• Tidak ada hasil yang ditemukan

BERTARUNG DENGAN MAYAT Aki Jusuh sudah berjanji dengan Mat Noh

Dalam dokumen Tuk Awang Ngah Siri 41 - 60 (Halaman 121-126)

dan Tapa Cengkot pagi-pagi subuh akan masuk ke hutan cari manau. Kalau lambat pergi bimbang pula akan balik lewat. Tempat yang mereka hendak tuju jauh ke tengah hutan, bukannya di kawasan yang berhampiran dengan kampung.

Mat Noh dan Tapa Cengkot juga bersetuju pergi cepat sedikit. Pagi-pagi subuh mereka mesti bertolak. Aki Jusuh sudah mengingatkan isterinya Nenek Ipah supaya bangun awal siapkan bekalan makanan.

Ketika pagi masih samar-samar, selepas saja sembahyang subuh mereka bertiga pun bertemu di kepala simpang. Mereka terus menuju ke kawasan hutan dengan penuh harapan akan dapat menemui banyak pokok manau. Kawasan hutan yang berdekatan sudah tidak ada lagi manau atau rotan. Sebab itu mereka terpaksa masuk jauh sedikit ke dalam hutan.

Diantara mereka bertiga itu, Aki Jusuhlah yeng lebih memahami selok belok jalan di dalam hutan tersebut. Dia memang selalu masuk ke hutan berburu bersama pemburu-pemburu Cina Kadangkala Tuan DO orang putih iuga suka mengajak dia berburu di hutan.

Ketika ini ialah zaman pemerintahan orang putih sebelum merdeka lagi. Ketika ini hutan masih belum diganggu oleh suasana pembangunan lagi. Binatang-binatang hutan juga masih belum diganggu. Kadangkala baru saja masuk ke hutan sudah bertemu dengan pelanduk.

Tidaklah seperti selepas negara mencapai kemerdekaan. Untuk memerangkap landak pun susah. Binatang-binatang ini boleh dikatakan pupus akibat kebun-kebun yang baru diteroka telah ditabuh racun. Malah apabila pekebunpekebun menyembur racun hijau, seminggu kemudian akan ditemuilah bangkai-bangkai landak, pelanduk dan lain-lain terbongkang.

Boleh dikatakan masa ini datuk saya, Aki Jusuh itulah yang dikira pemburu terkenal di kampung kami. Sebab itu kalau ke hutan orang lebih suka mengajaknya bersama. Lebih kurang jam 10 pagi, mereka bertiga sampai di tengah hutan yang jauh dari pinggir kampung. Aki Jusuh berjalan di hadapan sekali. Mereka bercadang untuk berpecah apabila sampai ke satu anak air. Tetapi anak air yang dicari tidak ditemui lagi

Aki Jusuh juga merasa heran kerana dia tidak dapat memberi pedoman di dalam hutan tersebut. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk mencari manau secara berkongsi saja. Caranya ialah mereka tidak berpecah untuk mencari manau berkenaan. Sebaliknya mereka sama-sama mencari, kemudian dibahagi tiga saja..

"Kalau kita berpecah, takut tak berjumpa lagi..." Aki Jusuh mengingatkan.

"Be

Noh "Kalau Abang Jusuh sendiri dah tak dapat pedoman jalan, apa lagilah kami berdua. Sesat barat pula kita tengah hutan ni" dia menyatakan rasa bimbangnya.

119 Tapa Cengkot pula menyampuk

Sebenarnya Mat Noh dan Tapa Cengkot memang takut tersesat jalan. Kalau Aki Jusuh ada bersama mereka tidaklah bimbang sangat sekalipun tersesat. Dengan adanya Aki Jusuh, semangat mereka keras sedikit.

Aki Jusuh bukan saja terkenal sebagai seorang pemburu yang sering masuk ke hutan, tetapi juga seorang pendekar. Pernah juga diceritakan tentang Aki Jusuh terserempak seekor ular alai (ular tedung selar), semasa dia hendak pergi menebas.

