Rajah 2.4 : Hubungan Polisi Keselamatan
2.5 Aplikasi Berasaskan Web
Perkembangan internet pada masa kini adalah sangat pesat. Pembinaan laman-laman web telah bertambah secara eksponen sejak Tim Berners-Lee mengasaskan World-Wide Web di Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN), Geneva pada tahun 1989 (Zainuddin, 2001). Laman-laman web pada masa kini telah berubah daripada sekadar memaparkan maklumat dan imej yang statik kepada yang dinamik dan interaktif. Laman-laman web pada masa kini boleh digunakan,
antaranya untuk, mengisi borang maklumat, membeli dan menjual barang, dan membuat tempahan. Menurut Fowler (2004), aplikasi web membolehkan kita
membuat sesuatu dan menyimpannya secara digital, manakala laman web pula hanya memberikan maklumat sahaja.
Pembangunan aplikasi memerlukan pembangun perisian memilih beberapa perkara sebelum membangunkan satu projek. Antara yang perlu dipilih ialah dua perkara yang penting iaitu memilih pelayan web yang akan digunakan dan memilih bahasa pengaturcaraan yang hendak digunakan (Rockwell, 2001).
Untuk pemilihan pelayan web, terdapat beberapa pilihan yang boleh dicadangkan. Antaranya Internet Information Server (IIS) daripada Microsoft, Netscape Enterprise Server daripada Netscape (sekarang dikenali sebagai Sun Java Sistem Web Server), WebSphere Application Server daripada IBM, dan juga pelayan web Apache Server dari sumber perisian terbuka (open source).
Pemilihan bahasa pengaturcaraan yang akan digunakan juga tidak terhad. Terdapat beberapa bahasa pengaturcaraan yang boleh digunakan antaranya ASP, PHP, XML dan Cold Fusion (Rockwell, 2001). Disamping itu juga bahasa ini boleh digabungkan dengan penggunaan bahasa lain seperti Java dan bahawa bahasa asas bagi pengaturcaraan laman web iaitu HTML.
2.5.1 Kelebihan Aplikasi Web
Terdapat beberapa kelebihan yang ada pada aplikasi berasaskan web berbanding aplikasi desktop. Berikut adalah beberapa kelebihan bagi aplikasi web menurut Fowler (2004).
i) Tidak perlu instalasi
Aplikasi web tidak memerlukan proses instalasi untuk digunakan. Pengguna hanya menggunakan pelayar web seperti Internet Explorer atau Netscape untuk menggunakannya. Ini berbeza dengan aplikasi desktop yang memrlukan proses instalasi ke dalam setiap komputer yang hendak menggunakannya. Keadaan adalah sangat membebankan kepada organisasi yang besar dan mempunyai banyak komputer yang akan menggunakan aplikasi tersebut.
ii) Tidak bergantung kepada lokasi aplikasi web dan tidak terikat kepada suatu lokasi untuk digunakan
Oleh kerana aplikasi web tidak disimpan di komputer pengguna, ia boleh digunakan oleh pengguna dimana sahaja yang mempunyai capaian ke Internet.
iii) Memudahkan kolaborasi
Penggunaan aplikasi web memudahkan kolaborasi dalam melakukan kerja secara berkumpulan.Oleh kerana Internet adalah satu rangkaian yang besar, sesiapa sahaja yang mempunyai capaian ke Internet boleh berkomunikasi dan bekerjasama untuk membuat satu tugasan yang sama.
iv) Tiada keperluan perkakasan
Penggunaan aplikasi web tidak memerlukan seseorang pengguna membeli perkakasan yang khusus. Oleh kerana ia boleh digunakan oleh pelayar web yang biasa, tidak ada keperluan untuk penambahan sebarang perkakasan dalam penggunaannya.
2.5.2 Active Server Pages (ASP)
ASP diperkembangkan sekitar tahun 1996 dan merupakan teknologi pembangunan web yang menjadi pilihan orang ramai. Halaman web yang direka bentuk adalah dinamik, interaktif serta mudah dibangunkan tanpa memerlukan kepakaran yang tinggi. Pengaturcaraan ASP dilarikan di dalam Internet Information Servies(IIS), komponen yang diberikan oleh Windows 2003. Perisian ini juga sebahagian dari Windows NT 4.0 Option Pack atau melalui installasi Personal Web Server(PWS) bagi Windows XP. Terdiri daripada tiga bahagian iaitu ASP Objects atau lebih tepat Component Model(COM), Bahasa Scripting seperti VBScript dan Jscript, ActiveX Server Component bagi capaian ke pangkalan data.
