• Tidak ada hasil yang ditemukan

Berdasarkan petikan berikut, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah warganegara mengikut kumpulan etnik dan jantina bagi tahun-tahun yang

Dalam dokumen SET Soalan PA Bahagian B Penggal 2 (Halaman 23-42)

dilaporkan.

Penduduk Malaysia terdiri daripada warganegara dan bukan warganegara. Jumlah penduduk adalah berdasarkan kepada data Banci Penduduk dan Perumahan 2010 yang telah disesuaikan daripada Penyiasatan Penilaian Liputan Banci.

Pada tahun 2008, keseluruhan warganegara Malaysia berjumlah 25 071.6 ribu orang. Seramai 12 642.6 ribu orang daripadanya merupakan lelaki. Jumlah warganegara meningkat pada tahun berikutnya kepada 25 423.8 ribu orang. Manakala pada tahun 2010, jumlah warganegara dijangka mencecah 25 776.7 ribu orang.

Warganegara lelaki mencatatkan 12 815.1 ribu orang pada tahun 2009 dan dijangka meningkat menjadi 12 987.7 ribu orang pada tahun seterusnya. Jumlah warganegara perempuan melonjak berterusan bagi tiga tahun berturut-turut. Pada tahun 2009 mencatatkan 12 608.7 ribu orang dan dijangka mencatatkan 12 789 ribu orang pada tahun 2010.

Pada tahun 2008, lelaki bumiputera mencatatkan 8 310 ribu orang, berbanding perempuan sebanyak 8200.9 ribu orang. Bagi kaum Cina, jumlah warganegara lelaki seramai 3 224.8 ribu orang. Jumlah ini meningkat sebanyak 27.3 ribu orang pada tahun berikutnya sebelum dijangka meningkat menjadi 3 278.3 ribu orang pada 2010. Bagi warganegara lelaki berketurunan India pula menunjukkan pola yang semakin meningkat dari tahun 2008 hingga 2010. Sebanyak 937.3 ribu orang dicatatkan pada tahun 2008, menokok kepada 946.2 ribu orang dan 954.9 ribu orang bagi tahun 2009 dan 2010 masing-masing.

Warganegara Malaysia perempuan bumiputera merekodkan 8 333.5 ribu orang pada tahun 2009 dan jumlah ini kurang sebanyak 108 ribu orang berbanding lelaki bumiputera pada tahun yang sama. Bilangan warganegara perempuan dan lelaki bumiputera masing-masing dijangka meningkat kepada 8 467.7 ribu orang dan 8 574.4 ribu orang pada tahun 2010.

Bilangan warganegara berketurunan Cina perempuan menunjukkan peningkatan setiap tahun. Pada tahun 2008, bilangannya adalah sebanyak 3 111.1 ribu orang. Bilangan ini terus meningkat pada tahun berikutnya menjadi 3 142.5 ribu orang. Seterusnya dijangka menokok kepada 3 173 ribu orang pada tahun 2010. Manakala data bagi kaum India perempuan mencatatkan 947.8 ribu orang, 958.8 ribu orang dan 969.9 ribu orang bagi tahun-tahun yang terlibat. Selebihnya adalah untuk kaum-kaum lain.

(Dipetik dan disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010) Bahagian B

Soalan 1

MALAYSIA: PERBANDINGAN PEMBIAYAAN KOS PENGAJIAN PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) DALAM BIDANGPERUBATAN DAN

PERGIGIAN MENGIKUT NEGARA- NEGARA TERPILIH PADA TAHUN 2011

Negara

Perubatan (RM

Ribu) Pergigian (RM Ribu)

Nilai % Sudut Nilai % Sudut

Australia 1067.3 5 22.91 82.48 821.80 22.59 81.32 India 587.74 12.62 45.42 381.69 10.49 37.77 Indonesia 267.48 5.74 20.67 232.09 6.38 22.97 Ireland 1382.2 0 29.67 106.81 1097.40 30.17 108.59 United Kingdom 1354.1 0 29.06 104.63 1104.99 30.37 109.35 Jumlah 4658.8 7 100 360 3637.97 100 360