Disebabkan terlalu marah kerana terkejut, Aki Jusuh lalu bertempik, "Celaka kau alai, kalau nak cari geruh tunggu aku balik dari menebas!"

Nenek Ipah yang ada bersama mengingatkan fasal terlepas cakap tu. "Tak patut awak cakap dengan alai macam tu. Alai kuat pegang janji' jelas Nenek Ipah. Kata-kata Nenek Ipah itu tidak disahut oleh Aki Jusuh. Hatinya masih marah akibat terkejut apabila terserempak ular alai melintas.

Semasa dia balik dari menebas kira-kira 12.00 tengah hari, Nenek Ipah nampak ular sudah menunggu di tengah jalan tempat mereka terserempak pada sebelah paginya. Kepala ular menjulur tegak setinggi orang berdiri. Kulitnya bertambah merah disinari cahaya matahari. Kata orang ular alai biasanya akan mematuk pada bahagian ubun-ubun saja. Jarang orang terselamat kalau sudah dipatuk ular alai ini. "Hah, alai tu nampaknya tak mungkir janji... Nenek Ipah ketakutan. Dia nampak kepala ular itu melenggok-lenggok macam sulur keladi ditiup angin.

Aki Jusuh mengeluh pendek. Tetapi dia sudah nekad untuk menghadapi ular berkenaan. Mahu tidak mahu dia terpaksa juga berhadapan dengan ular tersebut.

"Ohhhh, kau nak cari geruh juga ye. Kalau begitu kau lepaskan dulu bini aku balik..."Aki

Jusuh bercekak pinggang sambil meraba-raba ulu parangnya.

Macam memahami cakap Aki Jusuh, ular alai itu menjalar jauh dari tengah jalan. Nenek Ipah pun cepat-cepat melintas untuk balik ke rumah. Dalam hatinya sudah terniat untuk memanggil orang kampung minta pertolongan.

Ular itu tidaklah besar sangat. Hanya sebesar Iengan saja besar lilitannya. Tetapi apabila dia mengembangkan leher kelihatan terlalu garang dan menggerunkan

Setelah Nenek Ipah melintas tiba-tiba saja ular itu berada semula di tengah jalan. Kepalanya menjulur tegak setinggi Aki Jusuh. Nenek Ipah tidak mahu melihat ke arah belakang lagi. Dia terus berlari balik ke kampung meminta pertolongan "Kalau kau dah berniat buruk, aku pun berniat buruk juga!" jerkah Aki Jusuh menghunus parang. Dia menunggu saja ular itu menerkam ke arahnya.

Semacam mengerti segalanya, ular itu terus menerkam sebaik saja Nenek Ipah pergi jauh. Aki Jusuh pula mengelak sambil mencari peluang untuk menetak kepala ular berkenaan. Lazimnya parang orang pergi menebas memang tajam berkilat. Kalau memangkas buluh kering, sekali tetak pun boleh putus. Sebab itu dia berligar-ligar mencari peluang untuk menetak ke arah kepala ular itu. Sekali sekala dia menyerbu juga sambil menghayunkan mata parangnya. Tetapi setiap kali dia menyerbu, terasa mata parangnya singgah pada kepala ular Setiap kali pula ular berkenaan bangun semula mengangkat kepala.

Hampir Setengah jam dia berligar-ligar mahu memerangkap ular alai yang ganas itu, orang-orang kampung sudah datang berkumpul di situ. Masing-masing membawa buluh panjang, parang dan lembing untuk membantu. Sebaik saja diberitahu oleh Nenek Ipah, mereka cepat-cepat ke situ.

120 Semasa orang-orang kampung sampai, Aki Jusuh masih berligar-ligar juga. Sekali sekala ular alai menyerbu. Setiap kali ular berkenaan menyerbu, setiap kali juga Aki Jusuh berjaya mengelak. Kemudian orang-orang kampung nampak Aki Jusuh memangkas hingga putus kepala ular Tetapi secepat kila pula ular itu bangun semula menegakkan "Huh ini ular dah masuk kesampukan...." Bisik salah seorang dari mereka.

