• Tidak ada hasil yang ditemukan

BUKA HANDPHONE ATAU LAPTOP TERUS ENTRI

Dalam dokumen 12 Kesilapan Besar Trader (Halaman 26-37)

Ini sengaja saya letak no 7, tapi sebenarnya ini kesilapan paling besar no 1. Buka sahaja laptop atau handphone terus nak entri. Bila entri dah float baru nak analisa, familiar tak? heee..

Kebanyakan dari kita ini berlaku, sebenarnya ini punca tak ada trading plan atau tak ada SOP (Standard Operating Procedure). Tak ada kenapa? Tak ada sebab tak ada buat backtest dan tak ada statistik yang beri kefahaman dan keyakinan pada anda. Ini saya ada sentuh sebelum ini, boleh refer semua di atas.

Apa yang saya cuba sampaikan ialah setiap kali anda buka handphone atau laptop pastikan anda analisa dulu. Tak kira apa sistem atau teknik Forex anda guna.

Tengok daripada Monthy, Weekly, Daily, H4, dan H1.

Apasal pulak nak tengok sampai monthly?

Okay ini rahsia dia. heee.. Kadangkala setup yang berlaku timeframe kecil ialah untuk melengkapkan setup pada timeframe besar. Dan begitulah seterusnya.

Tambah-tambah bulan baru, mesti tengok monthly apa berlaku. Dan tengok Weekly apa berlaku tambah-tambah anda nak mula trade hari Isnin.

Dan sebagai intraday trader pula khususnya, anda mesti tengok Candle Close Daily di mana dan setup apa masa itu?

Ini akan berikan gambaran lebih besar pada anda, dan anda akan jelas kaitan multi-timeframe.

Jadi antara kesilapan tersembunyi ialah tak tau kaitan antara multi-timeframe. kalau anda tak tahu pasal ini, anda tak boleh kekal lama dalam Forex.

Kesilapan Besar #7

Penggunaan lot tak sesuai dan jenis akaun broker tak betul dan masuk lot besar sekaligus dan tak pecahkan pada sub unit.

NAK CEPAT KAYA, NAK CEPAT BANYAK DUIT.

Iya , saya pun sama, tapi strategi paling silap ialah kita tak mahir lagi dah cuba pakai lot besar, atau memang tak faham penggunaan lot langsunglah! Sama macam saya dulu, tekan 1.00 rupanya 10usd per lot. Mana tak hangus dalam masa sehari akaun 1000USD. Dua tiga kali libas settle!

Paling baik ialah jaga lot anda, kalau ada 100usd, anda maksimumkan risiko anda setinggi maksimum 30sen sahaja. Jadi anda buka mungkin 2 sen atau 5 sen sehingga maksimum guna 30sen.

Jujurnya kalau anda trade 10sen 20sen untuk dapat 10usd sehari tak mustahil. Tapi kena tahu mana sistem nak guna, kerana ramai orang fail tak tahu teknik yang betul nak trade.

Antara soalan lazim saya terima dari trader baru ialah, berapa banyak duit nak mula?

Sebenarnya seberapa sikit anda boleh, bukan berapa banyak yang boleh. Cukup untuk mula dengan 20usd sekali pun. Saya cakap ini kerana ramai kat luar sana tak tahan dengan buat demo, jadi buka akaun sen-sen sahaja guna 20usd. Inshaallah okay.

Kesilapan Besar #8 Trade hanya satu akaun

Ini pada peringkat awal saya tak berapa nak faham sangat, kenapa nak ada banyak akaun, dan mana satu nak trade kalau akaun banyak sangat.

Saya perhatikan coach forex saya yang Jutawan tu, ada banyak melampau akaun. Hairan saya, kadang satu broker sama pun ada sampai 10 akaun.

Rahsia dia jelas kalau anda perhatikan. Dengan pecah akaun anda akan boleh fokus lebih sebenarnya.

Sebagai contoh ada akaun anda trade untuk scalping, ada untuk intraday, ada untuk pair tertentu, ada untuk swing dan sebagainya.

