Markus 1:30-34; Lukas 4:38-40
Sebagaimana kitab suci berkata, “orang buta melihat.”
Anak perempuanmu sudah boleh melihat sekarang.
Ayah, apakah itu engkau?
O, ayah, aku tidak pernah melihat engkau,
tetapi engkau lebih kacak dari apa yang
aku bayangkan.
Yesus dan murid-murid-nya turun ke yerusalem semasa perayaan, dan dia
mengajar di bait suci.
Apabila
seseorang mengutuk engkau, janganlah balas mengutuknya, tetapi berdoalah kepadanya agar dia diberkati. Layanilah orang lain
seperti engkau ingin dilayani jika engkau berada di
tempat mereka.
Jikalau seseorang mengkhianatimu hendaklah
engkau memaafkannya.
Engkau akan diberkati jika memiliki hati yang suci, engkau
akan melihat allah. Jika engkau menjadi pendamai,
engkaulah yang paling diberkati.
Kamu sudah dengar tentang apa yang dikatakan
mereka pada masa lampau bahawa engkau harus mengasihi rakanmu
dan membenci musuhmu, tetapi aku berkata kepadamu sepatutnya kasihilah musuhmu dan
berbuatlah baik kepada mereka.
Bagaimana
pula mata ganti mata dan gigi ganti gigi?
Jika seorang
menampar pipi kananmu,
berilah pipi kirimu juga. Janganlah bersifat bengis. Jika melihat
jiranmu memerlukan kot dan engkau mempunyai dua kot, berilah kepadanya yang satu. Jika dia lapar, berilah dia
makanan. Bapamu yang di syurga melihatnya dan memberkati
engkau.
Engkau telah mendengar jangan membunuh, tetapi aku berkata kepadamu jika engkau marah kepada saudaramu tanpa alasan,
engkau akan dihakimi allah.
Matius 5:8, 21-22, 38-44, 6:12; Markus 1:34; Lukas 4:40
Engkau telah mendengar jangan berzina, tetapi aku berkata
kepadamu jika engkau memandang seorang wanita dan bernafsu padanya, engkau sudah
berzina dalam hati.
Pemimpin agama kelihatan baik secara
luaran, tetapi penuh kemungkaran secara
dalaman.
Mereka seperti kubur yang dicat putih. Di luar kelihatan baik tetapi di dalam penuh dengan tulang manusia.
Jika engkau tidak benar lebih dari mereka, engkau tidak akan dapat
masuk ke dalam kerajaan-ku.
Terdapat jalan yang luas yang membawa kepada
kebinasaan dan ramai orang yang
pergi ke situ.
Akulah pintu ke syurga.
Jika engkau memasukinya melalui aku, engkau akan mendapat hidup yang kekal. Jika engkau pergi ke
jalan yang lain, engkau akan mati oleh dosa-dosamu.
Mengapa
engkau menyembuhkan orang pada hari sabat?
Musa memerintahkan untuk tidak bekerja
pada hari sabat.
Bapa-ku
mengutus aku ke dunia untuk melakukan
pekerjaan-nya. Aku hanya melakukan
pekerjaan yang disuruh-nya.
Engkau
menyamakan diri-mu dengan allah. Itu penghujatan, boleh
dihukum mati!
Kehendak bapa di syurga
adalah semua manusia hendaklah menyembah dan menghormati anak
seperti kepada bapa.
Akan tiba masanya orang yang berada di dalam kubur
mendengarkan suara-ku dan bangkit dari kematian, sebahagian mereka
akan hidup kekal dan sebahagian lagi menerima hukuman kekal.
Sungguh dia adalah mesias. Pertama dengan
mukjizat dan sekarang dengan dakwaan yang
berani.
Dia berbeza dengan pemimpin agama yang lain. Dia bercakap dengan berwibawa. Aku risau mereka
akan membunuh-nya.
Aku harus pergi beritahu
isteriku.
Matius 5:27-28, 7:13-14, 28-29, 23:27-28;
Yohanes 5:18-19, 23, 29-30, 14:6
Tuan, ada seorang ahli farisi di sini hendak
bertemu dengan-mu.
Dia adalah seorang pemimpin yahudi, orang
terkemuka.
Mengapakah dia datang malam-malam
begini? Adakah dia malu dilihat bertemu
dengan yesus?
*seorang ahli mazhab yahudi kuno yang terkenal dengan ketaatan yang ketat kepada tradisi yahudi.
Aku akan pergi bercakap dengannya secara
persendirian.
Tuan, kami pemimpin
yahudi tahu engkau seorang guru yang datang dari allah,
kerana tidak ada seorang pun yang dapat melakukan
mukjizat kecuali allah menyertai-nya.
Melainkan engkau dilahirkan semula engkau tidak akan melihat kerajaan
allah.
