• Tidak ada hasil yang ditemukan

Analisis Teks Moden Ranjau Sepanjang Jalan 2

Dalam dokumen Analisis Teks Moden Ranjau Sepanjang Jalan (Halaman 23-50)

1.0 Pengenalan

Sasterawan Negara Shahnon Ahmad merupakan pelopor sastera yang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau telah menulis berbagai karya yang bermutu dan banyak menceritakan mengenai isu yang berkait rapat dengan masyarakat di Malaysia. Shahnon Ahmad berasal daripada keluarga yang miskin dan hidup dalam suasana kampung yang miskin. Oleh sebab itu, kebanyakan karyanya terhasil daripada isu kemiskinan dalam masyarakat desa khususnya. Antara novel beliau yang diangkat menjadi karya agung ialah novel Ranjau Sepanjang Jalan. Novel ini mempunyai 341 halaman bercetak terbitan Alaf 21 pada 2006. Novel Ranjau Sepanjang Jalan terbitan Alaf 21 ini merupakan terbitan kedua setelah Utusan Publication menerbitkan novel ini pada tahun 1997. Novel ini mempunyai 24 bab yang menceritakan tentang kemiskinan dan perjuangan keluarga petani sawah di Kampung BanggulDerdap, Sik Kedah.

Novel Ranjau Sepanjang Jalan ini memaparkan kepayahan dan kemiskinan keluarga petani. Isi kemiskinan ini sudah sebati dalam diri Shahnon Ahmad menyebabkan beliau mampu menerangkan sesebuah kisah dalam Ranjau Sepanjang Jalan dengan teliti sekali. Para pembaca yang membaca mampu merasai dan menghayati setiap perkara yang berlaku dalam keluarga petani dalam Ranjau Sepanjang Jalan. Novel ini juga mengetengahkan dan mendalami erti kasih sayang, kekuatan, kegigihan, ketabahan dan perjuangan di dalam sekelompok masyarakat tani di desa. Selain itu nilai kemiskinan melalui konsep kesederhanaan, ketakwaan, kesabaran, keikhlasan, dan kejujuran seseorang ketika mengalami kesukaran dalam menjalani kehidupan di dunia.

Novel Ranjau Sepanjang Jalan ini dihasilkan dengan plot yang sangat kreatif dan bermain dengan emosi pembaca sehingga menyentak akal fikiran masyarakat sekarang melalui kehidupan petani dahulu yang sanggup berjuang mencari sesuap nasi untuk diri sendiri malah perjuangan seluruh lapisan masyarakat setempat pada masa itu untuk mendapatkan sesuap nasi. Begitu kritis, sensitif dan pintarnya pemikiran Shahnon Ahmad sehingga dapat menggambarkan kesusahan hidup golongan miskin diseluruh negeri di Malaysia dengan begitu berkesan kepada pembaca.

2.0 Latar Belakang Penulis

Dato' Haji Shahnon bin Ahmad dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Sik, Kedah adalah seorang penulis Malaysia, mendapat gelaran Sasterawan Negara, serta bekas Ahli Parlimen Sik. Beliau dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara pada tahun 1982. Beliau juga merupakan seorang Profesor Emeritus di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Beliau kini menetap di 61, Cangkat Minden, Jalan 1, 11700 Gelugor, Pulau Pinang.

Beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar hingga lulus Sijil Persekolahan. Kemudian beliau menjadi guru di Grammar English School, Kuala Terengganu pada tahun 1954, kemudian menjadi Pegawai Tentera di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 1955 sehingga 1956. Beliau kembali bertugas sebagai guru dan mengajar bahasa Inggeris di Sekolah Melayu Gunung dan Sekolah Bukit Besar, Kedah dari tahun 1957 sehingga 1959. Pada tahun 1960, beliau menjadi guru bahasa di Maktab Sultan Abdul Hamid hingga tahun 1963. Kemudian beliau mengajar sastera di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim hingga tahun 1967. Pada tahun 1968, beliau berangkat ke Canberra, Australia dan bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di Australian National University dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda pada 1971. Beliau kemudian menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Pada 1975, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sastera USM dan dilantik menjadi Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia USM pada 1979.

