Shaliza binti Shahrudin Kolej Komuniti Chenderoh Email: [email protected]
ABSTRAK
Penghasilan licau dihasilkan sebelum bermulanya pengetahuan tentang sains. Manusia pada zaman itu menggunakan bahan mentah dari alam sebagai licau seperti batu batan, tumbuh – tumbuhan, tulang haiwan dan sebagainya. Perkembangan teknologi seiring dengan peredaran zaman menyebabkan pegetahuan mengenai penghasilan licau juga turut berkembang. Terdapat beberapa kaedah dekorasi pada jasad seramik iatu teknik embose, teknik decal, teknik on glaze, teknik under glaze, serta enamel. Teknik dekorasi pada jasad seramik bertujuan untuk menambahkan nilai estetik produk seramik tersebut.
KATA KUNCI: Teknik licau, enamel, dekorasi
PENGENALAN
Pengetahuan di dalam penghasilan licau pada seramik telah berlaku sejak 5000 tahun dahulu. Penghasilan licau dihasilkan sebelum bermulanya pengetahuan tentang sains. Manusia pada zaman itu menggunakan bahan mentah dari alam sebagai licau seperti batu batan, tumbuh – tumbuhan, tulang haiwan dan sebagainya. Licau adalah sejenis bahan yang akan membentuk lapisan hiasan yang berkaca dan licin apabila dibakar pada suhu tertentu. Bahan ini selalu digunakan untuk menghias produk seramik bagi memberikan kemasan akhir yang licin dan kalis air. Perkembangan teknologi seiring dengan peredaran zaman menyebabkan pegetahuan mengenai penghasilan licau juga turut berkembang.
Kini terdapat pelbagai jenis licau yang dihasilkan melalui pelbagai teknik. Jasad seramik mula diwarnai dan dihiasi dengan pelbagai dekorasi licau. Proses ini menyebabkan jasad seramik mengalami pembakaran kali kedua. Pembakaran ini melibatkan suhu pembakaran yang melebihi suhu 900 °C. Namun demikian terdapat juga licau yang dibakar menggunakan suhu kurang daripada 900 °C. Suhu ini selalunya melibat jasad dibakar pada kali ketiga, dimana jasad yang berlicau akan dihias dengan dekorasi yang dikehendaki menggunakan teknik seperti dekorasi atas licau, luster, cetakan decal serta cetakan sutera saring.
Seperti teknik atas licau atau dikenali sebagai on-glaze,warna yang digunakan untuk menghiasi jasad yang berlicau itu adalah enamel atau china paints. Warna enamel ini dapat dibeli dengan pengeluar barangan seramik di dalam bentuk cecair atau serbuk. Warna enamel juga boleh dihasilkan sendiri dengan menggunakan bahan asas yang diperlukan dalam penghasilan warna enamel. Enamel dapat memberikan warna yang terang dan tepat. Pelbagai jenis warna juga dapat dihasilkan.
Pengetahuan di dalam penghasilan licau didalam bidang seramik sudah ada sejak 5000 tahun dahulu. Penghasilan licau dihasilkan sebelum bermulanya pengetahuan tentang sains.
Manusia zaman ini menggunakan bahan mentah dari alam sebagai licau. Penggunaan licau telah dicetuskan oleh puak Egypt di Mesir secara tidak sengaja. Soda yang dijumpai di kawasan gurun diambil dan digunakan dengan mencampurkan soda tersebut bersama tanah untuk dijadikan sebagai barangan perhiasan seperti manik. Selain itu mereka juga menghasilkan arca untuk dijadikan patung berhala (Fraser, 1998).
Endapan yang kelihatan semasa proses pengeringan jasad telah membentuk licau semasa jasad dibakar. Ia terjadi disebabkan oleh penggunaan tanah liat yang mengandungi banyak garam terlarut. Semasa proses pengeringan jasad seramik, pergerakan molekul air dan diikuti oleh garam terlarut ke permukaan jasad. Lapisan garam serta partikel copper yang terkandung didalam tanah yang berkumpul di permukaan jasad akan menjadi cair apabila haba yang tinggi dikenakan dan membentuk lapisan kaca dan telah memberikan kesan warna pada jasad.
