• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands] minta Menteri Pembangunan Luar Banar menyatakan apakah status terkini perbincangan bagi penyemakan

semula Nota Persefahaman (MoU) di antara Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menambah baik aspek yang berkaitan dengan kebajikan pesakit Orang Asli di negara ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II [Datuk Haji Hasbi bin Habibollah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah mengadakan mesyuarat pada bulan Jun 2022 bagi penyemakan semula nota persefahaman (MoU) dengan Kementerian Kesihatan untuk menambah baik aspek yang berkaitan dengan kebajikan pesakit Orang Asli di negara ini.

Untuk makluman Yang Berhormat, melalui mesyuarat pertama ini hasil perbincangan terdapat beberapa perkara yang tidak perlu dikekalkan di dalam MoU seperti perjawatan kerana MoU pada masa itu iaitu dalam bulan Julai, tahun 2011. Pada masa itu dibuat mengambil kira situasi semasa ketika itu. Asas perkhidmatan Kementerian Kesihatan adalah memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat termasuk Orang Asli. Manakala Jabatan Orang Asli (JAKOA) pula memberi perkhidmatan kebajikan yang berkaitan.

Persefahaman baharu dibuat dokumentasi berdasarkan isu atau permasalahan dan garis panduan yang terlibat dalam kandungan tersebut. Perkhidmatan pengangkutan untuk pesakit adalah berdasarkan garis panduan perkhidmatan pengangkutan mengikut kes yang berkaitan. Bengkel semakan semula MoU dan garis panduan yang lengkap akan diadakan pada bulan Ogos tahun 2022 ini setelah semua pihak melengkapkan garis panduan masing-masing mengikut isu dan pecahan kecil seperti tanah, aset, pengangkutan, pusat transit, balai rawatan dan lain-lain isu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Soalan tambahan yang pertama. Sila, Yang Berhormat Cameron Highlands.

Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor [Cameron Highlands]: Di bawah sub fasal 85(c), Perlembagaan Persekutuan, kerajaan perlu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat Orang Asli dengan memastikan keistimewaan masyarakat Orang Asli dari segi kebajikan, kesejahteraan, perlindungan, kesentosaan dan kemajuan dapat dijaga.

Soalan saya, adakah terdapat bayaran yang akan dikenakan kepada masyarakat Orang Asli di negara ini yang ingin mendapat perkhidmatan kesihatan, perubatan, pergigian

dan juga rawatan daripada doktor pakar kerajaan. Jika ada, adakah pihak kementerian akan mencadangkan penambahbaikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia melalui MoU yang hendak dilaksanakan ini dengan memberi rawatan percuma kepada semua jenis rawatan yang diterima oleh pesakit daripada masyarakat Orang Asli ini. Mereka rata-rata adalah rakyat yang tidak berkemampuan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah: Terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands. Sebenarnya dalam penambahbaikan yang akan dibincangkan pada Ogos ini antaranya ialah tentang kebajikan pesakit dan keluarga pesakit di Hospital Orang Asli Gombak. Ini termasuk pemberian makanan percuma, penyediaan alat sokongan perubatan, pergigian, bekalan diet khas secara percuma akan diteruskan di bawah tanggungjawab pihak Kementerian Kesihatan.

Satu lagi ialah faedah dan juga perkhidmatan sedia ada dikekalkan dengan penyelarasan dan diperhalusi di peringkat kementerian kami, KPLB melalui JAKOA dan di pihak KKM bagi memastikan penyampaian perkhidmatan lebih baik lagi, insya-Allah dan juga menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma kepada Orang Asli bagi tujuan kemasukan pelajar untuk belajar ke IPT dan bekerja dalam perkhidmatan awam.

Pemeriksaan kesihatan oleh doktor pakar adalah secara percuma melalui surat pengecualian bayaran daripada pihak JAKOA yakni guarantee letter (GL). Prosedur-prosedur perubatan yang memerlukan bayaran tambahan seperti pemasangan implan juga adalah di bawah tanggungjawab JAKOA. Keutamaannya kepada golongan B40.