Shahnon giat menulis sejak pertengahan tahun 1950 dalam genre novel, cerpen, drama, kajian, esei dan kritikan serta wawancara. Antara novel terkenal beliau ialah Rentong, Ranjau Sepanjang Jalan, Srengenge, TIVI dan Shit. Antara

anugerah yang pernah dimenangi beliau ialah Hadiah Karya Sastera (1971-1973), "Pejuang Sastera" oleh Perdana Menteri Tun Hussein Onn pada tahun 1976, Anugerah Sastera Negara (1982), dan Anugerah ASEAN II Kebudayaan, Komunikasi dan Persuratan Kesusasteraan (1990). Pada tahun 1980, beliau dianugerahi Pingat Darjah Kebesaran Datuk Setia Diraja Kedah oleh Yang Maha Mulia Sultan Kedah yang membawa gelaran Datuk. Gelaran Profesor Emeritus pula diterima daripada Universiti Sains Malaysia pada 11 September 1993.Antara novel yang beliau ialah Terdedah Melaka (1965), Menteri, Alor Setar, Protes (1967), Perdana (1969), Srengenge, Sampah (1974), Kemelut (1977), Seluang Menodak Baung (1978). Tunggul-tunggul Gerigis (1989), Ummi dan Abang Syeikhul (1992), Ibu Adalah Pentafsir dan Sungai (1995), terjemahan Stumps (1997) dan Shit.

3.0 Sinopsis Ranjau Sepanjang Jalan

Ranjau Sepanjang Jalan adalah satu karya dari Shahnon Ahmad yang banyak menyentuh tentang kemiskinan dan perjuangan keluarga petani sawah di Kampung BanggulDerdep, Sik Kedah. Berlatar belakang kampung halaman penulis sendiri Shahnon Ahmad, beliau membawa pembaca menghayati dan menginsafi keperitan hidup dalam kemiskinan golongan petani pada masa dahulu agar generasi sekarang akan sedar dan insaf akan susah payahnya untuk mendapatkan sesuap nasi. Melalui novel ini penulis berjaya mencipta satu plot yang penuh kreatif dan permainan emosi yang berjaya menyentak akal fikiran kelompok masyarakat sekarang yang mana petani dahulu sanggup berjuang untuk mencari sesuap nasi untuk diri sendiri malahan seluruh lapisan

masyarakat setempat pada masa itu.

Kisah bermula daripada kehidupan keluarga Lahuma dan isterinya Jeha bersama tujuh orang anak gadis mereka iaitu, Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah, yang berjuang menguruskan sawah mereka sebanyak 14 relung sebagai satu kepentingan utama dalam kehidupan mereka. Walaupun untuk satu musim hasil padi tidak boleh terkurang, padi menjadi segala-galanya, hidup mati mereka semuanya bergantung kepada hasil padi. Perjuangan Lahuma sebagai ketua keluarga cukup memberikan impak yang besar terhadap

keluarganya. Sehingga akhirnya Lahuma kecundang akibat kakinya terpijak onak nibung yang meragut nyawanya sendiri. Kedaifan dan kesengsaraan keluarga petani ini bertambah buruk lagi setelah pemergian Lahuma. Maka Jeha, isteri Lahuma memikul tanggungjawab yang besar dan banyak menghadapi cabaran dan rintangan dalam mengusahakan sawah peninggalan suaminya. Sebelum itu, selalunya Lahuma mengerjakan sawah mereka dan dibantu oleh Jeha. Tetapi dengan ketiadaan Lahuma, Jeha bersama anak-anak perempuannya pula memikul beban mengerjakan sawah. Namun tenaga Lahuma tidak terganti walaupun dengan gabungan tenaga Jeha dan anak-anak perempuannya.

MalangnnyaJeha tidak dapat bertahan dengan segala kesusahan yang diharunginya sendirian tanpa Lahuma. Banjir, serangan ketam-ketam dan

burung-burung tiak menjadikan Jeha tidak keruan dan akhirnya Jeha menjadi gila akibat dugaan mendatang tanpa henti semasa mengusahakan sawahnya.

Setelah Jeha menjadi gila dan di hantar ke hospital Tanjung Rambutan, Perak, segala bebanan dan tanggungjawab keluarga diambil alih oleh anak sulungnya iaitu Sanah. Sanah bersama adik-adiknya adalah penerus perjuangan Lahuma dan Jeha sebagai keluarga tani untuk menguruskan sawah mereka.