Disesuaikan daripada Risalah, Jabatan Penerangan Malaysia, Tahun 201

TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) DALAM BIDANG PERUBATAN DAN PERGIGIAN MENGIKUT

NEGARA- NEGARA TERPILIH PADA TAHUN 2011

Perubatan 22.91% 29.06% 29.67% 12.62% 5.74% Pergigian 22.59% 10.49% 30.37% 30.17% 6.38% RM 4658.87 Ribu RM 3637.97 Ribu Australia India Indonesia Ireland Unnited Kingdom Nisbah Jejari : 1:0.884 Petunjuk : Perubatan 22.91% 29.06% 29.67% 12.62% 5.74% Pergigian 22.59% 10.49% 30.37% 30.17% 6.38% RM 4658.87 Ribu RM 3637.97 Ribu Australia India Indonesia Ireland Unnited Kingdom Nisbah Jejari : 1:0.884 Petunjuk :

Disesuaikan daripada Risalah, Jabatan Penerangan Malaysia, Tahun 2012

MALAYSIA : JUMLAH WARGANEGARA MENGIKUT KUMPULAN ETNIK DAN JANTINA BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2010 (ANGGARAN)

Tahun Etnik

Lelaki (ribu orang) Perempuan (ribu orang)

2008 2009 2010* 2008 2009 2010* Bumiputera 8310 8441.5 8574.4 8200.9 8333.5 8467.7 Cina 3224.8 3252.1 3278.3 3111.1 3142.5 3173 India 937.3 946.2 954.9 947.8 958.8 969.6 Lain-lain kaum 170.5 175.3 180.1 169.2 173.9 178.7 JUMLAH 12642.6 12815.1 12987.7 12429 12608.7 12789 Nota: *Tahun anggaran

(Dipetik dan disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)

Nota:

1. Media yang sesuai: Graf Bar Piramid Komponen

SET 6 Bahagian B

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas [ 20 ]

1.Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadatangan pekerja asing ke Malaysia mengikut negara asal pada tahun-tahun yang dilaporkan.

Malaysia ialah sebuah negara yang aman, mesra pengunjung dan mempunyai banyak peluang pekerjaan. Kedatangan pekerja asing ke Malaysia adalah menceburi sektor pekerjaan seperti pembantu rumah, pembuatan, perladangan, pembinaan, perkhidmatan dan pertanian. Pada tahun 2006, jumlah kedatangan pekerja asing adalah sejumlah 1 286 332 orang, Warga Indonesia merupakan pekerja asing yang paling ramai dilaporkan iaitu 1 174 013 orang atau 91%. Begitu pun pada tahun 2007, jumlah berkurangan kepada 1 148 050 orang. Kebanyakan warga Indonesia mengambil pas lawatan kerja sementera untuk suatu tempoh tertentu. Pada tahun 2008, data yang direkodkan ialah seramai 1 085 658 orang pekerja asing warga Indonesia.

Sementara itu, kemasukan pekerja asing dari negara Bangladesh bagi ketiga-tiga tahun menunjukkan peningkatan yang berterusan. Pada tahun 2007, seramai 62 869 orang warga Bangladesh menceburi pelbagai sektor pekerjaan di Malaysia. Pada tahun 2007, jumlahnya telah meningkat kepada 217 238 orang dan terus meningkat seramai 99 163 orang pada tahun 2008.

Kemasukan pekerja asing warga Filipina dan Thailand banyak menceburi pekerjaan dalam sektor pembuatan dan perladangan. Pada tahun 2006 seramai 24 088 orang warga Filipina bekerja di Malaysia iaitu melebihi sebanyak 10 277 orang daripada warga Thailand. Penurunan seramai 805 orang pekerja asing warga Filipina manakala peningkatan pekerja asing warga Thailand seramai 4645 orang pada tahun 2007. Laporan kedatangan pekerja asing warga Filipina pada tahun 2008 menunjukkan peningkatan daripada tahun 2007 iaitu meningkat kepada 26 713 orang dan 21 065 orang warga Thailand.

Dalam kalangan pekerja asing warga Pakistan juga menunjukkan peningkatan. Pada tahun 2006, sejumlah 11 551 orang atau 0.89% daripada jumlah keseluruhan 1 286 332 orang. Peningkatan kedatangan warga Pakistan seramai 4960 orang pada tahun 2007 yang menceburi sektor pekerjaan pembinaan dan perladangan. Seramai 21 278 orang warga Pakistan dilaporkan sebagai pekerja asing pada tahun 2008 iaitu meningkat seramai 4767 orang berbanding tahun sebelumnya.

