• Tidak ada hasil yang ditemukan

BIL. PERKATAAN MAKSUD

Dalam dokumen Modul BM Sjk Tahun 6 (KSSR) Panduan Guru (Halaman 187-192)

Orang yang dalam keadaan amat sulit (DBP)

BIL. PERKATAAN MAKSUD

1. alasan sesuatu (bukti, keterangan dan lain-lain) yang dijadikan asas atau dasar bagi sesuatu tindakan, pendapat dan lain-lain.

2. aspek (aspék) segi, sudut, bahagian untuk diberikan perhatian dan sebagainya.

3. bahan grafik bahan yang memuatkan maklumat atau paparan yang terdiri daripada lukisan, gambar rajah, simbol dan lain-lain untuk menyatakan atau menyampaikan idea.

4. bahan prosa karangan yang ditulis tidak berbentuk puisi.

5. bahasa badan pergerakan seperti duduk, berjalan, mimik muka dsb bukan melalui pertuturan secara kreatif.

6. bahasa yang indah bahasa berunsur sastera seperti mengandungi ungkapan-ungkapan indah seperti peribahasa, simpulan bahasa, metafora dan lain-lain.

7. berbicara bercakap untuk mengemukakan pendapat. 8. berbual-bual berborak atau beromong.

9. bercerita bercakap, berbual mengisahkan sesuatu. 10. bertatasusila adat sopan santun dan budi pekerti yang baik.

11. bertutur bercakap atau berkata – hanya mengujarkan kata-kata.

12. deskriptif keterangan yang bertujuan memberi gambaran. 13. diftong (lin) gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan

kedudukan lidah seperti ai, au dan oi. 14. digraf dua huruf berturut-turut yang mewakili

satu bunyi seperti ng, ny, sy.

BIL. PERKATAAN MAKSUD

15. diksi pemilihan dan penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea secara lisan dan bertulis.

16. ekstensif (éksténsif) luas liputannya untuk menambah ilmu dan kosa kata.

17. frasa kumpulan kata yang membentuk unit-unit sintaksis. 18. gaya bahasa cara pemakaian bahasa bentuk bahasa yang digunakan. 19. gerak laku tingkah laku atau gerak geri, perbuatan atau kelakuan.

20. grafik maklumat atau paparan yang terdiri daripada lukisan, gambar rajah, simbol dan lain-lain untuk menyatakan atau

menyampaikan idea.

21. gramatis berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa.

22. idea buah fikiran, gagasan.

23. idea utama buah fikiran yang penting menerangkan maksud keseluruhan perenggan.

24. idea sampingan idea dalam bentuk huraian dan contoh bagi menyokong dan menerangkan idea utama.

25. imaginatif tercipta daripada daya khayalan dan imaginasi atau daya kreatif berasaskan khayalan.

26. jeda atau berjeda berhenti sebentar.

27. karangan berpandu karangan berpandu ialah satu penulisan karangan berdasarkan panduan guru atau murid bebas mengeluarkan idea dengan panduan atau batasan yang diberi.

BIL. PERKATAAN MAKSUD

28. karangan terkawal karangan terkawal ialah segala isi dan bahasanya sedia terkawal oleh guru (menurut Salleh Akib, 1975:135) atau susunan dikawal ketat dan sedikit-sedikit dipimpin ke arah karangan bebas.

29. kesantunan bahasa bahasa dan kosa kata yang sopan sesuai dengan budaya Malaysia.

iv. gelaran ungkapan panggilan nama bergantung kepada kedudukan pangkat, umur, dan keakraban hubungan. 31. klasifikasi penyusunan mengikut kelas atau susunan sistematik ke

dalam kumpulan menurut kriteria yang ditetapkan 32. koheran hubungan antara perenggan dengan perenggan. 33. kohesi perhubungan ayat ke ayat.

34. konsep pengertian am atau idea yang mendasari sesuatu. 35. kreatif mempunyai kebolehan mengembangkan sesuatu idea.

36. kritis tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu. (menimbangkan buruk baiknya terlebih dahulu) 37. kronologi sesuatu peristiwa atau kejadian menurut masa berlakunya

peristiwa berkenaan.

38. laras bahasa penggunaan bahasa mengikut konteks (laras istana,laras sains,laras klasik dan lain-lain).