4.0 Pemikiran Isi Dan Mesej

Isi dan mesej bermaksud pemikiran yang diketengahkan oleh penulis dalam sesebuah karya. Isi dan mesej ini ialah salah satu ciri yang harus dimiliki oleh

karya yang boleh diangkat dan dinobat sebagai sebuah karya agung ialah memiliki isi dan mesej yang baik dan bermanfaat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), ‘isi’ bermaksud sesuatu yang termuat dalam sesuatu benda, atau kandungan. ‘Mesej’ pula bermaksud sesuatu gagasan atau pengajaran yang hendak disampaikan dalam sesuatu karya sastera dan lain-lain. Oleh itu, isi dan mesej ialah sesuatu perkara yang termuat dalam sesebuah karya sastera yang menjadi pengajaran kepada pembaca. Terdapat banyak isi dan mesej yang sesuai dijadikan pengajaran kepada pembaca yang membaca novel Ranjau Sepanjang Jalan.

4.1 Kehidupan sebuah keluarga yang bergantung kepada tanaman padi Berdasarkan novel Ranjau Sepanjang Jalan, novel ini mengisahkan kehidupan sebuah keluarga yang bergantung kepada hasil tanaman padi. Secara

keseluruhannya novel ini banyak menceritakan mengenai susah payah petani dari menebas semak sehingga menuai padi menjadi beras. Walaupun banyak dugaan yang menimpa, petani perlu bekerja keras dan memastikan padi dapat dituai pada masa yang telah ditetapkan. Dalam novel ini mengisahkan keluarga petani iaitu Lahuma dan isteri dan tujuh anaknya berhempas pulas memastikan padi mereka ditanam pada waktu yang ditetapkan agar mereka tidak

ketinggalan oleh petani padi yang lain. Walaupun mereka tidak mempunyai jentera untuk membajak bendang mereka, tetapi dengan tulang empat kerat Lahuma dan sekeluarga, padi mereka tetap menghasilkan padi mengikut jadual. Pada setiap tahun Lahuma dan Jeha menanam padi mereka dan menghadapi pelbagai dugaan seperti kemarau, banjir, serangan haiwan seperti burung tiak, ketam, tikus dan ular berbisa. Petikan di berikut menunjukkan betapa pentingnya sawah padi kepada keluarga mereka,

Jeha teringat pesan Lahuma dulu, “Anak-anak kita perlu makan siang malam. Tak ada nasi anak-anak kta akan mati. Makan kita bergantung pada sawah. Pakaian bergantung pada sawah. Sakit atau sihat bergantung pada sawah. Mati hidup bergantung pada sawah.

Sawah nadi besar kita sejak datuk nenek dahulu lagi. Ia mesti dipupuk dan dijaga. Biar siapa datang menyerang, kita wajib melawan. Biar siapa datang mengacau, kita wajib melawan. Biar datang seribu musuh, kita mesti lawan. Itulah hidup kita.”

(Ranjau Sepanjang Jalan:213)

Selain itu, akibat daripada tertusuk duri nibung, Lahuma terpaksa berehat dan meminta Jeha isterinya untuk menyambung mengerjakan 14 relung mereka sehingga siap. Setelah Lahuma meninggal dunia, Jeha telah mengambil alih menjadi ketua keluarga dan menjaga relung yang ditinggalkan oleh Lahuma untuk dikerjakan oleh Jeha dan anak-anaknya. Jeha dibantu oleh Tok Penghulu untuk membersihkan relung mereka sebelum menanam anak padi. Hal ini adalah

bantuan setelah ketiadaan Lahuma dan sebagai membalas jasa Lahuma

membantu Tok Penghulu menangkap Kerbau liarnya. Namun, Jeha tidak mampu bertahan dengan segala dugaan yang menimpa mereka sekeluarga setelah Lahuma meninggal dunia. Akhirnya Jeha menjadi gila dan tok penghulu dan orang kampung telah menghantar Jeha ke Hospital Tanjung Rambutan untuk rawatan. Petikan dibawah menceritakan mengenai Jeha yang terpaksa dibawa ke Hopsital Tanjung Rambutan:

Dua hari kemudian, tuk penghulu datang membawa beberapa orang lelaki yang tidak dikenali. Jeha mesti dirawat juga. Orang kampung tidak ada masa untuk mengubati Jehalagi.mereka sibuk dengan padi di sawah. Sibuk dengan banjir. Mahu tidak mahu, Jeha mesti dibawa pergi jua ke suatu tempat untuk diubati.

