1. Apakah isu salah laku yang sering berlaku di sekolah anda?
……… ……….
……… …………
2. Apakah respons anda terhadap isu di atas?
……… ……… ………
3. Pada pandangan anda adakah murid boleh dan mesti dilatih supaya mereka dapat membantu murid lain dengan berkesan ?
……… ……… ………
4. Pada pandangan anda bidang adakah PRS dapat membantu menjayakan program sekolah dengan lebih berkesan. Bagaimana?
……… ……… ………
5. Senaraikan ciri-ciri seorang PRS yang berkesan?
……… ……… ……… ………...
- Rehat - ½ jam - Latihan Dalam Kumpulan - 1 jam
- Bengkel - 1 ½ jam
- Penilaian kursus - ½ jam
2. Latihan Kemahiran Minggu 1
Sesi I - Kesedaran Kendiri
Aktiviti 1 - Membina identiti PRS Aktiviti 2 - LDK - Salji di padang pasir Minggu 2
Sesi I - Asas Komunikasi a) Definasi komunikasi
b) Komunikasi lisan dan bukan lisan c) Bengkel / praktikal
Minggu 3
Sesi 2 - Asas Komunikasi - Latihan
- Meningkatkan perhubungan manusia, membina kepercayaan - Halangan Komunikasi
Aktiviti - LDK - Halangan Komunikasi Minggu 4
Sesi 3 - Asas Komunikasi
Aktiviti 1 - Pidato Spontan
Aktiviti 2 - LDK - Menghantar mesej
Minggu 5
Sesi I - Asas Kaunseling Kemahiran Mendengar
Latihan Kemahiran Mendengar Aktiviti - LDK - Titanic
Minggu 6
Sesi 2 - Asas Kaunseling
Latihan Kemahiran Memberi Perhatian Aktiviti - Topi Saya
Minggu 7
Sesi 3 - Asas Kaunseling
Kemahiran Memberi Respon dan Maklumbalas Aktiviti - LDK - Kemahiran memberi respon dan maklumbas.
Minggu 8
Sesi 4 - Asas Kaunseling
Rumusan Kemahiran Asas Kaunseling Aktiviti - LDK - DYAD (berpasangan) - PRS dan klien menjalankan sesi membantu Minggu 9
Sesi I - Perkembangan Remaja Pengenalan
- Definisi Remaja - Bengkel
- Apa yang remaja suka lakukan dan tidak suka lakukan.
- Apa yang remaja harapkan daripada ibu bapa, rakan sebaya, dan lain-lain
Minggu 10
Sesi 2 - Perkembangan Remaja Mengadakan lawatan
- contohnya ke pusat membeli belah Minggu 11
Tajuk : Salji di padang pasir
Objektif : 1. Supaya peserta sedar bahawa persepsi terhadap seseorang itu timbul kerana
dikawal oleh apa yang hendak dilihat.
2. Supaya peserta sedar bahawa prasangka, syak, dan lain-lain boleh menyekat perhubungan.
3. Supaya peserta sedar bahawa penerimaan tanpa syarat boleh membuatkan seseorang berasa selesa dan rela berkongsi perasaan.
Alat : 3 keping gambar:
- gambar orang tua – orang muda (lampiran A) - gambar muka kembar – pasu bunga (lampiran B) - gambar garis-garis muka – kaki lilin (lampiran C) Langkah :
1. Edarkan lampiran A, minta peserta teliti apa yang mereka nampak. Lekatkan gambar itu di dinding.
2. Edarkan lampiran B dan C. Pastikan tiap-tiap peserta dapat peluang meneliti gambar-gambar itu.
3. Bincangkan mengapa ada peserta nampak jelas satu aspek saja daripada gambar-gambar itu, misalnya di dalam gambar lampiran A ada yang nampak rupa orang muda dan ada yang nampak rupa orang tua sahaja. Terangkan bahawa apabila seseorang memandang sesuatu, otaknyaakan memberitahu mata supaya menumpukan perhatian kepada satu yang jelas kelihatan sahaja. Kaitkan ini dengan cara individu mengukur seseorang dengan memandang lahiriah saja. Tanpa mengenali dengan lebih dekat, kesimpulan dan penilaian awal akan dibuat sama ada ada cara sedar atau tidak.
