• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEJARAH HIDUP IMAM SHAFIE R.A

2.1 Biodata Imam Shafie

Nama penuh beliau ialah Muḥammad bin Idri:s bin al-„Abba:s bin „Uthma:n bin

Sha:fi„ bin al-Sa:‟ib bin „Ubaid bin „Abd Yazi:d bin Ha:shim3 bin „Abd al-Muṭṭalib bin

„Abd Mana:f bin Qusayy bin Kila:b bin Murraṯ bin Ka„ab bin Lu‟ayy bin Gha:lib bin Fihr bin Ma:lik bin Al-Naḍr bin Kina:naṯ bin Khuzaymaṯ bin Mudrikaṯ bin ‟Ilya:s bin

Muḍar bin Niza:r bin Ma„ad bin „Adna:n bin ‟Ud bin ‟Udad.4

Nasab keturunan Imam Shafie bertemu dengan nasab keturunan Rasulullah s.a.w pada „Abd Mana:f bin Qusayy.

3 Ha:shim yang ada pada salasilah keturunan Imam Shafie ini bukan Ha:shim bin Abd Manaf ( Datuk Nabi Muḥammad s.a.w), tapi Ha:shim yang dimaksudkan di sini ialah anak saudara Ha:shim bin Abd Manaf. Lihat : Al-Ḥamawiyy, Ya:qu:t bin „Abd Allah, Mu‘jam al-Udaba:‟, Da:r al-Ma‟mu:n, jld. 17, hlm. 282.

Bapa Imam Shafie bernama Idri:s bin al-„Abba:s. Beliau pernah tinggal di Madinah sehinggalah berlaku sesuatu perkara yang tidak disukainya lalu memaksa

beliau meninggalkan Madinah dan merantau. Akhirnya beliau menetap ke „Asqala:n5

hingga meninggal dunia beberapa ketika setelah Imam Shafie dilahirkan.6

Ibu Imam Shafie berasal daripada suku al-Azd7 seperti mana yang dikatakan

sendiri oleh Imam Shafie. Ibn „Abd al-Hakam menceritakan Imam Shafie pernah berkata kepadanya, “Ibuku berasal daripada al-Azd dan nama panggilannya Ummu

Habi:baṯ al-Azdiyyaṯ”.8 Dalam satu riwayat yang diceritakan oleh Ibn Hajar

al-„Asqala:ni daripada cucu Imam Shafie, beliau berkata, “Datukku Muḥammad bin Idri:s meninggal dunia di Mesir. Ibunya berasal daripada suku al-Azd dan isterinya bernama

Ḥamdaṯ binti Na:fi‘ bin „Anṣabaṯ bin „Amru bin „Uthma:n bin „Affa:n”9

. Ibu Imam Shafie seorang perempuan miskin tetapi bijaksana dan menghargai tanggungjawabnya dengan baik. Beliau membawa anaknya, Imam Shafie ke Makkah agar dapat mempelajari ilmu, akhlak dan sastera di tanah suci itu. Ibn Hajar al-„Asqala:ni berkata, “ Bukti kecerdasan ibu Imam Shafie adalah beliau pernah menjadi saksi bersama seorang perempuan lain dan seorang lelaki. Hakim lalu ingin memisahkan antara kedua-dua perempuan tersebut. Melihat itu, ibu Imam Shafie berkata kepada hakim itu, “ Yang arif tidak boleh berbuat seperti ini kerana Allah S.W.T berfirman :

"

َ ػىىدٍحًإَ لًضىتَفىأَ...

َ ػىىدٍحًإَىرِكىذيتىػفَاىميه

َ لىرٍخيٍلاَاىميه

َ

...

"

َ

Maksudnya : “ supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi…” ( al-Baqarah : 282 )

5„Asqala:n adalah sebuah bandar di Palestin yang terletak di antara Giza dan Bait al-Jibrayn. Lihat : Al-Ḥamawiyy, Ya:qu:t bin „Abd Allah, Mu„ja:m al-Bulda:n, jld. 4, hlm. 122.