… Emak mereka telah manjadi gila. Ini sudah diketahui oleh adik-adik Sanah. Emeak mereka akn dibawa pergi untuk diubati, dan ini pun diketahui oleh mereka juga. Tetapi mereka kurang mengetahui bila emah akan pulang… (Ranjau Sepanjang Jalan:279-281)

4.2 Cabaran ketua keluarga mencari rezeki

Menjadi seorang ketua keluarga sangat sukar dan berat bebanan yang perlu dipikul. Tugas seorang suami tidak hanya menjaga isteri dan anaknya sahaja tetapi suami perlu memastikan segala keperluan harian dan keperluan

pendidikan anak-anak lengkap. Oleh itu untuk memastikan isteri dan anak-anak berada dalam keadaan yang selesa, suami perlu bekerja keras untuk mencari rezeki dan menampung keluarganya. Dalam novel ini, Lahuma sebagai ketua keluarga perlu memikirkan cara untuk menyuap sesuap nasi kepada semua ahli keluarganya dan memastikan mereka mendapat makanan yang cukup dan tidak kebuluran. Oleh itu Lahuma bekerja siang malam tanpa lelah menanam padi dan hasilnya boleh dijual kepada peraih dan untuk keperluan Lahuma sekeluarga.

Lahuma juga sentiasa memikirkan masa depan mereka sekeluarga dan Lahuma juga ada berangan untuk melihat cucu dan cicitnya menikmati beras yang telah dituai oleh hasil titik peluh mereka sendiri. Lahuma juga sentiasa memikirkan kepentingan keluarga mereka kerana dia adalah satu-satunya lelaki yang berada dalam keluarganya dan sekiranya Lahuma mati siapa yang akan meneruskan perjuangannya dan adakah cucu cicitnya akan merempat dijalanan dan meminta sedekah kelak. Perkara ini ada diceritakan di dalam bab 1,

Tetapi apa akan berlaku jika dia mati nanti? Bendang 14 relung itu akan dibahagi-bahagikan. Dua relung seorang. Dan apabila anak-anaknya itu

dikurniakan zuriat, mereka sendiri membahagi-bahagikan bendang itu pula lagi sedikit cucu-cucunya akan dapat. Dan boleh jadi cicit-cicitnya nanti tidak akan mendapat walau satu tapak bendang sekalipun.

…”Cicit-cicit kita akan meminta sedekah. Cicit-cicit kita akan minta sedekah,” rungutnya seorang diri. Kemudian dia mendengus kasar.

(Ranjau Sepanjang Jalan: 5)

Dugaan hebat telah diterima oleh keluarga Lahuma pada tahun tersebut. Ketika Lahuma menebas semak di bendang, Lahuma ditusuk duri nibung di bahagian tapak kakinya. Disebabkan tusukan duri nibung, Lahuma terpaksa berehat dirumah dan urusan bendang diberikan kepada Jeha dan anaknya Sanah dan Milah. Ketika di bersendirian di rumah, Lahuma bermonolog sendiri dan memikirkan masa depan keluarga mereka sekiranya dia masih tidak turun ke bendang. Pelbagai telahan dibuat sehinggakan dia tekad untuk menoreh kakinya dengan pisau cukur demi menjaga padinya dari bencana. Lahuma berkeras menorah kakinya tanpa rasa ragu dan menghentak-hentak kakinya sehingga darah terpancut keluar. Disebabkan bisa duri nibung dan bisa pisau cukur, badan Lahuma semakin membengkak sehingga melarat kepada penyakit busung perut. Lahuma tidak boleh berjalan dan bercakap. Cecair-cecair mengalir keluar dari semua rongga hidung, telinga dan, rekahan perut Lahuma. Akhirnya Lahuma mati dan meninggalkan janda dan anak perempuan tujuh orang. Petikan dibawah menceritakan keadaan Lahuma selepas ditusuk duri selama sebulan:

Beberapa hari kemudian, ternyatalah bengkak itu tidak mahu surut langsung, malah sudah melarat kepada penyakit busung. Perut Lahuma bertambah besar seperti perut Jeha mengandung Sembilan bulan. Lama-kelamaan perut Lahuma pecah-pecah kulitnya. Daripada retak-retak itu, mengalir sejenis air yang paling hanyir. Lahuma tidur terlentang saja.

Puas bomoh datang memberi ubat sakit busung tetapi air bias yang hanyir itu mengalir juga melalui retak-retak perut. Perut itu perlu dicuci dan dibasuh hingga air hanyirnya meresap kain basahan.