Kalau sebagai yang mula pun elok anda buka beberapa akaun. Sebagai contoh anda ada USD100, pecahkan at least 4 akaun, 30usd,30usd,30usd dan 10usd.

Untuk 10usd anda boleh trade gaya full margin. (maksudkan lot besar walau akaun kecil). Dan ketiga lain tu trade untuk pair yang berlainan. Kadang kalau semua buat dalam satu akaun, itu lah scalping, itulah intraday, itu lah swing, dan itu lah juga multiple pair, bukan sahaja margin habis tak perasan, malah akan keliru mana satu nak tutup dan buka.

Kesilapan Besar #9

Mula dengan modal besar

Sedikit sebanyak ini berkait dengan kesilapan saya kongsikan sebelum ini. Apa yang saya nak highlight disini ialah kalau akaun kecil anda tak boleh kembangkan, macam mana modal besar anda masukkan nak withdrawal?

Kalau USD100 tak boleh nak buat sehingga USD200 atau USD100 jadi USD1000 tapi semua bungkus balik, macam mana agaknya nak draw konsistent USD2000 sebulan dari modal USD20,000.

Ramai yang bungkus tahap tinggi kerana kes ini, saya jumpa ramai yang guna duit VSS, pencen, duit nak pergi haji buat macam ini.

Jangan gunakan modal besar, kecuali anda dah konsisten paling kurang 2 tahun. Konsisten modal kecil pun tak apa, asalkan konsep awal konsisten dulu.

Modal besar equal pada risiko besar, dan apabila kita katakan risiko besar itu paling utama. Iaitu dalam trading forex, kita laburkan apa yang kita sanggup lebur, sanggup hilang. Dan bila hilang anda tak rasa apa-apa.

Kesilapan Besar #10

Overtrade dan trade masa tak sesuai

Kes ini biasa berlaku bila anda dah mahir dengan setup dan entri anda, dan secara tak langsung setiap entri anda akan cepat je profit dan anda akan close ikut apa selalu anda rancangkan.

Tapi apa yang berlaku ialah anda nampak setup lagi dan lagi dan lagi, dan anda mula trade lebih dari biasa. Dan akhirnya loss dan makan profit anda, sekaligus anda rasa tak boleh cari trade lagi dan lagi, akhirnya lagi banyak loss.

Kalau anda perasan anda dah dimainkan oleh emosi, sebab apa sebab anda dah jadi rasa nak balas dendam. Apabila emosi menguasai maka anda akan gagal dalam Forex, cepat atau lambat itu sahaja bezanya.

Kunci utama ialah jangan overtrade, jangan trade berlebihan walaupun ada setup menarik mengamcam macam mana pun. Ini adalah untuk kunci nafsu dan bina disiplin anda. Forex memerlukan disiplin yang tinggi.

Satu lagi masa trading kena jelas juga, bukan sahaja masa trading itu bermaksud pagi atau petang atau malam, maksudnya ialah jangan trade semasa anda tengah buat kerja lain, atau dalam ofis memegang amanah kerja dari majikan anda.

Jangan trade masa anak-anak anda atau keluarga memerlukan anda, jangan trade semasa tengah shopping, drive atau sibuk melakukan hal-hal keutamana lain.

Ini kena jaga, kerana peratus tinggi lost trader dari masa trade itu tidak tenang dan fokus.

Kesilapan Besar #11

Tak tahu atau tak jelas diri trader jenis apa

Ini berkait dengan beberapa kesilapan yang saya kongsikan sebelum ini, dan ada sebab utama kenapa saya tekankan antara kesilapan besar ialah bila kita tak tahu kita ini trade jenis apa.

Adakah anda jenis scalper, intraday, swinger atau pun position trader. Semua ada tugas dan cara masing-masing, berbeza cara entri dan cara exit mereka.

Perkara utama ialah anda kena mahir dan klasifikasikan sendiri anda trade jenis apa, kalau anda trader jenis scalping, maka anda fokus scalping jangan cuba hold banyak, kalau nak hold pun letakkan stop loss break event / profit atau masukkan trailing stop.