"Kalau kita pukul dengan buluh pun tak memberi kesan" yang lain pula mengingatkan.

Dalam pada itu mereka mendengar Aki Jusuh melaung ke arah mereka. "Jangan ganggu nanti awak semua dapat geruh. Biar aku saja..." dia mengingatkan berulang kali. Orang-orang kampung tidak jadi mahu membantu Aki Jusuh. Mereka hanya memerhatikan sahaja Aki Jusuh tercungap-cungap mengelak dari serbuan ular alai berkenaan. Peluh kelihatan memercik di segenap tubuh Aki Jusuh. Namun dia terus juga berligar-ligar menentang lawannya.

Kira-kira masuk waktu zohor, Aki Jusuh tetap dapat mengelakkan diri dari serbuan ular alai itu. Bajunya memercik darah akibat tetakan-tetakan yang tepat ke kepala ular. Anehnya, ular itu tidak juga tersungkur sekali pun kelihatan pada orang ramai kepalanya terpelangling ke tanah akibat dipangkas Aki Jusuh.

Setelah puas memangkas dan menetak akhirnya Aki Jusuh kelihatan bertambah letih. "Kalau macam ini menanglah awak pendekar. Mengaku kalah kami" teriak Aki Jusuh menjatuhkan parangnya ke tanah.

Ketika ini orang ramai melihat ular alai itu

macam mengangguk-ngangguk kepala.

Kemudian dia menyusupkan kepalanya ke celah belukar, lalu hilang dari pandangan. Kononnya, apa yang dialami oleh Aki Jusuh itu adalah satu pengajaran kepada dirinya terlalu takbur. Sepatutnya dia tidak boleh mencabar ular berkenaan. Apabila dia sudah mencabar ertinya

dia sudah menunjukkan sikap takbur.Sejak itu Aki Jusuh tidak lagi bersikap takbur dengan kebolehannya.

Tengah hari mereka bertiga berhenti makan di satu alir air di lereng bukit. Banyak juga mereka mendapat manau pada hari itu. Kalau dibahagi tiga, masing-masing mendapat kirakira 20 kabung seorang. (Satu kabung manau panjangnya kira-kira 15 kaki mengikut ukuran lama). Kalau satu kabung $1.50 bererti mereka sudah memperolehi $30.00. Jumlah wang $30.00 waktu itu memang jumlah yang lumayan. Tetapi bagaimanakah mahu mengangkat 20 kabung manau itu mengikut jalan darat di tengah hutan Untuk memudahkan mereka membawa balik, mestilah mencari sungai. Mereka boleh menghanyutkan kabung manau itu melalui sungai saja. Cara ini lebih mudah untuk membawanya balik.

"Lepas makan kita heretlah ikut anak air ini cari alur sungai" kata Aki Jusuh.

"Sempatkah kita balik agaknya...?" soal Tapa Cengkot. "Lambat balik pun tak apa, kalau sampai di rumah pukul sepuluh malam pun apa salahnya. Kita dah banyak dapat manau" jelas Aki Jusuh.

"Kita seruhkan perut sahut Mat Noh sambil sendawa. "Dah seruh perut, bolehlah kita ikat kabung ni. Sepuluh sebelah, senanglah kita mengheretnya....:' katanya macam memberi cadangan.

Se lepas makan mereka bertiga berihat sementara menunggu perut seruh. Aki Jusuh bersandar pada banir yang besar. Sementara Mat Noh berbaring di atas daundaun kering dengan kepala beralaskan kabung-kabung manau

Dalam masa mereka berihat-rihat itu Tapa Cengkot merasa sakit perut. Cepat-cepat dia berlari ke balik batu anak, air. Boleh jadi dia sakit perut hendak membuang air besar.

Lama dia menghilangkan diri di balik batu, tiba-tiba dia memekik meminta tolong. Aki

121 Jusuh bersama Mat Noh cepat-cepat meluru kearah Tapa Cengkot untuk memberi pertolongan. Sampai saja di sisi Tapa Cengkot, mereka dapati Tapa Cengkot menekan perut.

