• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cadangan Terhadap Prosedur Merebut Mayat Bagi Orang Yang Diperselisihkan

Keislamannya.

85

oleh

Hafiz Firdaus bin Abdullah.

Latarbelakang Peninjauan:

Pada tahun 2005 dan 2006 berlaku tiga kes dimana seorang yang meninggal dunia dari kalangan keluarga bukan Islam telah diambil mayatnya oleh pihak jabatan agama negeri atas dakwaan orang yang meninggal dunia tersebut adalah seorang muslim. Tiga kes tersebut adalah:

1. Kes Muhammad Moorthy bin Abdullah yang meninggal dunia pada 20 Disember 2005, dimana keluarganya beragama Hindu.

2. Kes Nyonya Tahir yang meninggal dunia pada 19 Januari 2006, dimana keluarganya beragama Budha.

3. Kes Rayappan Anthony yang meninggal dunia pada

85 Risalah ini pernah saya kemukakan kepada majlis fatwa salah sebuah negeri. Majlis fatwa telah mengkajinya, akan tetapi menahan diri dari memberi apa-apa ulasan kerana bimbang akan fitnah yang mungkin timbul di kalangan masyarakat Islam jika mereka menfatwakannya.

Saya memberanikan diri untuk tetap mengemukakannya dalam buku ini agar ia dapat dikaji oleh para pembaca pula.

26 November 2006 dimana keluarganya beragama Kristian.

Selain itu terdapat beberapa kes lain, seperti kes Kandasamy Sayappu dan Chandran Dharmadass. Namun dalam risalah ini, saya akan beri tumpuan kepada tiga kes di atas sahaja.

Dalam ketiga-tiga kes tersebut, berdasarkan

laporan akhbar tempatan, mayat orang yang meninggal dunia diambil oleh pihak jabatan agama negeri. Setelah itu, diadakan perbicaraan di mahkamah untuk menentukan sama ada yang meninggal dunia tersebut adalah seorang muslim atau tidak. Keputusannya:

1. Bagi kes Muhammad Moorthy bin Abdullah, mahkamah memutuskan beliau adalah seorang muslim lalu dikebumikan mengikut tatacara Islam. 2. Bagi kes Nyonya Tahir, mahkamah memutuskan

beliau adalah seorang beragama Budha lalu dikembalikan kepada ahli keluarganya.

3. Bagi kes Rayappan Anthony, pihak jabatan agama negeri mengembalikan mayatnya kepada ahli

keluarganya kerana kekurangan bukti untuk

dibicara di mahkamah.

Tiga kes di atas telah memberi kesan yang amat besar kepada Islam, umat Islam dan kaum bukan Islam. Secara terperinci:

Pertama:

Mengambil mayat daripada keluarganya merupakan satu tindakan yang amat zalim, kejam lagi tidak

berperikemanusiaan. Sukar saya hendak mencari

perkataan yang tepat bagi menggambarkan perasaan yang dialami oleh kaum keluarga yang baru kehilangan ayah atau ibu mereka, lalu tiba-tiba datang sepasukan orang berseragam yang “merampas” mayat tersebut daripada mereka.

Ini memberi kesan kepada ahli keluarga tersebut, adakah Islam sebegitu zalim sehingga sanggup merampas ayah atau ibu kami yang baru sahaja meninggal dunia?

Bayangkan jika ia berlaku kepada salah seorang daripada ahli keluarga kita. Bayangkan jika kita adalah satu keluarga yang hidup di negara lain yang agama rasminya bukan Islam. Dalam suasana sedih lagi hiba di saat ayah yang baru meninggal dunia, tiba-tiba datang sepasukan orang yang merampas ayah kita!

Kedua:

Kes-kes ini disiarkan secara meluas oleh akhbar- akhbar tempatan. Ia sekali lagi memberi kesan kepada para pembaca, sama ada Muslim atau Non Muslim: Adakah Islam sebegitu zalim sehingga sanggup merampas mayat yang baru meninggal dunia daripada keluarganya?

Di kalangan para pembaca Muslim, ada yang

sokongan mereka adalah lebih kepada ingin melihat kekuatan Islam di atas kaum bukan Islam. Dalam suasana Islam dan umatnya yang menduduki kedudukan rendah sekarang ini, mereka menyokong apa sahaja tindakan yang dapat memberi gambaran bahawa Islam adalah kuat dan masih berkuasa.