39. melakar melukis rangka secara kasar.

BIL. PERKATAAN MAKSUD

40. melodi susunan seni kata berirama.

41. memurnikan membersihkan atau menulis semula perkataan, frasa atau ayat yang betul hasil daripada pengeditan.

42. menaakul hal membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau tinjauan akal atau membuat pertimbangan dengan logik.

43. menceritakan mengisahkan sesuatu kepada/

mengkhabarkan/memberitahu/mengatakan/bercerita. 44. mengajuk meniru

45. mengecam mengenal atau mengingat sesuatu yang dilihat dan didengar. 189

46. mengedit menyunting atau menandai kesalahan pada perkataan, frasa atau ayat.

48. imlak menyebut atau membaca supaya ditulis oleh orang lain. 47. mengujarkan mengatakan, mengucapkan, menuturkan atau menyebutkan. 49. menjana idea menghasil, melahirkan, mengeluarkan buah fikiran/idea.

50. modul

unit atau bahagian tersendiri yang lengkap dengan

komponennya yang melaksanakan fungsi tertentu dan dapat dirangkaikan dengan unit-unit lain dalam sesuatu yang lebih besar.

51. multimedia pelbagai media seperti media cetak dan media elektronik atau bahan elektronik yang mengandungi pelbagai media seperti animasi, data, suara, gerakan dan sebagainya yang bersifat interaktif.

BIL. PERKATAAN MAKSUD

52. naratif cerita peristiwa atau pengalaman.

53. pandangan anggapan, pendapat, tanggapan, fikiran pada sesuatu yang dilihat, dibaca dan didengar.

54. sesuatu bahan merujuk kepada bilangan bahan dan jenis bahan.(bahan grafik, bukan grafik dan berbentuk prosa)

55. sesuatu konteks merujuk sesuatu.

56. sesuatu situasi suasana tempat atau keadaan.

57. sesuatu sumber rujukan pada asal, mula atau punca sesuatu.

58. pendapat kesimpulan yang dibuat atau diperolehi daripada berfikir pada sesuatu yang dilihat, dibaca dan didengar.

60. pengumuman pemberitahuan kepada orang ramai.

61. penilaian perbuatan menilai sesuatu untuk dijadikan ukuran atau bandingan.

62. perasaan perihal merasa(i) dalam hati atau batin, hasil atau perbuatan merasa dalam hati atau batin, sentimen suka, minat, ingin tahu.

63. pertautan idea pertalian atau perhubungan idea antara dua ayat atau dua perenggan.

64. pola ayat contoh atau model ayat yang dibina atau rangka dasar ayat. Terdapat 4 pola ayat dasar. (Rujuk Tatabahasa Dewan muka

surat 418 – 419)

BIL. PERKATAAN MAKSUD

65. prinsip asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, kajian, tindakan, atau hukum sesuatu teori dan lain-lain. 66. prosa karangan yang bertulis dengan bahasa yang biasa bukan

dalam bentuk puisi.

67. ramalan sesuatu yang diramalkan, dugaan, telahan dan tekaan. 68. respons reaksi

69. soalan bercapah soalan yang berpecah daripada sesuatu tumpuan.

70. soalan bertumpu soalan yang memerlukan jawapan yang bersifat objektif dan dinyatakan dalam teks.

71. sumber merujuk kepada sumber hidup dan sumber bukan hidup. 72. torso (Bio) bahagian utama tubuh manusia, tidak termasuk kaki,

lengan dan kepala.

73. transformasi perubahan bentuk atau sifat, rupa, keadaan dan lain-lain.

74. tulisan mekanis (mékanis)

melakukan sesuatu tanpa perlu berfikir dan hanya meniru dan menyalin sahaja.

75. ulasan huraian tentang sesuatu kupasan dan tafsiran.

76. urutan susunan (kejadian) yang berturut-turut, susunan yang teratur, rentetan.

77. wacana

a. unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana boleh terdiri daripada ayat, ceraian, dialog dan sebagainya. b. kesatuan fikiran yang utuh dalam bentuk lisan atau

Dalam dokumen Modul BM Sjk Tahun 6 (KSSR) Panduan Guru (Halaman 187-192)

Dokumen terkait