Secara keseluruhannya, jumlah kehadiran pekerja asing di Malaysia daripada pelbagai negara di dunia menunjukkan peningkatan dari segi

jumlahnya. Kehadiran yang semakin ramai ini membantu peningkatan pembangunan negara terutamanya dalam sektor perladangan, pembuatan dan pembinaan yang semakin kurang diminati oleh warga Malaysia terutamanya golongan remaja.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2011, Jabatan Perangkaan Malaysia )

2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan mengikut objek pada tahun-tahun yang dinyatakan.

Perbelanjan mengurus Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2007 hingga tahun 2010 meliputi pelbagai sektor dengan melibatkan peruntukan perbelanjaan mengurus yang berubah-ubah. Pada tahun 2007, keseluruhan jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan ialah RM110 071 juta. Daripada jumlah ini, peruntukan perbelanjaan diagih-agihkan kepada beberapa sektor pengurusan kerajaan. Peruntukan perbelanjaan mengurus untuk sektor emolumen berjumlah RM32 587 juta. Sektor pencen dan ganjaran pula menerima agihan perbelanjaan mengurus berjumlah RM8251 juta. Peruntukan untuk bayaran khidmat hutang melebihi RM4660 juta berbanding peruntukan pencen dan ganjaran. Jumlah perbelanjaan mengurus untuk sektor bekalan dan perkhidmatan adalah sebanyak RM23 622 juta. Perbelanjaan mengurus juga meliputi pemberian dan pindahan yang berjumlah RM3904 juta. Selebihnya adalah untuk lain-lain perbelanjaan mengurus yang terletak dii bawah tanggungan Kerajaan Persekutuan.

Pada tahun 2008, perbelanjaan mengurus untuk emolumen menunjukkan peningkatan sebanyak RM8424 juta berbanding tahun sebelumnya. Perbelanjaan mengurus untuk pencen dan ganjaran meningkat sebanyak RM1771 juta berbanding tahun 2007. Manakala perbelanjaan mengurus untuk bayaran khidmat hutang menunjukkan pengurangan sebanyak RM814 juta. Perbelanjaan mengurus untuk bekalan dan perkhidmatan serta pemberian dan pindahan masing-masing adalah sebanyak RM25 197 juta dan RM4365 juta dan selebihnya adalah lain-lain perbelanjaan daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus pada tahun 2008 iaitu RM120 097 juta.

Tahun 2009 menunjukkan peningkatan jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan sebanyak RM10 901 juta berbanding jumlah perbelanjaan mengurus tahun 2008. Perbelanjaan mengurus untuk bayaran emolumen sahaja berjumlah RM42 778 juta. Pada tahun ini juga menunjukkan beberapa sektor pengurusan perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan berlaku peningkatan yang tinggi. Perbelanjaan mengurus untuk pencen dan ganjaran, bayaran khidmat hutang, bekalan dan perkhidmatan serta pemberian dan pindahan masing-masing menunjukkan peningkatan sebanyak RM124 juta, RM2125 juta, RM1175 juta, RM530 juta berbanding perbelanjaan tahun 2008.

Pada tahun 2010, jumlah keseluruhan mengurus Kerajaan Persekutuan mengalami penurunan kepada RM126 658 juta. Pada tahun ini, perbelanjaan mengurus untuk emolumen menunjukkan peningkatan sebanyak RM3885 juta berbanding tahun 2009. Perbelanjaan mengurus untuk pencen dan ganjaran pula menunjukkan lebihan peruntukan sebanyak RM1369 juta berbanding peruntukan untuk tahun 2009. Bayaran khidmat hutang meningkat sebanyak RM1399 juta berbanding tahun 2009. Peruntukan yang kedua terbesar pada tahun 2010 ialah perbelanjaan mengurus untuk bekalan dan perkhidmatan yang berjumlah RM23 841 juta. Pemberian dan pindahan

pula menunjukkan penurunan sebanyak RM206 juta berbanding tahun sebelumnya.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2011, Jabatan Perangkaan Malaysia

1. Skema Jawapan

Malaysia : Kedatangan Pekerja Asing ke Malaysia Mengikut Negara Asal pada Tahun 2006, 2007 dan 2008

Negara Asal Tahun 2006 ( orang ) 2007 ( orang ) 2008 ( orang ) Indonesia 1 174 013 1 148 050 1 085 658 Bangladesh 300 867 277 238 316 401 Filipina 84 088 83 283 86 713 Thailand 53 811 58 456 51 065 Pakistan 41 551 46 511 51 278

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2011, Jabatan Perangkaan Malaysia )