Terdapat banyak kelebihan yang menjadikan ASP bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk menghasilkan laman web yang dinamik dan interaktif. Antara kelebihan yang terdapat jika pengguna menggunakan ASP menurut ialah (Ridruejo (2002) :
ASP menggabungkan kod HTML dan kod ASP dalam satu bahasa pengaturcaraan yang sama. Penghasilan kod untuk laman yang dinamik boleh dilakukan dengan mudah dan ia tidak sukar untuk dipelajari terutamanya kepada pengaturcara yang tidak mempunyai asas pengaturcaraan yang kuat.
ii) Keterbukaan
Sifat keterbukaan ASP adalah kebebasan memilih bahasa skrip yang boleh digunakan kerana adanya komponen ActiveX yang digunakan pada ASP.
iii) Multiplatform
ASP boleh digunakan dalam berbagai-bagai platform pelayan web dan sistem operasi. ASP boleh digunakan dalam pelayan web seperti Apache, Microsoft IIS dan juga pelayan Netscape. ASP juga boleh digunakan dalam sistem operasi Unix, Windows, Linux, OS/2 mahupun MAC OS X.
iv) Pangkalan Data
ASP boleh menggunakan berbagai-bagai jenis pangkalan data open source seperti MySQL dan PostgreSQL dan juga pangkalan data yang dikeluarkan secara komersil seperti Microsoft SQL Server,
Access,Oracle dan DB2.
2.5.3 Pangkalan Data Microsoft Access
Microsoft mengeluarkan Microsoft Access 1.0 pada bulan November 1992 dan dilanjutkan dengan mengeluarkan versi 2.0 pada tahun 1993. Microsoft menentukan spesifikasi minimum untuk menjalankan Microsoft Access 2.0 adalah
sebuah komputer dengan sistem operasi Microsoft Windows 3.0, RAM berkapasiti 4 sebanyak megabyte (6 megabyte lebih disarankan) dan ruangan kosong cakera keras yang diperlukan sebanyak 8 megabyte (14 megabyte lebih disarankan).
Microsoft Access dapat menggunakan data yang disimpan di dalam format Microsoft Access, Microsoft Jet Database Engine, Microsoft SQL Server, Oracle Database, atau semua data asas yang menyokong piawaian Open Database Connectivity(ODBC). Pembangun aturcara yang mahir dapat menggunakannya untuk mengembangkan aplikasi yang kompleks, sementara pengaturcara yang kurang mahir dapat menggunakannya untuk mengembangkan aplikasi yang sederhana. Access juga menyokong teknik-teknik pengaturcaraan berorientasi objek tetapi tidak dapat digolongkan ke dalam pengaturcaraan berorientasi objek.
Menurut Rockwell (2001),Access juga dapat digunakan sebagai asas data untuk aplikasi Web dasar yang disimpan di dalam server bagi menjalankan Microsoft Internet Information Services (IIS) dan menggunakan Microsoft Active Server Pages (ASP). Beberapa pengembang aplikasi profesional menggunakan Microsoft Access untuk mengembangkan aplikasi secara cepat (digunakan sebagai Rapid Application Development/RAD tool), khususnya untuk pembuatan sebuah program yang lebih besar dan aplikasi yang berdiri sendiri.
2.5.4 Pelayan Internet Information Services (IIS)
Microsoft Internet Information Services (IIS) merupakan satu set bagi perkhidmatan berasaskan Internet untuk pelayan menggunakan Microsoft Windows. Ia adalah pelayan web kedua paling popular di dunia dari segi jumlah halaman web di belakang Apache walaupun jurang antara keduanya sedang menurun mengikut Netcraft.
IIS adalah pada mulanya dikeluarkan sebagai satu tambahan susunan Internet perkhidmatan-perkhidmatan berpangkalan untuk Windows NT 3.51. IIS 2.0 diikuti menambah sokongan untuk Windows NT 4.0 sistem pengendalian dan IIS 3.0 diperkenalkan Halaman Pelayan Aktif (ASP) dinamis menulis skrip alam sekitar.
2.5.5 Perbincangan Pembangunan Sistem
Dalam pembangunan sistem aplikasi ini, pengkaji telah memilih pelayan IIS, pangkalan data MS Access dan bahasa pengaturcaraan ASP sebagai pilihan. Faktor utama yang menyebabkan pemilihan ketiga-tiga aplikasi ini ialah kerana semuanya adalah berasaskan sumber terbuka. Ini membolehkan aplikasi ini digunakan tanpa memerlukan perbelanjaan untuk membeli aplikasi komersil seperti Microsoft Internet Information Server (IIS), Microsoft Access atau menggunakan Microsoft VB.NET. Ketiga-tiga aplikasi ini boleh diperolehi dengan memuat turun dari sumber dari Internet seperti laman web Apache Friends (www.apachefriends.org) secara percuma. Tambahan pula ketiga-tiga aplikasi ini adalah antara yang banyak digunakan dalam pembangunan laman web pada masa ini