"Perut aku sangat sakit, bukan nak buang air besar..." rengeknya menahan kesakitan.

"Kalau begitu kita papah naik ke atas sana" perintah Aki Jusuh memandang Mat Noh. "Kita cuba-cuba jampi serapahkan, kalau-kalau dia kesampukan pula." tambahnya lalu memapah Tapa Cengkot.

Mat Noh mengangguk-ngangguk. Dia membantu Aki Jusuh memapah Tapa Cengkot naik ke tebing anak air. Kesakitan Tapa Cengkot bertambah tenat. Dia mengelupur sambil menekan-nekan perut menahan kesakitan.

"Sakitnya perut aku Abang Jusuh" rintih Tapa Cengkot terketar-ketar. Peluh banyak mengalir di dahinya.

"Bawa mengucap Tapa," bisik AM Jusuh mententeramkan perasaan Tapa Cengkot. Tetapi kesakitan itu terus mengancam Tapa Cengkot. Dia terketar - ketar menahan kesakitan tersebut. Mukanya juga sudah menjadi biru lebam akibat sakit yang datang secara mendadak.

"Mengapa Tapa...." Ulangi Aki Jusuh mengusap-ngusap dada Tapa Cengkot.

Tetapi suara Tapa Cengkot semakin lemah. Nafasnya juga bertukar menjadi lambat. Dia tidak lagi terketar-ketar menahan kesakitan, tetapi seolah-olah tercungap-cungap di tengah air berarus deras.

"Mengucap Tapa, ingatkan Allah. Ingatkan Allah,Tapa...." Kata Aki Jusuh kuat sedikit.

Dia melihat mata Tapa Cengkot semakin layu. Nafasnya semakin perlahan. Tapa Cengkot tidak lagi merintih kesakitan menahan rasa tersiksa yang menganggu dalam usus perutnya.

"Agaknya dia kena cika..." Aki Jusuh berpaling kepada Mat Noh.

Mat Noh mengeluh pendek. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Di tengah hutan jauh

dari orang ramai itu terlalu sukar, untuk mendapat pertolongan. Untuk menandu Tapa Cengkot balik bukannya mudah kerana tenaga dua orang manusia tidak mampu untuk megusung Tapa Cengkot melalui jalan hutan yang penuh dengan belukar.

"Tapa..." Mat Noh mengusap-ngusap bahu Tapa Cengkot.

Suara Tapa Cengkot sudah tidak kedengaran lagi. Nafasnya juga sudah berhenti. Mat Noh melihat Aki Jusuh menadah tangan dengan linangan air mata tergenang di pelupuk mata.

"Sudahlah Mat Noh. Sampai di sini saja nampaknya dia bersama kita" keluh Aki Jusuh menahan sebak di dada.

Mat Noh tertunduk menahan keharuan yang menusuk. "Innalillah hiwainna lillahhi rojiunn...."keluhnya terketar-ketar.

Petang sudah mula beransur tua Mereka tidak dapat mahu mengusung jenazah Tapa Cengkot untuk dibawa balik ke kampung. Jalan yang jauh melalui lereng bukit berbatu, menempuh paya, dirintangi belukar anak-anak kayu, tentunya menjadi kesukaran untuk membawa mayat itu keluar

"Beginilah Mat Noh, kau balik ke kampong meminta bantuan" ujar Aki Jusuh tenang. "Biarkan aku menunggu jenazah Tapa di sini..." katanya.

Mat Noh bersetuju balik ke kampung memberitahu kejadian yang menimpa mereka di hutan. Sebelum dia balik Mat Noh membantu Aki Jusuh mengikat jenazah Tapa Cengkot terlebih dahulu. Jenazah itu di ikat dengan rotan sega pada bahagian kaki dan tangannya.

Mengikut kepercayaan Aki Jusuh, kalau jenazah tinggal di tengah hutan mudah di ganggu oleh puaka hutan. Sebab itu mesti diikat terlebih dulu dengan rotan sega. Mat Noh tidak hiraukan sangat bagaimanakah puaka hutan itu akan mengganggu.