Adakah engkau
memberitahuku bahawa aku harus masuk ke dalam rahim
ibuku dan keluar untuk kedua kalinya?
Tidak, daging melahirkan daging dan roh melahirkan roh. Nikodemus, dengarlah apa
yang aku katakan kepadamu.
Engkau harus dilahirkan semula.
Bagaimana kelahiran baru
ini datang?
Kelahiran rohani yang aku
katakan itu adalah misteri seperti angin, tetapi kita mengalaminya sama
sahaja. Engkau harus mengalami kelahiran dari atas ini jika hendak
masuk ke dalam kerajaan allah.
Sebagaimana musa meninggikan
ular di padang gurun, demikian aku
harus ditinggikan.
Bilangan 21:5-9;
Yohanes 3:1-14
Tetapi mereka mati digigit ular kerana dosa mereka terhadap
allah. Ketika mereka memandang ular tembaga itu mereka
segera sembuh.
Ya, dan juga sekarang semua
manusia mati kerana dosa gigitan ular. Tetapi kali ini aku akan diangkat agar semua
manusia melihat. Sebagaimana di padang gurun mereka telah
digigit oleh ular dilepaskan dengan melihat ular tembaga,
mereka yang digigit dosa akan mencari pelepasan
dengan percaya kepada-ku.
Kerana allah sangat
mengasihi dunia ini, sehingga dia memberikan anak tunggal-nya, agar semua yang percaya kepada-nya tidak
binasa, tetapi mendapat hidup kekal, tetapi mereka yang tidak percaya
sudah dikutuk.
Yohanes 3:14-18
Jadi engkau mengatakan bahawa kelahiran baru itu adalah satu-satunya penawar dosa, dan engkau akan ditempatkan
pada tiang untuk menyediakan pelepasan.
Bilakah kelahiran baru ini akan
berlaku?
Selepas aku diangkat agar
semua orang melihat-ku.
Orang samaria tinggal di antara yerusalem dengan galilea. Yahudi mengelak ada hubungan dengan samaria, mereka
tidak akan melalui bandar samaria, kerana
mereka percaya orang samaria sudah tercemar
rohaninya. Suatu hari yesus mengejutkan
murid-murid-nya dengan berkata:
Mari, aku harus pergi melalui
samaria.
Tuhan, mereka
adalah najis dan jahil!
Mereka miskin dan tidak bermoral.
Ianya kehendak bapa aku harus pergi
ke samaria.
Kira-kira waktu tengahari mereka tiba di sebuah perigi
di luar bandar.
Apakah engkau akan
menunggu seorang diri
di sini?
Pergilah ke dalam bandar dan beli daging. Aku akan
tunggu di perigi ini.
Ya, aku
harus melakukan pekerjaan bapa-ku.
Yesus letih, dahaga dan lapar.
Walaupun pada masa itu bukanlah masa seorang perempuan datang ke
perigi, seorang perempuan samaria
datang menimba air di perigi itu. Yohanes 4:1-8
Bolehkah engkau memberikan aku minum
dari kendimu itu?
Ha! Mengapa engkau seorang yahudi meminta
minum dariku, seorang perempuan samaria? Sefikirku
yahudi tidak boleh bergaul dengan kami.
Jika engkau tahu
anugerah allah dan siapa aku, engkau boleh meminta
kepada-ku dan akepada-ku akepada-ku akan berikan engkau air hidup.
Engkau menawarkanku air? Engkau tidak mempunyai timba dan pergi ini sangat dalam.
Di manakah engkau mendapatkan air hidup itu?
Ketika engkau minum air perigi ini engkau masih akan dahaga.
Air yang aku tawarkan kepadamu berada di dalam
jiwamu sebagai mata air hidup yang kekal abadi.
Berikanlah aku air hidup itu akan aku tidak
akan dahaga lagi.
Pergilah paanggil suamimu dan aku akan beritahu engkau
tentang air ini.
Aku tidak mempunyai
suami.
Engkau sudah
mempunyai lima suami, tetapi lelaki yang tinggal bersamamu
sekarang bukanlah suamimu.
Pasti engkau adalah nabi kerana
mengetahui dosa tersembunyiku.
Engkau orang yahudi
menyembah di yerusalem dan nenek moyang kami menyembah
di gunung ini. Manakah gunung sepatutnya tempat untuk
menyembah?
Allah adalah roh.
Ia tidak disembah di bait suci yang dibina oleh tangan manusia. Allah mencari orang yang percaya kepada kebenaran
dan menyembah-nya dalam roh.
Kami tahu mesias
akan datang dan apabila dia datang kebenaran akan dinyatakan kepada
kami.
Engkau sedang bercakap dengan
mesias itu.
Yesus tinggal di samaria selama dua
hari dan mengajar mereka firman tuhan.