• Tidak ada hasil yang ditemukan

Anggaran Perbelanjaan Kos Mengelak Kos Tenaga

Kos Memasak Air (elektrik) Ce = Nb(Pe)K

Di mana,

Ce = Kos memasak air sehari = RM/hari

Nb = Bilangan air di masak sehari = bilangan masak x kapasiti air sekali masak

Mg = Bilangan air di masak sehari = bilangan masak x kapasiti air sekali masak

Gelagat mengelak Kos tenaga Kos Masa Total Kos sehari

Cb = Kos membeli air botol sehari

BEw = Perbelanjaan membeli air botol seminggu, dibahagikan dengan 7 hari dalam seminggu

Anggaran Perbelanjaan Kos Mengelak – Kos Masa TM = Wh x Nl x Tl

Di mana,

TM = Kos masa memasak air elektrik atau gas untuk sehari Wh = Upah buruh sejam5

Nl = Jumlah liter air dimasak sehari

Tl = Masa yang diperlukan untuk memasak satu liter air melalui elektrik ialah 1.75 minit atau 0.029jam (elektrik) dan 4 minit atau 0.067 jam bagi gas

Total Kos Memasak Air TCe + g = Ce + g + TM e + g

Di mana,

TCe +g = Total kos elektrik dan gas sehari Ce + g = kos tenaga elektrik dan gas sehari TM e + g= kos masa elektrik dan gas sehari

Anggaran Perbelanjaan Agregat AE1 = TCe + TCg

AE2 = AE1 + Cb

Anggaran Perbelanjaan Agregat Keseluruhan (sebulan) = AE2 30.42

5.3.2.2 Anggaran Perbelanjaan Mengelak - Membeli Air Botol dan Penapis Air

Kecenderungan untuk membeli air botol sekiranya berlaku gangguan bekalan atau kualiti air paip belum lagi menjadi pilihan bagi kebanyakan penduduk di daerah Kubang Pasu. Dapatan kajian menunjukkan hanya 28.6 peratus responden yang membeli air yang dibotolkan. Daripada jumlah ini 20.8 peratus memilih untuk membeli air sekiranya mengalami gangguan air dengan purata kos perbelanjaan seminggu ialah RM9.66 atau RM41.98 sebulan.

Kajian oleh Abdalla et al. (1992), mendapati 70 peratus responden memilih untuk membeli air botol, memasang penapis air, mendapatkan air dari sumber lain yang bersih (hauling) dan/atau memasak air dengan purata perbelanjaan seminggu bagi setiap isirumah adalah di antara $4 hingga $9.

Sementara itu, hasil kajian oleh Collins dan Steinback (1993), memperoleh hasil yang hampir sama dengan Abdallla et al. (1992) di mana, tindakan yang biasanya akan diambil akibat pencemaran bekalan air paip ialah membaiki atau membersihkan sistem air, mendapatkan air dari sumber lain, menggunakan penapis air, memasak air, menggunakan

sumber air yang baru dan/atau membetulkan sumber bahan pencemar.

Purata kos yang diperolehi adalah di antara $32 hingga $36 sebulan atau bagi masalah bahan pencemar mineral dan bakteria. Keseluruhan kos yang berkait dengan bahan pencemar organik dianggarkan pada $109 sebulan.

5.3.2.3 Penapis Air

Penggunaan penapis air menjadi pilihan kepada hampir separuh responden di mana 50.2 peratus responden menggunakan penapis air dengan anggaran secara purata ialah RM998 dengan kos paling minima ialah RM 40.00 dan yang paling tinggi mencecah hingga RM4000. Dalam kajian ini, maklumat kos bulanan penyelenggaraan penapis air ini tidak dapat diperolehi.

Maklumat yang diperolehi jelas menunjukkan penggunaan penapis air kini mula menjadi pilihan pengguna khususnya untuk mengatasi masalah kualiti air yang tidak sempurna khususnya dari segi bau, rasa dan warna di samping mengelak risiko jangkitan penyakit bawaan air.