Kalau anda intraday, maka disiplin untuk entri dan exit juga tinggi. Letakkan stop loss yang sesuai dan take profit yang sesuai.

Kalau anda swing, anda kena jelas floating entri anda sahaja boleh capai 300pips, dan kena pandai letak margin yang sesuai.

Penjelasan untuk kesilapan ini agak ringkas, tapi amat kritikal dalam kejayaaan anda. Pastikan anda jelas anda trader jenis apa, fokus pada setup anda dan kefahaman anda menggunakan teknik forex anda.

Kesilapan Besar #12

Bila dah profit tak tahu nak buat apa, bila lost pun tak tahu nak buat apa.

Yang terakhir ini ialah pengalaman saya sendiri dari hasil pemerhatian saya pada sikap diri saya sendiri dan juga ramai student yang saya bantu.

Pada awalnya saya perhatikan ramai student yang tak tahu trend dan entri, tapi apabila dah belajar dengan kelas saya anjurkan, ramai dah jelas trend dan entri.

Tapi bila dah jelas trend dan entri, apa berlaku ialah mereka ini masih lagi lost dan tak konsisten.

Kerana apa tau?

Kerana bila dah profit tak tahu nak buat apa, dan bila dah float pun tak tahu nak buat apa.

Bila dah profit nak buat apa?

Bila dah profit anda mesti lock profit anda, ini dipanggil preventive strategy, anda kena selamatkan profit anda. Letakkan stop loss pada profit 10pips anda sebagai contoh.

Contoh lain katalah anda sudah profit pada 1 pair dan 1 pair lain masih -eve, dan anda lihat sudah ada positif dari segi net keseluruhan, adalah idea baik kalau anda close je semua dan dapatkan semua net profit tersebut. Ini contoh

juga. Ideanya utama ialah protect capital dan kemudian ambil semua profit yang ada.

Tambah-tambah kalau anda dah trauma entri yang selalu berbalik arah.

Jadi kalau anda nak hold sekalipun, pastikan ada SL profit yang saya kongsikan pada awal tajuk ini.

P.S: Jangan lupa sedekahkan pendapatan forex anda kepada charity, ini akan bantu anda dalam jelas untuk trading.

BERANI CUT LOSS.

Ini juga pengurusan penting, bukan sahaja pengurusan yang profit tapi jelas pengurusan kalau dah loss macam mana.

Kalau dah loss dan berbalik arah, dan buat arah baru keluar setup baru, maka wajiblah anda cut loss sahaja.

Ini kerana rata-rata trader akan saiko diri sendiri untuk BUAT TEKNIK HARAPAN berharap price akan turun semula atau naik semula bersama entri anda.

RULES OF THUMB paling utama dalam trading forex ialah PROTECT CAPITAL, iya protect capital anda. Biar cut loss profit anda, tapi capital mesti jaga. Capital ialah modal utama anda.

Rules kedua ialah anda mesti berani cut loss, berani untuk anda jangan simpan loss anda. Berani untuk buat semula dan ikut setup semula. Ini sangat penting, kerana apabila anda faham konsep ini, anda dapat 10% sebulan pun sudah cukup kerana 100% setahun akaun anda dalam tangan. Anda tidak terkejar-kejar nak duit banyak dalam satu hari, tapi anda akan ada sistem kewangan anda sendiri, mesin atm anda sendiri yang inshaAllah comfirm bagi anda duit setiap kali anda mahu.

Kesimpulan untuk kesilapan 12 ialah:

1. BE (SL)

2. Lock Profit (SL) 3. Hold tak bertempat

Sekian, terima kasih,

Semoga anda dapat manfaat dari apa saya konsikan, tambah-tambah anda trader baru yang perlukan bimbingan.

Anda boleh hubungi saya di page saya http://facebook.com/ geroazrulfxOfficial .

Dalam dokumen 12 Kesilapan Besar Trader (Halaman 26-37)

Dokumen terkait