4. Kaitkan bagaimana faktor membuat penilaian awal ini boleh menyekat penerimaan terhadap individu itu, terutama di dalam proses menolong. 5. Tegaskan bahawa prasangka dan lain-lain akan membuatkan Pembimbing
Rakan Sebaya mempunyai fikiran tertutup dan perhubungan tidak akan berkesan.
Objektif :
1. Supaya peserta memahami jenis-jenis halangan komunikasi
2. Supaya peserta dapat mengelakkan halangan komunikasi dalam hubungan menolong
Alat : Kertas nota (lampiran A), kertas kosong, pen Langkah :
1. Arahkan peserta duduk dalam bulatan 2. Edarkan kertas nota halangan komunikasi
3. Pembimbing menerangkan halangan-halangan komunikasi serta contoh- contohnya
4. Untuk setiap jenis halangan komunikasi, dapatkan respon peserta dan minta mereka memberikan contoh-contoh yang lain
5. Kemudian minta peserta mencari pasangan, setiap pasangan dikehendaki melakonkan peranan PRS dan rakan sebaya. Minta rakan sebaya menulis masalahnya dalam kertas. Kemudian PRS menyenaraikan ayat-ayat sebagai respon kepada masalahnya. Selepas itu tukar peranan.
6. Kemudian minta pasangan itu melakonkannya di depan kumpulan besar dan peserta lain boleh berbincang dengan bantuan pembimbing. Diikuti dengan pasangan-pasangan yang lain.
Perbincangan:
Soalan-soalan panduan :
Apa itu jenis-jenis halangan komunikasi?
Berikan contoh bagi halangan komunikasi jenis …
Apakah kesannya halangan komunikasi ini kepada perhubungan menolong?
Apakah perasaan anda jika orang memberi respon dalam bentuk ayat yang menggambarkan halangan komunikasi?
Jelaskan :
Komunikasi tiak akan berkesan jika di dalamnya terrdapat bentuk-bentuk halangan.
Penerokaan kendiri tidak akan lancar jika terdapat halangan komunikasi
Kita mesti menggunakan ayat-ayat yang membawa maksud menolong, bebas dari sebarang bentuk ancaman, paksaan, dan lain-lainPERLAKUAN MENYEKAT KOMUNIKASI
1. MENGARAH, MEMERINTAH – perbuatan atau perkataan yang memerintah dan mengarah (biasanya keras) membuatkan seseorang itu berasa tidak senang. Contohnya : “Awak dengar apa saya kata”
2. AMARAN, MENGANCAM – menyatakan pada rakan anda apa hukuman atau kesan buruk yang akan menimpa jika ia melakukan sesuatu. Contohnya : “Awak akan dikenakan denda jika awak melakukan perkara itu”
3. BERKHUTBAH, MENEKAN ‘HARUS’ DAN ‘TIDAK HARUS’ – mengatakan pada rakan anda apa yang patut / harus menyelesaikannya sama ada awak suka atau tidak 4. MEMBERI NASIHAT, MEMBERI PENYELESAIAN / CADANGAN –
menunjukkan kepada rakan anda bagaimana menyelesaikan masalahnya tanpa memahaminya terlebih dahulu, seolah-olehcadangan anda paling baik. Contohnya : “Awak tak dapat mengulangkaji sebab awak tak rancang jadual waktu. Awak buat jadual waktu dulu, baru boleh atasi masalah awak”
5. MENGAJAR, MEMBERI FAKTOR-FAKTOR YANG LOGIK – anda cuba mempengaruhi rakan anda dengan memberi faktor-faktor yang sah. Contohnya : “Awak fikirkan logiknya. Kita ada hanya 2 penggal, bagaimana kita boleh habiskan projek itu”
6. MENGEJEK, MELABELKAN NAMA – anda membuatkan rakan anda berasa bodoh, memalukannya. Contohnya : “ Kelakuan awak seperti budak 2 tahun, tak ada akal” 7. MENUDUH, MENGKRITIK – mengeluarkan komen negatif. Contohnya : “ Awak
sebenarnya seorang pemalas”
8. MEMUJI, BERSETUJU, MENYEDAPKAN HATI – menyatakan sesuatu kepada rakan anda untuk menyedapkan hatinya sahaja. Contohnya : “Awak bijak, awak boleh menjadi ketua, semua orang tahu”
9. BERTANYA, MENCUNGKIL, MENYOAL SELIDIK – cuba mencari sebab-sebab berlaku, mencari maklumat dengan bertanya bertubi-tubi. Contohnya : “Bagaimana hal itu terjadi? Siapa yang melakukannya? Pukul berapa ia mula?”
