) Nisbah Fibo pula diperolehi dengan membahagikan satu nombor Fibo dengan nombor berikutnya(55/89=0.618). Level-level Fibonacci Retracement yang yang telah ditetapkan adalah pada tahap-tahap 0.382 (38.2%), 0.500 (50%) dan 0.618 (61.8%).
Di antara jenis Fibo yang paling kerap digunakan ialah Fibonacci Retracement – bagi mencari tahap/harga retracement dan support dalam sesuatu trend menaik/menurun. Indikator ini menggunakan satu garisan menegak yang dilukis dengan menyambungkan harga tertinggi kepada harga terendah sesuatu pair bagi satu tempoh trend sebelumnya. Beberapa garisan mendatar pula dilukis bersudut tepat pada garisan menegak tadi pada paras-paras 23.6%, 38.2%, 50% 61.8 %, 78.4% dan 100%. Pada permulaan trend, paras 23.6% akan digunakan sebagai tahap resistance.
31 Tetapi jika harga terus naik melebihi paras ini, 38.2% pula akan digunakan sebagai tahap resistance. Tahap 23.6% tadi kini menjadi tahap support pula. Jika harga terus naik ke tahap 50%, tahap 38.2% pula menjadi point support.
Satu yang perlu diingat, Fibo tidak digunakan untuk menentukan trend keseluruhan harga, tetapi hanya tahap support dan resistance sesuatu trend kerana kerapkali ia menepatii anggaran dan ramalan trader.
Bagi Meta4, satu garisan trend akan dilukis menghubungkan harta tertinggi kepada harga terendah. Secara automatik pula, pengiraan dilakukan oleh platform dan garisan melintang dilukis bagi menandakan tahap-tahap Fibo.
32 7.0 Disiplin
GUNA SISTEM ANDA SENDIRI. Bila trade, jangan jadi seperti lembu dicucuk hidung. Anda perlu faham pasaran, apa yang anda lakukan, risiko anda dan yang lebih penting, faham sistem trading yang anda gunakan. Jangan sematamata mengikut teknik orang tanpa memahaminya. Gunakan teknik yang sesuai dengan anda. Jangan mencedok teknik orang lain kerana dijamin keberkesanannya tetapi tidak faham bila dan dalam keadaan apa perlu digunakan. Ditakuti membawa padah!
PATUHI PERATURAN TRADING ANDA. Semasa menggunakan demo account, cuba pastikan jadual trading, peraturan dan disiplin yang perlu anda ikut. Tetapkan pip yang anda perlu kutip untuk sehari. Jika sudah melebihi apa yang anda tetapkan, awas, jangan tamak. Berhati-hati. Semasa dalam keadaan tertekan, jangan trade. Kalau market sedang ‘mengamuk’, jangan trade. Kalau ada post yang tergantung, dan anda tahu keadaan akan semakin parah, buat apa yang perlu. Jika tidak yakin dengan arah harga naik atau turun, kaji dulu, pastikan dulu. Dan lagi sekali, jangan tamak! Ikut peraturan-peraturan trading yang anda tetapkan untuk diri anda.
KEADAAN MARKET YANG MEMBAYAR ANDA UTK BERDISIPLIN.Trade secara berdisiplin- poket makin berisi, kurang rugi. Keadaan market sendiri yang mengajar anda utk berdisiplin. Anda berdisiplin anda dapat duit. Anda gagal berdisiplin, anda hilang duit.
BERDISIPLIN SETIAP MASA, UNTUK SETIAP TRADE. JANGAN KATA ANDA BERDISIPLIN JIKA TIDAK BERDISIPLIN 100% SETIAP MASA TRADE, SETIAP TRADE. Walaupun anda sudah berdisiplin dalam 9 daripada 10 trade, ini tidak bermakna anda boleh leka untuk trade seterusnya. Jangan sekali-kali terleka kerana trade yang ke-10 itu ada kemungkinan melenyapkan seluruh isi akaun anda.