Alternatif kepada pilihan ini mungkin disebabkan oleh, pertama, taraf hidup penduduk yang semakin meningkat, kedua, pilihan produk penapis yang banyak di pasaran pada harga yang mampu dibeli dan yang ketiga keprihatinan yang semakin tinggi di kalangan penduduk berkaitan masalah kesihatan.

5.4 Analisis Koefisien Parameter

5.4.1 Memasak Air

Jadual 5.11 menunjukkan bahawa taraf pendidikan, isirumah yang mempunyai anak berumur di antara 1-15 tahun, persepsi terhadap risiko kesihatan, tahun pembinaan rumah dan tingkat pendapatan adalah signifikan pada aras keertian 0.05 peratus dalam menerangkan perbelanjaan mengelak dengan cara memasak air melaui elektrik dan gas. Pendapatan berhubungan negatif tetapi signifikan. Dapatan ini mencadangkan bahawa semakin tinggi nilai pendapatan, pengguna lebih cenderung untuk menggunakan penapis air berbanding memasak air atau membeli air botol. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa kos masa untuk memasak air adalah tidak signifikan.

Secara spesifiknya, kewujudan kanak-kanak hanya signifikan dalam kaedah memasak air melalui gas sahaja. Abdalla, et al. (1992) mendapati, tiga faktor utama yang mempengaruhi gelagat mengelak responden adalah pengetahuan tentang pencemaran bekalan air yang berlaku, risiko penyakit yang akan meningkat dan kewujudan kanak yang berumur di bawah tiga tahun di mana ia signifikan pada aras keertian 0.05 peratus dengan nilai t-ratio ialah 2.21.

Laughand, et al. (1996) mengenalpasti perbelanjaan mengelak secara positifnya

berkait dengan persepsi dan kesediaan responden untuk melakukan perbelanjaan bagi mengurangkan kesan negatif daripada penggunaan air paip.

Setelah nilai perbelanjaan mengelak dianggar, analisis seterusnya melihat kepada faktor-faktor yang mempengaruhi gelagat perbelanjaan mengelak atau kesanggupan membayar isi rumah di Kubang Pasu.

Model empirikal perbelanjaan mengelak yang dibentuk bagi kesemua pilihan adalah seperti berikut:

AE = f ( + 1DPSEPSI + 2 GANGGU + 3DPHATIN + 4KAULITI + 5UMUR, 1 THSEK, 1 DKANAK, 1 INC, 1 DRUMAHLC, 1 DLEPAS90)

Di mana,

AE = perbelanjaan mengelak

DPSEPSI = pembolehubah dami bagi risiko kesihatan yang dijangka apabila menggunakan terus air paip yang dibekalkan (skor 1 = paling tinggi dan 4 = paling rendah; 1-2 = 1, 3-4 = 0)

DGANGGU = pembolehubah dami mengalami masalah gangguan air (Ya=1, Tidak = 0)

DPHATIN = pembolehubah dami keprihatinan responden terhadap masalah kualiti air (skor 1 = paling tinggi dan 4 = paling rendah;

1-2 = 1, 3-4 = 0)

KUALITI = pembolehubah dami mengalami masalah bau, warna dan rasa (Ya= 1, Tidak = 0)

UMUR = umur responden pada tahun soal selidik dijalankan THSEK = bilangan tahun bersekolah responden

DKANAK = pembolehubah dami bilangan kanak-kanak (1-15 tahun = 1, > 16 tahun = 0) INC = pendapatan bulanan responden

DRUMAHLC = pembolehubah dami rumah jenis kos rendah (rumah kos rendah = 1, lain-lain = 0)

DLEPS90 = pembolehubah dami rumah yang dibina selepas tahun 1990 (selepas 1990 = 1, sebelum 1990 = 0)

Dengan menggunakan regresi kaedah kuasa dua terkecil (OLS), hasil regresi dapat diringkaskan seperti dalam Jadual 5.11 di bawah. Jadual 5.11 hanya merujuk kepada pembolehubah yang signifikan sahaja dalam menerangkan perbelanjaan mengelak bagi kesemua pilihan yang dilakukan iaitu memasak air (elektrik dan gas) , membeli air botol dan menggunakan penapis air.

Dokumen terkait