4.3 Kesetiaan isteri demi suami dan anak-anaknya

Seorang isteri merupakan peneman yang sangat setia kepada suaminya ketika susah dan senang. Seorang isteri yang taat ialah isteri yang mendengar arahan dan nasihat daripada suaminya. Dalam Ranjau Sepanjang Jalan, Jeha telah diduga apabila suaminya Lahuma tidak mampu menajak akibat ditusuk duri nibung. Lahuma telah meminta Jeha dan anaknya Sanah dan Milah untuk meneruskan kerja tertangguh di bendang. Walaupun Jeha mengetahui bahawa dengan kudratnya dan kedua anaknya tidak mampu menyaingi kekuatan Lahuma, namun Jeha tetap meneruskan usaha suaminya dan memastikan padi mereka menjadi pada tahun ini.

Jeha dan dua anaknya Sanah dan Milah bertungkus lumus membersihkan tanah untuk menanam padi. Dia juga telah berjanji untuk memastikan padi pada tahun tersebut akan berhasil dan mereka sekeluarga tidak akan kebuluran. Kesetiaan Jeha kepada suami dan anak-anaknya perlu dicontohi oleh masyarakat kini kerana semangat Jeha yang kental dan tidak putus asa terhadap tanaman mereka dan demi janji kepada arwah suaminya yang akan menjaga padi dan anak-anaknya. Petikan dibawah menunjukkan dialog ketika Lahuma tidak mampu ke sawah, Lahuma telah meminta Jeha untuk turun membersihkan kawasan bendang.

“Esok awak turun saja dengan budak-budak tu”, sambung Lahuma. Sesekali dia menyeringai apabila Jeha menekan di bahagian yang sakit.

Jeha mendengar pesanan itu dengan perasaan sebak. Dia mengangguk. Biarlah dia yang memikul beban Lahuma. Dia sanggup melakukannya.

…Jeha cuba mengiyakan saja. Bendang itu tentu tidak sanggup dihabiskan

olehnya dan Sanah serta Milah. Jeha sedar tentang kedudukannya yang sebenar. Tiada Lahuma, tiadalah beras untuk anak-anak. Mulutnya terasa ringan untuk menyatakan ‘Aku tiga beranak tak boleh menajak semuanya. Aku tak sanggup. Kita sewa sajalah setengahnya.’ Namun, Jeha tidak berani meluahkannya pada waktu itu.

(Ranjau Sepanjang Jalan:99-100)

4.4 Masalah yang dihadapi petani dalam menghadapi bencana alam

Pelbagai masalah yang dihadapi oleh semua petani ketika musim menanam padi bermula. Dari bendang dibajak sehingga padi telah masak dan tiba musim menuai akan tiba pelbagai masalah. Antara masalah yang dihadapi ialah bencana alam seperti kemarau dan banjir, serangan binatang seperti burung tiak, ular berbisa, ketam-ketam, dan tikus. Berdasarkan novel ini, pada

berbisa. Lahuma telah membunuh ular tersebut dan Jeha telah mengalami trauma selama beberapa bulan. Banjir juga melanda bendang sehingga

memusnahkan anak padi dan menghanyutkan sampah sarap ke dalam bendang.

Petani telah berhujan panas untuk menjaga padi mereka sehingga masak dan ketika padi mula menguning burung tiak pula menghampiri untuk memakan padi yang masak. Burung yang datang bukan berates tetapi beribu-ribu sehingga petai perlu menjaga bendang dari pagi sehingga lewat petang. Petani perlu memikirkan pelbagai cara untuk memusnahkan perosak ini agar hasil tanam mereka menjadi dan mereka mampu menyara keluarga masing-masing. Petikan dibawah adalah ketika Jeha serta Sanah dan adik-adiknya sedaya upaya untuk membunuh berates ribu ketam yang datang untuk mematahkan anak padi yang baru ditanam,

“Pungut! Pungut! Pungut!” jerit Jeha sambil membongkok-bongkok di celah baris semai yang baru ditanam itu.

Dua, tiga ekor sekali cekak. Sesetengahnya dipijak hingga terbenam lemas dalam lumpur. Yang setengahnya diramas begitu saja. Kadang-kadang apabila tiba pada puak-puak yang banyak bertumpang tindih, dikuak-kuak saja masuk ke bakul.

Kawah diletak di atas tungku. Api dinyalakan. Dan Jeha menuangkan isi bakul itu ke dalam kawah berisi air. Ketam itu bergerak-gerak apabila bertempur dengan air. Apabila air mula panas, ketam-ketam itu mula bergerak cepat. Apabila buih-buih air panas itu terkuak, ketam-ketam itu mulai tenggelam dan berbalik-balik badan. Kepanasan air sudah mula terasa sedikit-sedikit kulit belakang ketam mulai merah.

