• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peratus Overhed

Jadual 4.8: Analisis Lain-Lain Kos

5. CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1. Pengenalan

Bab ini akan menerangkan empat tajuk utama iaitu penemuan kajian, cadangan kajian, cadangan kajian lanjutan dan kesimpulan yang diperolehi daripada penyelidikan yang dijalankan. Rumusan keseluruhan kajian akan menekankan kepada objektif kajian penyelidikan. Seterusnya, cadangan akan dikemukakan bagi membolehkan kajian lanjutan dijalankan pada masa akan datang oleh penyelidik lain dalam bentuk yang lebih baik. Tujuan kajian lanjutan dicadangkan adalah untuk memperolehi dapatan yang lebih berkaitan kos-kos yang terlibat di dalam kerja-kerja cerucuk konkrit terpintal. Maka. Ini dapat meningkatkan lagi kualiti kos yang diperolehi dan menjadi sumber rujukan kepada juruukur bahan.

5.1.1. Penemuan Penyelidikan

Objektif kajian ini adalah mengenalpasti kos-kos yang terlibat dalam kerja-kerja penanaman cerucuk konkrit terpintal di tapak bina yang berbeza strata tanah dimana setiap tapak bina yang dikaji terdiri daripada strata tanah yang berbeza-beza. Hasil analisis menunjukkan kos-kos yang terlibat di dalam lima komponen asas kos iaitu kos bahan, kos buruh, kos loji, overhed dan lain-lain kos di setiap tapak bina. Penglibatan kos-kos yang terdapat di dalam komponen asas ini telah ditunjukkan di dalam bab IV analisis data.

Kos bahan di setiap tapak bina melibatkan empat kos iaitu kos pembekalan cerucuk pertama dan sambungan, kos lori penghantaran cerucuk dan lain-lain kos bahan iaitu sepatu cerucuk jenis OSLO yang hanya terdapat pada tapak bina A. Tapak bina A dan B yang mewakili tanah bersifat tidak berjeleket menunjukkan kos bahan cerucuk paling minimum. Secara ringkasnya, peratus kos bahan cerucuk pada tanah bersifat tidak berjeleket adalah sebanyak 50% -55%. Hasil penemuan penyelidikan ini adalah berdasarkan sifat strata tanah di tapak bina tersebut yang kurang memerlukan sokongan cerucuk sambungan pada strata tanah di kedua-dua tapak bina tersebut.

Bagi tapak bina C, D dan E yang mewakili tanah bersifat jeleket pula menunjukkan kos bahan cerucuk paling maksimum. Peratus kos bahan cerucuk pada tanah bersifat berjeleket adalah sebanyak 56%-60%. Ini adalah disebabkan faktor tanah yang mempunyai sifat yang lemah dan memerlukan lebih banyak sokongan cerucuk sambungan berbanding sifat tanah tidak berjeleket. Penemuan penyelidikan ini mengukuhkan lagi bahawa strata dan sifat tanah sangat mempengaruhi kos penggunaan cerucuk konkrit terpintal berdasarkan kajian literatur yang telah dibuat.

Kos buruh menunjukkan kadar upah buruh mahir dan elaun buruh adalah berbeza bagi setiap lokasi pembinaan. Penggunaan buruh mahir sangat penting kerana ianya paling banyak digunakan di dalam kerja-kerja cerucuk berbeza buruh tidak mahir yang hanya melakukan kerja-kerja pemunggahan cerucuk dan pengemasan.

Tapak bina A dan tapak bina D yang terletak di Kuala Lumpur menawarkan kadar upah buruh mahir paling tinggi iaitu sebanyak RM 80.00 sehari, berbanding lokasi tapak bina yang lain seperti tapak bina B, C dan E yang terletak di Johor Bahru yang menawarkan kadar upah buruh mahir hanya sebanyak RM 70.00 sehari. Sifat strata tanah tidak banyak mempengaruhi kos buruh di dalam kerja-kerja cerucuk namun lebih banyak mempengaruhi dari segi produktiviti buruh. Peratus kos buruh keseluruhan adalah sebanyak 20%-25% dari kos keseluruhan cerucuk bergantung kepada keupayaan kontraktor dalam melaksanakan kerja-kerja penanaman cerucuk mengikut jadual di tapak bina.

Kos penggunaan loji di setiap tapak secara umumnya dipengaruhi oleh tempoh kontrak dan bilangan loji yang digunakan. Di dalam kos loji, kos-kos yang terlibat ialah kos lori penghantaran loji ke tapak bina, kos kren bergerak (crawler), kos pelantak cerucuk hidraulik, kos alat pemotong cerucuk. Hasil penemuan penyelidikan menunjukkan sifat tanah mempengaruhi kos penggunaan loji cerucuk.

Tapak bina A dan B yang mempunyai tanah bersifat tidak berjeleket menunjukkan kos paling rendah terhadap kos melantak cerucuk. Ini adalah disebabkan pengurangan kuantiti cerucuk sambungan terhadap strata tanah tersebut. Sebaliknya, tapak bina C, D dan E yang mempunyai tanah berjeleket menunjukkan kos melantak cerucuk yang tinggi di mana kos sambungan cerucuk sangat diperlukan bagi menstabilkan strata tanah tersebut. Tapak bina E yang mempunyai sifat tanah yang lemah terpaksa menambak kawasan tapak bina tersebut dengan membeli tanah

bukit dari luar sekaligus melibatkan tambahan kos loji dan jentera untuk kerja-kerja tanah. Antara jentera tanah yang digunakan adalah compactor dan backpusher serta lori pengangkut tanah. Peratus kos loji cerucuk pada tanah bersifat berjeleket adalah sebanyak 20% dari keseluruhan kos cerucuk manakala peratus kos loji cerucuk pada tanah bersifat tidak berjeleket adalah sebanyak 18% dari keseluruhan kos cerucuk.

Perkara-perkara utama yang terlibat dalam overhed adalah instrumen tambahan cerucuk seperti alat pengukur dan keselamatan, peralatan pejabat dan alat tulis, bayaran bil telefon, pemantauan kerja di tapak dan lain-lain overhed seperti peraturan keselamatan pekerja. Instrumen tambahan cerucuk melibatkan kos yang tinggi di setiap tapak memandangkan perkara tersebut harus dilaksanakan bagi melengkapkan kerja-kerja penanaman cerucuk. Hasil analisis menunjukkan instrumen tambahan cerucuk melibatkan kos yang paling tinggi sebanyak RM 20,000 sehingga RM 50,000 bergantung kepada keluasan tapak bina dan tujuan projek pembinaan. Overhed hanya melibatkan 1% dari keseluruhan kos cerucuk

Lain-lain kos yang terlibat di dalam kerja-kerja cerucuk ialah kos ujian beban cerucuk, kos ujian PDA dan merekod cerucuk serta kos untuk syarat-syarat kontrak. Ujian-ujian ini merupakan satu prosedur tetap bagi menjalankan ujian awalan sebelum memulakan kerja cerucuk konkrit terpintal di tapak bina. Kos ujian beban menunjukkan kos paling mahal dalam lain-lain kos kerana melibatkan penyusunan blok dan tempoh yang lama serta penggunaan kren bagi mengangkut blok ke atas platform. Secara keseluruhannya, lain-lain kos melibatkan peratusan sebanyak 1% hingga 2% dari keseluruhan kos cerucuk mengikut keperluan tapak bina.

Jadual 5.1: Kos-Kos Keseluruhan Yang Terlibat Di Dalam Kerja-Kerja Penanaman

Dokumen terkait