2. Skema Jawapan

JADUAL

Malaysia : Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan Mengikut Objek pada Tahun 2007, 2008, 2009, dan 2010

Objek Tahun 2007 ( RM juta ) 2008 ( RM juta ) 2009 ( RM juta ) 2010 ( RM juta ) Emolumen 32 587 41 011 42 778 46 663

Pencen dan Ganjaran 8 251 10 022 10 146 11 515

Bayaran Khidmat Hutang 12 911 12 097 14 222 15 621

Bekalan dan Perkhidmatan 23 622 25 197 26 372 23 841

Pemberian dan Pindahan 3 904 4 365 4 895 4 689

Lain-lain Perbelanjaan 28 796 27 405 32 584 24 329

JUMLAH 110 071 120 097 130 998 126 658

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2011, Jabatan Perangkaan Malaysia )

Bahagian B

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [20]

1. Berdasarkan petikan yang diberikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan pekerja am dalam sektor pembuatan berasaskan makanan di Malaysia dan purata upah pada tahun-tahun yang dinyatakan

Sektor pembuatan merupakan antara sektor terpenting dalam perkembangan ekonomi negara. Sektor ini memerlukan banyak tenaga buruh yang kebanyakannya buruh tempatan dan juga buruh yang diimport. Mereka dibayar upah antara RM 500.00 hingga RM 700.00 sebulan.

Bilangan pekerja di kilang memproses ikan laut kepada bebola ikan dan bentuk kering adalah sebanyak 9145 orang pada tahun 2008 dan meningkat sebanyak 408 orang pada tahun berikutnya. Di kilang nanas, pekerja yang mengetin nanas sebanyak 7960 orang pada tahun 2008 dan bertambah sebanyak 390 orang pada tahun berikutnya. Pada tempoh yang sama, bilangan pekerja yang mengilang tepung adalah sebanyak 8615 orang dan bertambah kepada 8890 orang pada tahun berikutnya. Bilangan pekerja yang terlibat dengan pemprosesan minyak daripada sayur-sayuran adalah sebanyak 11900 orang pada tahun 2009 setelah bertambah sebanyak 667 orang berbanding tahun sebelumnya, dan pekerja di kilang padi adalah sebanyak 12669 orang pada tahun 2008 dan bertambah sebanyak 406 orang pada tahun berikutnya.

Permintaan yang menggalakkan terhadap ikan yang telah diproses menyebabkan pertambahan bilangan pekerja memproses ikan. Pada tahun 2010, bilangan pekerja memproses ikan laut telah bertambah sebanyak 6.312% berbanding tahun sebelumnya. Bilangan pekerja yang terlibat dalam memproses tepung juga telah meningkat kepada 9218 orang pada tahun 2010 iaitu peningkatan sebanyak 603 orang berbanding tahun 2008. Bilangan pekerja di kilang mengetin nanas juga telah bertambah sebanyak 790 orang pada tahun 2010 berbanding tahun 2008. Pada tahun 2010, peningkatan hasil padi juga telah mendorong kilang padi menambah bilangan pekerjanya kepada 13517 orang dan bilangan pekerja di kilang memproses minyak sayur-sayuran juga telah bertambah sebanyak 280 orang berbanding tahun sebelumnya.

Pada tahun 2008, upah terbanyak diraih oleh pekerja pertanian ialah pengilang padi sebanyak RM 7.4 juta, manakala purata upah keseluruhan semua sektor yang terlibat hanyalah RM 6.97 juta. Pada tahun berikutnya, purata upah semua sektor telah meningkat sedikit kepada RM 7.26 juta iaitu lebih sedikit berbanding purata upah pekerja mengilang tepung sebanyak RM 7.11 juta. Pada tahun 2010, purata upah mengilang padi masih yang tertinggi iaitu RM 7.43 juta berbanding purata upah semua sektor adalah RM 7.39 juta.

Purata upah dijangka akan terus meningkat selaras dengan pertumbuhan ekonomi yang bertambah baik dan secara tidak langsung berupaya menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Perangkaan Sektor Pembuatan Bulanan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011)

2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah perubahan indeks penting di Papan Pertama Bursa Saham Kuala Lumpur bagi tempoh yang dinyatakan.

kepada keadaan pasaran saham di seluruh dunia terutamanya Amerika Syarikat. Petunjuk utama pasaran saham Kuala Lumpur ialah indeks komposit. Secara purata, Indeks Komposit berada pada paras 890 mata pada tahun 2006, meningkat sebanyak 50 mata pada tahun berikutnya. Pada tahun 2008, Indeks Komposit mencecah ke paras 1050 mata, tetapi menurun sebanyak 65 mata pada tahun berikutnya. Pada tahun 2010, Indeks Komposit mencecah 1230 mata dan diangarkan meningkat sebanyak 120 mata pada tahun 2011.