BERMULA KECIL-KECILAN. Trader yang baik adalah trader yang mengikut peraturan. Mulakan dengan lot yang kecil. Setelah itu, jika anda yakin dengan arah pergerakan harga dan
33 yakin dengan bentuk pasaran, baru tingkatkan lot anda. Tentukan trend pasaran. Jangan tambah lot baru atau buka post baru bila anda ada 2 trade yang menunjukkan negatif (loss) dalam trading. Lihat dulu pergerakannya. Tunggu post yang terapung (floating) bertukar positif dulu. Pastikan margin yang anda buka tidak lebih dari 20% – 30 % daripada akaun anda.
TRADE YANG UNTUNG JANGAN BERTUKAR RUGI. JANGAN TAMAK. Apabila post anda sudah menunjukkan keuntungan yang memuaskan (10pip atau lebih-bergantung), dan harga menunjukkan pasaran mula bergerak arah bertentangan, tutup post anda dulu. Jangan tunggu hingga post menunjukkan negatif dan kemudian anda berharap dan menunggu supaya harga menunjukkan positif semula. Mungkin selepas itu harga dan nasib tidak lagi akan menyebelahi anda. Akhirnya anda ‘tersiksa dalam penantian!’
KERUGIAN TIDAK BOLEH MELEBIHI KEUNTUNGAN Jika anda trade menggunakan akaun mikro, anda akan menerima penyata urusniaga anda setiap hari dalam akaun emel anda. Tetapi jika anda menggunakan demo account, anda tidak akan menerima penyata transaksi. ‘Account History’ dalam Meta4 anda ada menyenaraikan semua urusniaga yang telah anda lakukan (post yang anda buka/tutup). Atau, simpan satu buku log bagi setiap trade yang anda buat. Ketahui jumlah pip yang anda sudah kumpul dan jumlah pip yang mampu anda ‘korbankan’ bagi setiap post yang berhadapan dengan kerugian.
TETAPKAN PENDIRIAN ANDA-KENALI DIRI ANDA Elakkan daripada menjadi mesin fotostat. Jangan asyik meniru dan mengikut cara orang. Cari cara tersendiri. Tetapkan kemampuan anda. Kalau anda hanya mampu mengumpul 10 pip, maka, 10 pip itu dikira terbaik untuk anda. Jangan kerana orang lain trade 2 lot atau kumpul 50 pip, anda pun buka 1 post 2 lot dan tunggu 50 pip. Padahal margin anda kecil. Tidak mustahil untuk mendapat 50 pip, tetapi bagi ‘orang baru’ yang mencuba nasib dengan margin yang kecil, naik turun harga menyebabkan ‘margin call’ sampai dulu daripada 50 pip. Oleh itu, lihatlah kemampuan diri dan trade berdasarkan kemampuan masingmasing. Kata orang, mengukur baju biarlah di badan sendiri.
34 BERANI UTK KELUAR/EXIT BILA RUGI. Jika anda dapati post yang anda buka mengumpul mata dalam kiraan negative (rugi) walaupun anda telah mengkaji dengan sebaik-baiknya trend pasaran sebelum membuka post, anda perlu bertindak sewajarnya. Jangan takut untuk menutup post yang mengumpul mata negatif. Jika anda dapati keadaan ini berlaku, lihat semula frame H1, M30, dan seterusnya. Jika anda dapati harga semasa telah jauh meninggalkan harga semasa post anda dibuka, dan kebarangkalian untuk pasaran kembali ke harga tersebut agak tipis, beranikanlah untuk menutup post anda. Jika dibiarkan, margin anda akan semakin mengecil dan anda terpaksa menunggu dalam debaran. Sekali margin ‘terpanggil’, tidak akan ada peluang untuk berpatah balik.