BAHAN MENTAH LICAU
Bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan licau dan agen pewarna licau terbahagi kepada dua kumpulan umum iaitu licau serta bahan tanah dan pigmen. Kebanyakkan bahan mentah yang digunakan adalah daripada mineral dan batu batan. Kemudian ia akan diproses didalam bentuk serbuk. Bahan mentah tersebut terdiri daripada Silika, Alumina, Sodium oxide,
Calcium oxide, Plumbum oxide, Borax, Barium oxide, Zinc oxide, Magnesium oxide, Pottasiom,
Pigmen dan licau merupakan bahan asas untuk semua jenis dekorasi. Seramik pigmen merupakan hasil daripada metallic oxide, carbonates dan dioxides ynag telah dicampur bersama untuk memberikan pelbagai warna apabila dibakar (Mattison, 2003). Ia boleh dicampurkan didalam tanah liat atau selepas jasad seramik dibakar.
Kebanyakkan pembuat seramik menggunakan metallic oxide. Oksida itu terdiri daripada kobalt, copper, manganese dan iron dimana ia merupakan bahan asas yang digunakan didalam penghasilan licau.
Ia dapat diaplikasikan didalam tanah liat, semasa leather-hard atau bone-dry clay. Selain itu juga ia dapat diaplikasikan kepada jasad seramik yang telah dibakar. Semakin tinggi kadar penggunaan oksida semakin gelap warna akan terhasil.
ENAMELS
Enamel merupakan pigmen yang mengandungi fluk yang membolehkan ia cair dan melebur pada permukaan yang berlicau. Enamel memerlukan cara dan kemahiran yang tinggi didalam pembuatannya kerana untuk mengimbangkan minyak dan turpentine amat rumit. Pada masa kini enamel terdapat didalam bentuk cecair dan ia dapat memudahkan pengguna serta ia dapat memberikan pelbagai jenis warna dengan tepat.
Enamel boleh dihasilkan sendiri dengan menyediakan frit yang sesuai serta menambah oksida pewarna. Pelbagai jenis minyak boleh digunakan diantaranya adalah linseed oil, fat oil daripada turpentine, lavender oil serta minyak mentah juga boleh digunakan sebagai medium. Ia boleh diaplikasikan menggunakan berus atau stencils. Semasa mengaplikasikan warna enamel ke atas permukaan berlicau pastikan tiada kotoran atau abuk pada permukaan tersebut.
Ia haruslah diaplikasikan dengan satu lapisan yang nipis. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya licau mengelupas. Jika ingin warna itu tebal sapuan yang kedua haruslah dilakukan apabila sapuan yang pertama telah kering.
Bahan fluks asas didalam pembuatan enamel adalah lead, borax, asid boric dan kalsium karbonat atau frit yang telah siap diproses. Enamel yang tidak mengandungi bahan lead boleh dibakar pada atmosfera reduksi untuk menguji warna yang terhasil. Tetapi bagi enamel yang mengandungi lead akan menyebabkan licau mengalami kecacatan. Mengikut masyarakat Jepun bahan asas pembuatan enamel adalah terdiri daripada 50% licau lead, 5% white lead dan 12% oksida red iron untuk warna merah (Rhodes, 1998).
Mendiang Shoji Hamada menggunakan warna enamel traditional iaitu green-grass daripada copper, amber daripada iron dan cinnabar red yang diaplikasikan ke atas jasad
stoneware.
1 White lead 60%, apa jenis frit 20%, flint 20%
2 White lead 30% - 50%, apa jenis frit 30% - 50%, flint 10% - 20%
3 White lead 40%, Ferro frit 3110 50%, flint 10%
4 Ferro frit 3110 70%, cryolite 10%, feldspar 20%
5 Ferro frit 3110 80%, petalite 20%
6 White lead 70% - 75%, feldspar 10% - 15%, silica 10% - 15%
7 Apa jenis frit 40%, kalsium borate 40%, cryolite 10%, feldspar 10%
8 Apa jenis frit 50% - 70%, kalsium borate 20% - 40%, silica 10% - 20%
Jadual 1: Bahan asas enamel (Hopper, 2001).