Indeks Emas pula menunjukkan peningkatan yang sederhana iaitu daripada paras 245 mata pada tahun 2006 meningkat ke paras 260 mata pada tahun 2007. Pada tahun 2008, Indeks Emas telah meningkat sebanyak 55 mata berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2009, Indeks Emas telah menurun sedikit sebanyak 20 mata berbanding tahun sebelumya. Pada tahun 2010, Indeks Emas telah meningkat semula sebanyak 65 mata dan dianggarkan meningkat sebanyak 40 mata lagi pada tahun 2011.

Indeks Perindustrian pada tahun 2007 telah meningkat sebanyak 75 mata berbanding 1516 mata pada tahun 2006. Pada tahun 2008, Indeks Perindustrian terus bertambah menjadi 1680 mata. Pada tahun 2009, Indeks Perindustrian merosot sedikit sebanyak 125 mata berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2010, Indeks Perindustrian telah meningkat semula sebanyak 165 mata berbanding tahun sebelumnya dan pada tahun 2011 dianggarkan meningkat kepada 1850 mata.

Indeks Kewangan pula bertambah sebanyak 75 mata pada tahun 2007 daripada paras 2605 mata pada tahun 2006. Pada tahun 2008, Indeks Kewangan terus bertambah ke paras 2740 mata tetapi merosot sedikit sebanyak 80 mata pada tahun 2009 berbanding tahun sebelumnya. Indeks Kewangan meningkat semula sebanyak 95 mata pada tahun 2010 dan dianggarkan terus meningkat lagi sebanyak 87 mata pada tahun 2011 menjadi 2842 mata.

Indeks Harta dan Indeks Perladangan mengalami prestasi naik turun sepanjang enam tahun. Pada tahun 2006, 2007, dan 2008 Indeks Harta telah mencapai paras 2550 mata, 2660 mata, dan 2740 mata. Indeks Perladangan pula berada pada paras 2765 mata pada tahun 2006 dan terus bertambah menjadi 2870 mata dan 2986 mata untuk dua tahun berikutnya. Pada tahun 2009, Indeks Harta dan Indeks Perladangan merosot sedikit menjadi 2690 mata dan 2910 mata. Pada tahun 2010, Indeks Harta meningkat semula ke paras 2815 mata, manakala Indeks Perladangan meningkat sebanyak 80 mata. Indeks Harta dan Indeks Perladangan dijangka terus meningkat menjadi 2898 mata dan 3050 mata pada tahun 2011

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)

Malaysia : Bilangan Pekerja Am dalam Sektor Pembuatan Berasaskan Makanan dan Purata Upah pada Tahun 2008 hingga 2010.

Tahun Sektor Pembuatan

Bilangan Pekerja (orang)

2008 2009 2010

Memproses Ikan Laut 9145 9553 10156

Mengetin Nanas 7960 8350 8750

Mengilang Tepung 8615 8890 9218

Minyak Sayur-sayuran 11233 11900 12180

Mengilang Padi 12669 13075 13517

Purata Upah (RM/Juta) 6.97 7.26 7.39

(Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Perangkaan Sektor Pembuatan Bulanan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011)

Malaysia :Jumlah Indeks-Indeks Penting Papan Pertama Bursa Saham Kuala Lumpur bagi Tahun 2006 hingga Anggaran Tahun 2011

Indeks Tahun(Mata) 2006 2007 2008 2009 2010 Anggaran 2011 Komposit 890 940 1050 985 1230 1350 Emas 245 260 315 295 360 400 Perindustrian 1516 1591 1680 1555 1720 1850 Kewangan 2605 2680 2740 2660 2755 2842 Harta 2550 2660 2740 2690 2815 2898 Perladangan 2765 2870 2986 2910 2990 3050 Jumlah 10571 11001 11511 11095 11870 12390

(Sumber: Dipetk dan diubahsuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)

Dalam dokumen SET Soalan PA Bahagian B Penggal 2 (Halaman 23-42)

Dokumen terkait