Seterusnya iaitu tentang pengangkutan pula. Pengangkutan pesakit yang terlantar yakni bed ridden dan yang dijangkiti wabak, penyakit berjangkit adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala temu janji ulangan yakni follow-up di bawah tanggungjawab JAKOA. Ini adalah antara penambahbaikan yang akan dimuktamadkan dalam perbincangan pada bulan Ogos ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan seterusnya Yang Berhormat Papar. Sila Yang Berhormat Papar.

Tuan Haji Ahmad bin Hassan [Papar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau Yang Berhormat Cameron Highlands tadi bercerita tentang Orang Asli, saya pula dari Sabah bercerita pasal orang asal. Kebanyakannya orang asal di Sabah ini tinggalnya di pedalaman.

Mereka ini ketinggalan daripada arus pembangunan. Ramai di antara anak-anak mereka tercicir dalam persekolahan. Ada yang tidak dapat meneruskan persekolahan disebabkan oleh jalan raya yang tidak baik, kenderaan yang tidak ada dan tempat sekolah yang begitu jauh.

Mereka juga tidak ada bekalan elektrik, tidak ada bekalan air dan kalau adapun rumah mereka kalau kita di dalam rumah, kita boleh melihat siapa di luar. Kalau kita di luar, kita boleh melihat siapa yang di dalam. Sewaktu kemarau ataupun tengkujuh, ramai di antara

mereka ini susah kerana kerajaan tidak dapat mengagihkan bantuan makanan dengan segera.

Jadi, ramai lagi antara mereka ini mengadu kepada kita dan di sinilah kita mahukan kepada kerajaan terutamanya kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk melihat permasalahan mereka ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Soalan, soalan.

Tuan Haji Ahmad bin Hassan [Papar]: Jadi saya sebagai wakil rakyat di tempat saya ingin kerajaan memberikan perhatian kepada orang-orang asal ini disebabkan oleh kehidupan mereka yang sangat tertekan. Jadi, saya mahu kerajaan dapat memberikan perhatian kepada orang-orang asal yang tinggal di pedalaman ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Papar. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri satu minit.

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah: Terima kasih Yang Berhormat Papar. Jadi soalan ini ada sedikit melenconglah daripada soalan asal. Akan tetapi ia berkaitan dengan orang asal. Kalau di Sabah dan Sarawak mungkin di Sarawak ada kaum Penan dan sebagainya.

Mungkin di Sabah ada kaum Murut, Lundai dan sebagainya.

Jadi saya pun mengambil kesempatan di sini juga Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana kita ketahui JAKOA adalah termaktub untuk membantu mereka dalam Perlembagaan di mana orang Sarawak dan Sabah secara spesifik tidak disebut dalam Perlembagaan.

Akan tetapi seperti di Sarawak saya beri contohlah, Penan dijaga oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Saya juga yang sebenarnya apabila melihat perkara ini mungkin juga bantuan-bantuan yang seperti khusus diberikan kepada Orang Asli di Semenanjung ini mungkin kalau ia dapat juga dipanjangkan kepada Sabah dan Sarawak, di mana kedua-duanya di bawah jagaan negeri masing-masing sahaja.

Di sini mendapat bantuan direct daripada Kerajaan Persekutuan. Jadi saya pun yang sebenarnya bersama dengan Yang Berhormat Papar. Seharusnya selain daripada JAKOA, Orang Asli di Semenanjung, Federal Government dengan izin should also extend their help kepada orang asal di Sabah dan Sarawak, membantu kerajaan negeri membantu orang asal di Sabah dan Sarawak ini.

■1110

Dari segi kemudahan-kemudahan infrastruktur itu, memang betul ia juga tidak kurang bezanya daripada apa yang di sini juga terutamanya di kawasan Orang Asli. Insya-Allah, rasanya semua perkara ini dari— you talk about infrastructure, kita keep on fighting, menyuarakan, meminta, memohon di bawah Jabatan Jalan Perhubungan Desa, Bekalan Elektrik dan Bandar ini ataupun air alternatif dan sebagainya. Kita tidak berhenti-henti meneruskan permohonan kita melalui kerajaan negeri lah kalau ditujukan kepada KPLB.

Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Haji Ahmad bin Hassan [Papar]: Ya, terima kasih.

4. Tuan R. Sivarasa [Sungai Buloh] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan