Gambar 2
2. Kamil _____________ melalui tingkap rumahnya kerana terdengar suara orang memanggilnya.
A. mengintai B. meninjau C. menjenguk D. mendongak
3. Keindahan sawah yang luas terbentang itu __________ sesiapa sahaja yang berkunjung ke situ.
A. memukau B. menghijau C. merisaukan D. membosankan
4. Ayah ____________ bahu adik sambil memujinya.
A. menumbuk-numbuk B. mengetuk-ngetuk C. memijak-mijak D. menepuk-nepuk
Soalan 5 berdasarkan Gambar 4
Gambar 4
5. Cikgu Yuhana berjalan ke bilik guru sambil ___________ buku.
A. membimbit B. memegang C. mengelek D. menjinjing
6. Cikgu Asmah _______________ senyuman yang manis kepada Laily Lee.
A. menyampaikan B. menunjukkan C. menghulurkan D. mengukirkan
7. Mak Minah _______ kuih pau di dalam sebuah periuk.
A. menanak B.merebus C. mengukus D. menggoreng
8. Ibu ayam sedang ____________ telur di dalam reban ayam.
A. melulur B.mengeram C. menternak D. menduduki
9. Bagi memudahkannya memanjat pokok kelapa itu, Amri __________batangnya dengan parang.
A menakik B mengerat C menghiris D menggaris
10. Kerajaan sentiasa berusaha untuk __________kemiskinan tegar dalam kalangan rakyatnya.
A menghalang B membuang C membasmi D membaiki
11. Bangunan yang __________langit itulah yang menjadi kebanggaan Malaysia. A mencengkam B menyentuh C memegang D mencapai
12. Kerja-kerja...padi daripada tangkainya dilakukan dengan mesin. A menanggalkan B memencilkan C meleraikan D menjauhkan
13. Strategi...budaya lepak dalam kalangan remaja akan dibincangkan dalam mesyuarat itu.
A menahan B menangani C melupuskan D memberhentikan
14. Si Tompok ...daun pintu kerana hendak keluar. A mengais B mengorek C mencakar D mengambus
15. “Daging ini hendaklah...sehingga lumat, “ kata ibu kepada Suzana. A ditetak B dihiris C dikerat D dicencang
16. Pasukan kami akan mengikuti ekspedisi...hutan belantara. A meredah B memintas C merempuh D meneroka
17. Posmen itu ...sepucuk surat kepada Hazlina. A menyerahkan B meletakkan C melepaskan D mengeluarkan
18. Dia berjalan dengan hati-hati di atas batas supaya tidak...ke dalam sawah.
A terjerumus B tertolak C terjerut D terjunam
Soalan 19 berdasarkan Gambar 5
Gambar 5
19. Kapal terbang yang mengalami kerosakan kecil itu berjaya ___________________ dengan selamatnya.
A. berlabuh B. belayar C. berlepas D. mendarat
20. Orang asli mahir _______________ kayu bagi menghasilkan patung.
A. mengerat B. mengukir C. menebuk D. menakik
Soalan 21 berdasarkan Gambar 7
Gambar 7
21. Baju yang baru dibasuh itu ____________ pada ampaian.
A. digantung B. disidai C. disangkut D. diletakkan
22. Kereta pacuan empat roda itu cuba ___________ anak sungai yang deras airnya. A. mengharung B. melintas C. menyeberang D. melalui
23. Sekumpulan pencuri telah ____________ rumah itu untuk mencari barangan berharga.
A. menyelerak B. memunggah C. mencuri D. menggeledah
24. Vivian jalan ___________ kerana kakinya luka terkena kayu ketika bermain tanpa berkasut.
A. berjengket B. berjinjing C. berbimbit D. berlenggang
25. Kakak sibuk __________ ketupat di dapur menjelang Hari Raya Puasa. A. menyirat B. mengupas C. menjala D. menganyam
Praktis 2
mengamalkan dilakukan memperoleh diperlukan melahirkan diambil meningkatkan menyelesaikan
Kadar obesiti dalam kalangan remaja semakin meningkat. Langkah-langkah segera perlu ____________untuk mengatasi masalah obesiti. Antaranya ialah mengamalkan cara hidup aktif bagi ____________ kadar pembakaran kalori dalam badan seperti aktiviti bersenam. Selain itu, pemeriksaan doktor hendaklah ___________dengan lebih kerap terutamanya bagi remaja yang mempunyai sejarah keluarga berisiko tinggi. Malahan, remaja hendaklah
_________________ pemakanan seimbang iaitu memastikan badan _______________ khasiat yang diperlukan iaitu protein, karbohidrat, vitamin C, dan sebagainya. Pembudayaan amalan ini dapat _________________ masalah obesiti bagi melahirkan remaja sihat. ( 5 markah )
Praktis 3
Garisi Kata Kerja yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.
1. Bau ikan yang hanyir itu dapat dihidu oleh adik di ruang tamu.
2. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak akan merasmikan majlis yang mulia ini. 3. Projek penyelidikan itu akan melibatkan beberapa buah institusi tempatan.
4. Majlis pelancaran model baharu keluaran Proton itu diraikan secara gilang-gemilang. 5. Harap kita akan berjumpa lagi pada suatu hari nanti.
Latihan 1
Isi tempat kosong dengan jawaban yang paling sesuai.
1 Tabiat suka membaca seharusnya __________sejak kecil lagi.
A. dipupuk B. pupukan C. memupuk D. memupukkan
2 Ahli nujum itu sedang ___________raja di balairung seri.
A. dihadapi B. terhadap C. berhadap D. menghadap
3 Pada hari _________, keluarga kami sering menjenguk datuk dan nenek kami di kampung.
A. lepasan B. melepas C. berlepas D. kelepasan
4 Minggu Bahasa Melayu telah ______________oleh Guru Besar.
A. merasmikan B. dirasmikan C. merasmi D. perasmian
5 ______________yang dilakukan oleh pemain bola sepak itu sungguh menarik. A. Jaring B. Jaringan C. Penjaring D. Menjaringkan
6 Encik Borhan telah banyak menempuh pahit maung dalam kehidupannya sebelum ________seorang usahawan yang berjaya.
7 __________bukit itu mengambil masa selama dua jam.
A. Pendakian B. Terdaki C. Pendaki D. Dakian
8 Rahman dan Sani ___________apabila mendengar bunyi letupan yang kuat. A. pandangan B. memandang C. pemandangan D.berpandangan
9 Murid-murid perlu berdisiplin supaya proses pengajaran dan __________lebih berkesan.
A. belajar B. pelajaran C. pembelajaran D. pelajar
10 Siaran langsung Kejohanan Badminton Piala Thomas yang ditayangkan melalui TV3 itu mendapat _________daripada Syarikat Insurans Kurnia.
A. tajaan B. penaja C. menaja D. penajaan
11 _________perjalanan, kami dapat melihat pemandangan pantai yang indah. A. Berpanjangan B. Memanjang C. Sepanjang D. Panjangan
12. Ashraf amat sedih kerana kasut sekolahnya sudah buruk dan tidak __________pada tahun ini.
13. Encik Azli menikmati makan malam bersama-sama keluarganya agar dapat _________hubungan antara ahli keluarga.
A. keeratan B. pengerat C. mengeratkan D. dieratkan
14. Ibu mengutip manik yang jatuh _________di atas lantai itu.
A. taburan B. bertaburan C. menabur D. tertabur
15. Para peserta larian sedang ____________diri di kaunter pendaftaran.
A. mendaftarkan B. pendaftaran C. didaftarkan D. berdaftar
16. Tukang jahit itu menjahit baju pelanggannya dengan ________yang halus dan kemas. A. penjahit B. menjahit C. dijahit D. jahitan
17. “Encik boleh _________ lesen pemandu selama setahun, tiga tahun atau lima tahun,” kata kerani itu kepada Encik Azhar.
A. pembaharu B. pembaharuan C. kebaharuan D. membaharui
18. __________saham yang melabur dengan bank itu telah menerima dividen masing-masing. A. Berpegangan B. Memegang C. Pegangan D. Pemegang
19. Pelepasan asap dari kilang simen itu _______udara di sekeliling kawasan. A. pencemaran B. pencemar C. mencemarkan D. dicemari
20. __________para peserta untuk mengikuti kursus yang diadakan itu adalah pada bulan Jun. A. Termasuk B. Kemasukan C. Dimasukkan D. Memasukkan
Latihan 2
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberikan.
menjalankan mengadakan memajukan melahirkan menggunakan menghasilkan
Penduduk Kampung Pianggu _________________masa yang terluang untuk
membuat kerja-kerja yang berfaedah. Ada yang bercucuk tanam di belakang rumah. Jadi, mereka tidak perlu membeli sayur-sayuran di pasar. Selain itu, ada juga penduduk yang __________________perusahaan secara kecil-kecilan seperti memproses ubi kayu dan __________________kraf tangan daripada bahan terbuang. Penduduk Kampung Pianggu sentiasa berusaha _____________kampung mereka.
Petikan 1 (N0. 24)
Kepada : [email protected] Daripada : [email protected]
Subjek : Pengalaman Berkhemah di Hutan Lipur Ulu Yam
Hai, Liana! Tujuan saya menghantar e-mel kali ini adalah untuk bercerita tentang
pengalaman saya bersama 34 orang ahli pengakap yang lain berkhemah di Hutan Lipur Ulu Yam pada minggu lepas.
Sebelum bertolak ke tapak perkhemahan, kami berkumpul di kantin untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Cikgu Hassan, selaku guru pengiring. Setelah itu, barulah kami bertolak dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas. Kami beratur dengan tertib dan tidak bertolak-tolakan sewaktu menaiki bas bagi mengelakkan sebarang kemalangan.
Kami tiba di sana pada pukul 10.00 pagi. Kami terus menjalankan tugas masing- masing dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Ada yang memasang khemah, mencari kayu api, mengambil air dan memasak makanan.
Pada sebelah petang pula, kami berkawad dan meredah hutan. Menjelang malam, kami membuat unggun api dan menyaksikan persembahan yang disampaikan oleh setiap kumpulan.
Pada hari terakhir perkhemahan, kami mengemas tapak perkhemahan sebelum pulang. Kami mengutip sampah sarap yang ada di sekitarnya. Selepas itu, barulah kami pulang. Kami sangat berpuas hati kerana perkhemahan ini berjalan lancar.
Rasanya, setakat ini sahaja coretan saya pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi dalam e-mel yang akan datang. Terima kasih.
a. Perkataan taklimat dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan
_______________________________________________________________
b. Mengapakah peserta perkhemahan tidak bertolak-tolakan sewaktu menaiki bas?
__________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________
(2 markah)
c. Apakah yang dilakukan oleh peserta perkhemahan pada sebelah petang hingga malam?
__________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________
(2 markah)
d. Adakah wajar mereka mengutip sampah di kawasan perkhemahan sebelum pulang? Mengapa? __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ _________________________________________ (3 markah) Petikan 2 (N0 25)
Mari belayar ke Selat Sunda, Bawa bersama puteri jauhari; Hidup tiada ilmu di dada,
Pasti menyesal kemudian hari. Tengah hari memetik kelapa, Ambil airnya untuk dirasa; Ibu dan bapa jangan dilupa, Kelak hidup aman sentosa. Elok digilap cincin suasa,
Digilap dayang sehabis daya; Hormati guru setiap masa, Hidup pasti akan berjaya. Petang hari menumbuk padi, Disambar pipit isinya kurang; Selagi hidup biarlah berbudi, Kelak nanti dikenang orang.
a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?
__________________________________________________________________________ ____________________________________________________
(2markah) b. Apakah yang perlu kita lakukan terhadap guru?
________________________________________________________________ ________________________________________________________________
(2 markah)
c.Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan (x) bagi pernyataan yang salah berdasarkan pantun tersebut.
Melupakan ibu bapa untuk hidup sentosa
Hidup berjaya dengan menghormati guru
(1 markah)
Selagi hidup biarlah berbudi, Kelak nanti dikenang orang.
d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas. ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________ (3 markah)
Imbuhan Pinjaman
Latihan 11. ___________itu telah menyatakan persetujuannya untuk membiayai kos pembinaan masjid di kampung kami.
A. Budiman B. Hartawan C. Sukarelawan D. Angkasawan
2. Antara punca kegagalan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ialah mereka tidak menguasai __________dengan baik.
A. tatasusila B. tatakerja C. tatabahasa D. tataetika
3. Marina yang ___________itu bekerja sebagai pramugari di Air Asia.
A. jutawan B. jelitawan C. mahasiswi D. budayawan
4. Tindakan __________boleh dikenakan kepada pegawai yang tidak bertanggungjawab. A. tatabahasa B. tatasusila C. tatacara D. tatatertib
5. Pelancong haruslah mematuhi ____________berpakaian ketika melawat ke Masjid Putrajaya.
A. tatacara B. tataetika C. tatatertib D. tatasusila
6. Manusia zaman ___________ mempunyai taraf hidup yang rendah.
A. prakata B. prasejarah C. poliklinik D. politeknik 7. Abang berjaya melanjutkan pelajarannya ke _____________.
A. prasekolah B. Prasejarah C. poliklinik D. politeknik
8. Lukisan itu dikurniakan oleh _____________China kepada Sultan Mansor Shah.
9. Jasa __________yang memperjuangkan kemerdekaan negara wajar dihargai.
A. negarawan B. ilmuwan C. cendekiawan D. olahragawan