Ketiga:

Kes-kes ini semakin menjauhkan hati kaum bukan Islam daripada Islam. Ia memberi gambaran kepada mereka bahawa Islam memang zalim terhadap kaum bukan Islam. Ia seolah-olah membenarkan dakwaan para pengkaji sejarah orientalis bahawa Islam memang “agama pedang” sejak ia bermula lebih seribu empat ratus tahun yang lalu.

Penyelesaian Yang Dicadangkan.

Tiga kesan di atas menyebabkan saya merasa perlu untuk dicari satu penyelesaian yang:

1. Dapat menjaga kedudukan Islam sebagai agama yang adil.

2. Memberikan keadilan kepada kaum bukan Islam. 3. Membetulkan pandangan umat Islam bahawa Islam

yang kuat bukanlah Islam yang zalim, tetapi adalah Islam yang adil lagi berperikemanusiaan.

Penyelesaian yang saya cadangkan adalah: Orang meninggal dunia yang diperselisihkan agamanya, sama ada dia muslim atau tidak, maka agamanya ditentukan oleh ahli keluarganya. Jika selama ini ahli keluarganya

mengenali dia sebagai seorang yang beragama

sepertimana agama keluarganya, maka dia dikebumikan mengikut tatacara agama keluarganya.

Namun jika keluarganya mengenali dia sebagai seorang muslim, maka ahli keluarga tersebut akan menghubungi mana-mana masjid atau surau berdekatan agar mayat tersebut dapat diuruskan mengikut tatacara Islam.

Melalui cara ini:

1. Tidak ada tindakan mengambil atau merampas mayat dari sisi ahli keluarga.

2. Mayat tidak tertangguh sekalian lama untuk dikebumikan sementara menunggu perbicaraan mahkamah.

3. Ahli keluarga mayat tidak mengalami kesedihan

dan tekanan untuk menghadapi perbicaraan

mahkamah.

4. Nama baik Islam tidak tercemar, malah dikenali sebagai agama yang adil.

5. Pihak jabatan agama tidak perlu menanggung malu seandainya mereka tidak menang atau tidak

memiliki bukti yang cukup untuk membawa kes ke mahkamah.

Beberapa Pertimbangan Lanjut.

Cadangan di atas memang sesuatu yang sensitif

kepada umat Islam. Justeru berikut dikemukakan

beberapa pertimbangan lanjut yang turut memerlukan perhatian.

Pertama: Kaum Keluarga Berdusta?

Mungkinkah kaum keluarga tersebut akan

berdusta? Yakni mereka mengetahui ayah mereka yang baru meninggal dunia adalah seorang muslim namun

sengaja mereka menyembunyikannya dan terus

mengebumikannya mengikut tatacara agama mereka. Saya berpandangan, kemungkinan tersebut wujud tetapi amat kecil. Ini kerana orang bukan Islam juga menghargai agama mereka dan mereka tidak mudah akan mengebumikan seorang muslim dalam kuil atau gereja mereka dengan tatacara mereka.

Berdasarkan poin di atas, kita umat Islam juga menghargai saudara semuslim kita sehingga kita tidak akan dengan mudah melepaskan dia ke kuil atau gereja kaum bukan Islam untuk dikebumikan dengan tatacara bukan Islam. Akan tetapi jika kedudukan orang tersebut

diragui sama ada muslim atau tidak, maka dia lepaskan kepada kaum keluarganya kerana mereka memiliki kepastian sama ada dia adalah seorang muslim atau tidak.

Kedua: Terdapat Saksi Bahawa Dia Seorang Muslim.

Bagaimana jika jiran atau rakan kerja tampil ke hadapan untuk bersaksi bahawa yang meninggal dunia adalah seorang muslim? Atau pihak jabatan agama memiliki bukti bertulis dan saksi-saksi bahawa orang yang meninggal dunia adalah seorang muslim?

Untuk senario ini, kita memiliki dua pilihan:

1. Mayat diambil oleh pihak jabatan agama negeri dan kes ini dibawa ke mahkamah dengan masing- masing pihak mengemukakan saksi serta hujah tersendiri. Kemudian mahkamah akan menentukan sama ada dia muslim atau tidak. Ini adalah prosedur sekarang ini dan ia dilaksanakan ke atas tiga kes yang saya sebut di permulaan kertas kerja ini.

2. Persaksian kaum keluarga mayat dipandang

sebagai persaksian yang muktamad dan merekalah yang menentukan sama ada mayat adalah muslim atau tidak.

Di antara kedua-dua pilihan di atas, terdapat manfaat dan mudarat. Namun pada pandangan saya,