122 Dia sendiri ketakutan untuk balik seorang diri ke kampung. Bukan takutkan puaka hutan saja, malah dia lebih bimbangkan kalau terserempak binatang-binatang buas. Apalagi perjalanan yang jauh itu, tentu memakan masa untuk sampai ke tengah kampung. Sekurang-kurannya jam 12 tengah malam belum tentu lagi sama ada dia boleh sampai atau tidak di tengah kampung.

Sementara untuk menunggu jenazah Tapa Cengkot, lagi menakutkan dia. Selisih malaikat empat puluh empat, dia tidak berani menunggu jenazah berseorangan di tengah hutan demikian. Sudah tentu dia akan menunggu di situ semalaman.

"Kau bagi tahu semua orang, Mat Noh, Tok Ketua juga beritahu, biar dia lapur kepada OCPD. " Aki Jusuh mengingatkan dia sebelum Mat Noh melangkah pergi.

Mat Noh mengangguk kepala. Hatinya berdebar-debar juga mahu meninggalkan tempat tersebut berseorangan. Dia berharap biarlah cepat sampai ke pinggir kampung. Kalau sudah malam tidak juga dapat jalan keluar, keadaan akan bertambah gelap. Dia tidak ada membawa lampu suluh untuk menyuluh jalan.

Setelah Mat Noh pergi, Aki Jusuh pun mengerat manau sepanjang satu hasta setengah sebanyak empat kerat. Dia menjampi serapah, lalu meniupkan pada batang manau sepanjang satu hasta setengah itu. Kemudian dia berbaring pada banir pokok besar itu sambil membaca ayat-ayat Quran yang diingatnya.

Batang manau tidak sama dengan kayu-kayu keras yang lain. lanya liat dan tidak boleh patah . Sebab itulah Aki Jusuh menyediakan batang manau itu sebagai senjata mempertahankan diri, sekiranya berlaku apa-apa ancaman terhadap dirinya.

Sehingga tengah malam Aki Jusuh menunggu jenazah Tapa Cengkot, namum Mat Noh yang meminta bantuan dari orang-orang

kampung masih juga tiada kunjung tiba. Bimbang juga dia kalau Mat Noh tersesat.

Unggun api yang dipasang sejak senja masih menyala berhampiran jenazah. Setelah keadaan malam bertambah sepi, yang kedengaran hanya kuang sahut bersahut sekali sekala, tiba-tiba ribut mula bertiup kencang. Pokok-pokok kayu meliuk-liuk dipuput ribut yang menggila.

Tidak ada tanda-tanda hujan akan turun. Aki Jusuh sudah merasakan sesuatu apabila ribut bertiup kencang itu. Dia tidak berhenti membaca ayat-ayat suci al Quran. Sekali sekala dia azan berulang kali di tengah ribut kencang yang menderu -deru.

Apabila ribut berhenti, Aki Jusuh melihat ke arah jenazah Tapa Cengkot. Dia mendapati mayat itu bergerak-gerak. Aki Jusuh memang sudah menduga perkara demikian akan berlaku. Dia pun mula duduk menyilang kaki ke atas lutut sebagai seorang pendekar.

Dengan tidak membuang masa Aki Jusuh

pun mula membaca serapah ilmu

kependekarannya. Dia merasa dirinya dipenuhi dengan zikir Allah di segenap badan. Dirinya berada di dalam kalimat Allah semata-mata. Tidak ada satu apapun yang harus ditakutinya lagi.

Mayat Tapa Cengkot tiba-tiba melompat. Rotan sega sebesar kelingking yang melilit tubuhnya habis putus-putus direntap. Mata mayat juga kelihatan berapi mengerunkan. Aki Jusuh bangun membuka buah langkah silat. Dua batang manau sepanjang satu hasta setengah di pegang di kiri kanan tangannya.