(Ranjau Sepanjang Jalan:196-197)

5.0 Nilai Budaya dan Pandangan Hidup

Perkataan budaya berasal daripada kata Sanskrit iaitu budayyah yang

merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi. Perkataan ini membawa maksud budi pekerti atau akal (Mohd Rashid Md. Idris,2014). Manakala, jika diteliti secara umum budaya ditakrifkan sebagai suatu amalan yang dibawa atau dikerjakan oleh sekumpulan manusia. Budaya kebiasaannya akan dianggap mempunyai hubungan yang erat dengan kehidupan masyarakat. Setiap perlakuan

masyarakat akan dikaitkan hubungannya dengan kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat itu sendiri. Selain itu, budaya juga dikatakan merangkumi

keseluruhan norma masyarakat termasuklah nilai, ilmu pengetahuan, keagamaan, struktur-struktur kemasyarakatan, serta ciri-ciri khas yang membentuk sesebuah masyarakat.

Sementara itu, pandangan hidup pula ditakrifkan sebagai sebuah draf atau konsep terhadap kehidupan yang akan dijalani. Pandangan hidup yang dimiliki pada umumnya dalam kalangan masyarakat adalah pandangan yang sesuai dengan agama dan norma-norma masyarakat. Pandangan hidup merupakan perkara yang mutlak untuk dimiliki oleh setiap manusia didunia ini. Hal ini kerana dengan memiliki pandangan hidup, seseorang individu itu dapat mengetahui arah tuju kehidupannya. Bukan itu sahaja, bahkan pandangan hidup juga akan membentuk jati diri seseorang individu. Jati diri adalah gambaran sifat atau karakter dalam diri seseorang. Jati diri dalam setiap orang kebiasaannya

berperanan sebagai prinsip hidup yang membantu individu tersebut untuk tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran sekeliling. Dalam novel Ranjau

Sepanjang Jalan yang telah dianalisis ini, terdapat beberapa nilai budaya dan pandangan hidup yang terkandung di dalamnya.

5.1 Nilai Budaya

5.1.1 Mengenang Budi

Salah satu nilai budaya yang terdapat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ialah mengenang budi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, budi didefinisikan sebagai akal, kebijaksanaan, pekerti, akhlak, tingkah laku, kelakuan dan watak (2010:212). Manakala, jika ditafsir secara umum mengenang budi membawa maksud mengingati sumbangan atau jasa yang dilakukan oleh seorang individu terhadap individu lain. Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ini, nilai mengenang budi dapat dilihat dalam diri Tuk Penghulu Kampung BanggulDerdap. Setelah melihat kesakitan dan keuzuran yang ditanggung oleh Lahuma akibat tusukan duri nibung, Tuk Penghulu berasa kasihan terhadap keluarga berkenaan kerana musim menanam padi akan kunjung tiba tidak lama lagi. Tetapi petak sawah keluarga tersebut masih belum habis dibersihkan. Bagi membalas jasa terhadap budi yang pernah dicurahkan oleh Lahuma yang mencari kerbau keweh Tuk Penghulu yang hilang dahulu, Tuk Penghulu telah bersetuju untuk memberi bantuan dengan mengarahkan orang suruhannya membersihkan petak-petak sawah Lahuma dengan traktor miliknya. Perkara ini dapat dilihat melalui petikan di bawah ini :

“Dah habis menajak?” soal tuk penghulu. Matanya memandang Jeha yang nampak mempunyai minat.

“Belum lagi. Yang tajak pun batang menerung, belum lumat,” ujar Jeha. “Siapa menajak?” soal penghulu.

“Sejak Lahuma merekot, sayalah bersama anak-anak.” Tuk Penghulu menggeleng.

“Biar aku hantar traktor ke sawah kau selama dua tiga hari. Semuanya tentu habis.” Tuk Penghulu memberi cadangannya.

(Ranjau Sepanjang Jalan,152)

5.1.2 Kasih Sayang

Seterusnya, dalam novel ini masyarakatnya juga mengamalkan budaya kasih sayang. Kasih sayang dalam novel ini dapat dilihat daripada dua aspek yang

Dalam dokumen Analisis Teks Moden Ranjau Sepanjang Jalan (Halaman 23-50)

Dokumen terkait