• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMBINAAN FATWA DI NEGERI PERAK

2.2.3 Ciri-ciri Fatwa Negeri Perak

Daripada perbincangan di atas dapat disimpulkan bahawa antara ciri-ciri asas fatwa di negeri Perak adalah seperti berikut:

i. Fatwa di negeri Perak hanya dikeluarkan oleh pihak yang telah diberikan kuasa untuk mengeluarkannya sahaja iaitu mufti ataupun JFNP. Pandangan pihak-pihak lain seperti para fuqaha, ulama, ustaz dan sebagainya tidak dipanggil fatwa. Ini berbeza dengan tradisi berfatwa dalam sejarah Islam di mana fatwa boleh dikeluarkan oleh sesiapa sahaja yang layak.

ii. Sesuatu pandangan mufti ataupun Jawatankuasa Fatwa hanya dianggap sebagai fatwa apabila ia disiarkan di warta kerajaan negeri. Ini tidak berlaku dalam tradisi fatwa sebelum aktiviti fatwa diinstitusikan.

iii. Fatwa di Negeri Perak mempunyai nilai undang-undang kerana ia mengikat setiap orang Islam yang berada di negeri ini dan ketidakpatuhan terhadap fatwa yang dikeluarkan akan diambil tindakan undang-undang. Ciri ini adalah perbezaan besar yang berlaku antara definisi fatwa secara bahasa serta syarak dan definisi fatwa mengikut tafsiran undang-undang. Di dalam tradisi fatwa silam, ia berbeza dengan qada‟ yang mempunyai nilai undang-undang.

84 iv. Dari sudut sumber fatwa, fatwa di Negeri Perak pada asasnya mengikut

qawl muktamad Mazhab al-Syafii, namun apabila pandangan berkenaan

berlawanan dengan kepentingan awam, Jawatankuasa Fatwa boleh mengikut

qawl muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali. Tetapi jika tiada satu

pun qawl muktamad daripada keempat-empat mazhab ini boleh diikuti tanpa berlawanan dengan kepentingan awam, Jawatankuasa Fatwa boleh berijtihad tanpa terikat dengan mana-mana mazhab.

Ini dinyatakan secara jelas dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004:

43. (1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 37, atau memperakukan sesuatu pendapat di bawah seksyen 42, Jawatankuasa Fatwa hendaklah pada lazimnya mengikut qaul muktamad (pendapat-pendapat yang diterima) Mazhab Shafie.

(2) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab Shafie suatu keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam akan terhasil, Jawatankuasa Fatwa bolehlah mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali.

(3) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad daripada empat Mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan berlawanan dengan kepentingan awam, Jawatankuasa Fatwa bolehlah membuat fatwa itu mengikut ijtihad tanpa terikat dengan qaul muktamad daripada mana-mana Mazhab yang empat itu.143

v. Setiap pernyataan fatwa yang diwartakan hendaklah dimulakan dengan menyebut peruntukan undang-undang yang memberikan kuasa kepadanya, manakala bahasa kebangsaan yang ditulis dengan tulisan rumi dan jawi hendaklah digunakan manakala dalil-dalil al-Quran, Hadith dan petikan

143

85 pandangan ulama hendaklah ditulis dalam tulisan jawi. Peruntukan ini jelas terkandung dalam seksyen 37, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004:

(7) Sesuatu fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan bahwa fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini. (8) Sesuatu fatwa hendaklah disiarkan dalam bahasa kebangsaan dalam tulisan rumi dan jawi, dan nas fatwa itu hendaklah dalam tulisan jawi.144

vi. Fatwa di negeri Perak boleh dipinda, dilakukan ubah suai mahupun dibatalkan jika dilihat baik untuk kemaslahatan umum. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 memperuntukkan:

39. (1) Jawatankuasa Fatwa boleh meminda, mengubah suai atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah disiarkan dalam Warta di bawah Enakmen ini atau di bawah Enakmen yang terdahulu.145

2.3 KEAUTORITIAN FATWA

Kajian mengenai sejarah yang menyentuh tentang autoriti fatwa, menunjukkan ada beberapa faktor yang mempengaruhi keautoritian sesuatu fatwa seperti orang atau pihak yang mengeluarkan fatwa, cara fatwa itu itu dikeluarkan, dasar pemerintah terhadap sesuatu fatwa dan beberapa faktor lagi.

Umat Islam tidak berselisih pendapat mengenai autoriti fatwa-fatwa yang diputuskan oleh Rasulullah s.a.w., tetapi bermula dengan fatwa-fatwa yang diputuskan oleh

144 Ibid.

86 para sahabat dan tabiin, terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai kehujjahan dan keautoritiannya.146

Fatwa-fatwa yang dikeluarkan di Negeri Perak mempunyai perbezaan dengan fatwa yang difahami dengan makna bahasa dan istilah syarak, di mana fatwa-fatwa yang dikeluarkan di negeri Perak mempunyai kuasa undang-undang dan boleh dikuatkuasakan malah orang-orang yang melanggarnya tanpa alasan yang munasabah akan dikenakan tindakan sedangkan fatwa dalam bentuk pemahaman syarak dibezakan dengan al-qada’. Kuasa perundangan hanya diperuntukkan kepada al-qada’ tetapi tidak kepada al-ifta’.

Fatwa yang diwartakan hanyalah satu-satunya bentuk fatwa sahaja yang diiktiraf oleh pihak berkuasa. Adapun pandangan orang perseorangan tidak dianggap sebagai fatwa walaupun pandangan-pandangan berkenaan sangat membantu menyelesaikan masalah-masalah masyarakat.

Menurut Othman Ishak, fatwa-fatwa yang dikeluarkan di Malaysia adalah merupakan hukum syarak yang muktamad, boleh dikuatkuasakan dan sepatutnya tidak dipersoalkan kerana ia dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang mesti dipatuhi. Firman Allah s.w.t.



























































Surah al-Nisā‟ (4): 59

87 “ Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah

kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu, kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”

Surah al-Nisā‟ (4): 59 Terjemahan

Di samping itu, fatwa-fatwa ini telah mendapat perkenan dari Raja-raja melalui Majlis Raja-raja dan juga telah mendapat perkenan dari Raja-raja ataupun sultan. Ringkasnya, sepatutnya hukum syarak ini mempunyai autoriti penuh mengatasi semua pihak yang lain, dan perkara ini tidak boleh dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi apabila dikuatkuasakan oleh kerajaan.147

Dokumen terkait