"Tinggalkan Tapa disini, dia dah mati. Jangan kau ganggu dia Aki Jusuh berligar-ligar. Langkah pendekarnya semakin kukuh menghadapi musuh. "Tinggalkan Tapa, jangan kau ganggu mayat ni. Ini mayat orang Islam, jangan kau ganggu mayat orang Islam...!" kata Aki Jusuh semakin keras

123 Jenazah Tapa Cengkot terus menerkam ke arahnya. Setiap kali dia menerkam, Aki Jusuh mengelak sambil melibaskan batang manau ke kepala mayat itu Mayat itu tersungkur ke tanah, kemudian bangun semula menerkam ke arah Aki Jusuh.

"Aku kata pergi kau puaka, tinggalkan mayat Tapa di sini. Aku tak benarkan kau bawa mayat tu dari sini" seru Aki Jasuh berligar-ligar.

Mayat Tapa Cengkot terus menerkam tidak berhenti. Setiap kali dia tersungkur dibelantan Aki Jusuh, dia bangun semula menyerbu. Belantan manau yang disediakan oleh Aki Jusuh juga sudah hancur macam tebu kena mamah. Bayangkanlah batang manau yang liat itu hancur dibelantankan ke kepala mayat berkenaan!.

Aki Jusuh semakin letih mengelak dari serbuan mayat Tapa cengkot. Dia merasa dirinya semakin lemah. Namun dia tetap kuatkan semangat untuk menentang musuh. Dia akan terus melawan tidak merelakan jenazah Tapa Cengkot dibawa pergi dari situ.

Hampir subuh Aki Jusuh terus bertarung menentang puaka hutan yang sudah meresap ke dalam mayat Tapa Cengkot. Mat Noh yang balik meminta bantuan dari kampung masih belum datang juga. Akhirnya Aki Jusuh tersandar kepada pangkal pokok besar tempat dia bersandar dibanirnya siang tadi.

Mayat Tapa Cengkot menyerbu kuat ke arahnya. Mujur sempat juga Aki Jusuh mengelak sampai kakinya tersepak pada banir. Tulang ketingnya berdarah kerana melecet tersendal pada banir pokok. Apabila dia bangun semula didapatinya mayat Tape Cengkot tidak bergerak lagi. Mayat itu melekap di perdu pokok berkenaan.

"Syukur ya Allah, kau telah melindungkan aku dan mayat tak berdosa ini ..." keluh Aki Jusuh mengurut-ngurut dada.

Kawasan tempat dia bertarung dengan mayat itu kelihatan lapang macam dirempuh oleh sekawan gajah.

Paginya barulah orang-orang kampung dan dua orang polis sampai ke situ. Mayat Tapa Cengkot tidak dapat diambil kerana melekap kepada pangkal pokok kayu itu. Semua jarinya terperosok ke dalam kayu bagaikan paku diketuk dengan tukul

Orang-orang yang menyaksikan peristiwa itu semuanya mengelengkan kepala. Untuk melepaskan cengkaman tangan Tapa Cengkot yang terbenam dalam pokok kayu itu, Tok Imam telah menjiruskan air Yassin. Barulah mayat itu dapat dilepaskan dari pokok berkenaan.

Disebabkan terdapat tanda-tanda Aki Jusuh memukul Tapa Cengkot dengan belantan manau dia telah dibawa ke balai polis atas tuduhan memukul Tapa Cengkot sampai mati. Walau pun Mat Noh telah menerangkan keadaan sebenarnya, namun pihak polis belum juga puas hati.

Bagaimanapun setelah menemui Tuan OCPD berbangsa Inggeris di balai polis pegawai berkenaan puas hati dengan dengan keterangan yang diberikan oleh Mat Noh dan orangorang kampung. Adalah mustahil seorang manusia biasa boleh mencengkam pokok kayu sehingga sejengkal jarinya masuk terbenam ke dalam pokok tersebut.

Anehnya, pegawai polis berbangsa Inggeris mempercayai cerita tersebut dari anggota-anggota polis berbangsa Melayu. Berikutnya, Aki Jusuh pun dibebaskan dari tuduhan membunuh Tapa Cengkot.

Dalam dokumen Tuk Awang Ngah Siri 41 - 60 (Halaman 121-126)