10. MENARIK DIRI, PERKATAAN PEDAS, MENGALIH PERKATAAN – mencuba mengalihkan perhatian rakan anda daripada masalahnya. Anda cuba menarik diri daripada terlibat. Anda mempermainkan rakan anda dengan kelucuan. Contohnya : “Mari kita cakap hal lain”
Objektif : 1. Supaya peserta sedar bagaiman pentingnya memberi perhatian terhadap seseorang apabila dia sedang bercakap.
2. Supaya peserta sedar bahawa bahasa tanpa lisan dan gerak-geri mereka meninggalkan kesan terhadap seseorang, terutama di dalam proses mendengar.
Alat : - 5 keping kad manila yang dipotong selebar 8 cm dan panjangnya mencukupi
untuk melilit kepala. Kad manila itu terdiri daripada warna yang berlainan - Stapler, pen marker
- Kertas Nota Peringkat Di dalam Proses Mendengar (Lampiran A)
Langkah :
1. Dapatkan 4 orang peserta untuk mengambil bahagian secara sukarela.
2. Beri arahan kepada mereka supaya keluar dari bilik untuk berbincang tentang tajuk yang mereka ingin bercakap di hadapan rakan-rakan mereka. Tajuknya bebas. Masa untuk bercakap ialah 3 minit seorang.
3. Apabila mereka telah meninggalkan bilik, terangkan kepada fpeserta lain tentang proses aktiviti ini, iaitu mereka mesti memberi reaksi terhadap topi yang dipakai oleh rakan mereka apabila tiap-tiap orang mengambil giliran bercakap.
4. Tuliskan perkataan di bawah di atas kepingan kad manila tadi:
Jangan pedulikan saya
Dengar cakap saya
Kondem / kutuk saya
Ketawakan saya
Galakkan saya
5. Panggil mereka masuk jika telah sedia.
6. Mereka harus duduk lurus di dalam satu baris bersedia untuk menyampaikan pendapat mereka. Mereka tidak dibenarkan melihat topi yang dipakaikan di kepala rakan yang lain.
7. Klip kad manila tadi untuk diletakkan di atas kepala peserta berkenaan sebagai topi. 8. Mereka mula bercakap jika telah sedia.
9. Peserta lain menunjukkan reaksi mengikut topi yang dipakai apabila rakan mereka bercakap. Contohnya apabila orang yang memakai topi “Kondem / kutuk saya” bercakap
peserta lain haruslah mengutuknya setiap kali dia memberi pendapat. Ini diteruskan sehingga keempat-empat peserta selesai mengambil giliran mereka.
10. Bincangkan reaksi peserta yang mengambil bahagian.
Apa perasaan peserta yang mengambil bahagian
Apa reaksi yang timbul jika pendapat mereka tidak diperendahkan atau jika mereka dikutuk
Apa reaksi mereka apabila pendapat mereka didengar dan diterima baik
Apa gerak-geri mereka yang dapat dilihat menunjukkan perasaan mereka
Apa pembelajaran baru yang mereka dapat daripada aktiviti ini
Bagaimana aktiviti ini boleh dikaitkan dengan peranan mereka sebagai Pembimbing Rakan Sebaya
PERINGKAT SITUASI