6 Al-„Asqala:ni, Abu: al-Faḍl Aḥmad bin „Ali bin Hajar, Tawa:li al-Ta‟si:s li Ma„a:li Muḥammad bin Idri:s, taḥqi:q Abu Fida‟ „Abd Allah al-Qa:di, hlm 50-51.

7 Azd adalah salah satu suku Arab yang tersebar di sebelah utara Yaman dan Oman. Rujuk Tarikh Adab „Arabiyy „Asr al-Jahiliyy oleh Dr. Shauqi Ḍif, hlm. 56.

8

Al-„Asqala:ni, Abu al-Faḍl Aḥmad bin „Ali bin Hajar, Tawa:li al-Ta‟si:s li Ma„a:li Muḥammad bin Idri:s, taḥqi:q Abu Fida‟ „Abd Allah al-Qa:di, hlm. 45.

Hakim tersebut mengikut pendapat ibu Imam Shafie dalam masalah itu. Ini

merupakan bukti kecerdasan ibu Imam Shafie.10

Cara ibu Imam Shafie mengasuh anaknya mampu membentuk keperibadian dan keilmuan dalam diri anaknya. Ada tiga perkara penting dalam sejarah perjalanan hidup Imam Shafie :-

1. Ayah Imam Shafie meninggal dunia tidak lama setelah beliau dilahirkan yang menyebabkan beliau hidup yatim sejak usia kecil.

2. Imam Shafie tidak dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang berpendidikan, meskipun ibunya sangat mencintai ilmu dan ayahnya pula bukan seorang pakar hadis, bapa saudaranya bukan seorang mufassir, dan ibu saudaranya pun bukan seorang ahli fiqh.

3. Imam Shafie hidup dalam keadaan miskin sejak usia kanak-kanak lagi.

Ketiga-tiga aspek ini pada dasarnya tidak menyokong Imam Shafie menjadi seorang ilmuan yang agung. Satu-satunya orang yang menginspirasinya menjadi seorang ilmuan agung adalah ibunya yang tiada henti mengarahkannya menuntut ilmu. Beliau tidak mengarahkan anaknya menjadi peniaga atau menekuni suatu keahlian tertentu meskipun ibunya miskin. Sebaliknya ibunya mengarahkan anaknya mencintai

ilmu dan mendekatkan diri dengan ulama‘.11

Ibn Abu: Ha:tim dan al-Baihaqi: menceritakan yang sanadnya sampai Imam Shafie beliau berkata, “ Aku seorang anak yatim yang diasuh ibuku. Beliau menyerahkanku kepada penulis (jurutulis) dan ibuku tidak mempunyai upah untuk diberikan kepada guruku. Sungguhpun demikian, guruku tetap merestuiku mengikuti pengajiannya. Sebaik al-Quran telah dihimpun dalam satu

10 Al-„Asqala:ni, Abu: al-Faḍl Aḥmad bin „Ali bin Hajar, Tawa:li al-Ta‟si:s li Ma„a:li Muḥammad bin Idri:s, taḥqi:q Abu Fida‟ „Abd Allah al-Qa:di, hlm. 46.

11 Dr. Akram Yu:suf „Umar Qawasimi, Mausu„aṯ Ima:m Sha:fi„iyy, Ensiklopedia Imam Shafie, Pengantar Mazhab al-Imam al-Sha:fi„iyy, hlm. 27-28.

buku, aku masuk ke Masjidil Haram. Sejak itu, aku duduk bersama-sama ramai ulama‟. Aku belajar hadis dan fiqh lantas aku menghafalnya. Ketika aku mula belajar menulis dan aku tidak mampu membeli kertas kerana ibuku tidak mempunyai wang. Aku melihat sekerat tulang di sekitarku lalu aku mengambilnya dan menulis di atas tulang itu. Ketika tulang sudah dipenuhi tulisan, aku memasukkannya ke dalam guni hingga

terkumpullah dua guni besar yang memuatkan tulang berisi tulisanku.”12

Di antara anak-anak Imam Shafie pula termasuklah Abu: ‘Uthma:n Muḥammad

bin Muḥammad bin Idri:s, Abu: al-Ḥasan bin Muḥammad bin Idri:s, Faṭi:maṯ dan

Zaynab.13

Dokumen terkait