KERUGIAN PERTAMA, KERUGIAN TERBAIK Sebaik saja anda menyedari yang post anda mengalami kerugian dan akan terus ‘parah’ , anda perlu membuat keputusan untuk menutupnya. Kerugian pertama anda ini perlu dijadikan iktibar supaya anda lebih berhati-hati dalam membuat keputusan selanjutnya.
SEDIKIT DEMI SEDIKIT, LAMA-LAMA JADI BUKIT. Semasa trade, jangan terlalu mengikut perasaan. Jika anda berasa kurang yakin, segeralah berhenti dan tarik nafas panjang. Seperti yang disebut sebelum ini, walaupun 9/10 daripada post anda menjadi, post yang ke sepuluh belum tentu menjamin keuntungan. Jadi, berhati-hati semasa membuka setiap post. Untung yang dikutip sedikit-sedikit lama kelamaan akan menimbun jua. Walaupun anda mengutip 5 pip untuk setiap post, sepuluh post anda akan menjadikan 50 pips.
BERITA (NEWS) Yang dimaksudkan ‘news’ di sini ialah bukan sebarang berita, tetapi berita yang kuat mempengaruhi naik turun harga pasaran Forex. Berita-berita ini perlu anda ketahui waktu ia diumumkan. Ini adalah kerana harga akan naik/turun secara mendadak. Seeloknya, pastikan anda yang anda benar-benar bersedia sebelum membuka post pada masa berita ini diumumkan. Jika anda faham tentang kesan berita terhadap pergerakan harga atau mempunyai teknik-teknik tertentu untuk digunakan pada masa news, anda bolehlah trade pada masa ini. Jika tidak, anda disyorkan supaya menunggu sehingga pasaran tenang semula untuk membuka post.
35 JANGAN BUAT KECOH Seorang trader professional pernah berpesan, kalau trade, trade macam pro. Professional Trader tidak menunjukkan reaksi semasa postnya untung atau rugi. Maksudnya, jika post beliau ditutup dengan keuntungan 2K sekali pun, tak akan ada insan lain yang tahu. Jika dia kerugian 3K sekali pun, mukanya tetap tenang dan tumpuannya tetap fokus!
Jangan Gelojoh Adakalanya, bila harga mula bergerak aktif, trader-trader baru akan mula gelabah. Sebaik saja mereka mula sedar harga mula bergerak aktif dan ada peluang untuk membuka post, jangan gelojoh- perhatikan carta dengan teliti bermula dengan H1, M30, M15. Tentukan trend. Jangan terus membuka post tanpa menentukan trend. Adakalanya, disebabkan gelabah atau tergesa-gesa, anda tersilap tafsir carta anda. Kemudian tentukan jumlah pip yang dapat anda kumpul dengan perubahan harga yang anda ramal akan berlaku.
Trade Demo lwn Live Kedua-duanya memang tidak sama walaupun serupa. Secara kasarnya, fungsi yang digunakan semasa trade memang sama, tapi, dari segi psikologinya, kesan dan perngaruhnya ke atas diri anda adalah berbeza. Bila mengendalikan akaun anda sendiri, dengan bermodalkan wang hasil titik peluh anda sendiri, anda akan menjadi lebih berwaspada. Ini akan mempengaruhi cara anda membuat keputusan. Keputusan semasa trade akaun demo mudah dibuat kerana tidak berlaku kerugian sebenar. Jadi, jangan terlalu berbangga kerana akaun demo anda menunjukkan prestasi yang amat membanggakan! Tetapi jika trade akaun ‘live’, kerugian bermakna wang anda benar-benar lenyap. Ada trader mula teragak-agak dan hilang keyakinan bila ingin membuka post untuk akaun live. Jadi proses membuat keputusan biasanya lebih rumit dan menggerunkan bagi trader amatur. Kesimpulannya, berhati-hati kerana situasi alam maya (trading demo) tidak mempengaruhi psikologi, manakala trading akaun sebenar boleh membuatkan fikiran kusut!
36 8.0 Rujukan
http://kolejforex.com/ http://forex-indicators.net/