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Warna licau enamel paling sesuai dibakar pada suhu antara 1000°C dan 1050°C kerana terdapat beberapa jenis agen pewarna yang sesuai digunakan. Pada peringkat pertama pembakaran iaitu dengan menggunakan suhu pembakaran 900°C dapat dirumuskan kebanyakkan licau tidak masak dan mengalami masalah licau mengelupas. Licau yang tidak masak adalah terdiri daripada spesimen yang menggunakan agen pewarna daripada stain. Licau yang tidak masak kerana licau tidak mencapai suhu matang. Spesimen yang menggunakan agen pewarna daripada oksida pula mengalami masalah retak seribu.
Masalah retak seribu ini disebabkan oleh perkembangan licau lebih tinggi daripada jasad. Untuk mengelakkan licau daripada retak seribu faktor perkembangan licau perlu dikurangkan dengan frit borax, silika atau kaolin. Selain daripada masalah keretakan masalah seperti licau berbintik juga perlu dielakkan untuk menghasilkan warna yang rata dan licin. Warna yang diadun mungkin perlu dibiarkan semalaman supaya ia dapat bersebati.
Melalui ketiga-tiga pembakaran agen pewarna yang paling sesuai digunakan adalah
copper oxide. Walaupun warna sebenar copper oxide jika dibakar adalah hijau namun pada
warna enamel ia bertukar menjadi biru turquoise. Kesan warna yang dihasilkan adalah begitu menarik. Keadaan ini terjadi disebabkan tindakbalas kimia terhadap warna semasa proses pembakaran.
WARNA PERATUSAN
Grey Stain 10% dan 15%
Pink Stain 5% dan 10%
Cobalt Oxide 6% dan 10%
Chromium Oxide 3%, 6% dan 10%
Copper Oxide 6% dan 10%
Nickel Oxide 6% dan 10%
Jadual 2 : Peratusan Warna yang Terbaik Suhu 1000 °C
WARNA PERATUSAN
Yellow Stain 15%
Amulet Green Stain 5%, 10% dan 15%
Grey Stain 5%, 10% dan 15%
Pink Stain 10% dan 15%
Red Iron Oxide 10%
Cobalt Oxide 3%, 6% dan 10%
Chromium Oxide 3% dan 6%
Copper Oxide 6% dan 10%
Nickel Oxide 6% dan 10%
Jadual 3 : Peratusan Warna yang Terbaik Suhu 1050 °C
RUJUKAN
Birks, T. (1994). The Complete Potter Companion. Canada: Conron Octopus Limited.
Dinsdale, A. (1993). Pottery Science: Material, Process and Product. United Kingdom: Ellis Horwood Publishing.
Fournier, R. (2000). Illustrated Dictionary of Practical Pottery. London: G+B Arts International Ltd.
Fraser, H. (1998). Glaze for the Craft Potter. United Kingdom: Hodder & Headline Ltd. Gale, J. (2001). Pottery. United Kingdom: Hodder & Headline Ltd.
Hopper, R. (2001). The Ceramic Spectrum: A Simplified Approach To Glaze and Color
Development. United States Of America: Krause Publications.
Mattison, S. (2003). The Complete Potter. Australia: Page One Publication.
Peterson, S. P. (2003). A Complete Potter Handbook: The Craft and Art of clay. London: Laurence King Publishing Ltd.
Rhodes, D. (1998). Clay and Glaze for The Craft Potter. United Kingdom: Krause Publications.
Shaper, T. (1976). Pottery Decoration. London: Pitman Publishing. Toki, C. F. (2004). Hands in Clay. New York: Mc Graw-Hill Inc.